Bab 3
Seperti yang dijanjikan Pak Cik Noor datang ke rumah yang agak mewah
itu. Dengan berlagaknya dia menyerbu masuk ke dalam dan duduk di kerusi yang
empuk sambil menyilangkan kaki lagak seperti tuan rumah tanpa di suruh.
Orang-orang Tuan Haris melarang dia mengugut. Katanya Tuan Haris sayangkannya
sebab anaknya ada dalam gengaman Tuan Haris.
“Hai, Noor. Awal kau datang?” sinis soalan Tuan
Haris yang berada di anak tangga. Bunyi kekecohan di bawah memaksanya keluar dari kamar beradu.
Pak cik
Noor mengherot mulut ke tepi tanpa membalas pertanyaan Tuan Haris. Tujuan
kedatangannya adalah satu iaitu wang!
“Maafkan kami tuan, kami dah berusaha
menghalang tapi....”
“Tak pe, kamu semua keluar dulu. Ini urusan
aku dengan dia,” sampuk Tuan Haris terlebih dahulu, dia yang masih segak walaupun usia sudah
mencecah angka 50-an sedang meniti anak tangga sampai ke bawah.
“Baik tuan.” Patuh si pekerja lalu keluar
dari ruangan itu.
“Mana wang yang aku minta semalam?” tanya pak
cik Noor tanpa berselindung sebaik Tuan Haris selesa di sofa yang bertentangan
dengannya.
“Ha!ha!ha!ha!” Tuan Haris gelak besar sebelum menyindir
sinis pak cik Noor. “ aku ingat kau datang nak jenguk anak dara. Tapi aku silap, kau datang nak
tuntut wang kau rupanya.”
Kali ini giliran pak cik Noor ketawa sinis.
“Bagi aku wang adalah segalanya. Menanggung budak itu membuatkan hidup aku
semakin derita!”
“Menderita bagi kau, bagi aku ia adalah
anugerah yang paling indah. Dapat merasai kedua-dua hak kau,” sinis sekali
sindiran tuan Haris. Pak cik Noor memandang dengan wajah bengang.
Selesai mengenakan baju, Afina keluar dari
bilik bercadang untuk menolong mak cik Imah masak. Sebaik menutup pintu Afina
terdengar suara ayahnya di bawah. Hatinya sangat riang. “Ayah datang, pasti nak
jumpa aku,” ujar Afina teruja, dengan pantas dia berlari turun ke bawah.
“Jangan nak cakap banyak boleh tak?! Aku
dah serah anak aku dekat kau, sekarang mana duit aku!” jerit pak cik Noor
seraya bingkas bangun dari duduknya. Tuan Haris hanya senyum dan berlagak
tenang saja.
Afina yang berada di anak tangga yang
paling bawah sangat terkejut . “Ayah!” suara Afina dengan air mata mengalir
keluar. Apa yang ayah cakap tadi? Ayah bagi Fina dekat uncle Haris? Ayah mintak
duit? Ini bermakna Fina....”
“Ya. Aku dah jual kau sama seperti aku jual
mak kau dekat Tuan Haris!” cantas pak cik Noor belum sempat anaknya
menghabiskan bicara.
Afina tersentap. Lemah lututnya tapi dia
cepat-cepat memaut tiang tangga. “Apa yang ayah cakap ni?” ujar Afina dalam
sendu.
Tuan Haris masih tersenyum. Seronok pula
dia menyaksikan drama sedih secara live di depan mata, selalunya dia hanya menonton di
televisyen sahaja.
Afina bangkit lalu meluru mendapatkan
ayahnya . “Ayah hanya bergurau je, kan? Ayah tak akan jual Fina, kan? Fina kan
anak ayah....” Afina merayu sambil mengoncang tubuh pak cik Noor.
Pak cik mendengus kasar. “Hey, Fina! Kau
dengar sini. Aku memang dah JUAL kau dekat Tuan Haris, faham! Pekik pak cik
Noor lalu menolak anaknya sampai tersungkur dibuatnya.
“Hoi, Noor! Dia sekarang dah jadi milik
aku. Jangan sesekali kau berani sentuh dia!” marah Tuan Haris lalu menghampiri Afina.
“Fina tak de apa-apa ke sayang?”
soal tuan Haris begitu lembut dan penuh kehalusan.
