“Tahniah Cik Jihan Afiyah binti Mohd.
Anda telah berjaya di tempatkan di SJK (C) Khee Chee Temerloh Pahang. Sebagai Guru
Bahasa Melayu.”
‘Haa..’Aku
mengeluh kecil, teringat lagi ketika mula-mula mendapat surat posting
dua minggu yang lalu. Memang gembira kerana sudah dapat bekerja tapi dalam
waktu yang sama lubuk hati kecilku sangat sedih. Ingatkan dapat berbakti kepada
anak negeri sendiri tapi anak didik negeri Pahang yang lebih memerlukan aku.
Aku memujuk hati supaya dapat menerima dengan hati yang tenang. Ma bagaikan
mengerti kegelisahan hatiku kala ini. Dia menggosok lembut belakangku.
“Sabarlah,
banyak pahala mengajar anak orang ni, mana tahu kot-kot ada yang berjaya kamu
tarik masuk Islam nanti,”pujuk Ma diselangi gurauan.
“Ma,
Jihan bukannya datang sebagai ustazah nak tarik orang masuk Islam. Anak Ma yang
ini cikgu Bahasa Melayu, lagipun ilmu agama ciput nak suruh didik orang aduhai.
Anak ma dan abah ni, nama je bekas pelajar sekolah agama tapi perangai bukan
beragama sangat,” jenakaku tersengih, cuba menutup rasa sedih kerana sebentar
lagi aku bakal ditinggalkan seorang diri
di sini jadi anak yatim wal paitu sementaralah aku jawabnya.
Ma
sudah menggeleng dengan loyar buruk aku ini.
“Dah
pergi masuk dulu, nanti nak balik telefon. Abah datang ambik bolehlah kita angkut barang masuk rumah sewa.” Arah
abah, aku mengangguk lemah rasa sayu semakin menebal dalam diri. dengan lafaz bismillah dan aku melangkah masuk
ke perkarangan sekolah itu.
“Sila
tulis nama ya.” pinta seorang pemuda yang menjadi pengawal keselamatan di
sekolah itu.
“Er,
maaf pejabat dekat mana? Nak daftar kena tulis nama jugak?” Soalku kehairanan.
“Eh,
cikgu ke?” Tanya pemuda itu malu-malu.
Aku mengangguk dan tersenyum kecil. “Ya, baru
nak lapor diri hari ni.”
“Maaf-maaf
cikgu tak kena tulis nama. Sini untuk penjaga yang datang melawat je,” jelasnya
sambil tersengih malu. Aduhai mamat
pengawal keselamatan ni buat lawak pulak orang tengah berdebar ni kang ada yang
kena hempuk dek aku ni!
Usai
melapor diri, aku di bawa oleh guru besar ke bilik guru untuk memperkenalkan
aku dengan para guru yang lain.
“Ini
cikgu Aminah. Dia Ketua Panatia Bahasa melayu kat sekolah ni, dia juga akan menjadi
guru pembimbing kamu nanti. Ada sebarang masalah kamu boleh rujuk dia.” bagitahu Guru Besar
dengan pelat cinanya.
Aku
mengangguk tanda hormat kemudian berjabat tangan dengan Puan Aminah setelah
Guru Besar meninggalkan kami berdua.
“ Panggil
Kak Min je toksah nak bercikgu-cikgu. Hrm ini nama siapa? Soalnya sambil
tersenyum.
“Jihan,”
jawabku pantas.
“Oo.
Hrm, kat sini tak ramai cikgu islam, termasuk Jihan semuanya 5 orang. Tapi
kalau pekerja majoritinya melayulah,” gurau Kak Min alias Cikgu Aminah.
“Macam
tu ke? Mesti tak ramai pelajar melayukan dekat sekolah ni?” soalku tiba-tiba.
“Eh,
siapa kata tak ramai?! Kalau Jihan nak tahu kat sini nama je sekolah cina tapi ramai
pelajar melayu. Tahun ni pelajar tahun 1, 35 orang yang anak melayu mendaftar
masuk ke sini. Akak pun tak faham dengan
mereka ni.” bisik Kak Min sambil berjalan membawa aku ke meja guru yang masih
ada kosong.
“Ehem.”
Aku
lantas menoleh ke belakang bila ada suara berdehem dari belakang. Mungkin aku
menganggu laluannya. Mataku terpaku pada susuk tubuh seorang lelaki berbangsa
cina yang agak tinggi lampai.
“Selamat
pagi cikgu.” Lelaki itu bersuara dengan pelat cinanya.
“Selamat
pagi. Ini cikgu Fei, dia mengajar Bahasa
Cina. Cikgu Fei ini cikgu Jihan, dia akan ajar Bahasa Melayu mengantikan cikgu Amadi
yang sudah berpindah.” Kak Min memperkenalkan aku dan dia. Aku menunduk tanda
hormat dia juga begitu kemudian dia menjeling sekilas padaku sebelum melintasi
kami.
“Mak
kau tingginya dia. Tinggi aku para bahu dia.”sempat lagi aku mengomel tentang
lelaki itu.
Dua minggu aku mengajar di sini dan
dalam tempoh ini jugalah aku semakin dapat suaikan diri dengan sekolah itu.
Sekolah cina tak seperti sekolah rendah yang
lain, boleh membeli sesuka hati di kantin. Di sini disyaratkan pelajar
yang beragama Islam akan membawa bekal
masing-masing dari rumah manakala cikgu atau pekerja yang beragama Islam akan
keluar mencari kedai-kedai makan yang berhampiran untuk mengisi perut. Sebabnya
tender kantin dipegang oleh bangsa Cina.
Pagi
itu seperti biasa setiap 15 minit perhimpunan akan berjalan di dewan. Pada
akhir sesi perhimpunan itu Guru Besar mengumumkan sesuatu dalam bahasa cina.
Aku terpinga-pinga sekumpulan pelajar naik ke pentas begitu juga dengan
beberapa orang guru.
“Ada
apa kat atas tu?” bisikku pada Kak Min dalam keadaan bingung.
“
Majlis Sambutan Hari Jadi,” jawabnya pendek.
“Cikgu
lahir bulan berapa?” sampuk cikgu Khairi pula salah seorang cikgu Bahasa Melayu
juga.
“Bulan
satu.” jawabku teragak-agak
“Hah,apa
lagi naiklah kat atas tu!” arahnya bersungguh.
“Eh,
takpelah!” Tolakku lembut.
“Pergilah,
bila lagi nak merasa orang bersorak selamat hari jadi untuk kitakan?” Usik Cikgu
Khairi sambil tersenyum.
Aku
menggeleng dengan laju. ‘Malulah nak tercegat kat atas pentas tu!’
“Tak
nak naik, nanti cakap kat Guru Besar suruh potong markah!”
Aku
tergamam tiba-tiba cikgu Fei yang dingin dengan aku selama kini bersuara. Aku
kalih padanya ada ukiran senyuman di wajahnya. Sungguh kacak ini kali pertama
aku melihat dia tersenyum.
Sedang
aku asyik menyemak buku latihan pelajar tahun 3 yang bertimbun tiba-tiba namaku
diseru. Aku lantas menoleh.
“Cikgu, cikgu mahu pindah tempat tak?” Suara cikgu Yin
dengan pelat cina perlahan-lahan cuba mengatur ayat agar aku memahaminya. Aku memandangnya dengan wajah sedikit berkerut.
“Tak,
begini saya kesiankan cikgu tempat ini sempit cikgu punya barang manyak maa..
Dekat sana ada meja kosong dua jadi senang sikit.” jelasnya lagi.
Aku
lantas menoleh ke tempat yang ditunjukan oleh cikgu Yin tadi. Kemudian aku
mengangguk tanda setuju. Betul juga
dengan timbunan buku yang banyak berserta bahan ABM ini aku perlu ruangan yang
cukup luas. “Terima kasih cikgu.” Ucapku sambil tersenyum manis kepadanya.
“Sama-sama.
Tak hallah. Malilah saya tolong cikgu angkat barang.”pelawanya.
‘Wah,
tak sangka pula Cikgu Yin simpati pada aku, ke dia nak letak barang dia kat
tempat aku. Barang dia apa kurangnya banyak bukan ke main sampai meja aku pun
dia kaut sekali. Memang sah dah ni.’bebelku sendiri.
