Thursday, 31 January 2013

~Mampukah Aku Mencintaimu~



“Tahniah Cik Jihan Afiyah binti Mohd. Anda telah berjaya di tempatkan di SJK (C) Khee Chee Temerloh Pahang. Sebagai Guru Bahasa Melayu.”

‘Haa..’Aku mengeluh kecil, teringat lagi ketika mula-mula mendapat surat posting dua minggu yang lalu. Memang gembira kerana sudah dapat bekerja tapi dalam waktu yang sama lubuk hati kecilku sangat sedih. Ingatkan dapat berbakti kepada anak negeri sendiri tapi anak didik negeri Pahang yang lebih memerlukan aku. Aku memujuk hati supaya dapat menerima dengan hati yang tenang. Ma bagaikan mengerti kegelisahan hatiku kala ini. Dia menggosok lembut belakangku.

“Sabarlah, banyak pahala mengajar anak orang ni, mana tahu kot-kot ada yang berjaya kamu tarik masuk Islam nanti,”pujuk Ma diselangi gurauan.


“Ma, Jihan bukannya datang sebagai ustazah nak tarik orang masuk Islam. Anak Ma yang ini cikgu Bahasa Melayu, lagipun ilmu agama ciput nak suruh didik orang aduhai. Anak ma dan abah ni, nama je bekas pelajar sekolah agama tapi perangai bukan beragama sangat,” jenakaku tersengih, cuba menutup rasa sedih kerana sebentar lagi aku bakal ditinggalkan seorang diri  di sini jadi anak yatim wal paitu sementaralah aku jawabnya.

Ma sudah menggeleng dengan loyar buruk aku ini.

“Dah pergi masuk dulu, nanti nak balik telefon. Abah datang ambik bolehlah  kita angkut barang masuk rumah sewa.” Arah abah, aku mengangguk lemah rasa sayu semakin menebal dalam diri.  dengan lafaz bismillah dan aku melangkah masuk ke perkarangan sekolah itu.

“Sila tulis nama ya.” pinta seorang pemuda yang menjadi pengawal keselamatan di sekolah itu.

“Er, maaf pejabat dekat mana? Nak daftar kena tulis nama jugak?” Soalku kehairanan.

“Eh, cikgu ke?” Tanya pemuda itu malu-malu.

 Aku mengangguk dan tersenyum kecil. “Ya, baru nak lapor diri hari ni.”

“Maaf-maaf cikgu tak kena tulis nama. Sini untuk penjaga yang datang melawat je,” jelasnya sambil  tersengih malu. Aduhai mamat pengawal keselamatan ni buat lawak pulak orang tengah berdebar ni kang ada yang kena hempuk dek aku ni!

Usai melapor diri, aku di bawa oleh guru besar ke bilik guru untuk memperkenalkan aku dengan para guru yang lain.

“Ini cikgu Aminah. Dia Ketua Panatia Bahasa melayu kat sekolah ni, dia juga akan menjadi guru pembimbing kamu nanti. Ada sebarang masalah  kamu boleh rujuk dia.” bagitahu Guru Besar dengan pelat cinanya.

Aku mengangguk tanda hormat kemudian berjabat tangan dengan Puan Aminah setelah Guru Besar meninggalkan kami berdua.

“ Panggil Kak Min je toksah nak bercikgu-cikgu. Hrm ini nama siapa? Soalnya sambil tersenyum.
“Jihan,” jawabku pantas.

“Oo. Hrm, kat sini tak ramai cikgu islam, termasuk Jihan semuanya 5 orang. Tapi kalau pekerja majoritinya melayulah,” gurau Kak Min alias Cikgu Aminah.

“Macam tu ke? Mesti tak ramai pelajar melayukan dekat sekolah ni?” soalku tiba-tiba.

“Eh, siapa kata tak ramai?! Kalau Jihan nak tahu kat sini nama je sekolah cina tapi ramai pelajar melayu. Tahun ni pelajar tahun 1, 35 orang yang anak melayu mendaftar masuk  ke sini. Akak pun tak faham dengan mereka ni.” bisik Kak Min sambil berjalan membawa aku ke meja guru yang masih ada kosong.

“Ehem.”

Aku lantas menoleh ke belakang bila ada suara berdehem dari belakang. Mungkin aku menganggu laluannya. Mataku terpaku pada susuk tubuh seorang lelaki berbangsa cina yang agak tinggi lampai.

“Selamat pagi cikgu.” Lelaki itu bersuara dengan pelat cinanya.

“Selamat pagi.  Ini cikgu Fei, dia mengajar Bahasa Cina. Cikgu Fei ini cikgu Jihan, dia akan ajar Bahasa Melayu mengantikan cikgu Amadi yang sudah berpindah.” Kak Min memperkenalkan aku dan dia. Aku menunduk tanda hormat dia juga begitu kemudian dia menjeling sekilas padaku sebelum melintasi kami.

“Mak kau tingginya dia. Tinggi aku para bahu dia.”sempat lagi aku mengomel tentang lelaki itu.

Dua minggu aku mengajar di sini dan dalam tempoh ini jugalah aku semakin dapat suaikan diri dengan sekolah itu. Sekolah cina tak seperti sekolah rendah yang  lain, boleh membeli sesuka hati di kantin. Di sini disyaratkan pelajar yang beragama Islam  akan membawa bekal masing-masing dari rumah manakala cikgu atau pekerja yang beragama Islam akan keluar mencari kedai-kedai makan yang berhampiran untuk mengisi perut. Sebabnya tender kantin dipegang oleh bangsa Cina.

Pagi itu seperti biasa setiap 15 minit perhimpunan akan berjalan di dewan. Pada akhir sesi perhimpunan itu Guru Besar mengumumkan sesuatu dalam bahasa cina. Aku terpinga-pinga sekumpulan pelajar naik ke pentas begitu juga dengan beberapa orang guru.

“Ada apa kat atas tu?” bisikku pada Kak Min dalam keadaan bingung.

“ Majlis Sambutan Hari Jadi,” jawabnya pendek.

“Cikgu lahir bulan berapa?” sampuk cikgu Khairi pula salah seorang cikgu Bahasa Melayu juga.

“Bulan satu.” jawabku teragak-agak

“Hah,apa lagi naiklah kat atas tu!” arahnya bersungguh.

“Eh, takpelah!” Tolakku lembut.

“Pergilah, bila lagi nak merasa orang bersorak selamat hari jadi untuk kitakan?” Usik Cikgu Khairi sambil tersenyum.

Aku menggeleng dengan laju. ‘Malulah nak tercegat kat atas pentas tu!’

“Tak nak naik, nanti cakap kat Guru Besar suruh potong markah!”

Aku tergamam tiba-tiba cikgu Fei yang dingin dengan aku selama kini bersuara. Aku kalih padanya ada ukiran senyuman di wajahnya. Sungguh kacak ini kali pertama aku melihat dia tersenyum.

Sedang aku asyik menyemak buku latihan pelajar tahun 3 yang bertimbun tiba-tiba namaku diseru. Aku lantas menoleh.

“Cikgu,  cikgu mahu pindah tempat tak?” Suara cikgu Yin dengan pelat cina perlahan-lahan cuba mengatur ayat agar aku memahaminya.  Aku memandangnya dengan wajah sedikit berkerut.

“Tak, begini saya kesiankan cikgu tempat ini sempit cikgu punya barang manyak maa.. Dekat sana ada meja kosong dua jadi senang sikit.” jelasnya lagi.

Aku lantas menoleh ke tempat yang ditunjukan oleh cikgu Yin tadi. Kemudian aku mengangguk tanda setuju.  Betul juga dengan timbunan buku yang banyak berserta bahan ABM ini aku perlu ruangan yang cukup luas. “Terima kasih cikgu.” Ucapku sambil tersenyum manis kepadanya.

“Sama-sama. Tak hallah. Malilah saya tolong cikgu angkat barang.”pelawanya.

‘Wah, tak sangka pula Cikgu Yin simpati pada aku, ke dia nak letak barang dia kat tempat aku. Barang dia apa kurangnya banyak bukan ke main sampai meja aku pun dia kaut sekali. Memang sah dah ni.’bebelku sendiri.

