Tuesday, 19 February 2013

Akhirnya Kau Kumiliki


BAB 6
Kringggg!!!

Loceng sekolah berbunyi nyaring,  menandakan waktu belajar sudah tamat untuk hari itu. Semua pelajar sudah sibuk memikul beg masing-masing untuk pulang ke rumah. Itulah keadaan di sekolah Swasta Firas setiap kali waktu pulang, segala peraturan tidak dihiraukan lagi asalkan dapat pulang ke rumah itu yang paling seronok. 

Arissa masih lagi di dalam kelas. Dia sedang  mengemaskan segala buku-buku di mejanya. Dia sengaja keluar lewat kerana malas nak berebut-berebut dengan pelajar lain. Batrisya terlebih dahulu keluar dari kelas kerana dia ada hal di bilik guru. Sebaik semuanya selesai Arissa memikul beg sekolahnya dan  terus menuju ke pintu. Tak sempat kakinya mencecah keluar dari bilik darjah, Emir Naufal tiba-tiba menjerit memanggilnya. 

“Rissa! Tunggu!”

Arissa lantas menoleh. “Apa hal?” tanya Arissa cuak dengan kening dijungkitkan sedikit.

“ Jom study group sama-sama petang ni. Dekat taman rumah awak.”ujar Emir Naufal dengan senyuman manis di wajah. Dia sengaja membuat alasan untuk belajar bersama-sama padahal dia mahu berjumpa dengan gadis itu.

Arissa mengerutkan dahinya sedikit sambil menggaru lembut dagunya . “Hrm baiklah jumpa petang nanti. Pepe hal telefon aku.” Jawab Arissa. Kemudian dia terus melangkah pergi. 

“Yes!” Emir naufal menarik tangan kanan ke belakang sedikit tanda dia sudah berjaya untuk berjumpa dengan gadis pujaan hatinya itu.

 Arissa mempercepatkan lagi langkahnya bila tertengok Batrisya yang sedang menunggunya di bawah garaj sudah melambai-lambai ke arahnya.

“ Kenapa lambat? soal Batrisya. Sebaik arissa tiba di hadapannya.

“Emir sekat aku tadi. Dia minta nak study group petang nanti dekat taman rumah aku. Datang tahu!” jelas Arissa sambil mengagau ke dalam beg untuk mencari anak kunci skuternya.

“Yelah tu nak study. Padahal nak mengorat kau.”perli Batrisya sambil kening dijungkit-jungkit. Arissa menjuihkan bibirnya sedikit, tidak ambik kisah pasal Emir Naufal itu.

“Wei tadi kau nak suruh aku teman kau kan? Teman pergi mana?”

“Klinik doktor duda anak satu!”

“Aishh dah ada apa-apa ke ni?” usik Batrisya tersengih-sengih.

“Kau jangan nak mengarut boleh tak Risya! Aku bagi hirup sup helmet kang.” tempelak Arissa lalu menghulurkan topi keledar pada batrisya. Batrisya hanya mencemik lalu memanjat naik atas skuter.

Arissa membonceng sahabatnya itu ke klinik Aysar seperti yang dipinta Aysar malam tadi. Sebaik sahaja mereka sampai, Arissa memarking skuternya betul-betul di hadapan klinik itu. Bila tiba di muka pintu, Arissa berhenti melangkah kerana hatinya tiba-tiba berdebar-debar. Mana taknya setiap kali dia berjumpa dengan Aysar pasti perang mulut akan tercetus. 

“Jomlah masuk.” ajak Batrisya lalu menolak badan Arissa agar masuk ke dalam. Bila pintu terkuak Arissa menjenguk sedikit ke dalam, sepi saja. Hanya bunyi penghawa dingin sahaja yang kedengaran. Tidak ada seorang pesakit pun ketika itu. Arissa menoleh ke sebelah bila Batrisya mencuit bahunya.

“Apa?” Soal Arissa.

“Tu.” Batrisya menjuihkan bibirnya ke kiri. Kelihatan seorang jururawat yang pernah merawatnya dulu sedang melambai tangan ke arah mereka. Arissa terus bergerak ke kaunter.

“Nak jumpa Dr Aysarkan? Dia pesan suruh masuk bilik dia kalau awak dah sampai,” bagitahu jururawat itu.

Arissa mengangguk. “Terima kasih ya. Batrisya jom ikut aku.” ajak Arissa dan menarik tangan Batrisya

“Tak mahu aku! Kau masuklah sorang. Dia nak jumpa kau bukan aku,” tolak Batrisya lalu menarik tangannya kembali.

