Bab 7
“Along, ibu nak pesan ni,” suara Puan Aminah
sebelum majlis akad nikah anaknya. Tangan nyda digengam kemas dengan mata
menatap sayu. Terpancar diwajah tuanya wajah kegembiraan.
“Ada apa bu,” balas Nyda dengan sebak.
Sedih bila sahnya ijab kabulnya nanti segala tanggungjawab akan terletak
semuanya pada suaminya nanti. Ibu yang kandungannya dipandang dengan penuh
syahdu.
“Inilah laluan cintamu anakku. Sungguh
indah menjadi isteri yang sangat dicintai suami kerana itulah yang menjadi
impian setiap wanita. Tetapi ingat, indah bukannya menjanjikan ketenangan dan
kebahagian yang kekal, anakku. Ibu berani jamin sekiranya suami isteri saling
cinta mencintai kerana Allah semuanya akan bahagia tetapi sekira tidak berlaku
seperti apa yang kita mahukan, pasti ada hikmah disebaliknya.”
Nyda cuba menyekat air mata yang ingin keluar dari jubir matanya.
Puan Aminah mengemaskan lagi gengaman
pada tangan anaknya sebelum dia menyambung.
“Along, mungkin perkahwinan ini
bukan atas pilihanmu sendiri tapi bila ia telah berlaku hakikatnya itulah
pilihan yang Allah mahukan untuk mu. Terlalu banyak perkara yang berlaku di
luar jangkaan kita, cuma apa yang ibu mahu ingatkan perkahwinan bukan matlamat
akhir hidup kita tapi ia sebagai satu alat untuk kita rebut keampunan dan
keredhaan Ilahi. Berbaktilah sesungguh hati padanya, yang telah Allah SWT
takdirkan sebagai suamimu. Dan hasilnya jangan kau tuntut darinya anakku, tapi
nantikanlah ia di Akhirat yang kekal abadi.”
“Ish, susahnya nak jadi isteri ni kan,
bu? Kalau begitu gayanya baik along tak payah kahwin,” Nyda mengeluh tapi
sempat lagi melawak, cuba menenangkan hatinya sendiri.
“Along… Ibu tak mahu dengar along cakap
macam tu lagi. Kahwinkan adalah salah satu dari ibadat sayang.” Puan Aminah
memujuk lembut.
“Along tahu bu, along sedih sebab lepas
ni mungkin jadual along padat dan mesti susah nak balik jenguk ibu macam dulu
lagi,” rintih Nyda dengan sebak tubuh ibunya dirangkul erat. Puan Aminah
membalas rangkulan itu. Dia juga sangat berat hati untuk melepaskan anak
daranya itu. Apa yang paling membuatkan hati seorang ibu gembira adalah bila
melihat anaknya hidup bahagia.
Majlis
akad nikah dilangsung selepas solat jumaat berjalan dengan lancar. Tetamu yang
hadir sedang menjamu selera dengan
selera. Bermenukan ala kampung sangat menyelerakan semua tetamu yang hadir.
Sahabat serta semua kenalan yang dijemput turut bertandang. Sampaikan tak
menang tangan mahu melayan. Tulang pipinya sudah mahu patah kerana asyik senyum dari tadi.
Nyda
memerhati sekeliling mencari kelibat Rafa tidak kelihatan di bawah khemah
bersama-samanya. Dia melabuh duduk di kerusi yang sedia ada di situ, kerana
kakinya naik lenguh. ‘Mana Rafa ni, tak kan pergi tandas tak keluar-keluar lagi
kot. Ini tak adil aku sorang je yang kena layan. Kalau tetamu tak tanya
pasal dia tak apa. Ini tak asyik duk tanya mana suami-mana suami, naik lenguh
bibir aku mahu menjawabnya,’ gerutu nyda.
Asyik dia membebel tiba-tiba bahunya
ditepuk seseorang dari belakang.
“Siapa
ya, yang dulu cakap nak kahwin mesti calon suami tu kena ustaz? sindir Nurin teman
sekuliah yang pernah belajr di UM dahulu dalam bidang Ijazah Sarjana Muda
Pendidikan Islam yang sudah mempunyai dua cahaya mata, dengan hilaian menyakat.
Yang lain turut tumpang sekaki gelakkannya.
