Bab 6
“Pak cik, cepat jalan!”
arah Alia sebaik membolos masuk ke dalam perut kereta. Pintu kereta di hempas
kuat bagaikan mahu tercabut.
“Hah?” Pak cik
Salleh terpana. Dia yang sedang membaca surat khabar tersentap habis. “Err... tapi
Cik Alia, Afina masih belum datang?” ujar
Pak Cik Salleh lembut, sambil melipat surat khabar dan diletak pada kerusi
sebelahnya. Dia memang tak suka dengan sikap Alia yang sangat kurang ajar itu.
“Peduli apa aku! Cepatlah!” tengking Alia sambil
mengibas mukanya dengan tapak tangan sendiri.
“Tak boleh macam tu Cik Alia... nanti Tuan Haris marahkan saya,” bantah Pak Cik Salleh masih
berlembut
“Kuatkan econ sedikit, aku panas ni!” arah Alia
dengan kasar. “Jangan banyak soal boleh tak?! Kalau tak nak gerak, kau keluar
sekarang! Biar aku pandu sendiri!” gertak dia pula.
“Hrmm... baiklah cik.” Pak cik Salleh dalam serba
salah lalu dia terus memandu. ‘Kasihan Afina.’
Afina yang baru
keluar terkejut bila melihat kereta yang dipandu Pak cik Salleh pagi tadi
bergerak meninggalkan perkarangan sekolah. Dengan cepat dia berlari mengejar kereta
itu sambil melaung memanggil Pak cik Salleh. Pak cik Salleh seakan mendengar
ada orang memanggil namanya terus mengintai melalui cermin sisi. Bila terlihat Afina mengejarnya dia memperlahankan kereta
untuk berhenti.
Alia perasaan Pak cik Salleh mahu berhentikan kereta
lalu ditoleh ke belakang terlihat Afina
sedang mengejar kereta ini. Dia mendengus marah.
“Pak cik nak buat apa ni?” soal Alia dengan kasar.
“ Afina ada dekat belakang cik,” jawab Pak Cik Salleh.
“Jalan terus!” Bantah Alia tanpa ada rasa bersalah di
hati nuraninya.
“Tapi cik...” Pak
cik Salleh pening dengan sikap cucu Tuan Haris sekali gus dia simpati pada Afina terpaksa berjalan kaki untuk balik ke
rumah Tuan Haris yang agak jauh jugak
dari sekolah lebih kurang 3km.
“Tak de tapi-tapi.. aku cakap jalan. Jalan
sajalah! Itu pun susah nak faham ke?! Sayang sangat dekat budak tu, tak faham
betul aku!” bebel Alia geram.
“Pak cik!” jerit Afina sambil termengah-mengah. Dia yang
berlari dari sekolah hinggalah ke selekoh. Berhenti kerana kudratnya tiada daya
lagi mahu mengejar kelajuan kereta yang dipandu oleh Pak cik Salleh.
“Kesian dekat Afina,
Cik Alia. Nak jalan kaki jauh sangat...” suara Pak cik Salleh perlahan.
“Pandai-pandai dialah nak balik nak apa? Bas dan teksi
kan melambak! Tahan jelah,” bidas Alia sambil memeluk badan sendiri.
Pak Cik Salleh hanya menggeleng dengan sikap kurang
ajar Alia itu. Dari cermin dia memandang Afina semakin lama semakin jauh dari
pandangan.
“Adus, penatnya. Dahlah cuaca panas terik,” keluh Afina sebaik melabuh duduk di bus stop
yang sarat dengan pelajar-pelajar lain.
“Hai!”
Afina
mendonggak sedikit, seorang budak lelaki sebaya dengannya datang menyapa dengan
senyuman manis di bibir. ‘Eh, bukan ke budak baru masuk kelas aku tadi’
“Tunggu siapa?” Soal Haydar mahu beramah mesra dengan gadis
di hadapannya yang memakai lencana sekolah sama dengan lencana sekolah yang dia
baru daftar tadi.
“Bas,” jawab Afina
pendek.
