“AF, papa
nak kamu ikut serta sukarelawan di Sudan nanti!”
“Tak nak! AF tak suka pergi sana. Cuacanya panas
terik. Tak suka!
“Habis, kamu fikir papa mahu tinggalkan kamu
sorang-sorang kat rumah ni? Jangan nak berangan.”
“Papa ajak pergi umrah sekali, kamu tak mahu. Tak
bersedia nak pakai tudunglah, belum tiba masa nak insaflah, macam-macam alasan yang
kamu bagi. Tak kira, keputusan papa muktamad! Kamu pilih kamu mahu pergi umrah
sama papa dan mama atau jadi sukarelawan dekat Sudan sana?”
“Papa jahat!”
Afrina menjerit kuat lalu berlari memasuki
kamarnya, dia menyembankan wajahnya ke bantal melepaskan tangisan geram.
Kemudian dia mengamuk, lalu lemparkan bantal yang berada di katil ke bawah
seraya itu dia melaung seperti orang tidak waras.
“Awak tengok perangai anak awak tu? Semakin
menjadi-jadi. Pening saya memikirkan perangai dia yang sorang tu.”
“Saya pun tak tahu nak buat apa bang? Didikan
agama sudah kita berikan. Apa lagi yang tak kena? Macamana nak buat ni? Saya
risaulah bang.”
“Tu sebabnya saya nak dia ikut serta jadi relawan
dekat Sudan sana, nak ajar dia macamana mahu jadi orang. Saya nak baiki
perangai anak awak tu sikit! Asyik dimanjakan dengan wang ringgit itulah
jadinya suka memboros situ sini!”
Afrina bagaikan cacing kepanasan, tak senang
duduk. Nak membantah cakap papanya pasti semua kemewahan yang dilimpah
kepadanya akan dirampas kembali. Nak pergi ke umrah? Dia rasakan belum bersedia
untuk menjadi muslimah sejati lagi. Akhirnya dia terpaksa akur untuk memilih pergi
ke Afrika sana.
“AF, ini Umar
Fawwaz. Dia salah seorang anggota sukarelawan, dan akan menjaga kamu dekat sana
nanti.”
Afrina dengan geram memalingkan wajahnya menghadap
lelaki yang baru diperkenalkan papanya itu. Matanya membulat, terpegun bila
melihat lelaki itu. Hatinya bagaikan telah dicuri oleh senyuman lelaki yang
berkopiah putih itu.
“Waw, kacaknya.” desis hatinya kecil, gatal.
“Kalau macam ni, aku sanggup terbang ke Sudanlah.
Asalkan sentiasa bersama dengan si mamat berkopiah putih ini. Papa, AF dah tak
sabar nak terbang ke Sudan ini.” Jerit Afrina di dalam hati. Hati kecilnya
bersorak riang.
“Adus,
panasnya dekat sini! Rimas betullah. Menyesal! Menyesal betul! Gila agaknya aku
ni. Gara-gara terpikat dekat mamat kopiah putih tu, aku sanggup ke sini. Memang
gila betul kau ni Afrina!” amuk Afrina sendiri, sambil mengibas-ngibas wajahnya
menggunakan tapak tangannya sendiri.
Sudah tiga hari dia sampai ke sini tidak pernah sekali
pun d
ia keluar dari khemah perlindungan. Dia asyik berkurung dari keluar
berjumpa dengan penduduk di sana. Baginya mereka semua itu kotor dan sangat
menggelikan.
“Awak tak de apa-apa ke?” Suara Umar tiba-tiba,
yang muncul dari belakang lantas mengambil tempat di hadapan Afrina.
“Tak de apa-apa, cuma badan macam tak sihat, kepala
saya pun pening. Mungkin cuaca terlalu panas kot.” Adu Afrina dengan suara
dilunakkan sedikit.
“Sekarang kita di Afrika, bukannya Malaysia. Jadi Afrina
kena biasa-biasakan diri dengan cuaca di sini.” ucap Umar Fawwaz seraya bangkit
dari duduknya.
