Friday, 12 July 2013

Cinta Itu Menyakitkan








Bismillahirahmanirahim.... sempena bulan puasa Domi ingin mengajak pembaca banyakkan membaca al-Quran ya :)...
 main pointnya ini pertama kali Domi buat cerpen bertemakan fantasi...Sesiapa yang pernah tengok cerita korea yang berjudul..GU FAMILY BOOK? inilah ilham Domi untuk hasilkan cerpen ini.. Harap ada yang sudi jenguk ya.")




                “Cik Yui, senyumlah sikit. Hari ini hari istimewa cik,” ujar Mak Cik Seo cuba menceriakan cik mudanya.
“ Senyum? Mak Cik Seo, awak suruh saya senyum?” Yui bertanya sinis.
“ Dengan apa yang saya lalui sekarang, awak ingat senang ke saya nak lupakan dengan sekelip mata saja, ke?” sambungnya lagi dengan nada kasar.  Air matanya  merembes mengalir perlahan-lahan. Make up diwajah terhakis sedikit demi sedikit.

Mak Cik Seo diam. Lidahnya kelu untuk membalas kata-kata tuannya itu. Dia tahu Yui banyak menderita sejak bonda Yui meninggalkan dunia yang fana ini. Kehidupan Yui bertambah tertekan bila ayahda Yui tekad mahu berkahwin dengan orang gaji keluarga mereka sendiri.

“Yui…” seru Mak Cik Seo perlahan dia mengangkat sedikit wajah gadis itu. Air matanya turut menitis sama. “Maafkan makcik nak, sebab tak dapat nak bantu kamu dari berkahwin dengan Tuan Siwon.”

“Tak pelah bukan salah mak cik pun. Ini semua salah perempuan gilakan harta tu! Lepas ayahda mati dia paksa saya kahwin dengan si pembunuh suaminya sendiri sebab takut semua harta ayah dirampas. Yang jadi mangsa adalah saya! Anak dia? Dia tak nak kasi pula!” cemuh Yui kasar.

“Cik muda….” Mak Cik Seo tidak mampu meneruskan kata-kata, tergamam dengan luahan Yui itu.

“Macamana Seo, semua dah selesai?” soal Puan Hwa bila menapak masuk ke dalam bilik Yui, untuk melihat persiapan Yui, anak tirinya.

Hujung bibir Yui terjongket sedikit sambil memandang sinis kearah ibu tirinya.

“Sikit lagi Puan.” Jawab Mak Cik Seo ringkas.

“Cepat sikit rombongan pengantin lelaki dah nak sampai!” arah ibu tiri Yui dengan wajah bengis tanpa menoleh sekilas pun kearah anak tirinya serentak itu juga dia beredar dari situ. 

Yui mengeluh bengang.

Rombongan Tuan Siwon sudah tiba di kediaman keluarganya.Yui tidak dapat duduk diam. Hatinya gelisah bagaikan ayam berak kapur. Di biliknya dia asyik ulang-alik dan mengeluh saja kerjanya.

“Cepatlah idea. Cepat datang… aku kena cari jalan keluar dari sini.” Bebel Yui sendiri sambil mengetuk-ngetuk lembut kepalanya.

Sedang dia ulang-alik tiba-tiba dia terpandang salah jendela yang ternganga luas itu, dia mengerot bibirnya sedikit. Idea jahat telah muncul. Dengan pantas dia merentak langsir yang tergantung lalu dicantum kain-kain itu dan mengikat sekemas yang mungkin di kaki katilnya yang selebihnya itu dilemparkan ke luar jendela.
Dengan perlahan-lahan dia memanjat jendela lalu memaut pada kain yang dicantumnya itu untuk gelongsor turun dari rumahnya yang tinggi itu.

“Yah! Akhirnya aku bebas. Bebas dari perkahwinan ini. Tapi aku nak lari ke mana? Mesti mereka akan perasaan pakaian aku ni. Adus bala betul!”

Baru saja dia hendak berseronak, dapat bebas tiba-tiba dia diseru. “Itu cik muda!” Teriak salah pengawal rumah itu.

“Alamak! Mati aku kali ni,” Yui semakin cemas. Rancangan untuk melarikan diri sudah dapat dikesan oleh pengawal rumahnya. Tanpa berlengah lagi dia terus membuka langkah seribu, dengan segala kudrat yang dia ada, dia berlari tanpa menoleh ke belakang.

Pegawal tadi terus berteriak kuat memberitahu yang lain. “Cik muda larikan diri. Cepat kejar!”

“Apa hal ni?”  Soal Puan Hwa, buat bising dari luar membuat dia turun ke bawah untuk memeriksa.

“Cik muda larikan diri…”

“Apa?” Mebuntang mata Puan Hwa bila pegawal itu memberitahu Yui telah larikan diri. “ apa yang tercegak lagi tu,  cepat kejar bodoh!” marahnya lagi.

“Apa yang aku nak cakap dekat Tuan Siwon nanti? Jahanam punya anak! Dia tak sedar kea pa yang aku buat ini untuk kepentingan keluarga ini, untuk dia. tak akan nak biarkan Tuan Siwon ambil semua harta bapak dia! Dia nak merempat ke apa?!”

Pegawal yang mendengar arahan itu terus mengejar tanpa membuang masa.

“Cik muda! Cik muda!” laung mereka berserentak.

“Tak guna! Aku tak akan berpatah balik. Aku rela mati dari kahwin dengan pengkhianat itu!”

“Yui! Berhenti!”Laung Puan Hwa yang turut serta mengejar dengan menunggang kuda.

Yui tidak berpaling, semakin dipecut laju langkahnya lagi adalah.

“Kalau kamu tak mahu berhenti, mak cik akan panah kamu!” ugut Puan Hwa lagi.

Yui mencemuh perlahan. “Alah macam berani sangat!”

“Bak sini.”

 Puan Hwa  merentak busur dengan kasar dari tangan salah seorang pengawalnya lalu dihala tepat pada Yui. Dia merupakan pemanah handalan yang tidak diketahui orang.

“Yui! jerit Puan Hwa.

Yui berpaling, dengan sekelip mata anak panah yang di sasarkan pada Yui terkena tetap di dadanya. Yui terkejut matanya terbeliak.

“Adus!” Yui mengaduh dipegang dadanya. Darah mengalir keluar.

