Bab 7
Sebaik turun dari
kereta, Alia sengaja melanggar bahu Afina
dan dia sempat memberi amaran pada gadis itu sebelum meninggalkan Afina. “Petang nanti, jangan harap dapat naik
satu kereta dengan aku faham!”
Afina mengeluh
berat. ‘Adakah setiap hari aku terpaksa menghadapi situasi ini? Ah, kenapalah
nasib aku sentiasa begini.’
Afina melangkah
masuk ke dalam kelas. Sebaik kaki mencecah lantai kelas, suara ejekan mula
kedengaran.
“Tengoklah baju dia tu, baru kan? Aku dah cakap korang
tak percaya! Sekarang tengok sendirilah!” sindir Emma, rakan sekelas Afina juga merupakan anak kepada salah seorang
daripada pelanggan ibu Afina, dengan
wajah jijik memandang ke arah Afina.
Dialah kaki gosip di sekolah itu. Dia jugaklah yang menyaksikan kejadian Afina dan Tuan Haris di Pasar Raya Ekonomi semalam.
“Aahlah, baju baruu.. semalam baju lusuh kuning macam
air longkang je aku tengok. Sekarangg..Fuh! Merelip-relip kau!” tokok
Faima, satu geng dengan Emma.
“Wey, tak hairanlah sebab dia sekarang ada bapa ayam
yang boleh tanggung dia sekarang! Korang ada ke?” ejek Emma lagi.
Afina
tersentap. ‘Bagaimana mereka boleh tahu dia tinggal dengan Uncle Haris? Siapa yang
bagi tahu mereka?’
“Hrmm... memang tak boleh nak elak, mak dia dulu pun
pelacur.. sekarang dia pula yang ambil alih. Jaga ayah korang baik-baik wey,
aku takut nanti dia jadi perempuan simpanan ayah-ayah korang pula,” sambung Emma
lagi, yang lain turut sama mengata.
Haydar terkebil-kebil memandang kawan sekelasnya asyik
menghina seseorang. Dia mencuit rakan di sebelahnya. “Mereka cakap pasal siapa?”
Soalnya dengan wajah berkerut.
“Itu... budak yang baru melangkah masuk. Memang
betul-betul berubah, tengok sekarang gaya berjalan pun dah ala-ala model gitu,
maklumlah pakaian, beg serba baru...”
tambah Yasman, ketua kelas itu.
Haydar tersentap. “ Afina?” Sebutnya perlahan.
Afina
memekakkan telinga. Dia melangkah tanpa menghiraukan ejekan itu, bila
terpandang wajah Haydar dia tiba-tiba teringat key chain kepunyaan lelaki itu.
Dia mengubah langkah, dari menapak ke tempat duduk kepada ke tempat lelaki yang
bernama Haydar Firdaus.
“Haydar,hati-hati nanti dia goda kau, masaklah kau!” jerit
Emma bila melihat Afina melangkah ke
arah lelaki itu.
Haydar serba salah. “Jangan dekat dengan saya!” Jerit Haydar
tiba-tiba, yang lain tergelak.
Langkah Afina
terhenti. Dia memandang wajah Haydar. Key chain di tangannya digenggam kuat.
Lalu dimasukkan kembali ke dalam kocek bajunya, tidak jadi memulangkan kembali
pada lelaki itu. Hatinya terguris, dia sangkakan lelaki itu tidak seperti yang
lain tapi sangkaannya silap!
Afina berundur
semula lalu menuju ke tempatnya. Haydar mengekori setiap langkah Afina dengan ekoran anak matanya. ‘Jahatnya
dia, tak padan dengan muka nonsense tapi pembohong!’
Afina perasan
ada seseorang sedang memerhatinya, dia berpaling. Haydar lantas memandang kearah
lain. Malu tertangkap oleh gadis itu.
‘Hah, semuanya sama! Ingat Fina, jangan nak berangan
ada yang mahu berkawan dengan kamu.’ Afina
cuba memberi kata-kata semangat untuk dirinya sendiri.
Di kantin sekolah....
“Alia, datuk awak nama Haris kan?” soal seorang
pegawas perempuan yang satu kelas dengan Alia.
Alia yang baru mahu menyuap nasi ke mulut berhenti
sesaat. “Aah, kenapa? Awak kenal ke dengan datuk saya?”