“Dahlah dari duduk sini tak buat apa-apa, apa kata
Afrina bantu kami agihkan makanan untuk penduduk kampung kat luar sana,
macamana?” suaranya lagi, lembut sekali.
“Tak naklah, saya sakit kepala. Kalau kat luar
lagilah panas terik.” tolak Afrina dengan suara dimanjakan.
“Oh ya, Afrina kalau nak elakan sakit kepala, tudunglah
kepala yang terdedah tu.”pesan Umar sebelum meninggalkan Afrina yang nyata
terasa dengan sindiran itu.
“Tak guna punya mamat kopiah putih, kalau bukan
aku sudah terjatuh cintakan kau, mahu aku ketuk-ketuk kepalanya.” Gerutu Afrina
lantas menuju ke arah beg pakaiannya untuk mencari sesuatu untuk dimakannya.
“Apa ni? Semua dah berkulat, macamana aku nak
makan ni? Esok dah mula puasa. Mati kelaparanlah aku jawabnya.” marah Afrina
sambil melempar keluar segala makanan yang telah tamat tempoh itu.
Sedang Afrina membebel seorang diri tiba-tiba dia
terdengar ada suara sedang bertengkar di luar khemah tempat dia berkurung.
Dengan pantas dia bergerak ke arah suara itu. Dia terkejut bila melihat sekumpulan
manusia berebut makanan-makanan yang telah
dilemparnya sebentar tadi. Mereka terpekik-pekik dalam bahasa mereka. Afrina mengigil ketakutan dan seram tiba-tiba kerana
mereka sudah mula bertumbuk antara satu sama lain, yang menambah rasa paniknya
bila ada di antara mereka sudah berdarah tapi tidak diendahkan. Air matanya
sudah memula menitis.
“Afrina awak cedera ke? Mereka ada apa-apakan awak,
tak?” tanya Umar cemas, sebaik dia tiba di sana.
Afrina masih mengigil sambil memandang Umar dan
semua sukarelawan yang lain berlari menuju ke arah mereka. Dengan pantas Afrina
memeluk Umar seerat mungkin. Umar terkedu bila gadis itu menangis dalam pelukannya.
Namun dia tidak menyentuh walaupun seinci badan Afrina. Kerana mereka bukan
muhrim.
“Kenapa boleh jadi macam ni Afrina?” Soal Umar
bila tangisan Afrina semakin reda. Dia menghulurkan segelas air mineral untuk
gadis itu.
“Saya yang lempar makanan itu… saya tak tahu akan
menjadi macam tu.” ujar Afrina dalam esakan.
“Awak tak boleh buat macam tu, Afrina! Walaupun
awak anak datuk sekali pun! Dekat sini kita semua sama sahaja!”
“Tahu! Awak ingat kita ke sini nak melancong ke?
Dah nama sukarelawan, buat cara sukarelawanlah! Bukanya puteri asyik berkurung
dalam khemah sahaja.”
Kata-kata sindiran dari ahli-ahli lain membuatkan
Afrina menangis lagi.
“Sudahlah tu. Jangan bertengkar lagi.” Umar Fawwaz
cuba meleraikan perasaan amarah mereka yang asyik menyalahi gadis itu.
“Afrina jangan amik hati dengan mereka, ya. Mereka
cuma nak kita saling membantu sama lain, lagipun esok dah mula puasa jadi
banyak kerja yang harus kita lakukan.” pujuk Umar setelah ahli yang lain keluar
dari situ.
“Dan satu lagi, jangan buat macam tadi. Ingat
negara ini, negara kering kontang. Makanan dan minuman sukar untuk diperolehi, tak
heranlah kalau setiap hari penduduk di sini akan meninggal dunia akibat
kelaparan. Kalau kita ada sedikit air pun, kita tak boleh bagi pada mereka.
Kalau tak akan jadi macam tadi. Mereka sanggup membunuh sesama sendiri semata-mata untuk terus hidup. Saya harap Afrina
mengerti akan situasi ini.” Suaranya lalu meninggalkan Afrina yang masih dalam
esakan.