“Hwa!” Jerkah Tuan Siwon yang baru sampai. Dia terkejut bila menyaksikan bakal isterinya dipanah oleh bakal mak mentua tirinya. “Apa yang kau buat ni? Kau nak bunuh bakal isteri aku ke?”

“Err…” lidah Puan Hwa kelu.

“Pengawal cepat bawa Yui ke sini!” Arah Tuan Siwon, tegas.

Yui lantas berlari bila melihat orang-orangnya ditambah dengan orang Tuan Siwon menghampirinya.

“Aku kena kuat. Aku tak boleh lemah…Ayahda bantu Yui… Tolonglah….” rintih Yui dalam kesakitan kemudian mencabut anak panah yang terlekat di dadanya dengan cepat.

Sementara di kawasan pergunungan….
“Ryu! kamu nak ke mana?!” Jerit pak cik Rwon  penjaga Ryu sejak kecil lagi.

“Cari anak gadis Hong! pekik Ryu dari jauh. Dia melompat tinggi meninggalkan penjaganya.
 Pak cik Rwon menjerit namun dia tahu Ryu pasti tidak akan mendengarnya. Sejak Ryu mendapat amanah dari lelaki yang pernah Ryu selamatkan dua minggu yang lalu sikapnya berubah sentiasa tersenyum. Batinnya menjerit-jerit agar suatu hari dia akan berjumpa dengan gambar seorang gadis yang dilukis oleh lelaki itu dan loket peninggalan arwah lelaki yang bernama Tuan Hong.

'Mungkin ini kali pertama dalam hidupnya melihat gambar seorang yang lain jantina,' desis Pak Cik Rwon.

Ryu tiba di sebuah perkampung. Ketika itu suasana kampung sangat meriah dengan bunyi gendang serta tiupan seruling. Hati kecilnya tertarik untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Sedang dia menapak ke kawasan itu dengan lebih dekat lagi, telinganya sempat menangkap suara pekikan dari sekumpulan lelaki.

“Cik Yui! CikYui jangan lari!”

“Apa yang kecoh-kecoh tu? Nampak macam diorang perlukan bantuan. Nak tolong ke? Ah! Pedulikan baik aku pergi ke tempat yang meriah tu,”  Ryu berbicara sendiri lalu dia meneruskan langkahnya.

“Aku mesti tinggalkan tempat ini... Tak tak sanggup aku, kahwin dengan orang yang sanggup mengkhianati ayahda, kawan baik sendiri! Jahaman Siwon, kerana gilakan kuasa kau sanggup fitnah ayahda aku!” cemuh Yui dalam ke sakitan.

Dia berlari sepenuh hati sambil memegang dadanya yang terluka akibat terkena anak panah. Sesekejap dia menoleh ke belakang, takut dia akan ditangkap oleh orang suruhan Tuan Siwon yang terkenal dengan kaki perempuan. Manakala Ryu pula berjalan pantas sambil bersiul untuk melihat apa yang kecoh-kecoh di hadapan sana. Tanpa mereka berdua sedar, mereka telah berlanggar sesama sendiri. Yui rebah tersungkur menimpa badan sasa Ryu. Ryu tak sempat mengimbang badan turut terjatuh sama.

“Awak tak de apa-apa?” Soal Ryu cuba mengangkat badan Yui.

“Tolong saya... Tolong saya …” rayu Yui dengan suara agak lemah. Tangannya masih memegang dadanya yang tercedera itu. Dia ingin membuka mulut tetapi kudratnya semakin lemah, tidak lama kemudian dia pengsan.

“Cari Yui! Aku yakin dia mesti ada di kawasan ini, lagi pun dia tidak boleh lari jauh sebab dia sudah tercedera!” Arah Tuan Siwon dengan tegas. Hati geram kerana Yui terlepas dari genggamannya.

Ryu melihat kesan darah di bahagian dada gadis itu. Dia yakin gadis itulah yang dicari oleh mereka. Ryu terus bangkit dan memeluk erat gadis itu supaya tidak diketahui sekumpulan lelaki itu. Bila Ryu merasakan sekumpulan lelaki itu pergi jauh dari mereka dia cuba mengoncang lembut badan Yui. Malangnya gadis itu masih terlentok di dada bidangnya tidak sedarkan diri. Ryu menatap lama wajah putih bersih itu. Tiba-tiba jantungnya  berdengup kencang. Dadanya sesak sukar untuk bernafas. Dia itu tahu apa maksud dengupan itu. Sepanjang hayatnya itulah kali pertama jantung berdenyut sepantas itu.

“Rwon!Rwon!” pekik Ryu cemas.

“Kenapa ni?” Soal Rwon

Ryu termengah-mengah kemudian dia meletakkan Yui perlahan-lahan di tempat tidurnya yang hanya beralaskan hamparan kulit harimau di batu yang agak besar.


“Siapa gadis ni?”

“Aku jumpa dia di hujung sana. Dia tercedera.”

“Pakaian ini….” Rwon berhenti bertutur sambil memegang sedikit hujung pakaian yang dipakai oleh Yui. “ Ryu kau culik calon isteri orang ke?” soalnya.

“Culik? Ha!ha! Apa yang kau mengarut ni?”  meletus tawa Ryu bila dituduh dia menculik.

“Jawab dengan jujur.”Rwon masih menyoal dengan riak wajah tegas.

“Uh! Rwon kau ingat aku tak de kerja lain ke nak buat? Dahlah cepat bantu aku rawat perempuan ni.” Bantah Ryu.

“Baik. Tunggu sekejap aku pergi ambik ubat,” ujar Rwon lalu berlalu dari situ.

“Hrm, manusia ni mengalami pendarahan yang agak teruk sebabnya darah dia dari tadi tak berhenti keluar. Aku yakin dia pasti cabut anak panah dengan tangannya sendiri.” Bebel Ryu sendiri sambil memerhati wajah Yui.

“Laa… apa susah, sekali aku gigit tempat lukanya pasti luka itu akan sembuh sendiri. Adus, kenapa aku tak terfikir itu dari awal?” Ryu menepuk dahinya sendiri, dia seakan terlupa bahawa dia mempunyai kuasa yang boleh merawat luka.