“Lepaskan saya! Jangan sentuh saya!” marah Afina
sambil meronta sedikit. “Ayah....jangan buat Fina macam ni, Fina masih kecik
lagi, yah....” rayu Afina dengan tangisan semakin menjadi-jadi, dia merangkak perlahan-lahan
untuk mendapatkan ayahnya.
“Aku nak duit aku sekarang!” minta pak cik
Noor entah ke berapa kalinya.
“Ayahh... Fina tak nak tinggal sini.. Fina
nak duduk rumah kita. Fina janji, Fina tak nak pergi sekolah lagi, ya.” Rayu
afina lagi sambil menggeleng dan mengangguk kepalanya. Di paut kemas betis pak
cik Noor, agar ayahnya ada rasa simpati.
Tanpa membuat masa Tuan Haris duduk semula
lalu mencapai buku cek yang sedia ada di kocek kemejanya untuk mengisi jumlah
wang yang dijanjikan semalam. “Nah, sekarang kau boleh pergi! Dan jangan pernah
jejakkan kaki kau ke sini lagi!” ujar tuan Haris berbaur ugutan keras.
Pak cik tersenyum lebar. “Baiklah aku
janji.” ujar pak cik Noor sambil mencium
kepingan cek itu. Dia menepis anaknya dengan kaki lalu beredar dari situ dengan
hilai seperti di rasuk syaitan.
Afina lantas bangun untuk mengejar ayahnya.
“Ayah!Tunggu Finaa....”
Belum sempat dia membuka langkah tuan Haris
pantas mencengkam lengannya. “Kau nak ke mana? Sekarang kau hak aku. Tiada siapa
lagi boleh selamatkan kau!”
Masuk sahaja ke bilik Afina menyemban wajahnya
ke bantal. Melimpah-limpah air matanya keluar dari takungan. Jika ditadah satu
baldi pun belum tentu lagi cukup untuk menadah air matanya. Mengenangkan nasib yang bakal menimpanya
nanti. Keluar dari mulut buaya masuk mulut singa. Apalah nasibnya. Bertubi-tubi
ujian ditimpa padanya. Kadang kala terbit juga di hati yang masih tidak matang
untuk menyalahkan takdir. Kenapa harus dia yang terpilih.
“Mak cik Imah yang mendengar segala-galanya
turut membontoti Afina ke atas. Dia menguak daun pintu lalu melabuh duduk di
sisi gadis itu.
“Sabar Fina, mak cik faham perasaan kamu,”
pujuk mak cik Imah sambil mengelus rambut Afina yang panjang mencecah punggung
itu.
Afina lantas bangkit lalu memeluk erat
tubuh si tua itu. “Mak cik.... Fina tak nak tinggal sini. Fina nak balik....”
Raung afina tersendu-sendu.
“Mak cik faham. Tapi buat masa sekarang Fina
kena sabar dulu, jangan buat Tuan Haris marah. Mak cik takut dia akan
apa-apakan Fina nanti,” nasihat mak cik Imah sebagai orang tua yang sudah lama
makan garam dalam kehidupan. Dia yang tidak mempunyai anak walaupun sudah lama
kahwin tidak jemu untuk memujuk Afina.
“Kenapa harus Fina mak cik Imah? Kenapa?
Allah tak sayang Fina ke?” soal Afina sambil merenung wajah tua itu.
“Finaa.. kenapa cakap macam tu? Mungkin ada
hikmah yang kita tak tahu, sabar ya,” mak cik Imah masih memujuk.
“Fina dah tak tahan lagi. Fina rasa nak
mati je..., dulu mak yang terpaksa tanggung dosa ayah. Sekarang. Sekarang Fina
pulak! Kenapa ayah begitu kejam mak cik Imah?
Kenapa Allah tak cabut nyawa dia biar dia mati?! Tak perlu Fina lalu
semua itu,” amuk Afina, kesal dengan sikap ayahnya.
Mak cik Imah diam. Dia membiarkan Afina
melepaskan rasa yang terbuku di hati kecilnya. Dia juga simpati baru berusia 15
tahun sudah dianayai ayah kandung dan darah daging sendiri. Ke manakah sifat
kemanusiaan yang ada pada diri si ayah itu?
Afina teresak-esak dalam pelukkan mak cik Imah
akhirnya terlena. Mak cik Imah meletakkan kepala Afina ke bantal perlahan-lahan
agar gadis itu tidak tersedar. Lama dia menatap wajah suci itu. ‘Sabarlah nak,
moga Allah akan melindungimu yang tidak berdosa.’ Doa mak cik Imah sebelum
melangkah keluar.