“Terima kasih cikgu. Ucapku pada Cikgu Yin, kerana dia turut membantu aku memunggahkan barang-barang aku.  Dia mengangguk dan berlalu pergi. Aku melepaskan lelah di kerusi sambil mengesat peluh yang mula percik keluar.  ‘Eh, tak silap aku depan ni tempat….’

Belum sempat aku menghabiskan ayatku tiba-tiba mataku tertancap pada susuk tubuh Cikgu Fei sudah menarik kerusi di depanku lalu duduk. Bila dia mengangkat muka, aku lihat dia sedikit terkejut. Aku tersengih padanya dia membalas dengan mengerot bibirnya ke kiri lalu tunduk kembali menfokuskan pada buku rekod pengajaran dan pembelajarannya.

‘Alahai mamat apek ni, kadang-kadang senyum kadang mencuka tak faham betul aku?!’



“Memo baru memo baru.” Teriak Cikgu Chong selaku Guru PKKO sekolah itu sambil mengedar kertas pada setiap guru.

Aku mengangkat muka sedikit. Fokusku pada buku latihan tergendala seketika. Dia menghulurkan kertas itu padaku.  Aku mengangguk dan megucap terima kasih padanya. Aku meneliti tulisan yang ada pada kertas itu.

‘Jurulatih bola jarring.. biar betul?!’ tuturku dengan nada terkejut. ‘Patutlah masa mula-mula daftar hari tu, Guru Besar ada tanya aku pandai tak main bola jaring. Rupanya nak lantik aku jadi jurulatih….’ Keluhku dalam keredhaan terpaksa.

“Cikgu.”

Aku mendongat memandang wajah cikgu Fei yang hensem tapi agak dingin itu bila dia menyeruku. “Ya, kenapa?”

“Petang esok ada perjumpaan,” ujarnya ringkas.

“Untuk apa ya? ”soalku balik dengan wajah berkerut.

 “Semua cikgu yang jadi jurulatih bola jaring, keranjang dan carom ada meeting jam 2.”terangnya dengan lagak tenang.

Mulutku membulat sedikit disertai anggukkan perlahan sambil tersenyum padanya. Dia membalas dengan  memandangku tanpa riak dan berlalu pergi begitu saja. ‘Alahai apek ni, macamlah aku nak ngorat dia!’

‘Tak percaya langsung! Aku jadi jurulatih bola jaring. Belum-belum pernah melatih orang tup-tup jadi jurulatih. Kalau main sendiri tak kesah ini nak latih orang, entah betul tidak ajaranku nanti.’ Bebelku sendiri.

Sebaik menapak di gelanggang  aku nampak Cikgu Fei yang tegak berdiri di luar garisan gelanggang sambil memeluk tubuh. “Selamat petang cikgu.”sapaku lalu mengambil tempat di sisinya.

“Hrmm.” balasnya hanya membunyikan suara tanpa membuka mulut.
“Cikgu dah lama ke mengajar dekat sini.”ramahku cuba memancing agar dia berbicara denganku sambil mencuri pandang arahnya.

“Dah 5 tahun.” jawabnya kedengaran malas.

“ Wah, lamanya!” ujarku sendiri sambil membetulkan tudung yang kurasakan senget sedikit.

“Boleh ke orang bertudung melatih budak main bola jaring?” Suaranya tiba-tiba mengubah topik perbualan kami tanpa memandang wajahku.

‘Wah, ini dah nama menghina kaum wanita ni!’gumamku dengan geram. “Cikgu tak pernah tengok  atlet wanita bertudung ke dekat televisyen?”soalku kembali membalas sindirannya.

“What everlah.”bidasnya.

“Kenapa tak percaya ke? Nak saya buktikan yang saya ni jaguh bola jaring dekat sekolah dulu?” dugaku lagi dengan suara sedikit bergetar bengang.

Dia mengerlingku dengan senyuman sinis kemudian dia berteriak pada seorang yang berlatih bola keranjang dalam bahasa mandarinnya. Aku hanya memerhati saja, tak faham!

“Nah!”Dia menghulurkan sebiji bola padaku. Aku bagaikan lembu dicucuk hidung mengambil bola itu lalu memandang ke wajahnya dengan bingung.

“Wang!”

 Aku terkejut dia berteriak memanggil salah seorang dari pelajar yang sedang berlatih itu lalu berkata sesuatu pada budak itu dalam bahasa cina. Sepatah haram pun aku tak faham yang sempat aku tangkap hanya nama budak itu saja.

“Saya nak cikgu masukkan bola ini ke dalam gol dalam masa sepuluh minit. Wang akan menjadi goal defend.” Cabarnya dengan berlagak.

 “Hah!” Dahiku berkerut seribu. Hatiku tiba-tiba meradang nak marah. ‘Biar betul apek ni.’Aku menghembus nafas perlahan-lahan untuk mendapatkan kembali ketenanganku.

 Aku mengecilkan bebola mata memberi fokus pada sasaran, tangan Wang tergoyang-goyang untuk menghalang  aku dari menjaringkan bola ke dalam gol. Kemudian membaca sedikit ayat lalu menghembus serentak itu juga aku melontarkan bola itu ke sasaran. Semua mata tertumpu pada bola itu.  Tak sampai sesaat bola itu terpelantun dan masuk ke dalam jaringnya. Aku sendiri pegun dan tak sangka lontaran aku itu tepat.  Spontan aku melompat sambil bersorak.  Ketika melintasi Cikgu Fei aku menyapu ke dua belah tapak tangan sambil menjungkitkan sedikit kening kananku lalu tersengih menyindir. Dia diam tidak terkata.

“Itulah jangan menilai orang dari luaran saja!” sindirku siap bagi pepatah lagi inilah akibat bercakap dengan cikgu BM.


Seminggu lagi tahun baru cina bakal disambut oleh semua yang berbangsa cina. Sekolah ini penuh dengan hiasan tanglung yang tergantung tidak kira sudut. Dalam kelas dan bilik guru toksah nak cakap memang penuh. Sampai berpinar-pinar anak mataku menengoknya! Merah biji saga gitu.

“Cikgu, nah, ibu saya kasi!” sua Cikgu Fei, satu kotak limau kepada aku.

Aku memandangnya dengan mata terkebil-kebil. Teragak-agak mahu menerimanya, maklumlah aku dan dia berlainan bangsa dan agama. Tambahan dia non muslim jadi aku was-was lah sikit.Lagipun satu kotok tu siapalah nak makan lainlah kalau aku dekat kampung adik beradik ramai satu kotak belum tentu cukup.  Nak tolak mentah-mentah takut dia cakap agam Islam tak toleransi. Aku rasa tak berdosa terima pemberian orang non islam nikan?  Tulah jihan masa sekolah tak nak mendalami ilmu agama sekarang kang dah susah. Aigoo.

“Terima kasih cikgu,” ucapku lalu menyuruh dia meletakkan kotak itu di bawah meja.

Aku lihat dia mengerot bibir saja mahu tak mahu senyum je aku tengok. Alahai dia memang kacak berwajah dingin. Itulah cirri-ciri jejak idamanku tapi sayang kau dan aku  berlainan agama. Kalau tak dah lama aku ngorat. Gatal!

 Selesai makan tiba-tiba loceng sekolah kedengaran dari kedai yang berhampiran dengan sekolah.  Aku berjalan seiringan dengan Kak Min dan Kak Ina guru agama untuk masuk ke sekolah. Bila teringat yang aku ada kelas lepas waktu rehat, aku mepercepatkan langkah untuk masuk kelas.

“Selamat pagi Cikgu Jihan.” ucap semua pelajar satu kelas sebagai tanda hormat. Sebaik aku menapak masuk ke kelas 6Bijak.

“Selamat pagi duduk semua. Okey hari ni cikgu nak kamu keluarkan buku latihan dan tulis kata panggilan. Cikgu bagi contoh satu, ya. Ma..ma. mama.. seterusnya cikgu nak kamu senaraikan  sepuluh.” arahku sebaik selesai menulis di papan putih.