Tanpa teragak-agak Ryu cuba membuka pakaian Yui untuk merawat luka yang dialami oleh gadis itu. Baju Yui diselak sedikit. Rwon yang kebetulan muncul dengan ubat herba ditangan terkejut kemudian dia menjerit.

“Ryu! Apa yang kau nak lakukan tu?”

Ryu tersentap lantas menoleh ke arah Rwon.

“Kau ni Rwon, terkejut aku tahu? Laa nak buat apanya nak rawat luka manusia inilah,” bidas Ryu kasar.
“Kau tak boleh rawat dia dengan cara macam tu?” Larang Rwon. Dia menghampiri Ryu lalu menyuruh lelaki itu ke tepi.

“Kau kena tahu tentang ini, dia manusia. Dia juga seorang gadis. Kau tu harimau jadian dan kau jantan. Kau dan dia berbeza!”

Ryu menggaru kepalanya yang tidak gatal. “Apa yang bezanya? Aku lihat dia sama saja dengan aku. Dia ada dua biji mata, hidung, mulut, kaki dan tangan juga. Sama seperti aku tak ada yang nampak berbeza?”

Rwon mengeluh. Susah nak berhujah dengan bintang separuh manusia ini.“Banyak yang bezanya. Binatang kat hutan ini pun ada yang jantan ada juga yang betina. Kau je yang tak tahu sebab kau ini makhluk kejadian!” Jelas Rwon bengang.

Ryu tersengih kambing. “Hrm, kalau macam tu aku nak rawat dia macamana? Aku tengok luka dia teruk. Kalau nak guna ubat kau mesti makan berbulan-bulan.”

“Aku tahulah ubat aku tak seperti kuasa kau yang dapt sembuhkan luka dengan sekali gigitan," tempelak Rwon dengan wajah mencuka.

 Ryu tersengih lagi. Kali ini sengihnya melebar, bangga dengan kekuasaannya yang dipunyainya. Rwon membuka pakaian Yui perlahan-lahan . Dia menutup bahagian dada Yui dengan kain selimut. Matanya tercerlung melihat luka Yui. Luka itu agak parah dan mesti dirawat dengan segera.

“Ryu!” Panggil Rwon cemas.

“Apa?” Soal Ryu dengan mata terkebil-kebil.

“Kau mesti rawat dia dengan segera. Lukanya sangat parah.”

“Kan aku dah cakap. Kau larang aku rawat dia tadi sekarang kau suruh aku rawat dia pula?”

“Aku ada alasan larang kau tadi. Aku takut perkara yang tak elok akan terjadi maklumlah kau ni makhluk jadian! Kau tak pernah lihat gadis cantik secara dekat walaupun kau ni separuh binatang dan separuh manusia, aku percaya kau tetap ada nafsu!” bebel Rwon.

“ Apa-apa jelah.”balas Ryu ringkas.Dia menapak selangkah. Dia memerhatikan wajah terpejam itu, kelihatan sangat pucat. Mungkin darah ditubuhnya banyak keluar. Serentak itu juga jantungnya sekali lagi berdegup kencang. Dadanya sesak bagaikan sakit jantung. Dia menekan dadanya sedikit.

“Kenapa?”Soal Rwon kehairanan.

Ryu tersentap kemudian dia menggeleng. Dia menelan air liur dengan perlahan-lahan. Terasa bagaikan tersekat dikerongkong. Dia menundukkan kepalanya lalu mengigit dengan perlahan pada luka Yui itu serta merta luka yang dalam tadi sembuh dengan sekelip mata.


SEMINGGU Yui dirawat tapi dia masih lagi belum sedarkan diri. Ryu sentiasa menemani gadis itu. Rwon kehairanan selalunya Ryu akan keluar berjalan-jalan di kampung-kampung untuk melihat kehidupan manusia tapi sejak Yui ada, Ryu seakan menjadi penunggu setia Gua  Yin Yan itu.

Pagi itu Ryu menongkat dagu pada tangan yang disilangnya untuk menatap wajah Yui. Wajah Yui sudah kelihatan bermaya. Kepala Ryu sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Dia tidak jemu untuk menatap wajah itu. Segenap wajah itu telah dia tatap bila tiba dibibir mungil Yui dadanya kembali resah dan sesak. Dengan pantas dia bangkit lalu menekan dadanya lama.

“Sudah banyak kali jantungku tak tentu arah bila aku menatap manusia ini. Apakan perasaan ini? Kenapa aku tak rasa bila aku menatap Rwon? Apa yang tak kena apa manusia ini? Ah! Baik aku cari makanan sekarang,” ucap Ryu sendiri. Dia serba tak kena. Sekejap dia mahu melangkah keluar sekejap dia patah balik ke tempat Yui. Wajah gadis itu sekali lagi ditatapnya.

“Ah! Kenapa dengan aku ni?!” Ryu menjerit sambil memegang kepalanya sendiri. Dia menghembus nafas dengan kasar. Kemudian dia tekad untuk keluar dari gua itu. Sebaik kakinya melangkah, loket peninggalan dari seorang manusia yang pernah diselamatkan olehnya terjatuh betul-betul dekat dengan leher Yui.
Ryu menunduk untuk mengutipnya kembali. Bila tangan mencapai loket itu matanya terbuntang luas.

“Eh, kenapa manusia ni ada loket seperti aku?” Soal Ryu sendiri. Dengan pantas dia mahu mengambil loket yang berbentuk bulan sabit milik Yui tapi malangnya tak sempat kerana Yui mula sedarkan diri. Jadi Ryu cepat-cepat tegakkan badannya.

Mata Yui terbuka dengan perlahan-lahan. “Di mana ni?” suara Yui dalam keadaan suaranya agak serak.
Ryu kaku dan terdiam matanya terkebil-kebil melihat Yui, lidahnya bagai terkunci.
Yui memandang ke sisi, matanya yang sempit tadi terbuka luas bila melihat kelibat seorang lelaki yang asing padanya.

Ryu bagaikan tersedar dari lamunan bila Yui memandangnya lama. Serentak itu juga dia menjerit memanggil Rwon dan berlari meninggalkan Yui terpinga-pinga.

“Rwon!Rwon!”

“Kamu ni kenapa ryu? terpekik-pekik bagai,” soal Rwon, hampir tersedak dia yang sedang meneguk air untuk hilangkan haus di tekak.