“Tuhlah memilih sangat last-last,
tersangkut dekat mamat engineer padan muka hohohoho..” tambah Syima
pula. Syima baru saja kahwin 4 bulan yang lepas. Diikut Suria yang masih solo,
Rina yang baru setahun jadi isteri orang yang kini mengandung 5 bulan sakan
memerlinya kecoh satu khemah. Itulah yang pernah di suara Nyda masa zaman
belajar dulu, konon-kononnya tak mahu bersuamikan sebarangan orang kecuali seorang ustaz.
“Nak buat macamana aku ni jenis anak
solehah ikut cakap ibubapa,” sela Nyda bersahaja.
“Ingat lain kali jangan gatal-gatal nak
cakap macam tu lagi, kan dah kena dek batang hidung sendiri.” Nasihat Rina pula sambil menggosok lembut kandungannya.
Nyda tersengih nipis.
“Wey, tak pelah tersangkut dekat mat engineer
yang hensem. Buatnya tersangkut dekat yang tak berapa nak hensem
macamna,” sampuk Suria pula dengan memek muka sekali.
“Kau ni, memilih rupa paras rupanya. Tak
pe tak hencem yang penting beriman, tak gitu ustazah Nyda,” celah Nurin
dengan kening diangkat-angkat kea rah Nyda.
Nyda menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Adus korang ni bab-bab loyar buruk nombor satu ya, tak juga insaf-insaf. Ingat
umur semakin lanjut bukan semakin muda.” Suara Nyda sambil tersengih.
Rakan-rakannya hanya memuncungkan mulut.
“Okeylah Nyda nanti kirim salam dekat encik
huby kaa,ya. Kami semua dah nak balik ni,” tutur Nurin.
“Eh, tunggulah kejap.” Halang Nyda seraya
bangkit dari duduk.
“ Tak dan dah, kami kena gerak dulu sebab
ada kenduri lain pulak.” Ujar Suria
pula.
Baiklah kalau macam tu, hati-hati. Balas
Nyda. Seorang demi seorang dia memeluk rakan-rakannya itu. Bila kelibat mereka
hilang dari pandangan Nyda tersenyum senditi. Teringat memori ketika di
universiti dulu. Susah senang sentiasa bersama. Suka duka dikongsi bersama.
Merekalah sahabat sejati baginya.
Waktu
berganjak ke waktu senja, bilangan tetamu semakin berkurangan. Dia mengipas
wajahnya sedikit dengan menggunakan tapak tangan sendiri. Penat melayan tetamu
yang tidak putus-putus datang bertandang maklumlah ayahnya bekas ketua di kampung
itu pasti ramai yang hadir .
Memikirkan dia tidak menunaikan solat
asar lagi. Nyda bangkit dan melangkah masuk ke dalam untuk ke kamar tidurnya. Sebaik
tangannya memulas tombol pintu kamar dia terkejut pabila melihat sekujur tubuh
lelaki milik Rafa Naim sedang membuka baju melayu dan kini hanya bertuala saja.
Nyda menelan air liur terasa erskat dikerongkong kali pertama melihat lelaki
ajnabi bertuala saja.
“Eh, sayangg…” Kenapa pandang abang macam
tu? Kot ya kagum dengan badan abang yang tegak ini tutuplah pintu dulu, malu
nak tengok orang kalau sayang yang tengok tak pelah sebab dah halal dan
bertambah banggalah abang.” Rafa sudah mula dengan loyar buruknya.
“Perasan!” suara Nyda perlahan tapi mampu
didengar oleh Rafa.
“Hah, apa sayang cakap? Abang tampan! Itu
memang sejak azali lagi,” ujar Rafa dengan bangga. Dalam hatinya sudah
tergelak.
‘Ya Allah tak sampai sehari jadi suami
aku, berbakul-bakul dosa yang aku dapat sebab dapat suami yang suka loyar
buruk.’ Gumam Nyda.
Nyda membuat muka, dia tidak mengendah
kata-kata suaminya memandangkan solat asar tidak tertunai lagi. Dia menuju ke
almari pakaian dan mengambil pakaian yang sesuai untuk dipakai nanti. Dia terasa kerana Rafa sedap-sedap
lepas tangan membiarkan dia sendirian melayan tetamu.
“Dosa tahu.. buat hati suami terasa.” Usik Rafa sambil mengawal tawa
.
.
“Adus!” keluh Nyda perlahan. “Ya suamiku, nak apa?”
soal Nyda dengan nada lembut, tapi dia masih terbongkok mencari pakaian.