Aku berjalan untuk memerhatikan kerja mereka, bila terpandang tanglung yang tergantung di muka pintu aku teringat pada  kotak yang berisi limau pemberian dari Cikgu Fei. ‘Baik aku bagi dekat mereka dari membazirkan. Bagus juga memang bernas otak aku ni.’ sempat lagi aku angkat bakul sendiri.

“Fong!” Panggilku, seorang pelajar merangkap ketua kelas 6B. “ Awak pergi kat meja saya tengok kat bawah tu kotak limau  bawa datang ke kelas, ya.” Perintahku dengan nada teratur budak cina mana nak sempat tangkap butiran percakapan kita kalau laju-laju.

10 minit kemudia Fong yang ditemani Aiman kembali kelas dalam keadaan termengah-mengah.

“ Berat sangat ke kotak tu.” usikku.

“Cikgu kami mahu bawak sebagai upah,” pinta Fong sambil tersengih menayangkan giginya yang putih tersusun itu. Budak ni memang banyak cakap tak terlawan olehku.

“Suka hati kamulah. Okey kelas ambik sesorang satu ya, jangan berebut cukup untuk semua.”Aku memberi arah dan meminta Aiman dan Fong mengagihkan kepada kelas.

 Aku berdiri di tepi pintu sambil bersandar ke dinding, lucu melihat telatah mereka bergelak tawa kerana mendapat buah limau itu. Macam tak pernah makan limau je.

“Wah, cikgu baiknya cikgu sampai belanja budak-budak sekotak limau ya.”

“Aah, saja nak bagi upah dekat diorang yang bertungkus lumus belajar untuk UPSR nantikan, jawabku bersahaja kemudian  menoleh ke sebelah. Aku tersentap , senyumanku mati serta merta terlihat Cikgu Fei sudah tercegat dengan tangan sebelah masuk ke poket seluar slacknya dengan wajah seriusnya.

“Kalau tahu cikgu nak bagi buah tu dekat budak-budak ni, tak perlu saya bagi dekat cikgukan?” tuturnya berbaur sindiran. Aku mati kata.

“Cikgu tahu tak, apa perasaan  bila benda yang kita bagi dekat seseorang tu kemudian dia hadiahkan pula pada orang lain. Ya, saya tahu kita punya agama berbeza tapi takkan tak boleh menerimannya langsung. Setahu saya ada je orang Islam yang terima pemberian dari bangsa kami?” Soalnya cukup sinis. Aku tergaru-garu kepala tidak gatal ini. Nak berhujjah lebih,  aku bukannya ustazah. Jadi mampu tersengih tanpa rasa bersalah jelah.

“Err.. saya, sebenarnya….” Belum sempat aku mencari perkataan yang elok untuk memberitahunya, dia tiba-tiba mencelah.

“Pukul 11 nanti cikgu kena bantu saya agihan duit untuk ibubapa pelajar tahun 4 Cerdik.” Ujarnya berbunyi tegas lalu terus keluar dari kelas itu
.
‘Haih kena pergi jumpa ustazah  nampak gayanya ni. Tulah Jihan ma dan abah dah hantar belajar agama tapi tak nak amalkan, tengok kau je yang terkapai-kapai.’

“Kak Ina, boleh ke kita terima pemberian dari non muslim?” Tanyaku pada Ustazah Haslina selalu guru agama yang tunggal di sekolah ini.

“Kenapa tiba-tiba tanya ni?” soalnya kembali. “Hrm, mesti kes nak dekat tahun baru cina nikan? Nape dah ada yang bagi kamu limau ya?”tembak ustazah Haslina bertubi-tubi tersenyum manis. Aku mengangguk mengiakan.

“Secara amnya makan makanan yang diberikan oleh orang bukan Islam adalah dibolehkan dengan syarat  jika makanan tersebut tidak terdiri daripada makanan yang diharamkan, seperti mengandungi khinzir, arak atau bangkai binatang yang haram dimakan atau binatang yang boleh dimakan tetapi tidak disembelih secara syarie dan sebagainya. Jadi kita boleh menerima bahkan memakan makanan tersebut.”

“Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah dijemput oleh seorang Yahudi ke suatu jamuan yang disediakannya, iaitu makanan yang terdiri daripada roti yang diperbuat daripada bijirin barli dan bubur yang sudah berubah baunya, dan baginda SAW menerima undangan tersebut.”

“Jadi, Jihan boleh menerima pemberian makanan yang diberikan oleh orang non muslim malah Jihan boleh memakannya. Tapi ingat sekiranya pada zahir makanan tersebut adalah halal dan tidak mengandungi bahan yang haram  dan dia tidak ada niat untuk memurtadkan kita.”jelas Kak Ina secara terperinci, nyata dan terang.

Aku rasa bersalah pada Cikgu Fei kerana membuat dia terasa dengan aku. Mesti dia cop aku ni umat Islam yang sombong. Setelah mendapat jawapan dari Ustazah Haslina yang berada di Bilik Agama, aku terus turun ke bilik guru. Sebaik aku menapak masuk ke dalam Cikgu Fei menghampiri aku. Tiba-tiba rasa malu menyelubungi aku.

“Cikgu, jom ikut saya.”ujarnya, berbunyi dingin.

Aku hanya mampu  mengangguk lalu membontotinya dari belakang,  tak berani nak cakap banyak. Semasa kami mahu melangkah ke kelas 4C, ibubapa pelajar sudah ramai yang beratur menunggu untuk mengambil duit seratus seorang sempena bajet 2013. Aku mengangguk sambil tersenyum kepada mereka. Biasalahkan cikgu baru ke tunjuk baik sikit. Hehehehe.

Aku sangkakan  Cikgu Fei mengajak aku untuk turut serta menolongnya  tapi hampeh! Aku hanya disuruh duduk di tepi tengok dia buat kerja, macam tunggul kayu je aku rasa dan tersengih-senigh bila ibubapa masuk untuk mendapatkan wang. Bila giliran seorang pak cik berbangsa cina masuk untuk mengambil duit,  dia tersenyum  ke arah aku kemudian dia bercakap-cakap dengan Cikgu Fei dalam bahasa cina. Sebaik pakcik itu mahu melangkah tiba-tiba dia menegur aku, siap mengucapakan tahniah berserta  ibu jari diangkat lurus. Aku terpinga-pinga sendiri lalu mengalih pandangan pada Cikgu Fei.

“Cikgu, apahal dengan uncle tu?” soalku ingin tahu.

Dia hanya mengerot bibirnya ke tepi kemudian bersuara dalam bahasa cina. “ ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐ wǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn.”

“Apa ke benda tu, saya tak faham?” tempelakku bengang bila terasa dia cuba mempermainkan aku.

“Dia cakap awak cikgu baru ke? Lepas tu dia cakap awak cantik. Sesuai.”jawabnya dengan senyuman manis dibibir.

Aku mencebir.” Iyalah tu. Sesuai apa ke bendanya.” Perliku.

Cikgu Fei ketawa kecil.


Bulan ini bulan yang sangat padat dengan jadual pertandingan tak kira peringkat sekolah, daerah dan negeri. Aku salah seorang dari jurulatih bola jaring tidak kecuali sibuknya cuma aku bernasib baik kerana aku tak perlu menghantar pelajar bertanding dekat luar. Sekadar jadi pengadil dekat sekolah je.

“Cikgu Jihan, cikgu pergi tak nanti?” Tanya salah seorang dari peserta bola jaring, ketika mereka bersiap-siap untuk berangkat ke sekolah daerah Bera.

“Hrm, cikgu tak boleh nak bagi apa-apa janji ini  kena tanya Cikgu Fei sebab dia S/U sukan. Kalau dia suruh cikgu pergi cikgu pergilah. Tapi rasanya cikgu tak dapat ikut sama, cikgu jadi pengadil untuk pertandingan bola jaring yang dekat sekolah kita ni.”jelasku perlahan-lahan sambil menyusun ayat BM.
“Alah cikgu.” keluh mereka beramai-ramai.

