Sunday 23 June 2013

Aku Ingin Bahagia 5

Bab 5

“Arghhh! Alia benci atuk!” bentak Alia sambil menghentak kaki. Tuan Haris  tidak menghiraukan amukan cucunya itu. Dia meneruskan makan malamnya seolah tiada apa yang berlaku.  Afina hanya menunduk. Puan Halisa hanya memerhati saja takut untuk mencampur tangan.
Bila melihat atuknya buat bodoh, Alia berlari memanjat anak tangga tanpa sempat menjamah menu makan malam gara-gara merajuk dengan datuknya. Puan Halisa bangkit dari situ, membontot anaknya ke atas.
“Lia! Kenapa biadap sangat dengan atuk tadi?” Soal Puan Halisa geram.
“Mom pun nak marahkan Lia? Mom.. atuk dah berubah. Atuk dah tak sayangkan Lia lagi, sekarang atuk ada budak hingusan tu.  Atuk sanggup pulaukan Lia. Ada ke patut dia marahkan Lia tadi, atukkan tahu Lia suka makan kepak ayam yang tiba-tba atuk bagi semua dekat budak tu kenapa?!” amuk Alia sambil mendengus geram.
“Lia..., sekarang kita dekat rumah atuk. Hormat sikit, jaga kelakuan kamu,”Puan Halisa memujuk.
“Buat apa nak hormat, kalau atuk dah tak sayang Lia, mom!”jerit Alia kali ini kakinya dihentak-hentak ke lantai.
Puan Halisa mengeluh kecil. Dia mengatur langkah menghampiri anak daranya. “Sayang, kita sekarang tiada siapa-siapa dah. Dady kamu pun dah tinggalkan mama. Sama juga dengan abang dan papa kamu. Mereka semua dah tidak hiraukan kita. Hanya atuk je yang kita ada. Jadi mama nak, apa yang atuk suruh kita patuh saja.” Puan Halisa cuba memujuk Alia. Digosok lembut belakang anaknya itu yang mudah naik angin itu.
“Mom,Lia tak suka budak tu. Lia rasa mungkin dia sengaja berlakon sebab mahukan harta atuk. Tengok tadi dia rampas segala hak kita dalam rumah ini. Bilik tidur Lia dia rampas, tempat makan Lia pun dia dah milik. Ini tak  adil mom! Alia lebih berhak sebab Lia cucu Tuan Haris ?!” Bentakan Alia semakin menjadi-jadi.
“Ya, sayang mamy tahu. Tapi apa yang boleh mamy buat. Ini rumah atuk. Dia berhak lakukan apa yang atuk mahu.” Puan  Halisa masih memujuk anaknya.
“Jadi mamy setujulah budak tu tinggal dengan kita? Lagipun Lia yakin atuk akan jadikan budak tu perempuan simpanan atuk. Lia tak percaya atuk baik hati sangat ambil budak itu sebagai anak angkatnya kecuali mendatangkan kepentingan padanya,” tukas Alia sambil merenung anak mata Puan Halisa.
Mata mereka saing bertatapan. “Hmm... mamy memang tak mahu. Lagipun, budak tu muda dari Lia.  Tak pe jangan risau, sekarang ikut telunjuk dia, lepas tu kira rancang sesuatu ya, sayang.”
Alia senyum menyenget.  “Baiklah Lia setuju,” ucapnya lalu memeluk tubuh Puan Halisa. ‘Siap kau selepas ini. Ada hati konon  nak jadi perempuan atuk aku.’ Bisik hati jahatnya.

Selesai membantu Mak cik Imah di dapur  Afina ke ruang tamu. Sunyi saja, yang kedengaran bunyi penghawa dingin. Rumah punyalah besar tapi penghuni tak ramai!
Kong!Kong!
Tiba-tiba cuping telinganya terdengar suara orang batuk di bilik sebelah. Dia melangkah dengan perlahan-lahan ke ruangan bilik yang sederhana besar itu. Bila dijenguk kelihatan Tuan Haris  duduk berehat dengan mata terpejam sambil memegang rokok paip di tangan.