“Tolonglah. Aku takut nanti dia marahkan aku macamana?,” rengek Arissa dengan riak muka meminta simpati dari sahabatnya itu.

“Kau marahlah dia balik. Macamlah tak biasa!” bidas Batrisya sambil tersengih-sengih.

“Tak pernah. Aku nikan budak baik.” balas Arissa dengan mulut termuncung menandakan dia sedang protes dengan tuduhan Batrisya itu.

“Okeylah aku masuk. Tapi kau masuk dulu lepas tu aku menyusur nanti. Serius aku memang dah tak tahan dari tadi lagi, tapi kau je yang tak faham seret aku ke hulu ke hilir.” putus Batrisya, namun sempat lagi dia melawak.

“Eeuww… pengotor betul kau ni!” marah Arissa seraya memicit hidungnya tanda busuk. Batrisya tergelak sendiri.

“Ya Allah selamatkanlah hambaMu ini.” Sempat lagi Arissa berdoa sebelum dia mengetuk pintu bilik Aysar.

 Sebaik sahaja dengar  suara Aysar mengarah dia masuk, Arissa cuba menelan air liur terasa bagaikan tersekat di kerongkongnya. Saat Arissa memasuki ruangan bilik itu, dia terhidu bauan yang begitu harum sekali. Arissa tercari-cari mana datang bauan itu. Dia tersenyum kecil bila melihat bunga kekwa segar tersusun rapi di dalam pasu yang tegak terpacak  di sudut tepi belakang Aysar.

“Duduk.” arah Aysar tanpa tanpa memandang ke arah gadis yang baru memasuki biliknya.

 Elok saja Arissa duduk di kerusi badan dia diserang sejuk dan panas secara serentak, jantungnya kembali mengepam kuat. Dia asyik menoleh ke arah pintu menanti kemunculan kelibat Batrisya.

“Mana si Batrisya ni?  Perut aku dan kecut sebab takut!” rungut Arisya perlahan.

“Sekejap ya,” pinta Aysar dia masih lagi khusyuk menulis laporan pesakit. Arissa mengangguk sambil bermain jari jemarinya sendiri. Dia kaku, begit juga dengan mulutnya bagaikan terkunci terus. Selalunya dia tidak begini.

 Waiz yang baru sahaja menapak keluar dari biliknya ternampak kelibat Batrisya hendak memasuki bilik  Aysar. Dia tersenyum nakal lantas menarik tangan Batrisya yang berlapit lengan panjang uniform sekolah cuba menghalang Batrisya daripada memasuki bilik Aysar.

“Mak kau!” latah Batrisya sambil melurut dadanya, terkejut.

“Jangan kacau orang nak berpacaran. Jom temankan saya pergi makan, saya laparlah.” tutur Waiz dengan nada bergurau sambil menekan sedikit perutnya.

“Dr. waiz rupanya. Hrm, tak bolehlah. Sebab Arissa suruh saya temankan dia dekat dalam.”jelas Batrisya lurus.

“Adus lurus bendul sungguh budak ni! Ujar Waiz sambil menepuk lembut dahinya. “Alah tak pelah, jangan kacau dorang. Jomlah.” ajak Waiz  lalu menarik Batrisya keluar dari klinik itu. Batrisya tidak terkata apa-apa.


“ Terima kasih sebab sudi datang.” ucap Aysar sebaik kerjanya selesai. Dia membetulkan kedudukannya lalu memandang Arissa di hadapan dengan menopang dagu.

“Sama-sama. Kenapa suruh saya datang sini ya, doktor?  Doktor nak cakap sesuatu tentang Auni ke? soal Arissa cuba menyembunyikan rasa takutnya. 

“Bijak pun awak. Ya, pasal Auni. Terima kasihlah sebab tolong jagakan dia semalam. ujar Aysar dengan muka yang serius sambil menatap segenap wajah gadis itu. Serentak itu juga dia  membuka laci mejanya. Sampul surat yang berisi wang ringgit sebanyak 200 dicapainya lalu diletakkan di hadapan Arissa. 

“Nah, ambik ni! Saya tak suka termakan budi orang. Kalau tak cukup cakap,  nanti saya akan tambah.”

Arissa bagaikan orang terkena pukau menurut sahaja kata Aysar. Dia mengambil sampul surat tanpa bertanya sepatah pun kemudian membuka sampul itu. Matanya membulat besar sebaik terlihat wang di dalam sampu itu. 

