BAB 3
Seperti yang dijanjikan
Pak cik Noor datang ke rumah yang agak mewah itu. Dengan berlagaknya dia
menyerbu masuk ke dalam dan duduk di kerusi yang empuk sambil menyilangkan kaki.
Lagak seperti tuan rumah tanpa di suruh. Orang-orang Tuan Haris melarang dia. Dia buat tak tahu mahu siap
mengugut lagi. Katanya Tuan Haris sayang
dia sebab anaknya ada dalam gengaman Tuan Haris .
“Hai, Noor. Awal kau datang?” sinis soalan Tuan Haris yang berada di anak tangga. Bunyi kekecohan di
bawah memaksanya keluar dari kamar
beradu.
Pak cik Noor
mengherot mulut ke tepi tanpa membalas pertanyaan Tuan Haris. Tujuan
kedatangannya adalah satu iaitu wang!
“Maafkan kami tuan, kami dah berusaha menghalang
tapi....”
“Tak pe, kamu semua keluar dulu. Ini urusan aku dengan
dia,” sampuk Tuan Haris terlebih dahulu,
dia yang masih segak walaupun usia sudah
mencecah angka 50-an sedang meniti anak tangga sampai ke bawah.
“Baik tuan.” Patuh si pekerja lalu keluar dari ruangan
itu.
“Mana wang yang aku minta semalam?” tanya Pak cik Noor
tanpa berselindung sebaik Tuan Haris selesa
di sofa yang bertentangan dengannya.
“Ha!ha!ha!ha!” Tuan
Haris gelak besar sebelum menyindir
sinis Pak cik Noor. “ Aku ingat kau datang nak jenguk anak dara ka. Tapi aku silap, kau datang nak
tuntut wang kau rupanya.”
Kali ini giliran Pak cik Noor ketawa sinis. “Bagi aku
wang adalah segalanya. Menanggung budak itu membuatkan hidup aku semakin
derita!”
“Menderita bagi kau, bagi aku ia adalah anugerah yang
paling indah. Dapat merasai kedua-dua hak kau,” sinis sekali sindiran Tuan
Haris . Pak cik Noor memandang dengan wajah bengang.
Selesai mengenakan baju, Afina keluar dari bilik bercadang untuk
menolong Mak cik Imah masak. Sebaik menutup pintu Afina terdengar suara ayahnya di bawah.
Hatinya sangat riang. “Ayah datang, pasti nak jumpa aku,” ujar Afina teruja, dengan pantas dia berlari turun
ke bawah.
“Jangan nak cakap banyak boleh tak?! Aku dah serah
anak aku dekat kau, sekarang mana duit aku!” jerit Pak cik Noor seraya bingkas
bangun dari duduknya. Tuan Haris hanya
senyum dan berlagak tenang saja.
Afina yang
berada di anak tangga yang paling bawah sangat terkejut. “Ayah!” suara Afina dengan air mata mengalir keluar. “Apa
yang ayah cakap tadi? Ayah bagi Fina dekat uncle Haris? Ayah mintak
duit? Ini bermakna Fina....”
“Ya. Aku dah jual kau sama seperti aku jual mak kau
dekat Tuan Haris !” cantas Pak cik Noor belum sempat anaknya menghabiskan
bicara.
Afina
tersentap. Lemah lututnya tapi dia cepat-cepat memaut tiang tangga. “Apa yang
ayah cakap ni?” ujar Afina dalam sendu.
Tuan Haris masih tersenyum. Seronok pula dia menyaksikan
drama sedih secara live di depan
mata, selalunya dia hanya menonton di televisyen sahaja.
Afina bangkit
lalu meluru mendapatkan ayahnya . “Ayah hanya bergurau je, kan? Ayah tak akan jual
Fina, kan? Fina kan anak ayah....” Afina
merayu sambil mengoncang tubuh Pak cik Noor.
Pak cik mendengus kasar. “Hey, Fina! Kau dengar sini.
Aku memang dah JUAL kau dekat Tuan Haris , faham!” Pekik Pak cik Noor
menekankan perkataan jual lalu menolak anaknya sampai tersungkur dibuatnya.
“Hoi, Noor! Dia sekarang dah jadi milik aku. Jangan
sesekali kau berani sentuh dia!” marah Tuan Haris lalu menghampiri Afina.
“Fina tak de apa-apa ke sayang?” soal Tuan
Haris begitu lembut dan penuh kehalusan.