“Ooo, hrmm... saya baru pindah sini dan tak berapa nak
kenal sangat dengan kawasan ini. Awak boleh jadi kawan saya tak?” Pinta Haydar lalu
melabuh duduk di sebelah Afina.
Afina senyap
tidak menjawab apa-apa.
“Er... maksud saya,awak boleh tak jadi penunjuk arah pada saya.
Maklumlah saya ni kan masih baru dan tak berapa nak kenal dengan tempat ini.
Ini hari pertama saya di Malaysia.” terang Haydar panjang lebar takut gadis itu
salah faham terhadapnya.
“Awak tak kenal saya ke?” Soal Afina tiba-tiba, keluar dari topik.
“Hah?” Haydar bingung seketika, tak faham. “Awak
sangat popular dekat sini ke, sampaikan saya perlu kenal baru boleh jadi kawan
awak?” soal Haydar sambil tersengih.
“Betul awak tak tahu siapa saya?” Soal Afina lagi untuk memastikan sama ada budak
lelaki itu betul-betul tidak mengenalinya.
Haydar menggaru kepala yang tidak gatal. ‘Pelik betul
budak perempuan ni? Dia anak datuk Bandar ke? Anak raja? Atau anak Tan Sri sampai
aku perlu tahu latarbelakang dia dulu baru boleh berkawan. Macam tu ke?’
“Err... awak anak bangsawan ke? Atau menteri? Tan Sri?
anak Raja? kena interview dulu baru boleh berkawan dengan awak?” Tanya Haydar
teragak-agak dengan wajah cuak.
Afina tergelak
kecil. “ Aah, saya anak Raja. Raja Kapur. Tak delah, saya Afina. Dhia Afina...” Afina memperkenalkan diri.
Haydar pelik dengan perangai gadis di sebelahnya. “Haa..okey
saya Haydar... Haydar Firdaus. Panggil je Haydar.”
Sampai di kediaman Tuan Haris, Alia sempat mengugut Pak Cik Salleh. “Kalau
atuk tanya mana Afina, pak cik cakap dia
nak balik naik bas. Siap pak cik! Kalau bagitahu perkara yang sebenar. Tak
mustahil saya akan pastikan pak cik tak akan dapat kerja dengan atuk saya lagi,”
tukas Alia kasar lalu turun dari kereta san menghempas pintu kereta tanda dia
benar memaksudkan apa yang dia kata.
Pak cik Salleh mengucap panjang. Dia keluar dari
kereta terus ke dapur untuk mendapatkan isterinya Mak cik Imah.
“Hai abang, kenapa muka tu? Tuan Haris buat hal lagi ke?” Soal Mak cik Imah, tangannya
masih ligat mengacau kuah kari kepala ikan.
“Bukan Tuan Haris tapi cucunya. Pening kepala abang mahu melayan
kerenahnya. Tak padan dengan kecil tapi pandai memeras ugut,” keluh Pak Cik
Salleh sambil melabuh duduk di kerusi. Saji dibuka sedikit cuba mengintai menu
yang telah dimasak oleh isterinya.
Mak cik Imah menoleh memandang suaminya.“Alia ke? Dia
ugut siapa?” soalnya bertubi-tubi.
“Siapa lagi cucu Tuan Haris yang tinggal dekat sini kalau bukan dia.
Bolehnya dia ugut abang. Hrmm... kesian dekat Afina,” jawab Pak cik Salleh sambil mengeluh
kecil.
“Laa, ya ke? Eh sebut pasal Afina, mana dia tak nampak pun?” Mak cik Imah tertinjau-tinjau
mencari kelibat Afina. Biasanya Afina akan membantu dia memasak.
“Itulah yang buat abang risaunya. Tadi masa abang
pergi jemput diorang Cik Alia keluar
dulu, dia suruh abang tinggalkan Afina.
Abang tak sampai hati, abang pujuk supaya tunggu Afina. Ditengkingnya abang supaya tinggalkan Afina. Masa pertengahan jalan abang terlihat Afina berlari dari belakang abang cuba
berhenti, dia marahkan abang sampai dia siap pesan jangan bagitahu Tuan Haris .