 Duit? Mereng ke apa si duda ni tiba-tiba kasi aku duit, gumam Arissa. “Apasal bagi saya duit?” tanya Arissa dengan wajah cuak.

“Kenapa lembap sangat awak ni? Itu untuk upah awak semalam sebab tolong jagakan anak saya. Kan saya dah bagitahu tadi,  saya tak suka termakan budi orang. Kenapa tak cukup ke? jelas Aysar sambil menyoal kembali.

“Lah, ya ke. Kenapa tak cakap awal-awal nak kasi duit?  Kalau tahu dari awal tak perlu saya memperbodohkan diri menghadap doktor supaya saya dipermalukan seperti ni!” marah Arissa lantas bangkit dari duduk. Intonasi suaranya sudah berubah. Dia sudah menjadi dirinya yang sebenar. Pantang dirinya dipermalukan.

" Doktor dengar sini, saya jaga Auni sebab mak cik Dini  yang minta tolong! Bukannya saja-saja rajin. Lagipun saya tak hadap dengan harta benda doktor yang bersepah tu. kenapa doktor sangka saya miskin sangat ke?!” Sambung Arissa lagi sambil memandang tepat ke dalam anak mata Aysar. Nafasnya turun naik menahan marah.

 Aysar  hanya mendengar dia tidak menjawab sepatah pun. Dia memerhatikan Arissa dari atas hingga ke bawah sambil tersenyum sinis.

“Habis kalau bukan nak dapatkan duit aku, kenapa kau baik sangat dengan Auni?  Hello! Budak zaman sekarang ni ramai yang berperangai macam kau. Sanggup membodek kanak-kanak yang kaya semata-mata nak dapatkan habuan kan?” sembur Aysar sinis.

“Hei doktor!  Jaga mulut sikit.  Jangan buat saya hilang rasa hormat dekat awak nanti! Suka hati doktorlah cakap apa pun, tapi jangan hina niat baik saya berkawan dengan Auni.” balas Arissa balik. 

“Satu lagi wang ni tak berguna buat saya.” Arissa melemparkan kesemua wang yang diberikan Aysar kepadanya betul-betul ke muka Aysar dengan wajah yang penuh dengan kebencian lalu dia menghayun kaki menuju ke pintu. Belum sempat dia mahu memulas tombol pintu dia mengalih badanya mengadap Aysar kembali.

“Oh, ya doktor! Saya nak ingatkan doktor jangan pernah menilai semua perempuan yang rapat dengan Auni adalah sama. Untuk pengetahuan Dr.Aysar di sini Kelantan bukan Kuala Lumpur yang senang-senang jual body sebab dahayakan wang haram!” tempelak Arissa sambil tersenyum sinis lalu terus menghilangkan diri di sebalik pintu.

Aysar tergamam dan  terkejut bagaikan tidak percaya dia telah dihina dan dipermalukan oleh seorang gadis yang baru mencecah usia 18 tahun.

Arissa melangkah dengan hati yang sedih. Dia ingatkan tujuan Aysar mengajaknya datang ke klinik itu berbincang pasal Auni tapi sebaliknya. Dia betul-betul bengang dengan lelaki yang sudah duda dan beranak satu itu.

“Batrisya, jom kita balik!”

Suara Arissa sebaik sahaja Batrisya dan Waiz melangkah masuk ke dalam klinik itu lalu melangkah laju ke luar dari klinik itu. Waiz dan Batrisya terpinga-pinga dan saling berpandangan.

“Err.. saya balik dulu, ya.” Pinta Batrisya lantas mengejar Arissa.

Waiz hanya mengangguk dia hairan kenapa dengan Arissa. Bila lihat wajah gadis itu tadi Waiz yakin ini semua kerja sepupunya. ‘ Aysar.. Aysar… bilalah ego kau nak hilang, aku sendiri pun tak tahu.’ Waiz berkata sendiri

“Arissa! Tunggulah aku. Kenapa ni? Macamana tadi? Maaflah aku nak masuk tadi tapi Dr.Waiz tarik aku pergi makan.”

“Hei, Arissa! Cakaplah, jangan diam terus.” desak Batrisya bila Arissa masih senyap.

Arissa yang menahan tangisannya dari tadi terus berhenti. Lalu memaling tubuhnya mengadap Batrisya. "Risya mujur kau tak masuk tadi.  Kalau tak,  pasti aku bertambah malu," luah Arissa sambil mengesat air matanya yang menitis turun ke pipi.