“Aih, jangan begini. Belum bertanding dah putus semangat. Pergi bawak balik piala untuk sekolah kita. Kamu menang nanti cikgu belanja kamu makan nak?” pancingku cuba memberi semangat kepada mereka. ‘Tak pe sekali sekala belanja diorang makan apa salahnya.’

Keputusan bertandingan sudah diumumkan sekolah kami menjadi juara bagi pertandingan carom dan pingpong. Wah bangga sekejap jadi guru latih padahal cikgu Ling yang melatih diorang berpenat lelah. Aku ni menyibuk je. Mereka bersorak riang dan melalak sakan. Aku menggelengkan kepala dan cuba mempositifkan fikiran. ‘Alah, biasalah budak-budak memang camni Jihan! Macamlah aku tak pernaha jadi budak-budak.’

“Kita dah menang cikgu!” Teriak mereka beramai-ramai.

 “Jadi kami nak raikan dengan membaling belon, cikgu!”sambung mereka lagi.

“Amboi, pandai kamu ya, baling belon konon.  Padahal kat dalam tu  ada tepung dan air kan? Kamu jangan ingat cikgu tak tahu.” Sakatku, sambil muka dibuat garang.

“Ni baru syok cikgu jadi mask muka tak perlu pergi spa dah.” Celah salah seorang dari mereka sambil ketawa terbahak-bahak.

“Hrm, boleh jugak nak join ni, tapi jangan baling muka cikgu tahu?” Sempat lagi aku memberi amaran sebab tak nak kotor mukaku yang cantik ini. Lagipun cikgukan boleh mengarah.

Sedang asyik kami saling membaling-baling tiba-tiba ada orang tepuk bahuku dari belakang, dengan spontan aku membaling belon yang berisi tepung ke arahnya.

“Err.. Cikgu Fei!” seruku betul-betul teperanjat.

Entah dari mana dan siapa yang membaling belon yang berisi air tepat mengena mukanya, habis basah melecun muka dia dan ditambah pula tepung yang kubaling tadi. Dia nampak seperti hantu pocong. Mahu tergelak aku dibuatnya tapi ditahan takut dia marah.

Tiba-tiba dia menjerit memanggil seorang budak dan menyuruh budak itu memberikan dia belon yang berisi tepung dan air. Aku ingatkan dia nak marahkan kami tapi lain pula jadinya. Dia mengambil dua biji belon kemudian melontarkan ke arah aku. Tak sempat mengelak habis mukaku jadi mangsanya.

“Cikgu!” Teriakku. Semua budak-budak tergelak sakan kemudian meneruskan aktiviti baling membaling.

“ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐ wǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn.”

Dia sekali lagi dia mengungkap sesuatu dengan penuh perasaan dalam bahasa mandarin yang aku tak faham sepatah haram sambil menguntum senyuman sebelum berlalu pergi. Tak faham betul aku dengan dia tu.


“Cikgu, agama kamu melarang kahwin kamu dengan agama lain, kan?”

“Hah?” Aku kaget tiba-tiba Cikgu Ling bersoalkan soal itu.

“Aah kenapa cikgu tanya?  tiba-tiba pulak tu, ke  cikgu nak kahwin dengan orang seagama dengan saya? Boleh je, cikgu peluk islam habis cerita.” Candaku.

Cik Ling senyap tapi tetap menatapku lama. Aku naik bingung.

“Cikgu tak tahu ka, Cikgu Fei suka sama cikgu?”

Rahangku hampir jatuh ke bawah tersentap kemudian tawaku meletus. “Apa yang cikgu mengarut ni? Tak mungkinlah. Saya dan diakan lainan agama, cikgu sendiri yang tanya tadikan.”Dalihku tidak mempercayai kata-kata cikgu ling itu.

“Itu kata awak tapi bagi dia lain. Keluarga dia tak kesah kalau tukar agama semata-mata nak kahwin dengan awak, sebabnya abang  dan kakak dia ada kahwin dengan orang Islam,” bagitahu cikgu Ling semangat.

“Er…” lidahku kelu untuk membalas balik. Bila difikirkan balik tak de pulak dia tinggalkan tanda-tanda cintanya pada aku.

“Cikgu sedar tak, setiap kali dia jumpa cikgu pasti dia akan cakap dalam bahasa cina kan?”tanya Cikgu Ling lagi.

“Aah, ada.  Cikgu tahu dari mana ni?” Soalku kembali dengan wajah berkerut.

“Kebetulan saya ada terdengar. Cikgu tahu tak maknanya?”

“Tahu.” jawabku pantas. “Dia cakap itu ucapan pujian.”

Cikgu Ling mengilai. “Cikgu dah kena tipu maa.”

Dahiku berkedut semakin banyak.

“Yang dia cakap tu bukannya pujian tapi meluahkan kata-kata cinta. Yang dia ucapkan itu lirik lagu, nanti taip Wang Lee HomForever Love” dekat google. Nanti translate sekali maknanya baru tahu.” pesan Cikgu Ling padaku, dia sempat menepuk bahu sebelum berlalu.

Aku terpinga-pinga seperti orang bodoh. Mahu percaya dan tidak 50-50. Dengan pantas aku membuka laptop dan search apa yang diperkatakan Cikgu Ling tadi. Tak sampai seminit terteralah apa yanga ku search tadi.

ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐ
mencintaimu bukan hanya karena kecantikanmu 
wǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn
Saya semakin lama semakin mencintaimu, setiap pandangan menyentuh hatiku

yīnwèi nǐ ràng wǒ kànjian forever, cái liǎojiě zìjǐ
Karena kamu membuatku melihat keabadian, barulah mengerti diri sendiri
wèilái zhèxiē rìzi yào hǎohāo zhēnxī
Hari-hari yang akan datang harus benar-benar dihargai

ài wǒ yǒuxiē tòngkǔ yǒuxiē bù gōngpíng
Mencintaiku ada sakit dan ada ketidakadilan
rúguǒ zhēn de ài wǒ, bù shì lǐsuǒdāngrán de juédìng
Kalau benar-benar mencintaiku,bukan sesuatu keputusan yang semestinya/seharusnya
zhídào yǒngyuǎn
selamanya

Mulutku terlopong dan anak mata membesar luas bila menatap setiap bait-bait lirik lagu itu.‘Ah! Tak mungkin. Ini mustahil! Tapi kenapa dia selalu tuturkannya padaku? Takkanlah dia mencintai aku dalam diam-diam? Alahai, Jihan macamana ni! Tulah kau asyik berangan nak bersuamikan orang korea kononnya sebab nak dapat anak yang cumil. Sekarang apek yang tersangkut dengan kau, nak buat apa? Terima ke tidak? Aku bukan tak nak terima tapi ilmu agama kureng sikit. Nak didik dia, aku sendiri tak betul juga. Nak didik mualaf ni susah.’ Ngomelku sendiri.

“Cikgu!”

 Aku tersentap bila ada satu suara yang menyergah aku dari belakang.  Aku tahu suara itu milik siapa, siapa lagi kalau bukan milik Cikgu Fei dengan lantas aku tekan  pangkah pada laman web itu lalu menoleh ke arahnya. ‘Matilah aku kalau dia tahu.’

“Er.. ada apa cikgu ?” tanyaku dalam gugup.

“Cikgu buat apa tu? Nak belajar bahasa cina ke?”soalnya kembali.

“Hah? Aah nak belajar bahasa cina nak suruh cikgu ajarkan lambat lagi,” ujarku cuba bergurau untuk menutup rasa gugup.

“Kalau cikgu nak belajar dengan saya, boleh. Tapi kena bagi upah yang istimewa yang orang lain takkan dapat," balasnya dengan penuh tersirat.

Aku tersenyum tawar. Rasa lainlah pulak, lepas tahu isi hatinya.  Menyesal aku ikut cakap Cikgu Ling cari maksud tu kalau tak tahu aku taklah sesegan gini.

Masa meniti turun anak tangga, fikiranku tidak dapat berfikir secara waras asyik memikirkan lirik-lirik lagi itu. Betul ke Cikgu Fei benar-benar maksudkan itu.