“Terima
kasih cikgu. Ucapku pada Cikgu Yin, kerana dia turut membantu aku memunggahkan
barang-barang aku. Dia mengangguk dan
berlalu pergi. Aku melepaskan lelah di kerusi sambil mengesat peluh yang mula
percik keluar. ‘Eh, tak silap aku depan
ni tempat….’
Belum
sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba mataku tertancap pada susuk tubuh Cikgu
Fei sudah menarik kerusi di depanku lalu duduk. Bila dia mengangkat muka, aku
lihat dia sedikit terkejut. Aku tersengih padanya dia membalas dengan mengerot
bibirnya ke kiri lalu tunduk kembali menfokuskan pada buku rekod pengajaran dan
pembelajarannya.
‘Alahai
mamat apek ni, kadang-kadang senyum kadang mencuka tak faham betul aku?!’
“Memo baru memo baru.” Teriak Cikgu
Chong selaku Guru PKKO sekolah itu sambil mengedar kertas pada setiap guru.
Aku
mengangkat muka sedikit. Fokusku pada buku latihan tergendala seketika. Dia
menghulurkan kertas itu padaku. Aku
mengangguk dan megucap terima kasih padanya. Aku meneliti tulisan yang ada pada
kertas itu.
‘Jurulatih
bola jarring.. biar betul?!’ tuturku dengan nada terkejut. ‘Patutlah masa
mula-mula daftar hari tu, Guru Besar ada tanya aku pandai tak main bola jaring.
Rupanya nak lantik aku jadi jurulatih….’ Keluhku dalam keredhaan terpaksa.
“Cikgu.”
Aku
mendongat memandang wajah cikgu Fei yang hensem tapi agak dingin itu bila dia menyeruku.
“Ya, kenapa?”
“Petang
esok ada perjumpaan,” ujarnya ringkas.
“Untuk
apa ya? ”soalku balik dengan wajah berkerut.
“Semua cikgu yang jadi jurulatih bola jaring,
keranjang dan carom ada meeting jam 2.”terangnya dengan lagak tenang.
Mulutku
membulat sedikit disertai anggukkan perlahan sambil tersenyum padanya. Dia
membalas dengan memandangku tanpa riak
dan berlalu pergi begitu saja. ‘Alahai apek ni, macamlah aku nak ngorat dia!’
‘Tak
percaya langsung! Aku jadi jurulatih bola jaring. Belum-belum pernah melatih orang
tup-tup jadi jurulatih. Kalau main sendiri tak kesah ini nak latih orang, entah
betul tidak ajaranku nanti.’ Bebelku sendiri.
Sebaik
menapak di gelanggang aku nampak Cikgu Fei
yang tegak berdiri di luar garisan gelanggang sambil memeluk tubuh. “Selamat
petang cikgu.”sapaku lalu mengambil tempat di sisinya.
“Hrmm.”
balasnya hanya membunyikan suara tanpa membuka mulut.
“Cikgu dah lama ke mengajar dekat
sini.”ramahku cuba memancing agar dia berbicara denganku sambil mencuri pandang
arahnya.
“Dah
5 tahun.” jawabnya kedengaran malas.
“
Wah, lamanya!” ujarku sendiri sambil membetulkan tudung yang kurasakan senget
sedikit.
“Boleh
ke orang bertudung melatih budak main bola jaring?” Suaranya tiba-tiba mengubah
topik perbualan kami tanpa memandang wajahku.
‘Wah,
ini dah nama menghina kaum wanita ni!’gumamku dengan geram. “Cikgu tak pernah
tengok atlet wanita bertudung ke dekat
televisyen?”soalku kembali membalas sindirannya.
“What
everlah.”bidasnya.
“Kenapa
tak percaya ke? Nak saya buktikan yang saya ni jaguh bola jaring dekat sekolah
dulu?” dugaku lagi dengan suara sedikit bergetar bengang.
Dia
mengerlingku dengan senyuman sinis kemudian dia berteriak pada seorang yang
berlatih bola keranjang dalam bahasa mandarinnya. Aku hanya memerhati saja, tak
faham!
“Nah!”Dia
menghulurkan sebiji bola padaku. Aku bagaikan lembu dicucuk hidung mengambil
bola itu lalu memandang ke wajahnya dengan bingung.
“Wang!”
Aku terkejut dia berteriak memanggil salah
seorang dari pelajar yang sedang berlatih itu lalu berkata sesuatu pada budak
itu dalam bahasa cina. Sepatah haram pun aku tak faham yang sempat aku tangkap
hanya nama budak itu saja.
“Saya
nak cikgu masukkan bola ini ke dalam gol dalam masa sepuluh minit. Wang akan
menjadi goal defend.” Cabarnya dengan berlagak.
“Hah!” Dahiku berkerut seribu. Hatiku
tiba-tiba meradang nak marah. ‘Biar betul apek ni.’Aku menghembus nafas perlahan-lahan
untuk mendapatkan kembali ketenanganku.
Aku mengecilkan bebola mata memberi fokus pada
sasaran, tangan Wang tergoyang-goyang untuk menghalang aku dari menjaringkan bola ke dalam gol.
Kemudian membaca sedikit ayat lalu menghembus serentak itu juga aku melontarkan
bola itu ke sasaran. Semua mata tertumpu pada bola itu. Tak sampai sesaat bola itu terpelantun dan masuk
ke dalam jaringnya. Aku sendiri pegun dan tak sangka lontaran aku itu
tepat. Spontan aku melompat sambil
bersorak. Ketika melintasi Cikgu Fei aku
menyapu ke dua belah tapak tangan sambil menjungkitkan sedikit kening kananku
lalu tersengih menyindir. Dia diam tidak terkata.
“Itulah
jangan menilai orang dari luaran saja!” sindirku siap bagi pepatah lagi inilah
akibat bercakap dengan cikgu BM.
Seminggu lagi tahun baru cina bakal
disambut oleh semua yang berbangsa cina. Sekolah ini penuh dengan hiasan
tanglung yang tergantung tidak kira sudut. Dalam kelas dan bilik guru toksah
nak cakap memang penuh. Sampai berpinar-pinar anak mataku menengoknya! Merah
biji saga gitu.
“Cikgu,
nah, ibu saya kasi!” sua Cikgu Fei, satu kotak limau kepada aku.
Aku
memandangnya dengan mata terkebil-kebil. Teragak-agak mahu menerimanya,
maklumlah aku dan dia berlainan bangsa dan agama. Tambahan dia non muslim jadi
aku was-was lah sikit.Lagipun satu kotok tu siapalah nak makan lainlah kalau
aku dekat kampung adik beradik ramai satu kotak belum tentu cukup. Nak tolak mentah-mentah takut dia cakap agam Islam
tak toleransi. Aku rasa tak berdosa terima pemberian orang non islam nikan? Tulah jihan masa sekolah tak nak mendalami
ilmu agama sekarang kang dah susah. Aigoo.
“Terima
kasih cikgu,” ucapku lalu menyuruh dia meletakkan kotak itu di bawah meja.
Aku
lihat dia mengerot bibir saja mahu tak mahu senyum je aku tengok. Alahai dia
memang kacak berwajah dingin. Itulah cirri-ciri jejak idamanku tapi sayang kau
dan aku berlainan agama. Kalau tak dah
lama aku ngorat. Gatal!
Selesai makan tiba-tiba loceng sekolah
kedengaran dari kedai yang berhampiran dengan sekolah. Aku berjalan seiringan dengan Kak Min dan Kak
Ina guru agama untuk masuk ke sekolah. Bila teringat yang aku ada kelas lepas
waktu rehat, aku mepercepatkan langkah untuk masuk kelas.
“Selamat
pagi Cikgu Jihan.” ucap semua pelajar satu kelas sebagai tanda hormat. Sebaik
aku menapak masuk ke kelas 6Bijak.
“Selamat
pagi duduk semua. Okey hari ni cikgu nak kamu keluarkan buku latihan dan tulis
kata panggilan. Cikgu bagi contoh satu, ya. Ma..ma. mama.. seterusnya cikgu nak
kamu senaraikan sepuluh.” arahku sebaik
selesai menulis di papan putih.