“Siapa tak kenal Tuan Haris pemilik syarikat kenderaan dekat Temerloh
malah ketua PIBG dekat sekolah kita ni. Hmm... betul ke saya dengar datuk awak
jadi bapa ayam pada budak tingkatan 3 yang nama Afina tu?” jelas pengawas itu sambil melabuh
duduk di hadapan Alia.
Alia terpempan. “Awak tahu dari mana ni?” Soalnya.
“Dah kecoh satu sekolah, ada budak sekolah kita nampak
datuk awak bawa budak tu pergi shopping. Hrmm... Nampak gayanya awak bakal ada
nenek tiri muda dari awaklah ya,” sindir pengawas itu sambil tergelak.
“Kalau awak nak tahu, ayah budak itu kaki judi mak dia
pula pelacur. Jadi kami tak hairanlah kalau dia ikut perangai macam mak itu. Melanggan
jantan sebab mahukan wang untuk hidup. Yang kami hairan, kenapa dengan datuk
awak…” sambung itu lagi teragak-agak dihujung bicaranya.
Alia mendengus geram. ‘Ceh, tak guna punya budak tak
sampai seminggu aku masuk sekolah ni, dia dah conteng muka aku!’ Alia bangkit nasi di depan tak jadi di makan. Dia melangkah
dengan laju mencari kelibat Afina.
“ Afina! sini sekejap!” jerit Alia dari luar kelas.
Afina yang
khusyuk mentelaah buku terkejut, dia menoleh. Terpandang Alia sudah tercegak di
depan pintu kelasnya. Alia geram melihat wajah Afina seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Sambil mendengus dia menerjah terus masuk ke dalam kelas itu lalu mengheret
tangan Afina keluar dari kelas itu
dengan kasar.
Tiba di atas bumbung bangunan sekolah Alia melepaskan
tangannya dengan kasar, Afina hampir
tersungkur.
“Haa… benci betul aku dekat kau!” kau dah buat maruah
aku jatuh, tahu tak?!” Pekik Alia sambil mengcekak pinggangnya.
“Apa Kak Lia cakap ni? Fina tak faham...” soal Afina perlahan. Lengannya digosok sedikit
terasa pedih akibat cengkaman kuat dari Alia tadi.
“Kau, memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan? Di
rumah kau dah rampas segala yang sepatutnya jadi milik aku, di sekolah pula kau
nak jaja cerita yang kau tu perempuan simpanan atuk aku pula! Memang muka
tembok betul kau ni. Muka nmpak suci tapi perangai... oh, God! sesuai sangat
kau ini anak penjudi dan anak pelacur.”
“Kak Lia!” jerit Afina dengan mata berair tiba-tiba.
“Kenapa tak betul ke apa yang aku cakap?” Sinis
kata-kata Alia sambil tersengih mengejek.
Afina senyap
sambil mengesat air mata yang mengalir dari hujung tubir matanya.
Dalam pertelingkah di antara mereka ada sepasang mata
sedang memasang telinga. Haydar baru selesai di kantin sengaja melewati kawasan
itu sebelum loceng masuk kelas berbunyi tiba-tiba dia terdengar ada suara
pekikan, dia cuba mengintai. Matanya membulat bila melihat Afina dengan seorang budak perempuan yang dia
tidak kenal sedang bertengkar. Dia cuba menyorot di sebalik pintu stor untuk
mencuri dengar.
“Aku dan mamy memang dah agak kau ni memang ada niat
jahat terhadap atuk aku!” sambung Alia lagi.
“Apa yang Kak Lia cakap ni? Uncle jadikan saya
anak angkat dia sebab dia kesaiankan saya!” cantas Afina, intonasinya berubah menjadi kasar.
“Kau ingat atuk aku tu baik sangat ke nak ambik anak
hina seperti kau buat anak angkat. Sedar diri sikitlah. Kau tahu di sebabkan
kau atuk bencikan aku tahu!” amuk Alia pula.
“Tuan Haris sayangkan
saya sebab Kak Lia dan mak cik tak pernah ambil peduli tentang dia!” tengking Afina. Sama-sama menggunakan nada yang kuat.
Tak mahu mengalah!
“Tak guna punya budak, nah kau... PANG!”
Satu tamparan yang agak kuat singgah di pipi Afina. Afina
terpanar dan berundur ke belakang sedikit. Begitu juga dengan Haydar yang
sedang menyaksikan perbalahan di antara mereka.