“Jihan! Jap lagi, kamu masuk kelas 4B ya, gantikan akak.”

‘Kalau dia benar-benar maksudkan itu, dia akan peluk islamlah ya. Yalah kan tak akan aku nak tukar agama pula sebab nak kahwin dengan dia. Eh! Tak boleh macam tu! astaraghafiruallahalazim minta-minta dijauhkan niat itu. Murtad namanya, laknat aku nanti.’

“Jihan! Dengar tak yang akak cakap ni? Mengelamun ya?” jerkah Kak Min.

“Hah! Err..”Aku tersedar bila Kak Min terjerit memanggil namaku lalu tersengih sumbing malu ditangkap siang-saing.

“Boleh ke tak, gantikan akak sat lagi.”soalnya sekali lagi.

“Aah boleh.”jawabku dengan anggukan.

Sebaik kaki aku mahu melangkah ke anak tangga ke 3 akhir, tiba-tiba badanku terdorong ke depan. Ada seseorang yang telah merempuhku dari belakang, imbangan badanku tidak seimbang lalu aku terjatuh dan menimpa badan seseorang dari bawah.

“Adus, sakitnya!”rengekku.

“Jihan!”

Aku terdengar Kak Min menjerit dari atas.

“Cikgu, okey ke?”

Aku lantas mengangkat muka bila suara itu menyapaku , bunyi terlalu dekat.  “Cikgu Fei!” teriakku lalu cepat-cepat bangkit dari pelukkannya.

 Dup! Dup kenapa hati aku berdengup kencang ni. Takkanlah aku pun turut  terjatuh cinta dengannya.

Kak Min cuba membantu aku untuk bangkit. Aku mengucapkan terima kasih pada Cikgu Fei sebab telah jadi penyelamat aku.

“Kenapa Kak Min tak sambar saya tadi?” rungutku pada Kak Min setelah Cikgu Fei melangkah naik ke atas.

Kak Min ketawa halus. “Manalah sempat Jihan, oii.”

 “Tak pasal-pasal dapat dosa hari ni!” bebelku. Tawa Kak Min semakin lebat.


7 bulan aku mengajar dekat sini, segala pengalaman aku tempuh.  Tak kira pahit atau manis itu asam garam dalam kehidupan sebagai seorang guru. Bulan Ramadhan sudah mengunjungi umat Islam tak kira di mana. Dan kini aku berpuasa sendirian dirantauan tanpa bertemankan keluarga dia kampung.

‘Adus, sakit perutlah pulak!  Tadi tak nak makan sangat masa waktu sahur. Takkanlah aku nak makan di sini, mesti diorang salah sangka pulak.  Menyesal betul! Tak boleh jadi ni, terpaksalah jatuh air muka, tumpang makan dekat bilik agama sat lagi. Kes darurat ni.’ Rungutku.

Masa nak ke bilik agama aku terserempak dengan Kak Min yang kebetulan ada hal nak keluar. Aku sempat memesan padanya untuk membelikan aku ubat tahan sakit period. Kak Min bukan main menyakat aku. Dia cakap ‘ patutlah bau ayam pedas rupanya ada orang tak puas.’ Ceh!

“Nah, ubat.” Sua Cikgu Fei. Aku terpinga-pinga.

“Ubat apa?” soalku pelik.

“ Cikgu Min yang bagi.”jawabnya ringkas.

 Aku mengangguk lalu mengambil bungkusan plastik dari tangannya.

“Nah, biskut! Tak elok makan ubat dengan perut kosong.”ujarnya lagi lalu meletakkan sebungkus biskut di mejaku.

Aku menolak dengan lembut atas alasan aku berpuasa. ‘Wah, itu dah kira berbohong Jihan! Tapi takkan lah aku nak bagitahu dia yang aku tengah bulan mengambangkan dan tak boleh puasa, dia faham ke?’
Dia mengangguk kemudian menarik kerusi dan terus duduk. Aku memerhatikannya, dia sedang menulis sesuatu tiba-tiba dia menghulurkan  cebisan kertas yang ditulisnya tadi padaku. Aku menyambut dengan wajah penuh persoalan.

“Cikgu nak bohong perlu cerdik, cikgu tak puasa kan? Ubat tadi tu ubat tahan sakit untuk period kan? Bukti yang lebih kukuh, memang menyatakan cikgu tak puasa adalah cili yang terletak di gigi cikgu.”

Aku tersentap dengan cepat mencapai bedak compact untuk melihat apa yang diperkatakan Cikgu Fei itu. ‘Waaa.. malunya! Mana nak sorot muka aku ni. Memang ternyata ada cili yang terlekat di gigiku gara-gara makan nasi ayam pedas.’sebaik aku mengangkat muka Cikgu Fei sudah tergelak kecil. ‘Cis, terkantoi aku!’

Sebaik aku menapak keluar dari bilik air aku terserempak dengan Cikgu Fei. Dia nampak yang sangat tergesa-gesa, mengalahkan Cikgu Khairil dan Cikgu Hamid yang  memang wajib keluar awal sebab nak pergi masjid untuk solat jumaat.

“Eh, cikgu nak ke mana, nampak tergesa-gesa ni?”tegurku lembut.

“Ke kelas agama?” balasnya ringkas.

“Hah?” Aku semakin bingung.

“Bukan pelajar islam saja yang perlu pergi ke kelas agama, saya pun kena.”jelasnya. sebuah senyuman manis dihulurkan padaku.

Aku mengangguk saja dalam hati masih cuak. Tak tahu pulak aku,  orang cina ada kelas khas untuk agamanya. Kalau nak kata dia pergi sembahyang  bukan ke setiap hari Ahad?

“Bye cikgu,  ài nǐ bù shì yīnwèi nǐ de měi éryǐ, wǒ yuèláiyuè ài nǐ, měi ge yǎnshén chùdòng wǒ de xīn, yīnwèi nǐ ràng wǒ kànjian forever, cái liǎojiě zìjǐ
wèilái zhèxiē rìzi yào hǎohāo zhēnxī”


             Ucapnya tiba-tiba. Perlahan dan penuh dengan perasaan sambil mengenyitkan matanya sebelah kepadaku. Aku terkedu sampai tak terkata kerana dia sempat lagi dia bermain kata-kata cinta dengan aku. Dan akhir-akhir ini dia selalu tersenyum padaku tidak seperti mula-mula dulu asyik dingin dan masam mencuka. Aku juga perasan wajah Cikgu Fei berseri-seri bagaikan ada satu nur di wajahnya. ‘Ke dia ada pakai apa-apa produk yang dapat menyerikan lagi wajahnya ni? Aih, kalah aku macam ni.’

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, aku melintasi sebuah masjid. Dalam ramai-ramai jemaah lelaki yang berjalan mahu memasuki masjid, mataku dapat menangkap satu susuk tubuh lelaki yang aku seolah-olah mengenalinya.

“Eh, itu nampak gaya macam Cikgu Fei! Ah takkan lah dia. Ya, Allah Jihan, sejak tahu Cikgu Fei berminat dengan kau! Pantang nampak lelaki tinggi sikit, semua nak tergambar dia!


Seminggu lagi ramadhan bakal melabuh tirainya, jadi Ustazah Haslina mengajak aku berbuka puasa di rumahnya malam ini. Aku dengan senang hatinya menerima pelawaan dia tanpa ragu-ragu. Sebabnya jimat tenaga untuk masak sendiri.

Sebaik motorku elok terpakir di depan pagar rumah Ustazah Haslina aku lihat anak bongsunya terjengul kepala sedikit dan menjemputku masuk. Sejuk mata memandang anak ustazah ini siap berkopiah putih lagi, teringin jugak nak dapat anak yang soleh dan solehah.

Aku menolong apa yang patut di dapur, tidak lama kemudian aku terdengar orang memberi salam lalu terjenguk sedikit dari dapur untuk melihat gerangan siapakah tetamu  itu selain aku. ‘Eh, Kak Ina jemput ustaz muda mana pulak tu? Wah, nampak hensem! Siap berbaju melayu warna putih l dan berkopiah putih lagi.
“Haih, lama tenung anak teruna orang, dah berkenan ke?” sergah Kak Ina sambil tersenyum.