Aku
berjalan untuk memerhatikan kerja mereka, bila terpandang tanglung yang tergantung
di muka pintu aku teringat pada kotak
yang berisi limau pemberian dari Cikgu Fei. ‘Baik aku bagi dekat mereka dari
membazirkan. Bagus juga memang bernas otak aku ni.’ sempat lagi aku angkat
bakul sendiri.
“Fong!”
Panggilku, seorang pelajar merangkap ketua kelas 6B. “ Awak pergi kat meja saya
tengok kat bawah tu kotak limau bawa
datang ke kelas, ya.” Perintahku dengan nada teratur budak cina mana nak sempat
tangkap butiran percakapan kita kalau laju-laju.
10
minit kemudia Fong yang ditemani Aiman kembali kelas dalam keadaan
termengah-mengah.
“
Berat sangat ke kotak tu.” usikku.
“Cikgu
kami mahu bawak sebagai upah,” pinta Fong sambil tersengih menayangkan giginya
yang putih tersusun itu. Budak ni memang banyak cakap tak terlawan olehku.
“Suka
hati kamulah. Okey kelas ambik sesorang satu ya, jangan berebut cukup untuk
semua.”Aku memberi arah dan meminta Aiman dan Fong mengagihkan kepada kelas.
Aku berdiri di tepi pintu sambil bersandar ke
dinding, lucu melihat telatah mereka bergelak tawa kerana mendapat buah limau
itu. Macam tak pernah makan limau je.
“Wah,
cikgu baiknya cikgu sampai belanja budak-budak sekotak limau ya.”
“Aah,
saja nak bagi upah dekat diorang yang bertungkus lumus belajar untuk UPSR nantikan,
jawabku bersahaja kemudian menoleh ke
sebelah. Aku tersentap , senyumanku mati serta merta terlihat Cikgu Fei sudah
tercegat dengan tangan sebelah masuk ke poket seluar slacknya dengan wajah
seriusnya.
“Kalau
tahu cikgu nak bagi buah tu dekat budak-budak ni, tak perlu saya bagi dekat
cikgukan?” tuturnya berbaur sindiran. Aku mati kata.
“Cikgu
tahu tak, apa perasaan bila benda yang
kita bagi dekat seseorang tu kemudian dia hadiahkan pula pada orang lain. Ya,
saya tahu kita punya agama berbeza tapi takkan tak boleh menerimannya langsung.
Setahu saya ada je orang Islam yang terima pemberian dari bangsa kami?” Soalnya
cukup sinis. Aku tergaru-garu kepala tidak gatal ini. Nak berhujjah lebih, aku bukannya ustazah. Jadi mampu tersengih
tanpa rasa bersalah jelah.
“Err..
saya, sebenarnya….” Belum sempat aku mencari perkataan yang elok untuk
memberitahunya, dia tiba-tiba mencelah.
“Pukul
11 nanti cikgu kena bantu saya agihan duit untuk ibubapa pelajar tahun 4
Cerdik.” Ujarnya berbunyi tegas lalu terus keluar dari kelas itu
.
‘Haih
kena pergi jumpa ustazah nampak gayanya
ni. Tulah Jihan ma dan abah dah hantar belajar agama tapi tak nak amalkan,
tengok kau je yang terkapai-kapai.’
“Kak
Ina, boleh ke kita terima pemberian dari non muslim?” Tanyaku pada Ustazah
Haslina selalu guru agama yang tunggal di sekolah ini.
“Kenapa
tiba-tiba tanya ni?” soalnya kembali. “Hrm, mesti kes nak dekat tahun baru cina
nikan? Nape dah ada yang bagi kamu limau ya?”tembak ustazah Haslina
bertubi-tubi tersenyum manis. Aku mengangguk mengiakan.
“Secara amnya makan makanan yang diberikan oleh
orang bukan Islam adalah dibolehkan dengan syarat jika makanan tersebut tidak terdiri daripada
makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai binatang
yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih
secara syarie dan sebagainya. Jadi kita boleh menerima bahkan memakan makanan
tersebut.”
“Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu
makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan
bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut.”
“Jadi, Jihan boleh menerima pemberian makanan yang
diberikan oleh orang non muslim malah Jihan boleh memakannya. Tapi ingat
sekiranya pada zahir makanan tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan
yang haram dan dia tidak ada niat untuk
memurtadkan kita.”jelas Kak Ina secara terperinci, nyata dan terang.
Aku
rasa bersalah pada Cikgu Fei kerana membuat dia terasa dengan aku. Mesti dia
cop aku ni umat Islam yang sombong. Setelah mendapat jawapan dari Ustazah Haslina
yang berada di Bilik Agama, aku terus turun ke bilik guru. Sebaik aku menapak
masuk ke dalam Cikgu Fei menghampiri aku. Tiba-tiba rasa malu menyelubungi aku.
“Cikgu,
jom ikut saya.”ujarnya, berbunyi dingin.
Aku
hanya mampu mengangguk lalu
membontotinya dari belakang, tak berani
nak cakap banyak. Semasa kami mahu melangkah ke kelas 4C, ibubapa pelajar sudah
ramai yang beratur menunggu untuk mengambil duit seratus seorang sempena bajet
2013. Aku mengangguk sambil tersenyum kepada mereka. Biasalahkan cikgu baru ke
tunjuk baik sikit. Hehehehe.
Aku
sangkakan Cikgu Fei mengajak aku untuk
turut serta menolongnya tapi hampeh! Aku
hanya disuruh duduk di tepi tengok dia buat kerja, macam tunggul kayu je aku
rasa dan tersengih-senigh bila ibubapa masuk untuk mendapatkan wang. Bila
giliran seorang pak cik berbangsa cina masuk untuk mengambil duit, dia tersenyum ke arah aku kemudian dia bercakap-cakap dengan
Cikgu Fei dalam bahasa cina. Sebaik pakcik itu mahu melangkah tiba-tiba dia menegur
aku, siap mengucapakan tahniah berserta ibu jari diangkat lurus. Aku terpinga-pinga
sendiri lalu mengalih pandangan pada Cikgu Fei.
“Cikgu,
apahal dengan uncle tu?” soalku ingin tahu.
Dia hanya mengerot bibirnya ke tepi kemudian bersuara dalam
bahasa cina. “ ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐ wǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng
wǒ de xīn.”
“Apa
ke benda tu, saya tak faham?” tempelakku bengang bila terasa dia cuba
mempermainkan aku.
“Dia
cakap awak cikgu baru ke? Lepas tu dia cakap awak cantik. Sesuai.”jawabnya
dengan senyuman manis dibibir.
Aku
mencebir.” Iyalah tu. Sesuai apa ke bendanya.” Perliku.
Cikgu
Fei ketawa kecil.
Bulan ini bulan yang sangat padat
dengan jadual pertandingan tak kira peringkat sekolah, daerah dan negeri. Aku
salah seorang dari jurulatih bola jaring tidak kecuali sibuknya cuma aku bernasib
baik kerana aku tak perlu menghantar pelajar bertanding dekat luar. Sekadar
jadi pengadil dekat sekolah je.
“Cikgu
Jihan, cikgu pergi tak nanti?” Tanya salah seorang dari peserta bola jaring,
ketika mereka bersiap-siap untuk berangkat ke sekolah daerah Bera.
“Hrm,
cikgu tak boleh nak bagi apa-apa janji ini
kena tanya Cikgu Fei sebab dia S/U sukan. Kalau dia suruh cikgu pergi
cikgu pergilah. Tapi rasanya cikgu tak dapat ikut sama, cikgu jadi pengadil
untuk pertandingan bola jaring yang dekat sekolah kita ni.”jelasku
perlahan-lahan sambil menyusun ayat BM.
“Alah
cikgu.” keluh mereka beramai-ramai.
“Aih,
jangan begini. Belum bertanding dah putus semangat. Pergi bawak balik piala
untuk sekolah kita. Kamu menang nanti cikgu belanja kamu makan nak?” pancingku
cuba memberi semangat kepada mereka. ‘Tak pe sekali sekala belanja diorang
makan apa salahnya.’