“Lepaskan saya! Jangan sentuh saya!” marah Afina sambil meronta sedikit. “Ayah...jangan
buat Fina macam ni, Fina masih kecik lagi, yah....” rayu Afina dengan tangisan semakin menjadi-jadi,
dia merangkak perlahan-lahan untuk mendapatkan ayahnya.
“Aku nak duit aku sekarang!” minta Pak cik Noor entah
ke berapa kalinya.
“Ayah... Fina tak nak tinggal sini. Fina nak duduk
rumah kita. Fina janji, Fina tak nak pergi sekolah lagi, ya,” rayu Afina lagi sambil menggeleng dan mengangguk
kepalanya. Di paut kemas betis pak cik Noor, agar ayahnya ada rasa simpati.
Tanpa membuat masa Tuan Haris duduk semula lalu mencapai buku cek yang sedia
ada di kocek kemejanya untuk mengisi jumlah wang yang dijanjikan semalam. “Nah,
sekarang kau boleh pergi! Dan jangan pernah jejakkan kaki kau ke sini lagi!”
ujar Tuan Haris berbaur ugutan keras.
Pak cik Noor tersenyum lebar. “Baiklah aku janji,” ujar Pak cik Noor sambil mencium kepingan cek
itu. Dia menepis anaknya dengan kaki lalu beredar dari situ dengan hilai
seperti di rasuk syaitan.
Afina lantas
bangun untuk mengejar ayahnya. “Ayah!Tunggu Finaa....”
Belum sempat dia membuka langkah Tuan Haris pantas mencengkam lengannya. “Kau nak ke mana?
Sekarang kau hak aku. Tiada siapa lagi boleh selamatkan kau! Dah masuk bilik
sekarang!” gertak Tuan Haris.
“Fina benci ayah! Fina benci uncle!” pekik
Afina seraya berlari naik ke atas.
Masuk sahaja ke bilik Afina menyemban wajahnya ke bantal. Melimpah-limpah
air matanya keluar dari takungan. Jika ditadah satu baldi pun belum tentu lagi
cukup untuk menadah air matanya.
Mengenangkan nasib yang bakal menimpanya nanti. Keluar dari mulut buaya
masuk mulut singa. Apalah nasibnya. Bertubi-tubi ujian ditimpa padanya. Kadang
kala terbit juga di hati yang masih tidak matang untuk menyalahkan takdir.
Kenapa harus dia yang terpilih untuk jalani hidup sederita ini?
Mak cik Imah yang mendengar segala-galanya turut
membontoti Afina ke atas. Dia menguak
daun pintu lalu melabuh duduk di sisi gadis itu.
“Sabar Fina, mak cik faham perasaan kamu,” pujuk mak
cik Imah sambil mengelus rambut Afina
yang panjang mencecah punggung itu.
Afina lantas
bangkit lalu memeluk erat tubuh si tua itu. “Mak cik.... Fina tak nak tinggal
sini. Fina nak balik!” raung Afina
tersendu-sendu.
“Mak cik faham. Tapi buat masa sekarang Fina kena
sabar dulu, jangan buat Tuan Haris marah. Mak cik takut dia akan apa-apakan Fina
nanti,” nasihat Mak cik Imah sebagai orang tua yang sudah lama makan garam
dalam kehidupan. Dia yang tidak mempunyai anak walaupun sudah lama kahwin tidak
jemu untuk memujuk Afina.
“Kenapa harus Fina Mak cik Imah? Kenapa? Allah tak
sayang Fina ke?” soal Afina sambil
merenung wajah tua itu.
“Finaa.. kenapa cakap macam tu? Mungkin ada hikmah
yang kita tak tahu, sabar ya,” Mak cik Imah masih memujuk.
“Fina dah tak tahan lagi. Fina rasa nak mati je. Dulu
mak yang terpaksa tanggung dosa ayah. Sekarang. Sekarang Fina pulak! Kenapa
ayah begitu kejam Mak cik? Kenapa Allah
tak cabut nyawa dia biar dia mati?! Tak perlu Fina lalui semua ini,” amuk Afina, kesal dengan sikap ayahnya.
Mak cik Imah diam. Dia membiarkan Afina melepaskan rasa yang terbuku di hati
kecilnya. Dia juga simpati baru berusia 15 tahun sudah dianayai ayah kandung
dan darah daging sendiri. Ke manakah sifat kemanusiaan yang ada pada diri si
ayah itu?
Afina
teresak-esak dalam pelukkan Mak cik Imah akhirnya terlena. Mak cik Imah
meletakkan kepala Afina ke bantal
perlahan-lahan agar gadis itu tidak tersedar. Lama dia menatap wajah suci itu.