“Manusia itu…  Manusia itu…”

“Kenapa dengan dia?” Soal Rwon lagi, kehairanan.

“Dia dah sedar.” Jawab Ryu sambil tersengih.

 Rwon mengeluh. Ingatkan apa tadi, keluh Rwon di dalam hati. Sebelum mereka pergi ke tempat Yui.
“Rwon aku rasakan gadis itu adalah gadis gambar yang dilukis oleh lelaki yang pernah kita selamatkan dulu,” bisik Ryu kepada Rwon. Yui masih lagi termenung.

“Maksud kau?” soal Rwon tidak mengerti keningnya bertaut sedikit.

“Aku tengok dia ada loket yang lelaki itu bagi kat aku.”

“Kau pasti?”

“Ya, aku tak bohong.” Jawab Ryu dengan mata membulat.

“Ermm..” balas Rwon ringkas. Dia mula merasa ada sikap aneh dalam diri Ryu. Ryu nampak agak teruja. Mungkin Ryu telah jatuh cinta dengan manusia.


YUI kebosanan sendirian di dalam gua, jadi dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar di luar. Matanya bagaikan terpukau bila melihat sekeliling semuanya bagaikan khayalan. Tempat itu sungguh tenang dan damai. Air sungai mengalir tenang. Ikan-ikan berenang bebas. Ditebingnya pula penuh dikelilingi bunga-bungaan dan tumbuhan hijau. kicaun burung menambahkan lagi rasa kedamaiannya dihati tatkala hati dihimpit gelisah.

Itu semua dapat tenangkan hatinya yang masih membara. Bebas dari ibu tiri dan bakal suaminya. Yui menapak beberapa langkah bibirnya terherot sikit hatinya sedikit cemburu dengan ikan yang berlumba-lumba senang di dalam sungai yang jernih itu. Dia duduk sambil memeluk lututnya sendiri.

“Alangkah bahagianya kalau aku jadi seprti ikan-ikan ini tak perlu menempuhi dugaan hidup yang terlampuan. Bila ditangkap manusia terus tercabut nyawa dari jasad tak perlu diseksa lama-lama. Apa yang aku merepek nih? Ayahda Yui rindu ayahda. Kalau betul ayahda mati mana makamnya? Kalau setakat baju yang terkoyak robak dipenuhi darah sebagai bukti yang dibawa si durjana itu  Yui tak percaya!” berjeda Yui membebel seorang diri sambil tersendu-sendu menangis.

“Yeay!” Sorak Ryu yang tiba-tiba muncul dari dasar air sambil memegang ikan di tangannya.

Yui terkejut sampai terdorong ke belakang sedikit. “Mak kau! Adus nasib baik tak gugur jantung aku.” Dengus Yui sambil menggosok dadanya perlahan-lahan.

“Eh, awak buat apa kat sini? Saya tangkap ikan nanti kita makan sama-sama ya,” ujar Ryu lalu melompat naik ke tebing lalu mengambil tempat di sebelah Yui.

Yui mengesat air matanya yang masih tersisa kemudian dia cuba menguntum senyuman pada lelaki yang pernah menyelamatkannya.

“Awak menangis?” Soal Ryu, begitu lembut bicaranya. Hasil tangkapan di letak ke tepi mengubah posisi agar duduknya lebih selesa.

Yui hanya mengerot bibir.

“Awak beruntung sebab ada seorang bapa yang baik hati,” ucap Ryu perlahan.

“Awak cakap apa?” soal Yui cuak.

“Err.. tak delah, saya cuma cakap awak jangan sedih lagi sebab awak dah selamat sekarang.”Ryu menghembus nafas lega.

Yui tersenyum nipis. Mata Ryu terbeliak melihat senyuman manis diwajah gadis itu. Dup!Dap! Dup!Dap jantung berdegup. Dia cepat-cepat mengalih pandangan ke tempat lain.

“Terima kasih Ryu.” Ucap Yui, masih tersenyum.

“Hah?”  Ryu tergagap-gagap. “Err… sama-sama.”

“Kalau bukan awak selamatkan saya. Pasti saya dah kena tangkap dengan si pengkhianat itu malah saya juga akan jadi isterinya!” Yui melepaskan geram.

“Dia sanggup belot pada ayahda semata-mata ingin menjadi Pegawai Istana. Saya percaya dia yang bawa ayahda ke hutan ini dan tinggalkan ayahda supaya ayahda jadi mangsa binatang buas!” sambungnya lagi.

“Awak nak cakap ayahda awak mati sebab kena makan dengan haiwan kat dalam hutan ni ke?” soal Ryu ingin kepastian.

“Ya. Kenapa awak pernah jumpa binatang itu ke? Awak ada sama ke masa ayahda saya ke bunuh dengan binatang tu?” desak Yui bertubi-tubi, mana tahu kot-kot Ryu jadi saksi semasa ayahdanya mati.

Ryu terkaku. Dia memandang Yui dengan perasaan serba tak kena. Mana taknya binatang yang Yui maksudkan itu adalah dirinya sendiri. Tapi yang tak betul tentang kenyataan itu dia tak bunuh ayahda Yui malah menyelamatakan ayahda Yui dari di belasah teruk oleh konco-konca Tuan Siwon.

“Kalau jumpa binatang tu saya nak bunuh dia! Kenapa dia bunuh ayahada saya? Kenapa dia tak makan saja pengkhianat tu?! Kenapa ayahada yang dibunuhnya. Kenapa?!” Pekik Yui dengan air mata mencurah keluar dari tubir matanya.

Ryu terkesima seketika. Dia mengeluh berat. “Kalau awak jumpa dengan binatang tu awak nak bunuh dia ke?” soalnya lemah.

Yui mengalih pandangannya tetap ke dalam mata Ryu. Lama pandangan itu bertaut kemudian yui mengangguk dengan semangat. Ryu terdiam.

“Kalau saya tolong bantu awak untuk hapuskan si pengkhianat tu, boleh awak berjanji dengan saya satu perkara tak?” Tanya Ryu tiba-tiba.

Yui ternganga. “Maksud awak?” Soalnya kembali tidak faham apa yang diperkataannya sebentar tadi.

“Kalau saya berjaya hapuskan pengkhianat tu awak tak boleh sedih lagi. Awak mesti sentiasa senyum dan jangan terlalu fikir tentang kematian ayahada awak lagi, lupakan binatang buas itu. Lupaka segala yang boleh buat awak sedih, boleh tak?” Ryu memberi syarat sambil menatap anak mata Yui dengan lembut.