Kalau tak abang akan hilang pekerjaan. Nak tunjuk samseng tapi penakut juga.”
Berjeda cerita Pak Cik Salleh.
“Hah? Jadi Afina
tak balik lagi laa ni? Ya Allah kesiannya budak itu. Yang abang tercegat dekat
sini lagi kenapa? Pergilah cari dia. Nanti Tuan Haris balik tengok Afina tak de mahu mengamuk nanti,” ujar Mak
Cik Imah.
“Aah, tak terfikir pula abang. Baiklah kalau macam tu abang
keluar dulu,” mohon Pak cik Salleh seraya bangkit dari duduk dan terus keluar.
“Seronok tak tinggal dekat Korea?” soal Afina cuba mengorek kehidupan Haydar yang baru
menjadi kawannya tidak sampai 10 minit.
“Hrmm... seronok. Mungkin saya di besarkan di sana
walaupun lahir dekat sini. Tapi babah saya cerita Malaysia lagi best,
macam-macam ada tak seperti di Korea. Saya sangat teruja sampaikan saya minta
nak belajar di Malaysia, jadi babah dan mamy
hantar saya tinggal dengan Mak Usu saya di sini untuk saya merasa
kehidupan di bumi Malaysia. Tak sabar rasanya nak tempuhi suasana di sini, cara
menyambut Ramadhan, Hari Raya dan banyak lagilah yang saya nak kumpul...” Haydar
teruja menceritakan perihalnya kepada Afina.
Gadis itu hanya mendengar sambil tersenyum tipis.
“Eh, maaflah terlebih over pulak saya ni. Hrmm...
awak pun macamana? Mesti seronokkan tinggal sini?”
Afina hanya
mengigit bibir. Lidahnya kelu untuk mencerita perjalanan hidupnya. Dia takut,
takut akan kehilangan teman yang baru terjalin sebentar tadi bila latar
belakang keluarganya dibongkarkan.
“Haydar!” Laung seorang lelaki di dalam kereta, sambil
melambai tangan ke arah Haydar.
“Okeylah, Pak Usu saya dah datang. Saya balik dulu.” pinta Haydar, bangkit dari
duduk. Setapak melangkah dia kembali menoleh. “Seronok dapat berbual dengan
awak, harap esok kita dapat jumpa lagi. Saya pergi dulu Afina.” Ucapnya lagi, dia sempat melambai
tangan kepada Afina sebelum melangkah
pergi.
Afina mengulum
senyuman nipis. ‘Seronok dapat berbual dengan aku? Ah, sebabnya kau tak tahu
aku anak siapa!’ bisik hati kecilnya sambil memandang susuk tubuh Haydar dari
belakang. Sebaik hilang kereta yang di
naiki Haydar dari pandangannya, dia kalih ke tepi terlihat sebentuk key chain
yang terukir Haydar Firdaus terdampar di bawah kakinya. Dia mencapai. “ Ini Haydar
punya.”
Pak Cik Salleh sengaja lalu di kawasan sekolah untuk
mencari Afina, sambil mengerling kearah Tuan
Haris dibelakang. Takut diketahui Tuan
Haris tentang kejadian tadi. Semasa dia
mahu mencari Afina di sekolah Tuan Haris
tiba-tiba telefon untuk menjemput dia di pejabat kerana dia
mahu membawa Afina keluar. Untuk
mengelak dari kena marah Pak Cik Salleh berbohong mengatakan Afina ada kelas tambahan, dan mahu menjemput
gadis itu sekarang.
“Fina!” Panggil Pak Cik Salleh sebaik membuka pintu
kereta.
Afina menoleh.
“Pak cik!” Afina lantas bangkit lalu
menghampiri Pak Cik Salleh. Mengapa pak cik tinggal Fina tadi?” rengek Afina dengan nada sebak.
“Apa? Tinggal? Salleh betul ke apa yang Afina cakap?” terjah Tuan Haris tiba-tiba keluar dari perut kereta.