Esok seluruh umat Islam akan menunaikan ibadat
puasa, Afrina sudah mula risau akan hal itu. Tadi masa semua umat Islam sedang
bersolat terawih dia seenak mungkin duduk berkurung di khemah, tanpa rasa
bersalah ataupun malu dengan saudara seislam yang lain. Dia lebih risau
memikirkan apa yang akan bakal terjadi esok hari. Cukupkah makanan dan minuman
untuk dia esok dan hari-hari berikutnya sebelum pulang ke Malaysia.
“Afrina apa yang awak buat tu?” Soal Umar, tegas.
Afrina yang sedang membawa tong yang beisi air
berhenti lantas menoleh ke belakang, dia terkejut bila melihat Umar Fawwaz.
“Nak mandi.” Jawabnya cuba menahan perasaan
takutnya.
“Awak dah hilang akal ke, hah?” Suara Umar Fawwaz semakin
meninggi.
“Air tu untuk simpanan kita seminggu lagi, boleh
awak nak buat mandi? Apa kena dengan awak ni? Awak tak sedar ke kita dekat mana
sekarang ni?”Jergah Umar Fawwaz lagi.
“Saya panas saya nak mandi! Sejak sampai kat sini
saya tak pernah mandi, awak tahu tak?” marah Afrina dalam gugup, kerana amat takut.
“Awak jangan nak bertindak bodoh dan pentingkan
diri sendiri! Kat luar sana sanggup berdahaga kerana tak cukup bekalan air,
awak senang-senang nak bazirkan! Awak takde perikemanusiaan ke?”marah Umar lalu
merampas tong dari tangan Afrina.
Umar meletakkan tong itu di tempat asalnya. Dia terkejut
bila melihat plastik makanan bertaburan dan seperti baru dibuka. Lantas dia
memalingkan badannya menghadap Afrina semula. Kesabarannya sudah luntur untuk
gadis itu.
“Afrina jawab dengan jujur, awak ke yang makan semua ni?”
Wajah Afrina
sudah mula pucat dan peluh.
“Jawab saya Afrina!”
“Ya!Ya! Saya. Saya tak puasa! Puas hati?”
“ Ya, Allah! Apa nak kena dengan awak ni? awak….”
Belum sempat Umar menghabiskan kata-katanya Afrina
sudah mencelah.
“Saya bukan macam kamu semua… saya Islam atas dasar
nama je, bukannya umat Islam sejati.” Suara Afrina dalam tangisan.
Umar tercengang dengan luahan gadis di hadapannya
itu. Akhirnya dia faham maksud kata-kata ayah gadis itu sebelum mereka terbang
ke mari. Harapan seorang ayah untuk menyedarkan anak gadisnya.
Afrina masih menangis, ketika itu juga mereka
dikejutkan dengan suara tangisan yang meraung-raung dengan kuat. Umar tergesa
keluar dari khemah itu diekori oleh Afrina. Mereka berdua terkejut bila melihat
seorang kanak-kanak lelaki meraung-raung sambil mengheret tangan ibunya yang
sudah terkulai.
Anak mata Afrina mengekori susuk tubuh Umar yang
menuju ke arah kanak-kanak itu. Dia melihat Umar bercakap dengan kanak-kanak
itu dalam loghat bahasa mereka. Afrina tertanya-tanya akan kejadian itu, dia
mengatur langkah menghampiri kanak-kanak itu. Dia memasuki celahan orang ramai untuk
melihat dengan lebih jelas. Hatinya tersentuh bila kanak-kanak itu mengoncang
kuat bahu ibunya tetapi tiada sebarang reaksi, tanpa disedari olehnya air mata
kesedihan mengalir keluar.
“Cepat panggilkan Ustaz Azmin, bersiap-siap untuk
kafankan mayat.”
Umar mula bersuara. Dia pantas bangkit dari situ
dan menuju ke khemah. Afrina yang berada di situ kaget dengan tindakan kelam
kabut semua sukarelawan. Dia dilanggar oleh salah seorang ahli sukarelawan.