Aku terkejut dengan sergahan dari Kak Ina lalu tersengih sumbing. “Ustaz muda mana, akak jemput tu, bolehlah rekemenkan untuk saya yang bujang tang tang ni.” Candaku.

“Eh, memang pun. Ajak dia sebab nak rekemenkan Jihan dengan dia”, jawab Kak Ina dengan wajah serius. Aku ketawa tahu Kak Ina sengaja mengusik aku begitu.

“Hah, dah azan tu marilah kita ke depan.” ajak Kak Ina. Aku mengangguk lalu dan membontoti dia dari belakang sambil menatang dulang yang berisi gelas.

“Fir, empuya diri cakap dah berkenan so kira jalanlah ni kan?” seloro Kak Ina.

“Elok sangatlah tu.”tambah suami Kak Ina pulak.

“ Kak Inaaa!” jeritku perlahan sambil menarik baju kurungnya itu.

“Inilah saudara baru kita namanya, Firdaus Chung Abdullah.” Kak Ina memperkenalkan lelaki muda itu. Mataku tidak berkelip melihat lelaki di hadapanku kini. Tidak percaya.

“Hah, terkejut sangat takkan lah sampai nak terkeluar biji mata tuh. Dahlah cepat makan nanti kita boleh jemaah sama-sama nanti,”usik suami Kak Ina menghangatkan wajahku.

Aku cepat-cepat mengalih pandangan pada Kak Ina, dia tersenyum-senyum buat tak tahu. Cikgu Fei hanya tersenyum.

Semasa mengaminkan doa mataku masih tidak beralih dari memandang Cikgu Fei aka Firdaus itu. Dia nampak sangat khusyuk berdoa. Jadi memang betullah yang aku nampak dia hari tu dan dia ada cakap nak ke kelas agama itu cuma alasan padahal dia ke masjid. Pandai dia sorot dia peluk Islam.

“ Kak Ina, akak dah tahu lama ke dia peluk Islam? Bisikku semasa melipat kain sembahyang.

“Aah, dia selalu datang jumpa akak untuk menyatakan dia mahu peluk Islam sebab terpikat dengan keperibadaian Jihan. Akak nak tabik spring dekat Jihan ni. Selama 15 tahun akak mengajar dekat sekolah tu, tak de sorang pun terpikat dengan akak untuk peluk Islam. Datang je  Jihan ini tak sampai setahun, dah berjaya mengislamkan orang,”luah Kak Ina.

“Akak!” jeritku sedikit untuk menutup malu. “ Ini bukan budak tapi bapa budak!”

“Okeylah tu,”usik Kak Ina lagi.

“Saya takut akak.”ujarku berbaur resah.

“Takut apa? Jangan risau, yakin pada qada dan qadar Allah sekiranya dia memang jodoh Jihan, itu adalah satu hikmah yang Dia nak bagi pada kamu. Melalui kamu Allah campakkan Nur Islam untuk dia. Kita memang tak tahu benda-benda ini semua cuma apa yang mampu kita buat, sama-sama berdoa agar dia ubah niat untuk peluk Islam kerana Allah bukan kerana mahu kahwin dengan kamu,”sempat lagi Kak Ina mengusikku.

Sejak itu aku menjadi sangat kekok hendak berborak-borak dengan dia. Yelahkan dah tahu dia sukakan aku lepas tu peluk Islam sebab nak kahwin dnegan aku, padahal aku tidak pernah pun mengiakan cintanya.  Aku juga hairan dengan perasaanku tidak pula menafikan perasaan dia padaku. Ke aku sendiri yang dah terjatuh cinta dengan dia?
           
  Semasa mahu menaiki anak tangga untuk ke pejabat aku terserempak dengan Cikgu Fei, kami saling memberi salam. Dia nampak sangat gembira dapat bagi salam padaku, iyalahkan selalunya dia hanya tunduk hormat dan ucapkan selamat pagi saja, sekarang dah seagama bolehlah nak bagi salam.

Petang itu aku dan Cikgu Fei serta Cikgu Ling diarahkan Guru Besar ke kedai untuk mencari bahan-bahan semperna meraikan pelajar Tahun 6 yang baru saja habis peperiksaan besar UPSR.

“ Selamat petang cikgu, tegur seorang pakcik pada Cikgu Fei dan aku. Ketika itu cikgu Ling masih mencari bahan-bahan.  Kemudian dia cakap dalam bahasa cina, aku tersengih seperti orang bodoh tak faham.
“Jihan, tahu tak pakcik tu cakap apa?” tanyanya sebaik pak cik itu berlalu pergi.

“Manalah saya faham!”bidasku geram. Mentang-mentang aku tak faham bahasa cina.

“Kamu dah kahwin dengan dia ke? Asyik jumpa berdua je, dan pakai baju pun sedondong.”bagitahunya dengan senyuman melebar di bibir.

Mulutku ternganga luas lantas memandang baju yang terbalut tubuhku sendiri kemudian mengalih pada baju yang dipakai Cikgu Fei. Yelah, aku tak perasan pulak kami pakai baju warna yang sama, biru muda.
“Awak ingat tak, pak cik ada datang ambik duit seratus hari tu.  Yang awak Tanya saya kenapa dengan uncle tu.” Soal Cikgu Fei lagi.

Aku berfikir sejenak cuba mengingati peristiwa itu kemudian aku mengangguk tanda ya. “haa ya, ya ingat cikgu dan dia tergelak-gelak sakankan?”

Tawa Cikgu Fei meletus tiba-tiba. “Masa tu dia ada tanya saya samada saya ini masuk islam ke sebab isteri bertudung? Muka kita nak mirip itu yang dia sangkakan kita ni suami isteri. Saya tergelaklah dia cakap macam tu,”jelas Cikgu Fei.

“Eh mirip ke? Tak sama langsung mata awak sepet, mata  saya bulatlah,’sindirku dalam gurauan lalu mempercepatkan langkah. Tawanya masih kedengaran.

“Alahai.”


Cuti sekolah dah bermula jadi kampung halamanlah menjadi tempat tujuanku. Petang itu aku termangu sendirian di beranda, kakak sulungku datang menegur.
            
            “Jauh termenung, teringatkan pakwe dekat pahanglah tu,”usik Kak Long.

            “Er, kak long!”jawabku tergagap-gagap. Pandai dia tembak aku.  “Long kalau aku kahwin dengan muallaf camner,”soalku tiba-tiba.

             Kak Long tergelak sakan. “Weh. kau bercinta dengan cina ke? Wah, mentang-mentang mengajar sekolah cina, terpikat dengan cikgunya sekali!” usik Kak Long lagi.

            “Seriuslah.” Aku naik geram.

             “Yelah. Hrm, ikut suka kaulah. Pilih mana yang terbaik,  buat ishtikarah dulu camner. Tapi biasalahkan muallaf ini sukar sikit untuk kita dakwah. Tersilap dakwah dengan kita sekali tersasar.Tapi bagus gak kahwin dengan cina anak mesti putih-putih lepas tu boleh cakap cina anak kacukan gitu glamour sikit keluarga kita sebab ada anak kacukan.”nasihat Kak Long tapi sempat lagi mengusik aku.

           “Ke situ pulak. Tak  difikir dek akalku sampai ke tahap tu.”tempelakku.

         “Gurau je. Istikharahlah pilih yang mana terbaik. Seeloknya pilih agamanya sebab perempuan nak bimbing lelaki susah kerana lelaki ego sangatlah tinggi, tak kira bangsa apa-apa pun. Tambahan kau agama pun kurang!”

          “Wah, sempat lagi mengutuk aku ya! Kalau gitu aku rejectlah ek?”

         “ Hrm, terpulang tapi ingat tolak dengan berhemah buatnya dia kecewa terus murtad, kaulah puncanya,”ugut Kak Long dalam gurauan.