Yui membalas tatapan itu kemudian dia mengangguk perlahan sambil mengukir senyuman manis pada Ryu.
‘Awak sangat cantik bila senyum,’ desis Ryu perlahan.

SEBAIK bangkit dari tidur Yui keluar untuk menghirup udara pagi yang amat segar. Segala urat sendi diperbetulkan. Dia menapak ke tebing sungai yang di penuhi bunga. Dia menunduk sedikit untuk menghidu bau wangian yang dikeluarkan oleh bunga itu sendiri dengan wajah berseri-seri. Sebaik dia menoleh ke belakang Ryu kelihatan sudah tersengih padanya sambil memegang sejambak bunga yang banyak. Dia tersenyum pada Ryu. Mata mereka lama bertatapan .Degupan jantung Ryu tidak menentu lalu di alih ke tempat lain.

“Eh, rama-rama,” suara Yui. Ryu berpaling untuk melihat sama. Yui cuba mengejar rama-rama itu tapi rama-rama itu lebih pantas terbang. Ada keluhan kecil pada bibir gadis itu. Hati Ryu terasa sedih. Secara spontan dia mengenggam tangan Yui lalu menarik gadis itu ke suatu tempat.

“Ke mana awak nak bawak saya?” soal Yui dengan penuh kehairanan.

Ryu menoleh ke belakang sekilas sambil tersenyum tanpa berkata. Mereka berhenti di puncak gunung. Tangan gadis itu dilepaskan.

Yui tergamam serta merta. Dia menapak seinci ke depan di jenguk ke bawah terasa gerun kerana terlalu tinggi. Bila dia mendongak matanya bersinar-sinar. “Wah, cantiknya!” puji Yui tersenyum bahagia, gunung-ganang tersaji di hadapan matanya, lautan terbentang luas dibawah betul-betul membuat dia teruja.

Ryu hanya memerhati saja tingkah laku Yui sambil tersenyum manis. Hatinya bergetar hebat setiap kali melihat wajah gadis itu tambah-tambah jika gadis itu mempamerkan riak ceria. “Saya nak awak jadi perempuan saya,” suaranya tiba-tiba dengan wajah serius.

“Hah?” Yui lantas berpaling. Dia amat terkejut.

“Saya nak awak jadi milik saya sorang.”ujar Ryu lagi.

“Apa yang awak mengarut ni? Saya seorang pelarian, sentiasa diburu. Kalau awak inginkan saya nanti awak….”

Ryu pantas mencantas kata-kata Yui. “Saya nak awak jadi pengantin saya. Tapi pengantin yang tak akan lari masa perkahwinan kita nanti…” tuturnya sambil tersengih.

“Ryu…” Yui mati kata-kata.

Ryu menghampiri Yui kemudian dia memeluk erat gadis itu. Yui tercengang dan kaku.

“Saya akan lindungi awak dengan nyawa saya sendiri. Saya tak akan benarkan awak cedera walaupun sedikit. Awak adalah nyawa saya sekarang. Detik ini awak akan sentiasa bersama saya. Kerana dengan awak hati saya terasa bahagia. Mata saya sentiasa ingin melihat awak. Jika awak sedih hati saya turut menangis sama…”

Yui tersentuh, air matanya mengalir.  Dia juga turut membalas pelukan itu. Ini pertama kali dia terasa sangat selamat dari segala ancaman.


“RWON!RWON!” pekik Ryu dari luar.

Rwon yang sedang mentelaah buku-buku perubatan tersentap dengan pekikan Ryu. Dia mengeluh kasar kemudian bangkit untuk membuka pintu pondok kecilnya itu. “Ada apa? Pagi-pagi dah terpekik-pekik bagaikan orang hilang isteri.” Soalnya geram.

“Heee…” Ryu tersengih. “Aku nak kahwin. Aku nak jadi manusia.” Jawab Ryu selamba.
Rwon kaget rahangnya hampi jatuh ke bawah, matanya membulat tidak percaya apa yang baru dia dengar tadi.

“Rwon,  kau dengar tak aku cakap apa? Aku nak jadi m.a.n.u.s.i.a! manusia kau tahu macamana?” soal Ryu begitu ghairah untuk menjadi seorang manusia.

“Ryu, kau dah gila ke?” soal Rwon kembali. Tiada ribut, tiada taufan tiba-tiba Ryu datang padanya untuk bertanyakan bagaimana nak jadi manusia. Siapa tak hairan?

“Ya, aku dah gila. Gilakan manusia yang bernama Yui itu. Sepanjang hidup aku dia seorang yang dapat buat hidup aku kacau. Mula-mula aku pun pelik kenapa setiap aku pandang wajahnya jantung berdegup tak tentu arah. Tapi bila tengok muka kau jantung aku biasa saja,” balas Ryu dengan senyuman melebar.

“Memanglah, sebab kau dengan aku ni sama jenis! Bidas Rwon sambil menggeleng.

“Apa-apa jelah. Kau ada tak buku yang boleh jadikan aku manusia?”

“Kalau tak silap aku ada buku sejarah tentang orang macam kau ni yang nak jadi manusia tapi ia akan makan masa sikit. Apa yang penting kau perlu ingat. Kau tak boleh sesuka hati tonjolkan kuasa atau rupa sebenarkan dalam masa 5 bulan. Kau kena tolong manusia dalam kesusahan tanpa menggunakan kuasa. Yang paling penting kau tak boleh membunuh atau memburu dalam masa 5 bulan ini jika salah satu peraturan dilanggar kau akan disumpah untuk jadi serigala selama-lamanya.”

Ryu berfikir sejenak. “Wah susah jugak nak turuti. Sekiranya aku berjaya adakah aku akan jadi manusia?”

“Ya.” Pendek saja jawapan Rwon. “Tapi aku tak silap aku lagi, sekiranya Yui mencintai kau secara ikhlas tanpa ada simpati mahupun ada paksaan dari kau. Hajat kau untuk menjadi manusia akan terkabul dengan cepat.” Sambungnya lagi.

“Maksud kau?” Soal Ryu dengan wajah berkerut.

“Cinta sejati,” sambung Rwon ringkas.