Badannya tergerak sedikit ke belakang tatkala itu dia terlihat keadaan penduduk
di situ. Dia betul-betul terkejut melihat keadaan sekelilingnya. Ada yang
terkulai lemah, ada juga yang menolak kereta sorong untuk mendapatkan rawatan
bagi seorang wanita yang sudah uzur. Ada yang menyusukan anak. Semuanya sangat
kurus dan tidak berzat. Seperti mayat hidup.
“Mereka semua…. aku baru nampak dengan mataku
sendiri. Mereka cukup terseksa. Mereka mampu bertahan untuk menjalani ibadat
puasa hari ni, walaupun tak cukup makanan dan minuman dan tambahan dengan cuaca
panas membahang. Mereka betul-betul pelik. Ah! Gila.”
“Mereka tak gila. Mereka lakukan semua itu
sebabnya mereka sedar yang mereka itu adalah hamba Allah dan wajib ke atas
mereka atau umat yang beragama Islam untuk menjalani perintah Allah.”
Afrina lantas menoleh ke belakang bila suara Umar kedengaran.
“Kita semua nikan hamba Allah, jadi awak tak boleh
cakap mereka gila. Malulah mengaku umat Islam tapi tak patuh apa yang disuruh
oleh Pencipta, tak gitu?” soal Umar Fawwaz sebelum meneruskan bicaranya lagi.
Afrina masih terdiam.
“Tengok wanita tadi, dia sanggup bertahankan
puasanya kerana hari ini memandang hari ni hari pertama kita berpuasa,
sampaikan tergadaikan nyawanya. Sebab apa? Sebabnya dia yakin yang dia tu hamba
Allah. Tapi tengok sekarang, masih ramai lagi manusia tak sanggup buat macam
tu. Cuba awak perhatikan mereka semua, walaupun keadaan mereka macam ni mereka
sanggup keluar bekerja dan meneruskan kehidupan mereka dengan cuacanya lagi, dan
bandingkan dengan kita yang sihat ini memang jauh berbeza, kan? Kita sepatutnya
bersyukur kerana lahir di Negara yang aman dan damai, makanan mencukupi malah
kita membazirkannya lagi.”
Afrina memandang sekeliling kemudian dia
tertunduk, dia betul-betul menyesal sekali. Dia juga dapat merasakan kata-kata
Umar seolah-olah dituju kepadanya. Air matanya menitis lagi.
“Mereka tahu mereka sedang diuji Allah dengan
kehidupan seperti ini panas yang mengbahang, kulit kering akibat teriknya
cuaca, jika kita tengok keadaan mereka
sangat azabkan. Tapi mereka tetap bersabar kerana mereka yakin Allah
menjanjikan sesuatu yang indah di syurga nanti.” Lebih baik kita azab di dunia
daripada mendapat azab di akhirat nanti, yang kekal abadi.” Umar Fawwaz masih
dengan nasihatnya.
“Saya tak nak hidup macam ni, saya tak nak…” Afrina
sudah teresak.
“Saya faham kenapa papa awak, mahu awak ke sini.
Dia mahu awak berubah Afrina. Masih belum terlambat untuk awak berubah. Allah
itu Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.”
Air mata Afrina semakin laju. Bahunya terhinjut-hinjut.
Dia betul-betul insaf dengan kejadian yang menimpa masyarakat sini sekaligus
membuka pintu hatinya untuk berubah. Dia tekad dia mahu berubah.
“Aku tak mahu macam tu. Ya Allah ampunkan aku.”
“Afrina! Afrina! Kamu tak ada apa-apa? Dahi kamu
berpeluh. Kamu okey?”
Panggilan dari mamanya mengejutkan dia dari
terlena. Dia mengenyeh matanya lantas menggelengkan kepala tanda dia tidak ada
apa-apa. Afrina membetulkan kedudukannya
sambil tersenyum manis dan melentokkan kepalanya dibahu mamanya yang tercinta.
“Ah! aku mimpi ini lagi rupanya.” Gumam Afrina
dalam hati.