         “Apa kait dengan aku kalau dia murtad?!”jeritku.

         “Cool lew. Aku  gurau je. Tanyalah  pendapat ma dan abah macamana,” nasihat Kak Long. Sebelum dia meninggal aku sempat lagi dia menepuk bahuku. Aku mengangguk lemah dan mengeluh kecil.

Sebaik sampai di rumah sewa kerana esoknya ada mesyuarat semperna sekolah sesi persekolahan bakal kembali, aku menghubungi Cikgu Fei untuk membincangkan soal perhubungan kami. Kalau dibiarkan aku takut harapan dia semakin tinggi untuk memilikiku. Solat istikharah sudah aku kerjakan tiada sebarang petunjuk lagi setakat ini. Jadi aku buat keputusan untuk memutuskan yang aku memang tak mampu untuk mencintainya sebab aku tak mampu untuk mendidik dia.

“Jihan, kenapa kita tak boleh bersama? Saya dah convert Islam apa lagi yang membatasi cinta kita?”Ujarnya dengan nada menahan sebak . Dia cuba meraih tanganku.

Aku mengelak  dengan pantas dan menatapnya sekilas kemudian mengalih ke tempat lain. Fir awak tak boleh sentuh saya walaupun awak dah Islam. Awak dah Islam tidak bermakna awak halal untuk menyentuhi saya,” larangku tegas.

“Jadi, jom kita kahwin untuk menghalalkan yang haram ini,”bidasnya tegas.
“Fir awak tak akan faham. Saya dan awak tak mungkin bersama sebab saya tak mampu untuk mencintai awak apatah lagi untuk membimbang awak.” Aku cuba menolak. Wajahnya tidak dapat aku tatap sebab takut hatiku jadi cair.

“Saya tak faham Jihan,”soalnya dengan wajah berkerut. Look at me Jihan!"arahnya tegas.

Aku mengeluh. Lalu menatapnya malu pada pelanggan yang lain asyik duk toleh kami. “Fir, dengar. saya sangat bersyukur sebab awak sukakan saya, awak peluk islam. Saya harap lepas ini kalau kita tak de jodoh awak akan jadi orang Islam yang baik dan betulkan niat awak,”jawabku cuba menyusun tutur kata yang senang untuk dia fahami.

“Saya tak akan jadi seorang muslim tanpa awak Jihan,” luahnya jujur.

“Fir jangan cakap macam tu. Allah dah campakkan nur islam dalam hidup awak dan member satu sinaran kehidupan yang baru pada awak. Tak ramai yang dapat peluang macam awak Fir. Lagipun saya rasa tak layak untuk dicintai awak. Awak carilah orang yang kuat pegangan agama. Ilmu yang ada pada saya cukup untuk saya sendiri yang amalkan, untuk mendidik orang memang jauh sekali. Lagipun saya tak nak heret awak sekali masuk neraka kerana saya gagal ajar awak tentang Islam Fir. Saya tak nak!” Ujarku tegas. Air mata yang  menitis kutahan.
“Kita boleh belajar. Kita boleh mendalaminya sama-sama, ya.”Dia masih cuba memujukku. Aku hampir tewas dengan pujukkan itu kerana hatiku juga sudah jatuh sayang dengan lelaki berbangsa cina itu.

“Awak tak akan faham Fir. Awak boleh cakap sebab awak cintakan saya. Bila awak sendiri yang tempuh….” Aku tak mampu untuk habiskan bicaraku. Aku takut niatnya untuk masuk Islam akan hilang. Firdaus Chung atau nama cinanya Chung Fei Sean,  bukan mudah seorang lelaki mahu ikut telunjuk seorang wanita walaupun kau sangat mencintaiku kerana seorang lelaki memang dilahirkan dengan ego yang sangat tinggi dan tidak mudah untuk menjatuhkan ego kau. Kerana lelaki dilahirkan sebagai pemimpin bukannya dipimpin.

“Jihan….” Serunya perlahan.

Aku menggeleng kepala tanda aku tak mahu mendengar tutur bicaranya lagi. Dengan pantas aku berlari meninggalkan dia yang masih berteriak menjerit memanggil namaku. Air mata yang kutahan tadi akhirnya merembes keluar. ‘Maafkan Jihan Fir. Jihan memang cintakan Fir tapi Jihan tak mampu untuk menyintai Fir.

Aku berlari tanpa menoleh ke kiri dan kanan seperti orang yang tak waras sambil mengesat air mata yang semakin galak keluar. Orang di sekitar itu tidak kuambik peduli. Tiba-tiba aku terdengar bunyi hon yang sangat kuat dengan pantas kutoleh ke tepi. Serentak itu juga aku terdengar suara Firdaus Chung menjerit kuat memanggil namaku. Sepantas kilat tubuhku sudah melayang dan terjelepuk jatuh ke tanah kerana dilanggar kereta yang tidak sempat membrek.

“Jihan!Jihan! sayu-sayu suara Firdaus memanggil namaku namun aku dalam keadaan sedar tak sedar ketika itu. Kepalaku pening dan badanku tidak dapat kugerakkan.

Kemudian aku dapat rasakan badanku dicempung olehnya mataku semakin lama-semakin mengecil dan pandanganku kabur.

“Jihan!Jihan!”

Aku dengar sayup-sayup satu suaramemanggil namaku. Dengan perlahan-lahan aku cuba membuka kelopak mata. Pandanganku masih kabur dan cuba mencari orang yang memanggil nama aku. Bila pandangan semakin jelas aku lihat ma sedang mengesat air mata di sisiku begitu juga ahli keluargaku yang lain.
“Macamana boleh jadi gini? Nasib baik tak de yang patah.” Suara Ma dengan cemas, sebaik aku mula waras.

“Sabar dulu budak tu baru jah sedar,” larang Abah.

Aku cuba mengingati kejadian yang menimpa diriku secara perlahan-lahan. Aku ingat ada sebuah kereta yang melanggar aku masa tu , dan Cikgu Fei ada sama. ‘Ya dia ada, bagaimana dengan dia.’

“Rehatlah doktor cakap kamu kene banyak rehat, sebab kamu hilang banyak darah masa excident. Nasib baik ada orang yang tolong dermakan darah dia,”bagitahu Ma.

“Siapa ma?” soalku lemah.

“Hrm, ma pun tak tahu tapi doktor tu bagi surat. Katanya pesanan dari dia,”ujar ma lalu menghulurkan surat itu padaku.

Perlahan-lahan aku membuka surat itu.

“Jihan insya-Allah saya akan jadi seorang muslim yang baik. Betul cakap awak tak semua dapat peluang seperti saya. Walaupun kita tiada jodoh untuk bersama, tapi tetap berharap agar kasih sayang saya pada awak tidak akan hilang begitu saja. Jadi dengan mendermakan darah saya pada awak, saya harap darah yang mengalir dalam diri awak membuatkan awak akan selalu ingat seorang lelaki muallaf yang pernah mencintai awak.”
Mencintaimu kerana Allah,
Firdaus Chung Abdullah.

‘Jadi Fir yang dermakan darah padaku?  ya Allah apa yang aku lakukan ni. Sungguh mulia hatinya. Dia sangat hebat walaupun dia baru masuk Islam tapi dia telah dapat kasih sayang dariMU ya, Allah.’rintihku dalam hati.


Sebulan berehat di kampung kesihatanku pulih dan tanggungjawab aku sebagai guru sedang menanti. Rindunya pada para pelajarku. Rinduku juga pada yang sorang itu.

Sebaik melapor kemasukkan aku semula di bilik Guru Besar, aku masuk ke bilik guru. Aku disambut oleh para guru dengan pelbagai kata-kata ucapan. Selepas itu duduk di tempatku bila tengok meja depanku, kosong tiada penghuni. Ke mana gerangan penghuninya? Sebulan aku tak jumpa dia rasa rindu semakin menebal dalam jiwa ini.

“Jihan.”sapa Kak Min.

Aku menoleh ke arahnya. Keningku dijungkitkan sedikit.

“Dah sembuhkan, so bolehlah bagi kerja,” usiknya.