  Afina melangkah masuk ke dalam sedikit. Matanya melilau sekeliling, terpegun melihat hiasan di dalam bilik itu. Sungguh cantik. Hanya terdapat dua buah kerusi yang agak panjang belakangnya dan sebuah meja bulat sahaja perabot di dalam bilik itu. Yang menarik lagi ada tempat unggun api. Sangat romantik untuk berdua-duaan dengan orang tersayang.
 Afina memeluk tubuhnya sendiri bila angin malam menerpa masuk, sepoi-sepoi bahasa. Kain langsir yang tergantung berterbangan melalui pintu yang terbuka.  Afina melangkah semakin ke dalam ruangan bilik itu sambil menyentuh dinding dengan jari jemarinya. Belum pernah dilihat rumah yang cantik itu apatah lagi menghuninya sebelum ini. Tidak pernah termimpi dek akalnya untuk menjejak kaki ke rumah yang gah ini. Bagaikan mimpi si miskin menjadi jutawan kerana malam ini dia sudah menjadi penghuni rumah yang gah seperti istana.
 Afina berdiri tegak betul mengadap Tuan Haris  yang terpejam mata dan tidak menyedari kehadirannya di situ. Di tenung lama wajah yang tidak dimamah usia itu.
“Untungnya nasib uncle Haris dapat hidup mewah. Punyai segala-galanya tidak perlu risau nak beli apa-apa sebab duit dah banyak,” tutur  Afina pada dirinya sambil mengeluh kasar.
“Kalau aku ni betul-betul anak uncle Haris pasti kehidupan aku tak susah. Nak pergi sekolah pun boleh tak perlu kerja sendiri. Nak makan nak pakai semuanya dapat tak perlu mengikat perut.” Sambungnya lagi.
Lama di bilik itu  Afina membuka langkah mahu keluar dari situ. Belum sempat kaki melangkah keluar, dia dipanggil.
“Afina...” panggil Tuan Haris .
Bunyi derapan tapak kaki seseorang dalam bilik menyedarkan dia dari terlena. Bila mata terbuka dilihat kelibat  Afina mahu keluar dari bilik privasinya.
 Afina lantas membalikkan tubuhnya. “Eh, uncle dah sedar? Maaflah kalau Fina menganggu uncle,” ucap  Afina lembut.
“Meh duduk sini, sebelah uncle,” ajak Tuan Haris  kedudukannya ditegakkan sambil menunjuk kerusi di sebelahnya.
 Afina menurut arahan. Dia menapak dan melabuh duduk di kerusi sebelah Tuan Haris.
“Kenapa Fina masuk sini? Soal Tuan Haris  sambil menatap gadis itu. “Fina tahu tiada sesiapa yang boleh masuk ke sini kecuali selepas mendapat arahan dari uncle.”
“Fina minta maaf uncle. Fina janji tak buat lagi. Fina keluar dulu,” suara  Afina ketakut kerana dia telah buat kesalahan. Dia mahu bangkit dari situ tapi lengan pantas ditangkap oleh Tuan Haris.
“Tunggu. Uncle tak habis cakap lagi.”
 Afina duduk semula. “Ada apa uncle?” Soalnya.
“Hurm... kamu masih nak sekolah  ke?” Tuan Haris  bertanya dengan lembut. Dia sendiri tidak tahu kenapa setiap kali memandang wajah gadis yang berusia lima belas itu hati lelakinya betul-betul terusik. Mungkin kerana raup wajah  Afina ada mirip dengan arwah isterinya. Agak Tuan Haris  di dasar hatinya.
 Afina teruja bila soalan itu di bangkitkan. Matanya jelas bersinar-sinar. Dengan pantas dia menganggukkan kepala dengan  laju. “Saya nak.”
“Kalau macam tu, esok kamu boleh kembali ke sekolah,” balas Tuan Haris  ringkas tanpa secarik senyuman di wajahnya.
“Terima kasih uncle.”  Afina masih lagi teruja. Tidak menyangka yang dia dapat kembali lagi ke sekolah.
“Sama-sama. Satu lagi, Alia juga akan belajar satu sekolah dengan kamu.”
“Ya? Baguslah. Tapi kan uncle...”  Afina senyap seketika.
“Tapi apa?” Soal Tuan Haris  menampak banyak garisan kedutan di dahi, maklumalah usianya semakin lanjut.
“Uncle janganlah marah–marah macam tadi dekat kak Alia. Kesian dia. Dia kan cucu uncle.”  Afina menyusun bicara dengan hati-hati bimbang akan mengundang marah pada lelaki tua itu.