Mimpi tadi
mengingatkan dia pada peristiwa 3 tahun yang lepas, pengalaman sebagai
sukarelawan di Afrika telah mengubah dirinya. Betullah seperti firman Allah dalam
suruh yasin ayat 82 “Verily, when He intends a thing, His command is,
"Be", and it is!”
Dia yang dahulunya sangat liat untuk bersolat
mahupun berpuasa, mendedah aurat di sana sini serta menjalani kehidupan
semuanya berlandasakan budaya barat. Namun dengan takdir Allah dia telah
berubah dan benar-benar insaf bila melihat kehidupan sebenar penduduk Afrika
yang beragama Islam sanggup bermatian-matian untuk teruskan hidup.
Kereta diberhentikan betul dengan pintu masuk KL Sentral.
Setelah mengucapkan terima kasih pada
pemandunya Afrina memimpin mamanya untuk memasuki ruangan KL Sentral.
Dia mendapat jemputan sebagai novelis jemputan bagi mengulas novel sulungnya
sempena Pesta Buku yang di adakan di KL Sentral. Sebaik sahaja dia melangkah
masuk, dia diiringi oleh kaki tangan pihak penerbitan. Kerana sebentar lagi
acaranya akan bermula.
“Puasa itu jihad”
“Itulah tajuk yang dikemukakan oleh Miss Afrika dalam
buku sulung karangan beliau. Penulisan ini berdasarkan kisah benar yang dialami
oleh beliau sendiri di Afrika sana, untuk mengetahui sejauh mana intipati di
dalam buku ini marilah kita dengar apa
yang akan dikongsi beliau dengan kita. Siapa sangka Miss Afrika rupanya orang
Malaysiakan? Dan rupanya pun memang melayu asli. Maaf saya gurau je, tanpa
melengahkan masa dipersilakan Miss Afrika!”
Ketika pengerusi majlis mengusik Afrina, pengunjung di situ bertepuk tangan dan ketawa
terbahak-bahak. Mereka tak sabar mahu
beramah mesra dengannya. Manakala Afrina menguntum sebuah senyuman halus bila mendengarnya.
Dengan lafaz bismillah dia memulakan acaranya.
“ Assalamuaikum, dan selamat pagi semua. Syukur
alhamduillah dan terima kasih saya ucap tidak terhingga kepada pihak penerbitan
dan juga kepada yang menyokong saya. Sebelum saya mengulas secara ringkas
tentang kisah saya, saya mahu kita semua cuba renungkan dan mari berfikir
sejenak.”
“ Bila sebut perkataan puasa mesti terlintas
dibenak fikiran kita bahawa puasa itu menahan diri dari berlapar dan dahaga
serta perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja kan? Itu pada hakikatnya, tapi
jika kita menghayati dengan betul-betul, sebenarnya puasa itu memerlukan satu
jihad iaitu untuk menentang atau melawan sesuatu perkara yang tidak baik bagi
mempertahankan sesuatu yang elok. Kenapa saya kaitkan jihad dengan puasa? Kerana
jihad dan puasa memerlukan satu matlamat yang sama iaitu menentang atau melawan
nafsu dari melakukan sesuatu dari yang tidak elok kepada sesuatu yang elok.
Tapi ini bukan berjihad yang perlu berperang dengan senjata. Ini jihad untuk
menentang musuh dalam diri kita sendiri.”
“ Iaitu hawa nafsu kita, jika kita tak kawalnya
dengan baik tak mustahil kita akan terjebak kepada sesuatu yang jahat. Puasa
itu bukan untuk waktu Ramadan sahaja, semata-mata menahan makan dan minum.
Berpuasa juga kita boleh diertikan sebagai menahan nafsu dari terus melakukan
perkara-perkara yang tidak elok. Contoh masa kita nak berpuasa atau bersolat
kalau kita tak tahan diri kita dari termakan hasutan nafsu kita sendiri
mustahil kita dapat jalani ibadat itu. Betul tak?”