Keputusan
bertandingan sudah diumumkan sekolah kami menjadi juara bagi pertandingan carom
dan pingpong. Wah bangga sekejap jadi guru latih padahal cikgu Ling yang melatih
diorang berpenat lelah. Aku ni menyibuk je. Mereka bersorak riang dan melalak
sakan. Aku menggelengkan kepala dan cuba mempositifkan fikiran. ‘Alah, biasalah
budak-budak memang camni Jihan! Macamlah aku tak pernaha jadi budak-budak.’
“Kita
dah menang cikgu!” Teriak mereka beramai-ramai.
“Jadi kami nak raikan dengan membaling belon, cikgu!”sambung
mereka lagi.
“Amboi,
pandai kamu ya, baling belon konon. Padahal
kat dalam tu ada tepung dan air kan?
Kamu jangan ingat cikgu tak tahu.” Sakatku, sambil muka dibuat garang.
“Ni
baru syok cikgu jadi mask muka tak perlu pergi spa dah.” Celah salah
seorang dari mereka sambil ketawa terbahak-bahak.
“Hrm,
boleh jugak nak join ni, tapi jangan baling muka cikgu tahu?” Sempat
lagi aku memberi amaran sebab tak nak kotor mukaku yang cantik ini. Lagipun cikgukan
boleh mengarah.
Sedang
asyik kami saling membaling-baling tiba-tiba ada orang tepuk bahuku dari
belakang, dengan spontan aku membaling belon yang berisi tepung ke arahnya.
“Err..
Cikgu Fei!” seruku betul-betul teperanjat.
Entah
dari mana dan siapa yang membaling belon yang berisi air tepat mengena mukanya,
habis basah melecun muka dia dan ditambah pula tepung yang kubaling tadi. Dia
nampak seperti hantu pocong. Mahu tergelak aku dibuatnya tapi ditahan takut dia
marah.
Tiba-tiba
dia menjerit memanggil seorang budak dan menyuruh budak itu memberikan dia
belon yang berisi tepung dan air. Aku ingatkan dia nak marahkan kami tapi lain
pula jadinya. Dia mengambil dua biji belon kemudian melontarkan ke arah aku.
Tak sempat mengelak habis mukaku jadi mangsanya.
“Cikgu!”
Teriakku. Semua budak-budak tergelak sakan kemudian meneruskan aktiviti baling
membaling.
“ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐ wǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng
wǒ de xīn.”
Dia
sekali lagi dia mengungkap sesuatu dengan penuh perasaan dalam bahasa mandarin
yang aku tak faham sepatah haram sambil menguntum senyuman sebelum berlalu
pergi. Tak faham betul aku dengan dia tu.
“Cikgu, agama kamu melarang kahwin kamu
dengan agama lain, kan?”
“Hah?”
Aku kaget tiba-tiba Cikgu Ling bersoalkan soal itu.
“Aah
kenapa cikgu tanya? tiba-tiba pulak tu,
ke cikgu nak kahwin dengan orang seagama
dengan saya? Boleh je, cikgu peluk islam habis cerita.” Candaku.
Cik
Ling senyap tapi tetap menatapku lama. Aku naik bingung.
“Cikgu
tak tahu ka, Cikgu Fei suka sama cikgu?”
Rahangku
hampir jatuh ke bawah tersentap kemudian tawaku meletus. “Apa yang cikgu
mengarut ni? Tak mungkinlah. Saya dan diakan lainan agama, cikgu sendiri yang tanya
tadikan.”Dalihku tidak mempercayai kata-kata cikgu ling itu.
“Itu
kata awak tapi bagi dia lain. Keluarga dia tak kesah kalau tukar agama
semata-mata nak kahwin dengan awak, sebabnya abang dan kakak dia ada kahwin dengan orang Islam,”
bagitahu cikgu Ling semangat.
“Er…”
lidahku kelu untuk membalas balik. Bila difikirkan balik tak de pulak dia
tinggalkan tanda-tanda cintanya pada aku.
“Cikgu
sedar tak, setiap kali dia jumpa cikgu pasti dia akan cakap dalam bahasa cina
kan?”tanya Cikgu Ling lagi.
“Aah,
ada. Cikgu tahu dari mana ni?” Soalku
kembali dengan wajah berkerut.
“Kebetulan
saya ada terdengar. Cikgu tahu tak maknanya?”
“Tahu.”
jawabku pantas. “Dia cakap itu ucapan pujian.”
Cikgu
Ling mengilai. “Cikgu dah kena tipu maa.”
Dahiku
berkedut semakin banyak.
“Yang
dia cakap tu bukannya pujian tapi meluahkan kata-kata cinta. Yang dia ucapkan itu
lirik lagu, nanti taip Wang Lee Hom “Forever Love” dekat
google. Nanti translate sekali maknanya baru tahu.” pesan Cikgu Ling padaku,
dia sempat menepuk bahu sebelum berlalu.
Aku terpinga-pinga
seperti orang bodoh. Mahu percaya dan tidak 50-50. Dengan pantas aku membuka
laptop dan search apa yang diperkatakan Cikgu Ling tadi. Tak sampai seminit terteralah apa yanga ku search
tadi.
ài nǐ bù shì yīnwèi
nǐ de měi éryǐ
mencintaimu bukan hanya karena kecantikanmu
wǒ yuèláiyuè ài nǐ,
měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn
Saya semakin lama semakin mencintaimu, setiap
pandangan menyentuh hatiku
yīnwèi nǐ ràng wǒ
kànjian forever, cái liǎojiě zìjǐ
Karena kamu membuatku melihat keabadian, barulah mengerti
diri sendiri
wèilái zhèxiē rìzi yào hǎohāo zhēnxī
wèilái zhèxiē rìzi yào hǎohāo zhēnxī
Hari-hari yang akan datang harus benar-benar dihargai
ài wǒ yǒuxiē tòngkǔ yǒuxiē bù gōngpíng
ài wǒ yǒuxiē tòngkǔ yǒuxiē bù gōngpíng
Mencintaiku ada sakit dan ada ketidakadilan
rúguǒ zhēn de ài wǒ, bù shì lǐsuǒdāngrán de juédìng
rúguǒ zhēn de ài wǒ, bù shì lǐsuǒdāngrán de juédìng
Kalau benar-benar mencintaiku,bukan sesuatu keputusan yang
semestinya/seharusnya
zhídào yǒngyuǎn
selamanya
Mulutku terlopong dan anak mata membesar luas bila menatap setiap
bait-bait lirik lagu itu.‘Ah! Tak mungkin. Ini mustahil! Tapi kenapa dia selalu
tuturkannya padaku? Takkanlah dia mencintai aku dalam diam-diam? Alahai, Jihan macamana
ni! Tulah kau asyik berangan nak bersuamikan orang korea kononnya sebab nak
dapat anak yang cumil. Sekarang apek yang tersangkut dengan kau, nak buat apa?
Terima ke tidak? Aku bukan tak nak terima tapi ilmu agama kureng sikit.
Nak didik dia, aku sendiri tak betul juga. Nak didik mualaf ni susah.’ Ngomelku
sendiri.
“Cikgu!”
Aku tersentap bila ada satu suara yang menyergah
aku dari belakang. Aku tahu suara itu
milik siapa, siapa lagi kalau bukan milik Cikgu Fei dengan lantas aku
tekan pangkah pada laman web itu lalu
menoleh ke arahnya. ‘Matilah aku kalau dia tahu.’
“Er..
ada apa cikgu ?” tanyaku dalam gugup.
“Cikgu
buat apa tu? Nak belajar bahasa cina ke?”soalnya kembali.
“Hah?
Aah nak belajar bahasa cina nak suruh cikgu ajarkan lambat lagi,” ujarku cuba bergurau
untuk menutup rasa gugup.
“Kalau
cikgu nak belajar dengan saya, boleh. Tapi kena bagi upah yang istimewa yang
orang lain takkan dapat," balasnya dengan penuh tersirat.
Aku
tersenyum tawar. Rasa lainlah pulak, lepas tahu isi hatinya. Menyesal aku ikut cakap Cikgu Ling cari maksud
tu kalau tak tahu aku taklah sesegan gini.