‘Sabarlah nak, moga Allah akan melindungimu yang tidak berdosa.’ Doa Mak cik Imah
sebelum melangkah keluar.
Tuan Haris dari
tadi tidak duduk diam. Ke hulu ke hilir dia berjalan. Serabut memikirkan
tentang Afina. Nafsunya berkocak setiap
melihat wajah gadis itu. “Apa yang aku perlu lakukan supaya Afina sukakan aku, ya? Aku tak boleh paksa dia
secara kasar sebab dia masih terlalu muda. Hrmm... aku harus cari jalan. Haa..
aku tahu.” Tuan Haris memetik jarinya
menandakan dia sudah mempunyai idea.
Dia tersenyum sendirian. Kemudian dia menapak keluar
dari biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Bilik Afina. Dengan langkah ibarat tidak mencecah bumi, Tuan
Haris perlahan-lahan menghampiri Afina yang sedang nyenyak tidur. Di tatap
gadis itu seperti mahu ngap sahaja!
Dengan penuh bernafsu, dia mengelus lalu mencium
rambut Afina yang panjang mengurai itu.
Dielusnya pipi Afina dengan penuh
ghairah. Bila bibirnya mahu melabuh di bibir nipis Afina. Gadis itu terjaga. Terkantoi
berbuatannya.
Afina terkejut
lalu menolak Tuan Haris dengan
kasar.“Apa yang uncle cuba lakukan ni?!” pekik Afina lalu mengesot ke sedikit. Di tarik kain
selimut untuk menutupi tubuhnya dari diratap oleh lelaki miang itu.
“Err... Fina jangan salah faham. Uncle cuma nak
tengok muka Fina kot-kot ada yang cedera,” dalih Tuan Haris sambil menegakkan badanya. Dalam hati sudah
menyumpah sebab tak dapat apa yang dia inginkan.
“Uncle tipu! Uncle nak apa-apakan Fina,
kan?!” Soal Afina dengan pekikan dalam
ketakutan.
“Ya Allah Finaa,Fina. Sampai hati Fina fitnah uncle
macam tu. Demi Allah! Uncle sanggup bersumpah. Tak terlintas langsung di
hati uncle nak lakukan berbuatan terkutuk tu,” selindung Tuan Haris bersumpah bagai semata-mata mahu meraih
simpati gadis muda itu.
“Kalau macam tu, kenapa uncle tak benarkan Fina
ikut ayah balik?” tempelak Afina.
“Hrmm...sebenarnya Fina kena bersyukur sebab uncle
bawa Fina ke rumah uncle. Uncle tahu perangai ayah Fina macamana.
Dia ada cakap mahu jual Fina dekat rumah pelacuran. Uncle sanggup
tawarkan diri dan sanggup bayar berapa saja yang ayah Fina mahukan supaya Fina tak
dijual ke sana. Uncle kesiankan Fina. Fina masih muda, masih punyai masa
depan yang cerah. Uncle ambil Fina nak jadikan Fina sebagai anak angkat, sebab
uncle nak Fina berjaya seperti remaja-remaja lain,” berjeda helah Tuan
Haris untuk menipu gadis yang naïf itu.
Afina merenung
wajah tua itu lama sebelum dia bersuara. “Betul ke uncle? Uncle tak tipu
Fina?” duga Afina masih ragu-ragu.
“Buat apa uncle nak tipu. Uncle sedar
usia uncle sudah lanjut, kubur kata mari rumah kata pergi. Lagipun anak-anak uncle
semuanya tinggalkan uncle. Fina di sini sekurang-kurangnya boleh
temankan uncle, tak delah uncle sunyi sangat.” Tuan Haris masih bermain kata-kata dengan Afina. Hatinya sudah melonjak riang bila
melihat wajah Afina termakan dengan
kata-kata ‘alim’nya.
Air mata yang menitis disekat laju seraya itu dia
memeluk tubuh Tuan Haris . “Terima kasih uncle kerana mahu menolong Fina,” ujar
Afina dalam tangisan tanpa ada rasa
curiga lagi. Dia sangat gembira kerana ada lagi insan yang masih sayangkan
dirinya ini.
Tuan Haris membalas pelukkan itu dengan erat. Diusap
lembut belakang gadis sambil menggaris senyuman jahat. ‘Akhirnya...’
~~~~> Apakah nasib yang bakal ditempuhi Afina nanti? nak tahu? tunggu ya..maaf sekiranya ada bahasa kasar yang tidak sesuai :) DN
1 comment:
smbg lagiiii... kesian
Post a Comment