“Kembali pada cerita asal. Kisah ini memang kisah
yang saya alaminya sendiri. Pengalaman menjadi relawan di negara Afrika
betul-betul mendatangkan satu keajaiban buat diri ini. Banyak kejadian-kejadian
yang menyayat hati telah mengubah diri ini kepada seorang yang lebih baik. Dan
terpikat dengan jejak si kopiah putih pun salah satu faktor kepada Miss Afrika
berubah. Semuanya saya sudah cacatkan di dalam buku ini. Marilah sama-sama kita
mengambil iktibar.”
Sebaik menghabiskan sesinya yang panjang lebar itu
Afrina tersenyum puas, bila cacatan peribadi penulisannya mendapat sambutan
dari masyarat luar sana.
“Terima kasih ya, Allah kerana Kau telah memilihku
sebagai seorang hambamu. Peristiwa yang berlaku di Afrika benar-benar
menginsafkanku. Rencana Kau memang hebat ya, Allah. Engkau utuskan dia sebagai
wasilah kepada aku untuk kembali kepada RahmatMu. Aku masih teringat lagi
kata-kata si dia.” Afrina cuba membuka memori silam.
“Pernah tak Afrina terfikir kenapa Allah
mentakdirkan Afrina ke sini? Nama pun dah dekat Afrina dan Afrika. Mungkin di
sini Allah mahu memberi satu hadiah yang tiada siapa ketahui termasuklah diri
Afrina sendiri, tak gitu?”
“Ya abang, memang betul kata-kata abang. Melalui
pengalaman di sanalah AF memperolehi satu anugerah yang tidak ternilai harganya.
Satu kesedaran tentang kekhilafan diri ini tak akan AF lupakan. Sungguh besar pengalaman itu buat
AF.”
Afrina berdiri untuk memenuhi permintaan
peminatnya yang mahu bergambar dengannya. Ketika pungungnya mahu mencecah
kerusi dia dilanggar oleh seseorang lantas dia menoleh ke belakang. Dia
tercengang seketika melihat kanak-kanak yang
melanggarnya itu, berkopiah putih membuat hatinya bergetar teringatkan mamat si
kopiah putihnya. Bila tangannya mahu menyentuh pipi budak itu, budak itu terus berlari
menghilangkan diri celahan orang ramai. Dia tersenyum sendiri.
Sedang dia sibuk menanda tangani karya-karyanya
yang sudah dibukukan, ada suatu suara yang amat dia kenali menegurnya. Lantas
dia mendongak. Alangkah terkejutnya dia, bila sangkaannya memang betul. Lelaki
yang menjadi pujaan hatinya telah muncul setelah 3 tahun menyepi tanpa khabar
berita.
“Apa aktiviti Afrina sekarang ni?” suara Umar
Fawwaz sebaik sahaja mereka selesai memesan makanan.
“Insya –Allah kalau tak de halang yang mendatang, AF
akan berangkat ke Sudan dua bulan lagi. AF nak merasa berpuasa di sana, sebelum
ini AF tak sempat pun nak merasa.” Jawab Afrina cuba memaniskan muka untuk
menyembunyikan perasaannya berdebar-debar di dalam.
“ Abang Umar buat apa sekarang? Papa cakap abang
dah tak join sukarelawan dah, betul ke?”Soal Afrina kembali.
“Aah dah 2 tahun abang berhenti sebab masa tu, mak
abang sakit. Dia suruh abang kerja dekat Malaysia. Sekarang alhamduillah dia
sudah sembuh, abang hajat nak sertainya balik.” ujar Umar tenang.
“Abang cadanglah, baik AF sambung kisah Miss
Afrika yang tergendala tu, mesti peminat tak sabar nak tahu kesudahan kisah Miss
Afrika tu?” Suara Umar setelah mereka senyap seketika.
Afrina mengerut dahinya tanda tidak memahami
maksud kata-kata Umar Fawwaz sebentar tadi. Dia merenung wajah lelaki itu
dengan harapan lelaki itu menjelaskannya secara jelas. Umar Fawwaz menundukkan
pandangannya bila panahan anak mata Afrina menikam wajahnya. Terasa sedikit
gelisah yang bergelora di hatinya.