Masa meniti turun anak tangga,
fikiranku tidak dapat berfikir secara waras asyik memikirkan lirik-lirik lagi
itu. Betul ke Cikgu Fei benar-benar maksudkan itu.
“Jihan!
Jap lagi, kamu masuk kelas 4B ya, gantikan akak.”
‘Kalau
dia benar-benar maksudkan itu, dia akan peluk islamlah ya. Yalah kan tak akan aku
nak tukar agama pula sebab nak kahwin dengan dia. Eh! Tak boleh macam tu! astaraghafiruallahalazim
minta-minta dijauhkan niat itu. Murtad namanya, laknat aku nanti.’
“Jihan!
Dengar tak yang akak cakap ni? Mengelamun ya?” jerkah Kak Min.
“Hah!
Err..”Aku tersedar bila Kak Min terjerit memanggil namaku lalu tersengih
sumbing malu ditangkap siang-saing.
“Boleh
ke tak, gantikan akak sat lagi.”soalnya sekali lagi.
“Aah
boleh.”jawabku dengan anggukan.
Sebaik
kaki aku mahu melangkah ke anak tangga ke 3 akhir, tiba-tiba badanku terdorong
ke depan. Ada seseorang yang telah merempuhku dari belakang, imbangan badanku
tidak seimbang lalu aku terjatuh dan menimpa badan seseorang dari bawah.
“Adus,
sakitnya!”rengekku.
“Jihan!”
Aku
terdengar Kak Min menjerit dari atas.
“Cikgu,
okey ke?”
Aku
lantas mengangkat muka bila suara itu menyapaku , bunyi terlalu dekat. “Cikgu Fei!” teriakku lalu cepat-cepat bangkit
dari pelukkannya.
Dup! Dup kenapa hati aku berdengup kencang ni.
Takkanlah aku pun turut terjatuh cinta
dengannya.
Kak
Min cuba membantu aku untuk bangkit. Aku mengucapkan terima kasih pada Cikgu
Fei sebab telah jadi penyelamat aku.
“Kenapa
Kak Min tak sambar saya tadi?” rungutku pada Kak Min setelah Cikgu Fei
melangkah naik ke atas.
Kak
Min ketawa halus. “Manalah sempat Jihan, oii.”
“Tak pasal-pasal dapat dosa hari ni!” bebelku.
Tawa Kak Min semakin lebat.
7 bulan aku mengajar dekat sini,
segala pengalaman aku tempuh. Tak kira pahit
atau manis itu asam garam dalam kehidupan sebagai seorang guru. Bulan Ramadhan
sudah mengunjungi umat Islam tak kira di mana. Dan kini aku berpuasa sendirian
dirantauan tanpa bertemankan keluarga dia kampung.
‘Adus,
sakit perutlah pulak! Tadi tak nak makan
sangat masa waktu sahur. Takkanlah aku nak makan di sini, mesti diorang salah
sangka pulak. Menyesal betul! Tak boleh
jadi ni, terpaksalah jatuh air muka, tumpang makan dekat bilik agama sat lagi.
Kes darurat ni.’ Rungutku.
Masa
nak ke bilik agama aku terserempak dengan Kak Min yang kebetulan ada hal nak
keluar. Aku sempat memesan padanya untuk membelikan aku ubat tahan sakit period.
Kak Min bukan main menyakat aku. Dia cakap ‘ patutlah bau ayam pedas rupanya
ada orang tak puas.’ Ceh!
“Nah,
ubat.” Sua Cikgu Fei. Aku terpinga-pinga.
“Ubat
apa?” soalku pelik.
“ Cikgu
Min yang bagi.”jawabnya ringkas.
Aku mengangguk lalu mengambil bungkusan
plastik dari tangannya.
“Nah,
biskut! Tak elok makan ubat dengan perut kosong.”ujarnya lagi lalu meletakkan
sebungkus biskut di mejaku.
Aku
menolak dengan lembut atas alasan aku berpuasa. ‘Wah, itu dah kira berbohong Jihan!
Tapi takkan lah aku nak bagitahu dia yang aku tengah bulan mengambangkan dan
tak boleh puasa, dia faham ke?’
Dia
mengangguk kemudian menarik kerusi dan terus duduk. Aku memerhatikannya, dia
sedang menulis sesuatu tiba-tiba dia menghulurkan cebisan kertas yang ditulisnya tadi padaku.
Aku menyambut dengan wajah penuh persoalan.
“Cikgu nak bohong perlu cerdik, cikgu tak puasa kan? Ubat tadi tu
ubat tahan sakit untuk period kan? Bukti yang lebih kukuh, memang menyatakan
cikgu tak puasa adalah cili yang terletak di gigi cikgu.”
Aku
tersentap dengan cepat mencapai bedak compact untuk melihat apa yang
diperkatakan Cikgu Fei itu. ‘Waaa.. malunya! Mana nak sorot muka aku ni. Memang
ternyata ada cili yang terlekat di gigiku gara-gara makan nasi ayam pedas.’sebaik
aku mengangkat muka Cikgu Fei sudah tergelak kecil. ‘Cis, terkantoi aku!’
Sebaik aku menapak keluar dari bilik
air aku terserempak dengan Cikgu Fei. Dia nampak yang sangat tergesa-gesa, mengalahkan
Cikgu Khairil dan Cikgu Hamid yang
memang wajib keluar awal sebab nak pergi masjid untuk solat jumaat.
“Eh,
cikgu nak ke mana, nampak tergesa-gesa ni?”tegurku lembut.
“Ke
kelas agama?” balasnya ringkas.
“Hah?”
Aku semakin bingung.
“Bukan
pelajar islam saja yang perlu pergi ke kelas agama, saya pun kena.”jelasnya.
sebuah senyuman manis dihulurkan padaku.
Aku
mengangguk saja dalam hati masih cuak. Tak tahu pulak aku, orang cina ada kelas khas untuk agamanya.
Kalau nak kata dia pergi sembahyang bukan ke setiap hari Ahad?
“Bye cikgu, ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐ, wǒ yuèláiyuè ài
nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn, yīnwèi
nǐ ràng wǒ kànjian forever, cái liǎojiě zìjǐ
wèilái zhèxiē rìzi yào hǎohāo zhēnxī”
wèilái zhèxiē rìzi yào hǎohāo zhēnxī”
Ucapnya tiba-tiba. Perlahan dan penuh dengan perasaan sambil mengenyitkan matanya sebelah kepadaku. Aku terkedu sampai tak terkata kerana dia sempat lagi dia bermain kata-kata cinta dengan aku. Dan akhir-akhir ini dia selalu tersenyum padaku tidak seperti mula-mula dulu asyik dingin dan masam mencuka. Aku juga perasan wajah Cikgu Fei berseri-seri bagaikan ada satu nur di wajahnya. ‘Ke dia ada pakai apa-apa produk yang dapat menyerikan lagi wajahnya ni? Aih, kalah aku macam ni.’
Semasa
dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, aku melintasi sebuah masjid. Dalam ramai-ramai
jemaah lelaki yang berjalan mahu memasuki masjid, mataku dapat menangkap satu
susuk tubuh lelaki yang aku seolah-olah mengenalinya.
“Eh,
itu nampak gaya macam Cikgu Fei! Ah takkan lah dia. Ya, Allah Jihan, sejak tahu
Cikgu Fei berminat dengan kau! Pantang nampak lelaki tinggi sikit, semua nak
tergambar dia!
Seminggu lagi ramadhan bakal melabuh
tirainya, jadi Ustazah Haslina mengajak aku berbuka puasa di rumahnya malam ini.
Aku dengan senang hatinya menerima pelawaan dia tanpa ragu-ragu. Sebabnya jimat
tenaga untuk masak sendiri.
Sebaik
motorku elok terpakir di depan pagar rumah Ustazah Haslina aku lihat anak bongsunya
terjengul kepala sedikit dan menjemputku masuk. Sejuk mata memandang anak
ustazah ini siap berkopiah putih lagi, teringin jugak nak dapat anak yang soleh
dan solehah.