“Meh duduk atas katil yang cantik nan
indah terhias untuk kita berdua sempena malam pertama kita.” Rafa menepuk
sedikit tilam. Dia masih bertuala duduk di tilam sambil tersengih.
Nyda mengalihkan tubuhnya ke belakang.
Dia melihat Rafa mengoyang-goyang kakinya dengan senang hati. “Suamiku, malam
lambat lagi.. sekarang tetamu dekat luar masih berpusu-pusu. Takkanlah suamiku
tak nak pergi melayan mereka. Nanti apa pulak kata diorang, menantu bekas penghulu
kampung pemalu bak teruna sunting.” Ujar Nyda dengan wajah cuba member senyuman
manis kepada Rafa.
“Hisy, mereka mesti faham sebab mereka
pun pernah ada pengalaman seperti ini jugakan? Usik rafa dengan selamba.
“Ya Allahhh…” Nyda beristighfar panjang
tetapi perlahan. Tangannya berkali-kali beraup wajah yang menahan marah itu.
Rafa sudah tersengih,
“Saya rasa awak tak solat asar lagi, kan?
Jadi apa kata awak pergi mandi dan solat dulu, hal lain kita selesai malam
nanti.” Nyda sudah naik bengang suaranya bergetar sedikit menahan marah. Penat
dirasa belum lagi hilang di tambah melayan perangai loyar buruk suaminya
membuatkan dia semakin letih.
“Serius ke ni?” Rafa sudah teruja.
“Ya suamiku,” balas nyda dengan nada lemah, sambil mengelek
tuala dan baju kurung.
“Habis tu yang sayang bawa tuala bagai
ni, nak pergi mana pulak tu?”
“Nak ke bilik Nya, nak tumpang mandi dan
solat. Takkan lah nak berkongsi bilik air sempit tu dengan awak pula?”
“Eh, tak pe. Jomlah mandi sekali!” ajak
Rafa dengan kening di jungkit-jungkit miang.
“ Tak nak !” cantas Nyda laju.
Rafa menjuih mulut. Bila melihat Nyda mahu membuka pintu dia
memanggil isterinya. “Nyda Adlina.”
“Apa lagi?” Soal Nyda serentak
memalingkan tubuhnya mengadap Rafa.
“Tu…. “ Rafa menunjuk sesuatu dilantai
sambil tersengih panjang.
Automatik mata Nyda mengekori telunjuk
suami seraya itu mataa membulat dan mukanya memerah menahan malu dengan pantas
dia mengutip pakaian dalamnya dan terus keluar dari sini. Rafa sudah tergelak
reaksi yang ditunjukkan isterinya, mengelabah sungguh.
“Adus, Nyda…. Nyda….”
Sakit perut Rafa mengelakkan isterinya.
“Waa,
malunya!” bentak Nyda. Dia mempercepatkan langkah ke bilik sebelah.
“Nya pinjam bilik air jap.” Pinta Nyda
sebaik pintu bilik adiknya di selak dari luar.
“Hah! Kenapa dengan bilik air along?
Rosak ke? Saol Nya. Dia yang sedang berbaring-baring bangkit duduk bersila bila
kedatangan kakaknya ke kamarnya.
“Tak delah, saja nak tumpang mandi.”
“Haaa, mesti malu dengan abang Naim, kan?
Buat apa nak malu lagi kan dah jadi suami isteri? Usik Nya dengan kening
terangkat-angkat memandang wajah kakaknya.
“Banyak songeh
betul budak ni. Dah! Along nak mandi ni.” Bebel Nyda lalu membolos masuk ke bilik
air.
“Okeylah, wahai pengantin baru!” laung Nya dengan hilaian.
“Assalamualaikum .” Rafa memberi sambil
mengetuk bilik adik iparnya. Dia ingin mencari Nyda untuk solat asar berjemaah.
“Waalaikumussalam, eh abang Naim kenapa?”
soal Nya sebaik membuka pintu. Dia hairan dengan kedatangan Rafa ke biliknya.
Keningnya bertaut.
Rafa tersenyum sebelum berbisik sesuatu
kepada Nya. Nya terangguk-angguk sambil tersenyum
tanda dia setuju. Tidak lama kemudian dia
keluar dari biliknya dan Rafa masuk ke dalam bilik itu.