“Apa yang dia dah buat pada kau?” tanya Batrisya ingin tahu. Badan Arissa dirangkulnya lembut cuba menenangkan Arissa.

Arissa menggeleng.  “ Biarlah. Aku tak mahu kenangkan kejadian tadi lagi. Jom balik.”

“Baiklah. Aku tak nak paksa.” 


Waiz masuk ke bilik Aysar. Dia mahu mendengar kejadian tadi dari mulut Aysar sendiri. Jenuh dia berfikir apa yang sudah Aysar buat pada Arissa sampaikan gadis itu keluar dalam keadaan marah. Dia begitu yakin pasti Aysar telah berkata sesuatu yang menyakitkan hati Arissa.
"Aysar." seru Waiz sebaik menapak masuk ke dalam. Kerusi di hadapan Aysar di tarik sedikit sebelum dia melabuh duduk.

“Hah! Waiz kau nak apa datang bilik aku ni?” soal Aysar bila melihat Waiz tiba-tiba masuk ke biliknya,

“Ceh! Ayat, skemanya. Hmm, kenapa tadi? Aku tengok muka budak tu sedih tadi.  Kau buat sesuatu ke?”

“Entah.  Aku pun tak tahu. Aku cuma bagi dia duit je, dia tiba-tiba meradang pelik betul aku.”jawab Aysar dengan nada geram. 

“Duit? Untuk apa pulak? Kau ada hutang dengan dia ke? Desak Waiz bertubi-tubi.

“Amboi, mulut kau! Muka aku ni macam orang suka berhutang ke?” tempelak Aysar. Waiz tersengih sumbing.

“Macam ni, semalam kak Dini hantar Auni ke rumah budak tu sebab dia nak balik kedah nak melawat jenazah adiknya. Jadi aku bagi duit kat dia sebab aku tak nak termakan budi. Itu pun salah ke?” Jelas Aysar. Dia menceritakan semula kedudukan kejadian yang sebenarnya itu kepada sepupunya. Waiz yang mendengarnya hanya mampu mengelengkan kepala saja.

“Memang patut pun dia meradang. Kau ni pun, bukan semua benda kat dunia ni kita dapat beli dengan duit ringgit tahu. Aku percaya Auni tak salah menilai dia untuk dijadikan mama barunya. Sebab Auni pandang dia dengan mata hati, bukan macam kau hanya pandang serong je dekat dia. Cubalah kau buka hijab dekat pandangan kau tengok dia betul-betul. Bagi aku dia okey je.”

Aysar mengeluh kecil sambil meraup mukanya beberapa kali.

“Aku hanya cakap apa yang aku lihat dari pandangan aku je. Tapi terpulang atas engkau nak terima atau tidak. Sebagai sepupu kau, aku nasihatkan daripada kau pilih Shila untuk dijadikan  isteri kau baik kau amik Arissa. Walaupun masih muda tapi dia ada naluri keibuan terhadap anak kau.” Sambung Waiz lagi.

Aysar masih menyepi.

“Sorylah ganggu masa kau. Aku keluar dulu.” Waiz mengundur diri bila melihat Aysar seperti orang tengah buntu. 

Aysar termangu sendirian. Kata-kata Waiz tadi membuatkan dia rasa tidak puas hati. Kenapa sepupunya itu menyebelahi orang yang bukan dari kerabatnya sendiri. Kenapa perlu ungkit pasal perkahwinanmya dan Shila dengan Arissa. 

Kenapa ini semua harus terjadi? Kenapa Auni boleh berjumpa dengan budak hingusan itu. Kalau tak pasti Auni tak akan bising mahukan seorang mama dan tak akan minta untuk aku kahwini dia. Tak! aku tak mungkin kahwin dengan budak yang kurang ajar macam tu. Tidak kira apa pun!

Aysar sudah tekad dihatinya untuk tidak mengahwini Arissa walaupun anaknya akan kecewa. Gambar arwah isterinya dipegang sambil mengosok lembut. Abang tak akan menduakan sayang. Tapi demi anak kita abang terpaksa berkahwin dengan Shila untuk mengantikan tempat sayang hanya seorang ibu bukannya pemaisuri hati abang. Tutur Aysar dengan penuh kesyahduan.
  


----------> bersambung <--------

wah dah lama bobonor DN tak update e-novel ni.kalau tak silap tahun lepas last update harap-harap terhibur dengan bab kali ini  :)

2 comments:

Unknown said...

Geram.

Unknown said...

@baby mio
kan.kan... geram bangat dgn dr aysar kn hehe