Aku
menolong apa yang patut di dapur, tidak lama kemudian aku terdengar orang memberi
salam lalu terjenguk sedikit dari dapur untuk melihat gerangan siapakah tetamu itu selain aku. ‘Eh, Kak Ina jemput ustaz muda
mana pulak tu? Wah, nampak hensem! Siap berbaju melayu warna putih l dan
berkopiah putih lagi.
“Haih,
lama tenung anak teruna orang, dah berkenan ke?” sergah Kak Ina sambil
tersenyum.
Aku terkejut
dengan sergahan dari Kak Ina lalu tersengih sumbing. “Ustaz muda mana, akak
jemput tu, bolehlah rekemenkan untuk saya yang bujang tang tang ni.” Candaku.
“Eh,
memang pun. Ajak dia sebab nak rekemenkan Jihan dengan dia”, jawab Kak Ina dengan
wajah serius. Aku ketawa tahu Kak Ina sengaja mengusik aku begitu.
“Hah,
dah azan tu marilah kita ke depan.” ajak Kak Ina. Aku mengangguk lalu dan
membontoti dia dari belakang sambil menatang dulang yang berisi gelas.
“Fir,
empuya diri cakap dah berkenan so kira jalanlah ni kan?” seloro Kak Ina.
“Elok
sangatlah tu.”tambah suami Kak Ina pulak.
“
Kak Inaaa!” jeritku perlahan sambil menarik baju kurungnya itu.
“Inilah
saudara baru kita namanya, Firdaus Chung Abdullah.” Kak Ina memperkenalkan
lelaki muda itu. Mataku tidak berkelip melihat lelaki di hadapanku kini. Tidak
percaya.
“Hah,
terkejut sangat takkan lah sampai nak terkeluar biji mata tuh. Dahlah cepat
makan nanti kita boleh jemaah sama-sama nanti,”usik suami Kak Ina menghangatkan
wajahku.
Aku
cepat-cepat mengalih pandangan pada Kak Ina, dia tersenyum-senyum buat tak tahu.
Cikgu Fei hanya tersenyum.
Semasa
mengaminkan doa mataku masih tidak beralih dari memandang Cikgu Fei aka Firdaus
itu. Dia nampak sangat khusyuk berdoa. Jadi memang betullah yang aku nampak dia
hari tu dan dia ada cakap nak ke kelas agama itu cuma alasan padahal dia ke
masjid. Pandai dia sorot dia peluk Islam.
“
Kak Ina, akak dah tahu lama ke dia peluk Islam? Bisikku semasa melipat kain
sembahyang.
“Aah,
dia selalu datang jumpa akak untuk menyatakan dia mahu peluk Islam sebab
terpikat dengan keperibadaian Jihan. Akak nak tabik spring dekat Jihan ni.
Selama 15 tahun akak mengajar dekat sekolah tu, tak de sorang pun terpikat dengan
akak untuk peluk Islam. Datang je Jihan
ini tak sampai setahun, dah berjaya mengislamkan orang,”luah Kak Ina.
“Akak!”
jeritku sedikit untuk menutup malu. “ Ini bukan budak tapi bapa budak!”
“Okeylah
tu,”usik Kak Ina lagi.
“Saya
takut akak.”ujarku berbaur resah.
“Takut
apa? Jangan risau, yakin pada qada dan qadar Allah sekiranya dia memang jodoh
Jihan, itu adalah satu hikmah yang Dia nak bagi pada kamu. Melalui kamu Allah
campakkan Nur Islam untuk dia. Kita memang tak tahu benda-benda ini semua cuma
apa yang mampu kita buat, sama-sama berdoa agar dia ubah niat untuk peluk Islam
kerana Allah bukan kerana mahu kahwin dengan kamu,”sempat lagi Kak Ina mengusikku.
Sejak
itu aku menjadi sangat kekok hendak berborak-borak dengan dia. Yelahkan dah
tahu dia sukakan aku lepas tu peluk Islam sebab nak kahwin dnegan aku, padahal
aku tidak pernah pun mengiakan cintanya.
Aku juga hairan dengan perasaanku tidak pula menafikan perasaan dia
padaku. Ke aku sendiri yang dah terjatuh cinta dengan dia?
Semasa
mahu menaiki anak tangga untuk ke pejabat aku terserempak dengan Cikgu Fei, kami
saling memberi salam. Dia nampak sangat gembira dapat bagi salam padaku, iyalahkan
selalunya dia hanya tunduk hormat dan ucapkan selamat pagi saja, sekarang dah
seagama bolehlah nak bagi salam.
Petang
itu aku dan Cikgu Fei serta Cikgu Ling diarahkan Guru Besar ke kedai untuk
mencari bahan-bahan semperna meraikan pelajar Tahun 6 yang baru saja habis
peperiksaan besar UPSR.
“
Selamat petang cikgu, tegur seorang pakcik pada Cikgu Fei dan aku. Ketika itu
cikgu Ling masih mencari bahan-bahan. Kemudian
dia cakap dalam bahasa cina, aku tersengih seperti orang bodoh tak faham.
“Jihan,
tahu tak pakcik tu cakap apa?” tanyanya sebaik pak cik itu berlalu pergi.
“Manalah
saya faham!”bidasku geram. Mentang-mentang aku tak faham bahasa cina.
“Kamu
dah kahwin dengan dia ke? Asyik jumpa berdua je, dan pakai baju pun sedondong.”bagitahunya
dengan senyuman melebar di bibir.
Mulutku
ternganga luas lantas memandang baju yang terbalut tubuhku sendiri kemudian
mengalih pada baju yang dipakai Cikgu Fei. Yelah, aku tak perasan pulak kami
pakai baju warna yang sama, biru muda.
“Awak
ingat tak, pak cik ada datang ambik duit seratus hari tu. Yang awak Tanya saya kenapa dengan uncle tu.”
Soal Cikgu Fei lagi.
Aku
berfikir sejenak cuba mengingati peristiwa itu kemudian aku mengangguk tanda
ya. “haa ya, ya ingat cikgu dan dia tergelak-gelak sakankan?”
Tawa
Cikgu Fei meletus tiba-tiba. “Masa tu dia ada tanya saya samada saya ini masuk
islam ke sebab isteri bertudung? Muka kita nak mirip itu yang dia sangkakan
kita ni suami isteri. Saya tergelaklah dia cakap macam tu,”jelas Cikgu Fei.
“Eh
mirip ke? Tak sama langsung mata awak sepet, mata saya bulatlah,’sindirku dalam gurauan lalu
mempercepatkan langkah. Tawanya masih kedengaran.
“Alahai.”
Cuti sekolah dah bermula jadi kampung
halamanlah menjadi tempat tujuanku. Petang itu aku termangu sendirian di
beranda, kakak sulungku datang menegur.
“Jauh termenung, teringatkan pakwe
dekat pahanglah tu,”usik Kak Long.
“Er, kak long!”jawabku
tergagap-gagap. Pandai dia tembak aku. “Long
kalau aku kahwin dengan muallaf camner,”soalku tiba-tiba.
Kak Long tergelak sakan. “Weh. kau
bercinta dengan cina ke? Wah, mentang-mentang mengajar sekolah cina, terpikat dengan
cikgunya sekali!” usik Kak Long lagi.
“Seriuslah.” Aku naik geram.
“Yelah. Hrm, ikut suka kaulah. Pilih
mana yang terbaik, buat ishtikarah dulu
camner. Tapi biasalahkan muallaf ini sukar sikit untuk kita dakwah. Tersilap
dakwah dengan kita sekali tersasar.Tapi bagus gak kahwin dengan cina anak mesti
putih-putih lepas tu boleh cakap cina anak kacukan gitu glamour sikit keluarga
kita sebab ada anak kacukan.”nasihat Kak Long tapi sempat lagi mengusik aku.
“Ke situ pulak. Tak difikir dek akalku sampai ke tahap tu.”tempelakku.
“Gurau je. Istikharahlah pilih yang
mana terbaik. Seeloknya pilih agamanya sebab perempuan nak bimbing lelaki susah
kerana lelaki ego sangatlah tinggi, tak kira bangsa apa-apa pun. Tambahan kau
agama pun kurang!”
“Wah, sempat lagi mengutuk aku ya!
Kalau gitu aku rejectlah ek?”