AKHIRNYA Ryu dan Yui melangsungkan perkahwinan mereka yang disaksikan oleh alam, seluruh kehidupan hutan dan juga Rwon. Rwon menitis air mata bila melihat penunggu Gunung Yin Yan yang dijaga sejak kecil kini kian membesar dan sudah berkahwin hari ini. Dia harap Ryu bahagia dengan Yui, sedangkan dia sendiri tidak sanggup berkahwin kerana tidak mahu melibatkan diri dengan masalah manusia. Dia sangat gusar sekiranya satu hari nanti rahsia Ryu akan terbongkar dan Yui akan meninggal Ryu. Dalam masa yang sama dia mendoakan semoga hati Yui terbuka untuk mencintai manusia jadian itu dengan ikhlas.

“Abang!” Panggil Yui

“Ya sayang,” sahut Ryu yang mahu pergi mencari kayu terus menoleh ke belakang.

“Lupalah tu,” ujar Yui sambil mulut termuncung.

“Lupa apa?” Soal Ryu sambil menggaru kepala yang tidak gatal.

“Ni haaa… bekalan makan tengahari abang lah,” balas Yui sambil menyua bekas yang berisi makanan kepada suaminya.

“Adus terlupa pula. Terima kasih ya,sayang. Aik sayang nak pergi mana bawak bakul bagai?” soal Ryu pula sebaik bekas bertukar tangan.

“Hrm, nak nak ke hutan nak ambil akar kayu,” jawab Yui sambil tersenyum manis

“Tak payah. Nanti abang akan carikan. Lagipun sayang bukannya mahir lagi dengan kawasan ni.” Ryu melarang Yui keluar dari gua. Dia takut isterinya akan kenape-nape.

“Abang dah 4 bulan lebih, sayang tinggal sini. Abang jangan risau sayang tak akan apa-apa nanti okey.” Yui buat muka comel.

“Meh sini bakul.” Ryu masih mengarah tanpa menghiraukan muka comel isterinya. Tapi hatinya sudah bergelora.

“Tak nak!” bantah Yui lalu melarikan bakul dari dicapai oleh suaminya.

“Melawan ya,” tutur  Ryu dengan suara dibuat tegas.

Yui tersenyum. Dia terjungkit sedikit, lalu dikucup pipi Ryu dengan lembut. Ryu tergamam.

“Abang jangan risau Yui  pasti tak akan sesat. Sayang pergi dulu.”  

Sekali lagi pipi Ryu dikucup kemudian Yui meninggal Ryu yang masih tergamam itu. Dengan perlahan-lahan Ryu menyentuh pipinya tempat yang dikucup oleh Yui tadi dengan wajah terukir senyuman.

‘Aku sangat mencintai dia. aku pasti akan jadi manusia, aku mahu hidup dengan dia saja.’

4 BULAN 29 hari usia perkhwinan mereka. Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Ryu sangat bahagia begitu juga dengan Yui tiada ancaman dari manusia. Hidup mereka sangat damai. Setiap waktu pagi Ryu akan bertapa dan terpaksa melawan nafsu binantangnya supaya dia dapat menjadi manusia tanpa pengetahuan Yui. Dia memberi alasan dia keluar mencari makanan dan memungut kayu api. Ryu tidak sabar hanya tinggal satu hari lagi dia akan menjadi manusia.

Tanpa pengetahuan mereka berdua mak tiri Yui dan Tuan Siwon mengarahkan orang-orangnya untuk menjejak Yui di kawasan perhutanan itu. Mereka percaya yang Yui masih hidup.

Yui menyanyi kecil sambil memetik akar kayu. Tiba-tiba hatinya terdetik dia rasakan seolah dia diperhatikan oleh sesuatu lantas dia menoleh. “Siapa?” soalnya cemas.

Tiba-tiba keluar seekor arnab putih yang cantik dari semak samun.

“Arnab rupa, hampir luruh jantung aku.” Yui mengeluh lega kemudian dia kembali menyambung kerjanya.

Jeritan Yui tadi telah menarik perhatian orang-orang Puan Hwa dan Tuan Siwon. Mereka berbisik satu sama lain untuk melihat gerangan siapa yang menjerit tadi. Bila diintai ternyata Yui sedang terbongkok mencabut akar kayu. Ketua dari konco-konco itu mengarah yamg lain supaya mengepung tempat itu.

Yui menepuk kedua belah tangan bila selesai kerja sebaik dia bangkit dia terkejut bahawa dia telah dia kepung. Dia menjadi panik. Dia kenal orang-orang itu. Tanpa berfikir panjang Yui melempar bakul yang berisi akar kayu kearah mereka dan Yui sempat lari.

“Pengawal kejar!” arah ketua pengawal.

Yui berlari sekuat hati. ‘Ryu! Ryu! Bantu Yui!’ jerit Yui dalam batinnya.

Ryu yang sedang bertafakur tersentap. “Yui. ” Dia seolah-olah mendengar Yui menyeru namanya.
“Hatiku rasa tak enak. Yui kenape-nape ke?”

Yui berlari tanpa memandang kiri kanan, dia tersepak tunggul kayu lalu tersandung. Dengan mudah orang-orang Puan Hwa dan Tuan Siwon berjaya menangkapnya.

“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” pekik Yui sambil meronta.

“Kau! Cepat bagi isyarat pada Tuan Siwon.

“Baiklah.” Lelaki itu mengambil busur lalu memanah ke langit, asap keluar dari anak panah sebagai isyarat kecemasan

Ryu yang mahu mencari Yui terpandang asap itu dengan pantas dia berkejar kearah asap itu begitu juga dengan Puan Hwa dan Tuan Siwon.

Ryu sampai awal dari Tuan Siwon dia berlawan dengan konco-konco Tuan Siwon dan Puan Hwa lalu mengambil isterinya dan mereka lari dari situ.

“Abang, Yui dah penat, Yui tak sanggup lari lagi…” ujar Yui sambil termengah.

“Jangan mengalah. Kita kena lari kalau tak kita akan mati,” pujuk Ryu cuba memberi semangat pada isterinya, dia tidak boleh menggunakan kuasanya buat masa sekarang.

“Yui rela mati dari hidup kena buru abang…” luah Yui, dengan suara sangat lemah.