“Rasa kau, itu tak cukup apa yang kau dah rampas
segala hak aku! Aku benci kau! Baru dua hari aku sekolah kat sini kau dah
conteng maruah aku dengan cerita murahan aku tu. Kau rasa bangga sangat ke kalau semua warga sekolah
tahu, kau tu perempuan simpanan atuk aku! Tuih! Puas hati aku..” amuk Alia
sambil melundah ke muka Afina lalu
beredar dari situ.
Afina menyapu
air liur yang melekat di dahinya, pipinya masih terasa pijar. Perlahan-lahan
dia berjalan untuk turun sambil mengesat air mata yang merembes keluar. Haydar
mengesot ke tepi sedikit untuk mengelak dari di kesan oleh Afina. Malang nasibnya dia terpijak batang
penyapu, lalu jatuh.
Afina memandang
ke belakang. Dia melihat Haydar sedang menepuk dahi sendiri.
Haydar perasan akan itu, cuba menelan air liur
bagaikan terlekat dikerongkong. “Err… saya...”
Afina tidak
berkata apa-apa. Dia menyelup poket baju sekolahnya dan mengeluarkan key chain
lalu dihulurkan kepada Haydar. “Ini awak punya.
Tercicir semalam,”hulurnya.
Haydar teragak-agak mahu menyambut. Afina tahu Haydar takut untuk berkawan
dengannya, lalu dia meletakkan key chain itu ke dalam tangan Haydar lalu
berpaling untuk beredar dari situ.
“Kenapa awak tipu saya?” Laung Haydar sedikit bila Afina mahu melangkah pergi.
Afina berpaling
semula. Dia ditenung wajah Haydar sebelum bersuara. “Semalam saya ada tanya
awak sama ada kenal saya atau tak? Awak tanya saya balik saya ini anak raja ke,
anak Datuk, Tan Sri yang perlu diinterview sebelum hendak berkawan tapi awak
tak kesah,” sindir Afina, wajah masih
tidak beriak.
Haydar senyap, tidak mampu membahas balik.
“Saya tak kesah sebab awak masih baru di sini dan tak
kenal siapa saya lagi. Jadi lepas ini jangan mudah menghulurkan salam
persahabatan sekiranya awak tak yakin ingin menjadi seorang kawan yang
betul-betul mahu bersahabat,” sinis sekali Afina bersuara lalu meninggalkan lelaki itu
termelongo sendirian.
Petang itu, Afina
balik seorang diri selepas berkali-kali diberi amaran oleh Alia jangan nak naik
satu kereta dengannya. Dia malas hendak bertengkar dengan gadis itu jadi dia
mengambil keputusan ingin pulang sendiri tidak kiralah dengan apa-apa pun,
kerana dia sudah mengingati jalan untuk ke rumah Tuan Haris . Di pertengahan
jalan dia tiba-tiba teringatkan arwah ibunya. Memandangkan rumah dia dahulu di Kampung
Batu Satu tidak jauh dari sekolahnya jadi dia mengatur langkah ke sana.
Kata-kata Afina
tadi benar-benar menusuk kalbunya. Dia baru sedar yang dia bersalah terhadap
gadis itu. Dia cuba mengekori gadis itu. “Ke mana Afina nak pergi tu?” bebel Haydar sendiri.
Dengan hati-hati
dia mengekori Afina supaya tidak di
kesan oleh gadis itu. Dia ingin meminta maaf dengan gadis itu. Dia yakin Afina bukan seperti yang diperkatakan oleh
rakan sekelasnya.
Afina masuk ke
kawasan perkampungan rumahnya yang dulu, jiran tetangga yang sibuk bergosip
tiba-tiba diam bila melihat kelibat Afina.
“Hey, anak jahanam buat apa kau ke sini lagi?!
Dengar-dengar dah ada bapa ayam senanglah kau ya? mana ayah kau? Lepas curi duit aku terus
lesap!” jergah Mak Cik Faridah bekas jiran dulu, emak kepada Emma.
Afina berhenti.
“Mak cik Faridah…” ujarnya perlahan.
“Eh, hidup lagi. Aku ingat dah mampus macam mak dia
dah,” tokok Mak cik Som lalu bangkit, baju di selising ke lengan mendekati Afina.