“ Hrm, terpulang tapi ingat tolak
dengan berhemah buatnya dia kecewa terus murtad, kaulah puncanya,”ugut Kak Long
dalam gurauan.
“Apa kait dengan aku kalau dia
murtad?!”jeritku.
“Cool lew. Aku gurau je. Tanyalah pendapat ma dan abah macamana,” nasihat Kak
Long. Sebelum dia meninggal aku sempat lagi dia menepuk bahuku. Aku mengangguk
lemah dan mengeluh kecil.
Sebaik sampai di rumah sewa kerana
esoknya ada mesyuarat semperna sekolah sesi persekolahan bakal kembali, aku
menghubungi Cikgu Fei untuk membincangkan soal perhubungan kami. Kalau dibiarkan
aku takut harapan dia semakin tinggi untuk memilikiku. Solat istikharah sudah
aku kerjakan tiada sebarang petunjuk lagi setakat ini. Jadi aku buat keputusan
untuk memutuskan yang aku memang tak mampu untuk mencintainya sebab aku tak
mampu untuk mendidik dia.
“Jihan,
kenapa kita tak boleh bersama? Saya dah convert Islam apa lagi yang membatasi
cinta kita?”Ujarnya dengan nada menahan sebak . Dia cuba meraih tanganku.
Aku mengelak dengan pantas dan menatapnya sekilas kemudian
mengalih ke tempat lain. Fir awak tak boleh sentuh saya walaupun awak dah Islam.
Awak dah Islam tidak bermakna awak halal untuk menyentuhi saya,” larangku
tegas.
“Jadi,
jom kita kahwin untuk menghalalkan yang haram ini,”bidasnya tegas.
“Fir
awak tak akan faham. Saya dan awak tak mungkin bersama sebab saya tak mampu
untuk mencintai awak apatah lagi untuk membimbang awak.” Aku cuba menolak.
Wajahnya tidak dapat aku tatap sebab takut hatiku jadi cair.
“Saya
tak faham Jihan,”soalnya dengan wajah berkerut. Look at me Jihan!"arahnya tegas.
Aku
mengeluh. Lalu menatapnya malu pada pelanggan yang lain asyik duk toleh kami. “Fir,
dengar. saya sangat bersyukur sebab awak sukakan saya, awak peluk islam. Saya
harap lepas ini kalau kita tak de jodoh awak akan jadi orang Islam yang baik
dan betulkan niat awak,”jawabku cuba menyusun tutur kata yang senang untuk dia
fahami.
“Saya
tak akan jadi seorang muslim tanpa awak Jihan,” luahnya jujur.
“Fir
jangan cakap macam tu. Allah dah campakkan nur islam dalam hidup awak dan
member satu sinaran kehidupan yang baru pada awak. Tak ramai yang dapat peluang
macam awak Fir. Lagipun saya rasa tak layak untuk dicintai awak. Awak carilah
orang yang kuat pegangan agama. Ilmu yang ada pada saya cukup untuk saya
sendiri yang amalkan, untuk mendidik orang memang jauh sekali. Lagipun saya tak
nak heret awak sekali masuk neraka kerana saya gagal ajar awak tentang Islam Fir.
Saya tak nak!” Ujarku tegas. Air mata yang
menitis kutahan.
“Kita
boleh belajar. Kita boleh mendalaminya sama-sama, ya.”Dia masih cuba memujukku.
Aku hampir tewas dengan pujukkan itu kerana hatiku juga sudah jatuh sayang
dengan lelaki berbangsa cina itu.
“Awak
tak akan faham Fir. Awak boleh cakap sebab awak cintakan saya. Bila awak
sendiri yang tempuh….” Aku tak mampu untuk habiskan bicaraku. Aku takut niatnya
untuk masuk Islam akan hilang. Firdaus Chung atau nama cinanya Chung Fei Sean, bukan mudah seorang lelaki mahu ikut telunjuk
seorang wanita walaupun kau sangat mencintaiku kerana seorang lelaki memang
dilahirkan dengan ego yang sangat tinggi dan tidak mudah untuk menjatuhkan ego
kau. Kerana lelaki dilahirkan sebagai pemimpin bukannya dipimpin.
“Jihan….”
Serunya perlahan.
Aku
menggeleng kepala tanda aku tak mahu mendengar tutur bicaranya lagi. Dengan
pantas aku berlari meninggalkan dia yang masih berteriak menjerit memanggil
namaku. Air mata yang kutahan tadi akhirnya merembes keluar. ‘Maafkan Jihan Fir.
Jihan memang cintakan Fir tapi Jihan tak mampu untuk menyintai Fir.
Aku
berlari tanpa menoleh ke kiri dan kanan seperti orang yang tak waras sambil
mengesat air mata yang semakin galak keluar. Orang di sekitar itu tidak kuambik
peduli. Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon yang sangat kuat dengan pantas
kutoleh ke tepi. Serentak itu juga aku terdengar suara Firdaus Chung menjerit
kuat memanggil namaku. Sepantas kilat tubuhku sudah melayang dan terjelepuk
jatuh ke tanah kerana dilanggar kereta yang tidak sempat membrek.
“Jihan!Jihan!
sayu-sayu suara Firdaus memanggil namaku namun aku dalam keadaan sedar tak
sedar ketika itu. Kepalaku pening dan badanku tidak dapat kugerakkan.
Kemudian
aku dapat rasakan badanku dicempung olehnya mataku semakin lama-semakin
mengecil dan pandanganku kabur.
“Jihan!Jihan!”
Aku
dengar sayup-sayup satu suaramemanggil namaku. Dengan perlahan-lahan aku cuba
membuka kelopak mata. Pandanganku masih kabur dan cuba mencari orang yang
memanggil nama aku. Bila pandangan semakin jelas aku lihat ma sedang mengesat air
mata di sisiku begitu juga ahli keluargaku yang lain.
“Macamana
boleh jadi gini? Nasib baik tak de yang patah.” Suara Ma dengan cemas, sebaik
aku mula waras.
“Sabar
dulu budak tu baru jah sedar,” larang Abah.
Aku
cuba mengingati kejadian yang menimpa diriku secara perlahan-lahan. Aku ingat
ada sebuah kereta yang melanggar aku masa tu , dan Cikgu Fei ada sama. ‘Ya dia
ada, bagaimana dengan dia.’
“Rehatlah
doktor cakap kamu kene banyak rehat, sebab kamu hilang banyak darah masa excident.
Nasib baik ada orang yang tolong dermakan darah dia,”bagitahu Ma.
“Siapa
ma?” soalku lemah.
“Hrm,
ma pun tak tahu tapi doktor tu bagi surat. Katanya pesanan dari dia,”ujar ma
lalu menghulurkan surat itu padaku.
Perlahan-lahan
aku membuka surat itu.
“Jihan
insya-Allah saya akan jadi seorang muslim yang baik. Betul cakap awak tak semua
dapat peluang seperti saya. Walaupun kita tiada jodoh untuk bersama, tapi tetap
berharap agar kasih sayang saya pada awak tidak akan hilang begitu saja. Jadi dengan
mendermakan darah saya pada awak, saya harap darah yang mengalir dalam diri
awak membuatkan awak akan selalu ingat seorang lelaki muallaf yang pernah
mencintai awak.”
Mencintaimu kerana Allah,
Firdaus Chung Abdullah.
‘Jadi
Fir yang dermakan darah padaku? ya Allah
apa yang aku lakukan ni. Sungguh mulia hatinya. Dia sangat hebat walaupun dia
baru masuk Islam tapi dia telah dapat kasih sayang dariMU ya, Allah.’rintihku
dalam hati.
Sebulan berehat di kampung
kesihatanku pulih dan tanggungjawab aku sebagai guru sedang menanti. Rindunya
pada para pelajarku. Rinduku juga pada yang sorang itu.
Sebaik
melapor kemasukkan aku semula di bilik Guru Besar, aku masuk ke bilik guru. Aku
disambut oleh para guru dengan pelbagai kata-kata ucapan. Selepas itu duduk di
tempatku bila tengok meja depanku, kosong tiada penghuni. Ke mana gerangan
penghuninya? Sebulan aku tak jumpa dia rasa rindu semakin menebal dalam jiwa
ini.
“Jihan.”sapa
Kak Min.