“Nya, malam nanti teman along layan pak cu
dan mak cu ya. Along rimas dengan abang Naim kamu tu. Kalau alaong dengan dia mesti
dia nak bertempek saja kerjanya,” suara Nyda bila kakinya melangkah keluar dari
bilik air tanpa menoleh kerana sibuk mengeringkan rambutnya yang panjang
mengurai melebihi bahunya dengan sehelai tuala.
“Nya, dengar tak ni?” suaraNyda lagi bila
sahutannya tidak bersambut.
“Ustazah… apa hukumnya mengutuk suami sendiri dibelakang?”
Nyda terkejut bila suara lelaki yang menjawab,
bukanya suara Nya. Dengan pantas dia menoleh. “Awak?!”
Rafa memandang Nyda dengan wajah tersenyum.
“Macam mana awak boleh ada kat sini
pulak, ni mesti awak sogok Nya kan?” soal Nyda dengan wajah seperti singa betina
beranak sulung.
“Ish-ish… tak baik fitnah suami sendiri ustazah Nyda,” ujar
Rafa sebelum tergelak
“Boleh tak jangan mengejek saya dengan
panggilan ustazah lagi!” bentak Nyda sambil mehentak kakinya.
“Opss, ustazah kita dah naik angin.” Rfaa
semakin galak mengenakan suaminya.
Tajam mata Nyda menikan suaminya.
“Okey-okey, cepatlah pakai baju nanti kita
solat asar sama-sama. Lagipun saya takut tak dan sampai malam iman saya dah tergugat sebab tengok awak cam
ni, terlalu seksi,” sakat Rafa lagi sapa mengenyit mata sebelah.
Spontan mata Nyda jatuh pada badan, dia
baru perasaan keadaannya masih berkemban dengan kain batik lantas di tutup
dengan tuala.
“Hahaha, awak ni lucu betullah! Gelak besar
Rafa bila melihat Nyda mengelabah. “ Saya tunggu awak dalam bilik kita ,ya?” Rafa
bangkit dari katil Nya lalu melangkah keluar. Hanya beberapa langkah dia
menoleh kembali.
“Sayang, abang terpikatlah dengan tali
lalat kepuanyaan sayang, indah sekali tali lalat terletak di tengah dada, hitam
pekat.”
Dengan spontan mata Nyda jatuh di dada melihat
tali lalatnya yang diperkata oleh suaminya “ Rafa Naimm….!” Nyda menjerit geram
tapi di balas hilai tawa kuat oleh Rafa.
Tak guna, Rafa Naim! Jerit Nyda lagi. Dengan pantas dia berlari ke katil lalu
mencapai bantal dan terus membaling ke arah Rafa tapi sasaran tidak mengena. Rafa
sempat membolos diri bilik itu namun masih kedengaran hilai tawanya. Nyda
mendengus geram!
-----> bersambung..
lepas ini macam-macam loyar buruk Rafa kenakan isterinya..bukan sebab apa..dia buat macam tu sebab mahu meraih cinta si isteri
12 comments:
dh lama menunggu n3 e-novel nie,akhirnya dpt jgk..huhu..cite yg smkin best..x sbr nk tnggu n3 yg seterusnya..cpt2 up n3 baru..hehe
drop here lawat cik writer.. =)
hehe lawat2 jgn xlawat ya... insyaAllah tengah giat menulis..tapi buat masa sekarang cik puan penulis bz sikit :)
Bila nk smbung utk cite nie plk..dh lma menunggu n3 yg bru..
sabar ya dear,,insya Allah bila dah siap garap akn up :)
Harap2 dpt up secepat yg mgkin..hehe..dh lma menunggu..huhu
insya Allah ya..tgh cari idea nak sambung..sbb dah lama xbuka mss cerita ni jadi kelam kabut sikit cerita nya :)
Bila nk smbung cite nie plk..lma menunggu tp x muncul2 jgk..huhu..rindu ngn cite nie..
Bila nk smbung cite nie plk..lma menunggu tp x muncul 2 jgk..huhu..rindu ngn cite nie
trimas sbb sudi follow cite ini..maaflah sbb cite terpaksa dihenti buat sementara waktu sbb sY nak siapkan mss yg sedia ada :)
bile nk sambung ni?????????????????????
bila nak sambung, wahai cik penulis??? dah lama dah kita tunggu entry yg baru
Post a Comment