Tuan Haris dari tadi tidak duduk diam. Ke
hulu ke hilir dia berjalan. Serabut memikirkan tentang Afina. Nafsunya berkocak
setiap melihat wajah gadis itu. “Apa yang aku perlu lakukan supaya Afina
sukakan aku, ya? Aku tak boleh paksa dia secara kasar sebab dia masih terlalu
muda. Hrmm, aku harus cari jalan. Haa.. aku tahu.” Tuan haris memetik jarinya
menandakan dia sudah mempunyai idea.
Dia tersenyum sendirian. Kemudian dia
menapak keluar dari biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Bilik Afina. Dengan langkah ibarat tidak mencecah bumi,
tuan Haris perlahan-lahan menghampiri Afina yang sedang nyenyak tidur. Di tatap
gadis itu seperti mahu ngap sahaja!
Dengan penuh bernafsu, dia mengelus lalu
mencium rambut Afina yang panjang mengurai itu. Dielusnya pipi Afina dengan
penuh ghairah. Bila bibirnya mahu melabuh di bibir nipis Afina. Gadis itu
terjaga. Terkantoi berbuatannya.
Afina terkejut lalu menolak tuan Haris
dengan kasar.“Apa yang uncle cuba lakukan ni?! Pekik Afina lalu mengesot
ke sedikit. Di tarik kain selimut untuk menutupi tubuhnya dari diratap oleh
lelaki miang itu.
“Err.. Fina jangan salah faham. Uncle
cuma nak tengok muka Fina kot-kot ada yang cedera,” dalih tuan Haris
sambil menegakkan badanya. Dalam hati udah menyumpah sebab tak dapat apa yang
dia inginkan.
“Uncle tipu! Uncle nak
apa-apakan Fina, kan?! Soal Afina dengan pekikan dalam ketakutan.
“Ya Allah Finaa.. Fina. Sampai hati Fina
fitnah uncle macam tu. Demi Allah! Uncle sanggup bersumpah, tak
terlintas langsung di hati uncle nak lakukan berbuatan terkutuk tu,”
selindung tuan Haris bersumpah bagai semata-mata mahu meraih simpati gadis muda
itu.
“Kalau macam tu, kenapa uncle tak
benarkan Fina ikut ayah balik?” Tempelak
Afina.
“Hrmm, sebenarnya Fina kena bersyukur sebab
uncle bawa Fina ke rumah uncle. Uncle tahu perangai ayah
Fina macammana. Dia ada cakap mahu jual Fina dekat rumah pelacuran. Uncle
sanggup tawarkan diri dan sanggup bayar berapa saja yang ayah Fina mahukan
supaya Fina tak dijual ke sana. Uncle kesiankan Fina. Fina masih
muda masih punyai masa depan yang cerah, Uncle ambil Fina nak jadikan Fina
sebagai anak angkat, sebab uncle nak Fina berjaya seperti remaja-remaja
lain,” berjeda helah tuan Haris untuk menipu gadis yang naïf itu.
Afina merenung wajah tua itu lama sebelum
dia bersuara. “Betul ke uncle? Uncle tak tipu Fina? Duga Afina masih
ragu-ragu.
“Buat apa uncle nak tipu. Uncle
sedar usia uncle sudah lanjut, kubur kata mari rumah kata pergi. Lagipun
anak-anak uncle semuanya tinggalkan uncle. Fina di sini
sekurang-kurangnya boleh temankan uncle, tak delah uncle sunyi
sangat.” Tuan Haris masih bermain kata-kata dengan Afina. Hatinya sudah
melonjak riang bila melihat wajah Afina termakan dengan kata-kata ‘alim’nya.
Air mata yang menitis disekat laju seraya
itu dia memeluk tubuh tuan Haris. “Terima kasih uncle kerana mahu menolong
Fina,” ujar Afina dalam tangisan tanpa ada rasa curiga lagi. Dia sangat gembira
kerana ada lagi insan yang masih sayangkan dirinya ini.
Tuan Haris membalas pelukkan itu dengan
erat. Diusap lembut belakang gadis sambil menggaris senyuman jahat.
‘Akhirnya...’
3 comments:
best2.. smbng lagiii
sikitnya,
akk bgaikan mdera ziqa je..hahahaha...
mkin x sabar nk bce next bab,
jeng3...hero muncul,,
best....
btw, ziqa suka cter ni dri awal... tiptop ;)
wah,menarik jln crte ni bgs (Y)
Post a Comment