Aku tergelak perlahan. “Kerja apa?” soalku.

“Masuk mengajar matematik Darjah 4.”

“Eh, bukan ke Cikgu Fei yang ajar?!” tanyaku dengan wajah berkerut.

“Cikgu Fei lagi ke? Bukan ke Cikgu Fir. Dia ambik cuti seminggu tanpa gaji,  ada urusan pendaftran apa entah dia tak bagitahu pulak.” Ujar Kak Min disertai gurauan.

Aku tersenyum malu. Nampak gayanya semua dah tahu yang dia peluk Islam. Baguslah.

Seminggu aku menempuhi kehidupan tanpa dia di hadapan. Bayangnya sentiasa mengaburi mataku lagaknya yang sentiada dingin, kadangkala menguntum senyuman manis padaku. Ah, semuanya  terbayang! Memang aku dah angaukan dia. Aku rindukan dia sangat-sangat. Patutkah aku telefon dia? Malulah, takkan nak jilat balik benda yang pernah kita ludah dulu.

              Aku memecut motor dengan kadar had kelajuan yang sederhana tiba di simpang empat aku mahu membolek ke kiri tiba-tiba ada sebuah kereta membelok tanpa bagi signal secara mengejut. Aku tak sempat membrek terus melanggar kereta itu dan tergolek jatuh

“Adus sakitnya! Apa punya pemandulah tak reti bawa ke apa?” Marahku lalu bingkas bangun sambil menyapu debu yang meletak di baju.

“Awak tak nampak kereta saya ke?”  Marah pemandu lelaki berbangsa cina tiba-tiba sebaik keluar dari keretanya.

“Uncle yang nak belok tak bagi signal apa kes?” bidasku balik dengan suara ditekan sedikit.

“Salah awak! Memang ini lorong saya?!” Dia masih tidak mahu mengalah.

“Ya, saya tahu tapi pak cik tak bagi signal mana aya nak tahu bagi nak belok ke kanan.

“Kamu baru ambik lesen ke?” soalnya cukup sinis.

“Uncle tak perlu nak ajar saya tentang peraturan jalan rayalah! Dah silap mengaku jelah!”tempelakku semakin panas.

              Dalam kekecohan kami tiba-tiba ada seorang lelaki menegur kami.

“Kenapa ni?”

“Ini perempuan, naik motor tak pandai langgarnya kereta saya!”adu pakcik itu.

“Wah, uncle sedap cakap! Mentang-mentang saya perempaun uncle ingat boleh ugut saya?  Jangan harap! Uncle yang nak belok tak bagi signal tak salah ke?! Marahku lagi.

“Sudahlah tu.” Lelaki itu mahu meredakan kami. “ Jihan!”

Aku menoleh. “Cikgu Fei! Jeritku sedikit. Marahku terbantut .Mata kami saling bertatapan. Bila pakcik tadi bersuara aku lantas mengalih ke tempat lain.

“Tunggu sekejap.” Pintanya.

Aku lihat dari jauh Cikgu Fei berbincang dengan pak cik itu, hatiku tersentuh kerana dia adalah hero penyelamatku. Lama aku ingin menatap wajah itu. Apa yang dibincang aku tak tahu, yang aku nampak dia mengeluarkan duit bernot 50 dan diberikan kepada pakcik kurang ajar itu. Setelah pakcik itu pergi dia kembali dapatkan aku.

“Awak bagi duit kat dia, kenapa? Bukannya salah saya,”soalku geram.

“Ya, saya tahu. Tapi lebih baik kita selesai cara senang , dia minta duit saya bagi. Dah selesaikan tak perlu report-report makan masa.Yang penting awak tak de apa-apa.”jelasnya lembut.

“Aah, saya okey.”jawabku  pendek masih bengang dengan pakcik tadi.

“Kalau macam tu, pakir motor ke tepi nanti orang nak lalu susah,” arahnya sambil mengelek motorku ke tepi.

“Betul ke tak de apa-apa ni?” soalnya lagi bila motorku ditongkatnya di bahu jalan.

“Hrm, betul.” Jawabku sambil bermain jari jemari sendiri. Pandanganku sekejap ke atas sekejap ke bawah ke kanan dan ke kiri. Segan pula nak borak-borak dengan dia.

“Baguslah.”ujarnya ringkas.

“Err, terima kasih kerana selamatkan saya dan derma darah untuk saya,” suaraku seakan dengar tak dengar je.

Dia hanya mengangguk dan mengulum senyum nipis. Kami senyap untuk seketika. Masing-masing mati kata.

“Awak tak cederakan?” Soalnya sekali lagi.

Aku mengangguk.

“Kalau macam tu saya gerak dulu, masih ada urusan nak diselesaikan.” pintanya lalu bergerak menuju ke keretanya.

 Aku angguk lagi. Masa mataku mengekori setiap langkahnya yang semakin menjauhiku, hatiku kembali sedih. Aku percaya aku mampu untuk mencintainya kerana cinta aku sanggup belajar ilmu agama bersama-sama dengannya.

“Fir!” Seruku kuat. Dia menoleh semula.

“Masihkah ada ruang di hati awak untuk saya?” Jeritku sedikit sambil menatapnya.

Dia yang baru hendak membuka pintu kereta terhenti, dia nampak bingung seketika. Kemudian berjalan menghampiriku kembali.

“Sekiranya saya tak mampu untuk mencintai awak, tolong ajari saya bagaimana caranya, jika saya lalai tolong ingatkan saya. Andai kita berjodoh masihkan awak sudi menerima saya yang pernah menolak awak dulu?” Ucapku dengan mata masih tidak beralih memandangnya.

 Dia jelas terpanar sesaat kemudian dia menguntum sebuah senyuman dengan mata bersinar-sinar.” Dah lama saya nak dengar kalimah-kalimah itu dari mulut awak Jihan. Insya Allah dengan izinNya kita akan hidup bahagia berlandasakan kepercayaan dan saling hormati antara satu sama lain. Kerana Islam itu indah.” Tuturnya lembut.

 Aku tersenyum bahagia dan turut berdoa sama. Semoga jodoh kami kuat dan dapat kecapi kebahagian di dunia mahupun di akhirat kelak.




Tamat sudah kisah jalan liku-liku percintaan Jihan dan Fei@Fir yang berlainan bangsa tapi kerana Islam mereka dapat bersatu akhirnya... Maaf jika ada kekurangan dan kesilapan yang tidak mencapai standard kehendak korang, sesungguhnya DN hanya seorang penulis biasa-biasa tidak sehebat yang lain kaya dengan idea dan ayat-ayat yang membangkitkan naluri halus korang untuk terus membaca karya DN :’(
Eh eh kejap ada lagilah kisah mereka, kisah kesinambungan mereka setelah bergelar suami isteri yang bakal digarapkan dalam tempoh terdekat yang bertajuk “YAKINI KUMILIKMU….”

untuk hadis boleh rujuk sini 
http://ismashahalam.net/v2/makanan-pemberian-non-muslim/

8 comments:

ArifahLee said...

Hensem seyhh Cg Fei ni .

Unknown said...

@mawar hitam..
hehehe mestilah ensem baru si jihan berkenan..hehe
gurau je :P

Afifah Yusof said...

best! best! satu kelainan bagi saya. Tahniah kak Domi dan terima kasih :)

Unknown said...

@afifah yusof..
tq jgk sebab sudi singgah n komen..

Lieynaim mohd noor said...

wahhh.. menarik sgt n3 nie... xsabar menanti sambungan ye..

Waisya Carissa said...

Akhirnya dapat jugak WC bace... best... kelakar pun ada part baling belon n air tu... Tahniah Domi sebab berjaya hasilkan cerpen ni... Teruskan menulis eh... WC tunggu sambungan dia ;)

Yang jadi Fei a.k.a Fir tu lee hom eh...

Unknown said...

@Wid Chery,, hehehe thanks sudi singgah :)..sama2..insya Allah..key tnggu tau :-*
aah dialah tu

Unknown said...

Bile nk wtsmbgn?