“Uf! cucu apa ke benda, pasal aku langsung tidak ambil kisah. Mereka balik sini sebabnya mereka dah tak de apa-apa dekat sana.  Bagi aku selepas isteri aku mati, aku dah tak de sesiapa kecuali diri aku saja. Dari kecil aku bela bagai menatang yang penuh. Bila dewasa, menikah, semua tinggalkan aku sendirian. Nak datang jenguk aku pun susah! Itu dinamakan anak?!” radang Tuan Haris  tiba-tiba sambil tangan di kepal kemas.
 Afina terdiam. Dia juga turut bersedih dengan apa yang di alami Tuan Haris  itu. Dia bangkit lalu menghampiri Tuan Haris . Dipegang tangan kanan Tuan Haris . “Uncle janganlah sedih... Finakan ada. Fina janji akan jaga uncle.”
‘Bendul betul budak ni, aku buat sedih sedikit dah tertipu.’ Desis Tuan Haris  di hati dengan segaris senyuman jahat. Tapi apa yang di luah baru sekejap tadi,  itulah yang dia alami sepanjang hidupnya.
Pagi itu  Afina bangun awal kerana semangat berkobar-kobar untuk ke sekolah. Usai mengenakan pakaian  seragam sekolahnya dia terus keluar dari bilik dan menuju  ke kamar Tuan Haris . Dia mengetuk beberapa kali daun pintu kamar itu tapi tiada sahutan. Dia cuba membuka dan ternyata pintu itu tidak berkunci.
 Afina menyelak sedikit daun pintu itu, dan menjenguk ke dalam sedikit. Kelihatan Tuan Haris  masih nyenyak terlena. Dia menapak ke dalam lalu menghampiri katil. Dia mengoncang lembut bahu Tuan Haris  untuk mengejutkan lelaki tua itu.
“Uncle bangunlah....”
Tuan Haris  tersedar sambil mengeyeh-geyeh kelopak matanya perlahan. “Ada apa Fina masuk bilik uncle ni?” soalnya, dengan nada serak garau sedikit
“Uncle cepatlah bangunn... hari ini kan, Fina nak kena pergi sekolah,” rengek  Afina, tangannya masih di lengan Tuan Haris  di goncang-goncang.
“Sekarang dah pukul berapa?” Soal Tuan Haris , dia masih lagi mengantuk.
“Pukul enam....” balas  Afina masih tersenyum manis.
Tuan Haris  tersentap tiba-tiba. Melihat senyuman  Afina membuatkan jantungnya tidak keruan. “Enam? Fina awal lagilah sayang...” Tuan Haris  sudah naik miang keladi. Dia mengelus lembut rambut panjang  Afina yang ditoncang ekor kuda.
“Cepatlah uncle! Fina dah tak sabar dah ni,” desak  Afina.
Tuan Haris  hanya menggeleng kemudian bangkit. Bersemangat betul. Secara tidak sengaja dia terlihat pakaian  Afina yang tersarung di tubuh gadis itu. Warna sudah luntur dan lusuh. Hatinya terselit rasa belah.
“Fina tak de pakaian lain ke?” soalnya.
“Hah?”  Afina kaget sambil meneliti pakaian sekolahnya. “Tak de, uncle....” jawabnya sebak.
“Hrmm... petang kita beli baru ya.” Tuan Haris  cuba menyedapkan hati gadis itu.
 Afina tersengih panjang.
“Alia! Cepat sikit. Kita dah lewat ni!” jerit Tuan Haris  sebaik menyarung kasut di kakinya.  Afina berada setia di sisi Tuan Haris  sambil memegang briefcase Tuan Haris .
“Ya datang ni...” sahut Alia sambil meniti turun. Beg sekolah di serahkan kepada Mak cik Imah untuk di masukkan ke dalam kereta. “ Dia pun sekolah sekali ke dengan Lia juga ke atuk?” soal Alia dengan wajah cuak.
“Ya, kenapa?” soal Tuan Haris  kembali sambil berjalan menuju untuk masuk ke dalam kereta.