Aku
menoleh ke arahnya. Keningku dijungkitkan sedikit.
“Dah
sembuhkan, so bolehlah bagi kerja,” usiknya.
Aku
tergelak perlahan. “Kerja apa?” soalku.
“Masuk
mengajar matematik Darjah 4.”
“Eh,
bukan ke Cikgu Fei yang ajar?!” tanyaku dengan wajah berkerut.
“Cikgu
Fei lagi ke? Bukan ke Cikgu Fir. Dia ambik cuti seminggu tanpa gaji, ada urusan pendaftran apa entah dia tak
bagitahu pulak.” Ujar Kak Min disertai gurauan.
Aku
tersenyum malu. Nampak gayanya semua dah tahu yang dia peluk Islam. Baguslah.
Seminggu
aku menempuhi kehidupan tanpa dia di hadapan. Bayangnya sentiasa mengaburi
mataku lagaknya yang sentiada dingin, kadangkala menguntum senyuman manis padaku.
Ah, semuanya terbayang! Memang aku dah
angaukan dia. Aku rindukan dia sangat-sangat. Patutkah aku telefon dia?
Malulah, takkan nak jilat balik benda yang pernah kita ludah dulu.
Aku memecut motor dengan kadar had
kelajuan yang sederhana tiba di simpang empat aku mahu membolek ke kiri tiba-tiba
ada sebuah kereta membelok tanpa bagi signal secara mengejut. Aku tak sempat
membrek terus melanggar kereta itu dan tergolek jatuh
“Adus
sakitnya! Apa punya pemandulah tak reti bawa ke apa?” Marahku lalu bingkas
bangun sambil menyapu debu yang meletak di baju.
“Awak
tak nampak kereta saya ke?” Marah
pemandu lelaki berbangsa cina tiba-tiba sebaik keluar dari keretanya.
“Uncle
yang nak belok tak bagi signal apa kes?” bidasku balik dengan suara ditekan
sedikit.
“Salah
awak! Memang ini lorong saya?!” Dia masih tidak mahu mengalah.
“Ya,
saya tahu tapi pak cik tak bagi signal mana aya nak tahu bagi nak belok ke
kanan.
“Kamu
baru ambik lesen ke?” soalnya cukup sinis.
“Uncle
tak perlu nak ajar saya tentang peraturan jalan rayalah! Dah silap mengaku
jelah!”tempelakku semakin panas.
Dalam kekecohan kami tiba-tiba ada seorang lelaki menegur kami.
“Kenapa
ni?”
“Ini
perempuan, naik motor tak pandai langgarnya kereta saya!”adu pakcik itu.
“Wah,
uncle sedap cakap! Mentang-mentang saya perempaun uncle ingat
boleh ugut saya? Jangan harap! Uncle yang
nak belok tak bagi signal tak salah ke?! Marahku lagi.
“Sudahlah
tu.” Lelaki itu mahu meredakan kami. “ Jihan!”
Aku
menoleh. “Cikgu Fei! Jeritku sedikit. Marahku terbantut .Mata kami saling
bertatapan. Bila pakcik tadi bersuara aku lantas mengalih ke tempat lain.
“Tunggu
sekejap.” Pintanya.
Aku
lihat dari jauh Cikgu Fei berbincang dengan pak cik itu, hatiku tersentuh
kerana dia adalah hero penyelamatku. Lama aku ingin menatap wajah itu. Apa yang
dibincang aku tak tahu, yang aku nampak dia mengeluarkan duit bernot 50 dan
diberikan kepada pakcik kurang ajar itu. Setelah pakcik itu pergi dia kembali
dapatkan aku.
“Awak
bagi duit kat dia, kenapa? Bukannya salah saya,”soalku geram.
“Ya,
saya tahu. Tapi lebih baik kita selesai cara senang , dia minta duit saya bagi.
Dah selesaikan tak perlu report-report makan masa.Yang penting awak tak de apa-apa.”jelasnya
lembut.
“Aah,
saya okey.”jawabku pendek masih bengang
dengan pakcik tadi.
“Kalau
macam tu, pakir motor ke tepi nanti orang nak lalu susah,” arahnya sambil
mengelek motorku ke tepi.
“Betul
ke tak de apa-apa ni?” soalnya lagi bila motorku ditongkatnya di bahu jalan.
“Hrm,
betul.” Jawabku sambil bermain jari jemari sendiri. Pandanganku sekejap ke atas
sekejap ke bawah ke kanan dan ke kiri. Segan pula nak borak-borak dengan dia.
“Baguslah.”ujarnya
ringkas.
“Err,
terima kasih kerana selamatkan saya dan derma darah untuk saya,” suaraku seakan
dengar tak dengar je.
Dia
hanya mengangguk dan mengulum senyum nipis. Kami senyap untuk seketika.
Masing-masing mati kata.
“Awak
tak cederakan?” Soalnya sekali lagi.
Aku
mengangguk.
“Kalau
macam tu saya gerak dulu, masih ada urusan nak diselesaikan.” pintanya lalu bergerak
menuju ke keretanya.
Aku angguk lagi. Masa mataku mengekori setiap
langkahnya yang semakin menjauhiku, hatiku kembali sedih. Aku percaya aku mampu
untuk mencintainya kerana cinta aku sanggup belajar ilmu agama bersama-sama
dengannya.
“Fir!”
Seruku kuat. Dia menoleh semula.
“Masihkah
ada ruang di hati awak untuk saya?” Jeritku sedikit sambil menatapnya.
Dia
yang baru hendak membuka pintu kereta terhenti, dia nampak bingung seketika.
Kemudian berjalan menghampiriku kembali.
“Sekiranya
saya tak mampu untuk mencintai awak, tolong ajari saya bagaimana caranya, jika
saya lalai tolong ingatkan saya. Andai kita berjodoh masihkan awak sudi
menerima saya yang pernah menolak awak dulu?” Ucapku dengan mata masih tidak
beralih memandangnya.
Dia jelas terpanar sesaat kemudian dia
menguntum sebuah senyuman dengan mata bersinar-sinar.” Dah lama saya nak dengar
kalimah-kalimah itu dari mulut awak Jihan. Insya Allah dengan izinNya kita akan
hidup bahagia berlandasakan kepercayaan dan saling hormati antara satu sama
lain. Kerana Islam itu indah.” Tuturnya lembut.
Aku tersenyum bahagia dan turut berdoa sama.
Semoga jodoh kami kuat dan dapat kecapi kebahagian di dunia mahupun di akhirat
kelak.
Tamat sudah kisah jalan liku-liku
percintaan Jihan dan Fei@Fir yang berlainan bangsa tapi kerana Islam mereka
dapat bersatu akhirnya... Maaf jika ada kekurangan dan kesilapan yang tidak
mencapai standard kehendak korang, sesungguhnya DN hanya seorang penulis
biasa-biasa tidak sehebat yang lain kaya dengan idea dan ayat-ayat yang
membangkitkan naluri halus korang untuk terus membaca karya DN :’(
Eh eh kejap ada lagilah kisah mereka,
kisah kesinambungan mereka setelah bergelar suami isteri yang bakal digarapkan
dalam tempoh terdekat yang bertajuk “YAKINI KUMILIKMU….”
untuk hadis boleh rujuk sini
http://ismashahalam.net/v2/makanan-pemberian-non-muslim/
8 comments:
Hensem seyhh Cg Fei ni .
@mawar hitam..
hehehe mestilah ensem baru si jihan berkenan..hehe
gurau je :P
best! best! satu kelainan bagi saya. Tahniah kak Domi dan terima kasih :)
@afifah yusof..
tq jgk sebab sudi singgah n komen..
wahhh.. menarik sgt n3 nie... xsabar menanti sambungan ye..
Akhirnya dapat jugak WC bace... best... kelakar pun ada part baling belon n air tu... Tahniah Domi sebab berjaya hasilkan cerpen ni... Teruskan menulis eh... WC tunggu sambungan dia ;)
Yang jadi Fei a.k.a Fir tu lee hom eh...
@Wid Chery,, hehehe thanks sudi singgah :)..sama2..insya Allah..key tnggu tau :-*
aah dialah tu
Bile nk wtsmbgn?
Post a Comment