“Hey Fina, kau ni kau boleh tak jangan jejakkan kaki
kau ke sini lagi? Aku dah naik menyampah tengok muka kau? Tiap kali aku tengok
muka kau, aku teringat perangai mak kau yang ketangih jantan! Sampaikan laki
aku pun nak kebas!” marah Mak cik Som sambil menenyeh-nenyeh kepala Afina.
“Mak cik mak saya dah tak de. Ampunkan dia, jangan
dihina-hina lagi,” rayu Afina cuba melarikan diri dari dipukul oleh
wanita itu.
“Ewah budak ni sekarang pandai menjawab! Hoi,
mak kau tu pelacur! Dekat kubur tu dia tengah diseksa. Apa? Kau ingat jadi
pelacur ni mulia sangat ke?” sambung Mak cik Som lagi, kali ini dia memukul Afina dan menolak gadis itu sampai tersungkur.
“Habis mak cik ingat mak cik duduk mengata orang ni
mulia sangat ke?!” jawab Afina balik
cuba melawan.
“Budak ini memang kurang ajar!” Hati Mak cik Som membara
di tarik rambut Afina sekuat hati.
Mak cik Faridah serta yang lain turut terasa lalu
menghampiri Afina untuk membelasah gadis
itu secukupnya. Rambut yang terikat rapi menjadi serabai.
“Puas hati aku dapat balas dendam! Dah jom pergi,”ujar
Mak cik Som geram, serentak itu juga dia melangkah pergi meninggalkan Afina diikuti dengan yang lain. Haydar memekup
mulutnya terkejut dengan kejadian yang disaksikan dengan kepala matanya
sendiri.
Afina yang
terduduk terbaring, air mata menjuntai turun dengan laju. “Mak….” rintihnya
Haydar perlahan-lahan mendekati Afina, dia menghulurkan sapu tangan kepada
gadis itu. Afina mendongak lalu mencapai sapu tangan itu. Dia kesat air
mata yang keluar dengan sapu tangan itu. Haydar menghulurkan tanganya sekali
lagi, kali ini ingin membantu gadis itu untuk bangun. “Awak tak de apa-apa ke?”
soalnya.
Afina tersenyum
kelat lalu menggeleng. “Terima kasih.”
“Sama-sama, jom saya hantar awak balik,” pelawa Haydar
tersenyum manis.
“Hah?” Afina
kaget.
“Hari ni, saya datang dengan basikal. Jadi saya boleh
hantar awak balik rumah,” jawab Haydar lagi dengan senyuman masih melekat di
bibir.
Haydar membonceng Afina ke Sungai Pahang, bukannya ke arah jalan
rumah Afina. Sebaik tiba di tebing dia
meletakkan basikalnya di bawah sebatang pokok besar.
“Inilah tempat yang saya suka datang mula-mula saya
sampai di Temerloh.” Cerita Haydar tanpa dipinta.
Afina mengikuti
langkah Haydar dari belakang. Haydar memanjat sebuah batu besar lalu mendepakan
kedua belah tangannya sambil menyedup angin petang.
“Cantikkan? Tenang je rasa. Tapi tak mustahil
air yang tenang tak de buaya tambah-tambah ini sungai.” Lawak Haydar
tanpa menoleh kearah Afina.
Afina tersenyum
pendek. “Awak masih nak berkawan dengan saya?”
Haydar yang asyik dengan ketenangan air sungai menoleh
Afina. Di tatap wajah redup itu sejenak.
“Kenapa, tak boleh ke?”
“Awak tak malu?” soal Afina cuba menduga Haydar, wajah lelaki itu
ditatap.
“Kenapa, awak tak pakai baju ke?” balas Haydar sambil
tersengih.
“Haydar! Saya serius ni...” getus Afina geram.
“Hrmm... cuaca sangat terang tapi tiba-tiba mendung ke
hari nak hujan atau ada orang yang sedang bersedih sekarang ni,” Haydar cuba
mengubah topik berbualan.
“Haydar….”
“Dah! Afina
mulai sekarang awak sahabat saya dunia akhirat.” Ikrar Haydar, dia mencapai
tangan Afina itu lalu memaut jari kelingking Afina dengan jari kelingkingnya menjadi satu.
Afina terpempan
kemudian mengoret senyuman.
3 comments:
best nak lagi.
macam2 perasaan baca entry ni.. huhu... sambung lagi.. =)
@baby mio.... okey nnti sy upload secepat yg mungkin :)
@tia fatiah tq sudi singgah bce :)
Post a Comment