Alia tidak menjawab balik. Hanya diam, hatinya sudah mencemuh. ‘Kenapalah aku perlu satu sekolah dengan dia. Malulah aku kalau orang dapat tahu dia perempuan simpanan atuk. Gadis berusia 15 tahun sudah menjadi gundik seorang lelaki yang berpangkat datuk tua bukan datuk gelaran, aih....’
Sampai di sekolah Tuan Haris  dan Alia menuju ke pejabat untuk pendaftaran Alia ke sekolah itu manakala  Afina terus ke kelasnya. Tuan Haris  sempat berpesan  pada  Afina.
“ Afina petang nanti Pak Cik Salleh akan menjemput kamu dan Alia. Jangan ke mana-mana ingat tu.”
 Afina hanya mengangguk kemudian dia bersalaman dengan Tuan Haris  dan terus melangkah ke kelasnya. Hatinya berbunga riang. Walaupun tiada siapa yang hendak menantikannya di sekolah itu dia tak pernah ambil kisah baginya dia mahu belajar dan berjaya untuk dia mendapat kesenangan di masa hadapannya.
Sebaik dia melangkah masuk  ke kelas suara ejekan kedengaran.
“Anak kaki judi datang sekolahlah. Aku ingat dah berhenti...”
“Baguslah kau ingat dia berhenti. Aku... aku ingatkan dia dah mampus macam mak dia! Ha!ha!ha!”
Itulah suara-suara dari sambutan dari rakan sekelasnya. Dia tak ambil pusing hanya memekakkan teliganya. Dia berjalan terus ke mejanya yang duduk di hujung belakang sekali.
“Anak judi dan pelacur!!”
Itulah yang tertulis di atas mejanya. Suara-suara ejekan masih kedengaran.  Afina mengangkat muka dengan wajah tiada senyuman, semuanya terus terdiam. ‘Tahu takut! sekali aku buat gila, haru mereka semua.’
Dia memadam tulisan yang di tulis dengan pensel dengan pemadam. Itulah rutin hariannya jika dia ke sekolah. Dia tidak disambut dengan baik, semua pelajar di situ bencikannya disebabkan perangai buruk ayahnya yang suka berhutang duit jiran tetanga semata-mata mahu berjudi. Jiran tetangganya tiada orang lain iaitu pelajar di sekolah itu juga. Yang menyedihkan lagi, bila ibu menjadi pelacur lagi bertambah deritanya. Disebabkan  ibunya ketagih, semua lelaki dia rembat. Termasuklah bapa-bapa pelajar sekolah itu.
Demi membaiki masa depannya  Afina tak ambil kisah tentang semua itu biarlah cikgu-cikgu atau pelajar di situ membencinya asalkan dia dapat masuk universiti dan dapat kerja yang baik. Dia percaya dia dapat baiki kehidupannya dengan adanya ilmu.
Sepanjang pembelajaran  Afina khusyuk memberi penumpuan walaupun dia tidak dilayan dengan baik. Waktu tamat sekolah tinggal 15 minit lagi, guru kelasnya Puan Rogayah tiba-tiba  masuk bersama seorang pelajar lelaki yang tidak dikenali semua pelajar kelas itu.
“Assalamualaikum semua. Eh,  Afina awak dah datang? Cikgu ingatkan kamu dah berhenti,” sinis sekali teguran Cikgu Rogayah.
 Afina mengalih sekilas pada Cikgu Rogayah. Dia tahu cikgu itu juga tak suka padanya disebabkan lelakinya pernah melanggan ibunya. Pelajar yang lain semua berdekak ketawa.
“Okey, diam! Hari ini kita ada pelajar baru. Dia dulu sekolah dekat Korea, atas sebab-sebab tertentu dia pindah balik Malaysia.”
 Afina yang termenung di luar jendela kalih memandang budak lelaki itu sepintas lalu, kemudian dia kembali merenung ke luar jendela.
“Wah, Korea! Mesti pandai cakap koreakan?” Pelajar yang lain sibuk bertanya.
“Aah, muka pun macam ala-ala pelakon korea..” tambah pelajar perempuan pula.
“Awak mesti pernah jumpa Psy secara live, oppa gangam sytle,” sampuk pelajar lain sambil membuat gaya sekali.
Budak lelaki itu hanya tersenyum.
“Salam perkenalan nama saya Haydar Iskandar, sila beri tunjuk ajar, ya.” Budak itu memperkenalkan namanya.