Afina terkejut
bila melihat Tuan Haris ada sama. “Err..uncle...”
“Tuan... saya... saya..” Pak Cik Salleh sudah kecut perut. Bukan dia
tak tahu perangai Tuan Haris , sama baran dengan cucunya itu. Buatnya dia
dibuang kerja macam mana? Di mana lagi harus dia mencari rezeki untuk menyara
dirinya dan isteri dengan usia dia semakin lanjut kalau bukan bekerja
dengan Tuan Haris .
“Uncle bukan macam tu, Fina yang minta Pak cik Salleh
ambil lewat sikit sebab Fina ada hal tadi.”
Afina berbohong untuk
menyelamatkan Pak cik Salleh dari dimarahi.
Tuan Haris memandang
Pak cik Salleh dengan pandangan yang tajam. Dia dapat mengagak ada sesuatu yang
disembunyikan oleh mereka berdua. “Hrmm... Fina masuk kita pergi cari baju
sekolah kamu,” arah Tuan Haris sambil
mempersilakan Afina masuk untuk duduk di
sebelahnya.
Pak cik Salleh mengeluh perlahan. Dia sangat berterima
kasih pada Afina kerana baru
menyelamatkan situasi. Bila Tuan Haris memanggilnya
dia terus membolos masuk ke dalam kereta lalu meluncur ke jalan raya untuk
pergi ke kedai seperti dipinta Tuan Haris .
Tiba di Pasar Raya Ekonomi di bandar Temerloh, Pak cik
Salleh memarking kereta di depan bangunan itu. Dia keluar dari kereta lalu
membuka pintu untuk Tuan Haris dan Afina.
“Salleh kau tunggu dekat sini, aku dan Fina masuk ke
dalam sekejap.”
“Baiklah tuan.”
Sebaik menapak masuk ke dalam bangunan itu Afina asyik mengikut bontot Tuan Haris saja. Bagaikan mimpi dia dapat masuk ke Pasar
Raya ini. Sepanjang hayatnya belum pernah dia masuk ke sini maklumalah dia
tidak mampu untuk membeli pakaian-pakaian di sini waima harga di Pasar Raya ini
tidaklah mewah sangat.
“Nah, Fina cuba pakai yang ni, padan tak dengan kamu?”
sua Tuan Haris .
Afina menyambut
lalu di letakkan ke tubuhnya sendiri. “Fina rasa padan uncle.”
“Baiklah. Dik bagi yang ini tiga pasang,” arah Tuan
Haris kepada pekerja kedai itu.
Afina melongo sesaat. “Dua? Tak banyak ke
uncle, sepasang dah cukup Fina rasa.”
“Takpe kamu boleh ganti-ganti pakai,” ujar Tuan Haris sambil menarik duit di dalam dompetnya.
Secara spontan Afina
memeluk tubuh Tuan Haris dengan senyuman
penuh di wajah. “Terima kasih uncle, Fina sayang uncle.”
Tuan Haris hanya menepuk lembut bahu Afina. ‘Ini baru langkah pertama,
langkah-langkah yang lain bakal menyusur nanti,’ bisik Tuan Haris di dalam hati kecilnya.
Dalam situasi kemesraan itu, ada sepasang mata secara
tidak sengaja memandang. Matanya membuntang luas dengan mulut ternganga
seketika. Selepas itu senyuman jahat terukir di bibir.
‘Siaplah kau Fina, aku akan pastikan hal ini menjadi
topik yang paling meletop dekat sekolah esok.’
6 comments:
dah habis,jahatnya alia
@nurul nuqma..trimas! sudi bace...aah kali ini kita buat jahat2 hehe
ok sat....
arghh!!! rce nk mnjerit pulak...
jaatnyaaa cucu diaaa...
" nk tunjuk samseng tp takut2"
hahahaah....
tp yg last tu...sapekah???
apekah???
ish2....emo2 ni...kekekeke...
opps maaf kak domi...
@ziqa..emo2 akk izinkan lebih akan menjadi terlebih emo ahaha
Post a Comment