Ryu berhenti berlari lalu berpaling mengadap Yui. dahi Yui dikucup erat. “Jangan cakap macam tu. Abangkan ada. Abang akan lindungi sayang tak kira apa jua keadaan. Jom kita lari.”

Baru saja mereka mahu membuka langkah Tuan Siwon dan orang-orangnya sudah berada di hadapan mereka dengan kuda masing-masing.

“Tangkap mereka! arah Tuan Siwon. Ryu mahu mengatur langkah ke belakang dia dapati konco-konco Tuan Siwon mengepung dia dan Yui.

Ryu memerhati sekeliling. ‘Ceh! Kenapa masa ni? Aku tak boleh tunjuk kuasa aku. Tinggal sehari lagi, macamana ni?’

Sedang Ryu berkira-kira dia tidak menyedari ada seseorang telah memukul belakang. Dia terduduk Yui terlepas dari gengamannya.

“Ryu! Ryu!” Jerit Yui kedua tanganya dipegang kemas oleh orang-orang Tuan Siwon.

“Ikat lelaki itu.” Tuan Siwon mengarah

“Lepaskan aku!” Ryu menjerit.

“Bawak perempuan itu ke sini!” arah Tuan Siwon seraya itu dia terjun turun dari kuda. “Bagus akhirnya aku jumpa juga kau Yui, perli Tuan Siwon sambil menggosok-gosok lembut pipi Yui. Yui dengan geram meludah ke wajah Tuan Siwon.

“Tuuih!Kau pengkhianat!”

Tuan Siwon menyapu air liur yang baru diludah Yui tadi lalu dijilat. “Manisnya, hari tu kau lari sebab tak nak kahwin dengan aku. Hari aku berjaya tangkap kau dan aku akan kahwin dengan kau hari ini juga!” suara Tuan Siwon berubah nada.

“Kahwin?” Yui ketawa.  “Kesian kat kau, untuk pengetahuan kau aku dah kahwin! Lelaki yang kau tangkap itu suami aku,” bidas yui bongkak sambil tersenyum sinis.

“Apa? “ Anak mata Tuan Siwon merah sambil merenung tajam kearah Ryu.

“Lepaskan aku! Lepaskan isteri aku!” amuk Ryu.

“Baiklah kalau macam tu. Aku nak kau tengok apa yang aku akan lakukan dekat isteri kau ni.” Tuan Siwon menghampiri Yui.

“Ryu! Abang!” jerit Yui sambil meronta-ronta dari dipeluk Tuan Siwon.

“Arghhh! Lepaskan isteri! kalau tidak aku akan makan korang semua!” pekik Ryu. Kemarahannya sudah melampaui batas. Dia tak dapat mengawal nafsu binatangnya bila melihat Tuan Siwon merobek pakaian Yui satu persatu. Dia menjerit sekuat hati tali di badan terlerai sendiri. Semua yang berada disitu tergamam dan kaku.

Mata Ryu merah dan tajam gigi dan jarinya bertaring. “Lepaskan isteri aku!” marah Ryu. Lelaki yang menangkapnya itu masih digengamnya dia mencengkik leher lelaki itu sampai berdarah.

Yui terkejut, suaranya tersekat-sekat. Tuan siwon menapak selangkah sambil mencapai pedangnya.

 “Binatang itu! Binatang yang pernah serang kita dulu!” jerti konco-konco Tuan Siwon.

“Tuan binatang itu. Harimau jadian yang pernah membunuh beribuan manusia. Ini bukan legenda tapi realiti.” Tambah yang lain pula.

“Ya,aku tahu. Hah, Yui sekarang kau percaya binatang itu yang bunuh bapa kau!  Di sini tempatnya.” Ujar Tuan Siwon sambil merunding tepat kearah Ryu yang masih mengcekik orang suruhannya.

“Lepaskan dia. Dia hanya milik aku sorang je!” Jerit Ryu dengan suara lantang.

“Pengawal serang makhluk itu!” arah Tuan Siwon, dia sendiri masih tidak berani untuk berhadapan dengan binatang itu untuk kali ke dua.

“Err… kami takut Tuan Siwon.” Jawab pengawal-pengawal itu takut-takut kemudian mereka lari dari situ. Terbeliak mata Tuan Siwon dengan setengah anak buahanya itu.

Yui bangun baju yang terkoyak rabak di tarik sedikit untuk menutup badanya yang terdedah. Matanya tidak lari dari memandang rupa Ryu yang amat menakutkan itu.

Ryu menghampiri Yui dengan wajah yang sedih. Dia tahu mesti isterinya akan terkejut bila melihat keadaan sebenar dirinya. Yui mengeletar seluruh badan lidahnya bagaikan terkunci. Ryu cuba menyentuh pipi Yui tapi Yui pantas mengelak.

“Maafkan abang sayang…” ujar Ryu dengan mata berair, wajah isterinya cuba disentuh.

Yui mengelak. “Kenapa kau tipu aku? Kau bunuh ayah aku!!” Jerit Yui dalam ketakutan.

“Tak sayang, bukan abang yang bunuh.  Kalung ini sebagai bukti.” nafi Ryu, cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar.

Mata Yui tercerlung sedikit. Dia merentak kalung itu dari tangan Ryu. “Ini kalung ayahda… jadi betullah kau yang bunuh ayah aku. Arggh! Bodohnya aku. Aku telah kahwin dengan orang yang telah bunh ayahku sendiri. Lari dari pengkhianat terjerat  pada si pembunuh!”

“Tak sayang, jangan salah sangka abang tak bunuh ayah sayang,” Ryu berlembut. Dia cuba meraih wajah Yui sekali lagi. Yui geram lalu meludah ke wajah Ryu.

“Aku benci kau! Benci!” Pekik Yui.

Ryu terkejut. Air mata jantannya mengalir laju. Kalau dia tidak bertukar tadi pasti Yui akan di apa-apakan oleh lelaki-lelaki itu dan identitinya tidak akan terdedah. Malah Yui tidak akan membencinya.

“Percayalah kalung ini bukti yang abang tak bunuh ayah sayang. Tuan Hong amanahkan pada abang untuk cari sayang dan jaga sayang,” Ryu menghampiri Yui.

Yui tidak memandang suaminya. Hatinya terlalu sedih. Dia rasa dikhianati oleh suaminya sendiri. Suami yang berwajah manusia tapi berjiwa binatang dan juga pembunuh ayahnya.

“Yui…”  Ryu menyentuh bahu Yui, dengan pantas Tuan Siwon menghunus pedangnya saktinya tepat ke susuk Ryu.

“Argg..” Ryu mengadus kesakitan. Yui lantas menoleh. Darah mengalir keluar dari badan Ryu membuatkan dia tersentap seraya itu juga Ryu mencengkam bahunya kuat, menyebabkan dia menahan keperitan.
“Abang sayang Yui. Abang buat semua ini demi kebaikan Yui…” tutur Ryu, begitu lemah.

“Kalau abang sayang Yui, kenapa abang rahsiakan perkara ini pada Yui? Kenapa tak bagitahu Yui dari dulu lagi? Soal Yui dengan wajah penuh kebencian.

“Abang tak nak tengok Yui sedih….  Kalau abang bagi tahu makam ayahda, pasti wajah Yui akan sentiasa mendung. Abang tak suka wajah Yui sedih. Abang tak sanggup melihat Yui bersedih sebab itu abang rahsiakan. Abang sedang berusaha untuk menjadi manusia hanya tinggal sehari lagi, sayang.” Tutur Ryu perlahan-lahan menahan kesakitan dengan pandangan yang redup.

“Apa lagi yang abang rahsiakan pada saya?” Soal Yui sinis.

Tuan Siwon menekan pedang ke dalam.  Ryu mengaduh kesakitan tapi pandanganya masih tidak beralih dari menatap wajah gadis yang mengajar dia erti cinta. Darah tersembur keluar dari mulutnya dia tidak dapat bertahan lagi.

“Yui… abang cintakan Yui,” ucap Ryu penuh syahdu. Yui tergamam hatinya tiba-tiba sebak. Sedikit demi sedikit tubuh Ryu menghilang kemudian hilang dari pandangan mata semua orang yang berada di situ. Yui kaku dan tergamam.

“Ryu…”serunya. Air matanya mengalir semakin laju. Siapa yang tidak terkejut bila melihat jasad si suami menghilang di hadapan mata sendiri.

“Ryu!” Pekik Rwon. “Mana Ryu? Yui! mana suami kamu?” Terjah Rwon bertubi-tubi. Dia menerpa kearah Yui lalu digoncang bahu perempuan itu kuat.

Yui hanya membisu. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan pada lelaki tua itu.

“Aku dah agak semua ini akan berlaku. Menyesal aku bersetuju dengan cadangan ryu supaya dapat jadi manusia. Semuanya gara-gara kau!” Marahnya sambil menunding tepat ke wajah Yui. “Kenapa kau harus muncul dalam hidup Ryu? Kalau tak…. Pasti dia akan hidup tanpa gangguan dari manusia. Hutan ini pasti suram tanpa penunggunya.” Sambungnya lagi

“Pak Cik Rwon… kalau pak cik nak marahkan saya. Saya tak kisah tapi kenapa pak cik dan Ryu sanggup membunuh ayahda saya? Dan kenapa pak cik sanggup bersekongkol dengan Ryu merahsiakan siapa dirinya sebenar? Pak cik sanggup membiarkan saya kahwin dengan haiwan yang berupa manusia?”

“Membunuh? Membunuh siapa? Ayahda kau? Hahaha!” Rwon ketawa sinis.

“ Eh, Yui dengar sini. Ayahda kau ataupun Tuan Hong adalah kawan baik aku. Dan disebabkan Ryu dia terselamat dari dibunuh oleh lelaki yang tidak berguna itu!” Jelas Rwon dengan mata dijeling tajam kearah Tuan Siwon. Tuan Siwon tidak terkutip.

“Ryu terpaksa menjadi harimau untuk selamatkan ayahda kamu, kamu tahu tak?” Tempelak Rwon lagi.

 Yui terkejut dengan penjelasan itu. Lututnya lemas dengan perlahan-lahan dia terduduk. “Betul ke pak cik?” Soal Yui perlahan dengan air mata mengalir sekali lagi.

“Aku tak paksa kau untuk percayakan aku. Tapi aku sanagat kecewa dengan kau sebab kau masih tidak mencintai suami kau sendiri setelah dia sanggup berkorban apa saja termasuk nyawanya. Kalau kau buktikan yang kau ikhlas mencintainya dia tak perlu tunggu selama 5 bulan untuk menjadi manusia Yui. Kenapa kau buta untuk menilai betapa cintanya Ryu kepada kau.?

Air mata Yui semakin laju. “Abang….” Rintihnya.

“Tak guna kau menangis sekarang, keluar air mata darah sekali pun dia tetap tak akan kembali,” bidas Rwon sinis.

“Dan kau. Kau dah dapat apa yang kau nak. Jadi keluar dari tempat ini sekarang! Marah Rwon menghalau Tuan Siwon dan konco-konco yang masih setia menantinya. “Jika aku nampak kau masih berkeliar di sini aku tak teragak-agak bunuh korang semua!” sambungnya lagi.

“Pak cik biarkan saya di sini,” rayu Yui,dia memegang kaki Rwon.

“Maaf Yui, tempatmu bukan di sini. Sudah tiada lagi kedamaian hutan dan gunung ini setelah kai khianati penunggunya. Pergilah kau!” sela Rwon lalu kakinya di larikan sedikit.

Yui terus merayu. “Pak cik ampunkan Yui. pak cik. Ryu! Ke mana awak meghilang!”tangisnya sambil menjerit.

Sedang dia memekik memanggil Ryu tiba-tiba tekaknya terasa loya dan mual. Dengan pantas dia berlari ke sebatang pokok terus memuntahkan segala isi perut.

"Yui, jangan-jangan kau…. " kata Rwon mati di situ.
 Yui menoleh kearah Rwon sambil tercenggang.

~~~~> tamat? xdelah ada sambung nak tahu apa kesudahan tunggu :)

4 comments:

Unknown said...

Nk smbgannya..da lme tggu cite ni brsambung..hehe.

Unknown said...

@Unknown..maaf ya masih belum kesempatan untuk garap lagi :(

Unknown said...

bila nak sambunggggg.......da lama tungu... T.T

Unknown said...

@nur ieyma gomawo :(... busy sesangat sekarang ni.. program dkt sekolah byk ..ditambah dengan asgmt lak :)