“Setiap yang hidup diciptakan berpasang-pasang, tapi
dalam kisah Miss Afrika, Miss Afrika tidak bersatu dengan mamat si kopiah
putihnya. Afrina tak nak satukan mereka ke?” Jelas umar bila kembali menatap
wajah yang ayu bertudung itu.
Afrina tersenyum sambil menggaru lembut pipinya.
Kemudian dia menggeleng tanda tidak mahu.
“Kenapa?” Soal Umar Fawwaz sedikit cemas.
“ Itukan kisah benar, AF tak tahu dia sekarang
masih bujang atau sudah berpunya.” Jawab Afrina dengan suara tergetar sedikit.
“Afrina, kalau abang nak tanya sesuatu boleh ke?”
tanya Umar Fawwaz perlahan.
Afrina mengangguk.
“Mamat si kopiah putih tu, abang ke? Kalaulah
abang yang dimaksudkan AF dalam cerita itu, jadi abang bolehlah merealisasikan
impian Miss Afrika tu kan?”
“Jadi sudi tak Miss Afrika menerima Mamat si
Kopiah Putih?”
Afrina jelas terkejut dan tidak menyangka akan
perkara ini. Dia betul-betul gembira akhirnya
dia betul-betul dilamar oleh mamat si kopiah putih, bagaikan pucuk dicita ulam mendatang dengan perlahan-lahan
dia mengangguk tanda setuju.
“Sayang, abang ada satu rahsia nak bagitahu sayang
ni?” Suara Umar Fawaaz sambil menolak troli yang berisi beg pakaian untuk
memasuki pintu utama KLIA.
Terkerut-kerut dahi Afrina. Dia memaut bahu Umar,
agar suaminya yang baru seminggu itu, berhenti.
“Abang sukakan sayang , masa sayang peluk abang
masa dekat Sudan hari tu lagi. Tapi abang abaikan sahaja.” Ucap Umar Fawwaz
sambil mengenyitkan sebelah mata.
“Abang!” jerit Afrina perlahan lalu menepuk lembut
bahu suaminya itu.
Umar Fawwaz tersenyum lembut sebelum meneruskan
bicaranya.
“ Tapikan sayang, kenapa sayang tak bagitahu abang,
tentang perasaan sayang yang pendamkan selama ini tu, kepada abang awal-awal?
Kalau tak, dah lama abang masuk meminang.”
“Malulah, lagipun kita ni siapa, solat dan puasa
tak pernah cukup. Lepas tu masa orang tu bagi bagi tazkirah, orang tu ada cakap “tiada lelaki di dunia ini mahukan
isterinya tidak elok perangai. Nak cari isteri mesti yang beragama baru berkat
hidup. Terasa tahu!”
Umar fawwaz tergelak lantas memicit hidung
isterinya. Afrina mencebik lalu tersenyum bahagia dibahu suaminya. Dia sangat
bersyukur kerana dia ibarat seorang bayi yang baru dilahirkan semula. Dengan langkah penuh dengan keyakinan dia akan
terbang ke Sudan kembali bersama dengan insan yang pernah bertahta di hatinya
dari dulu hinggalah sekarang sebagai seorang sukarelawan dan juga seorang
isteri kepada Umar Fawwaz.
Kini lengkaplah kisahnya, Miss Afrika dan Mamat si
Kopiah Putih akhirnya bersatu jua.
“Sudan tunggu kedatangan kami.” Desis hati kecil Afrina
dengan semangat serta azam baru bersama suami tercinta.
4 comments:
heheheh... suka... sweet ja cerita miss afrika dgn mamat si kopiah putih tu. :)
Dalam kita bersuka ria, bersenang lenang ada yang 'berperang' untuk hidup...
@anis farzana
huhu swet ke? terima kasih...
betul tuh dalam kita bersuka ada yg berduka....
hurm baca cerita ni, terkenang nasib saudara kita di roghiya... :'(
tahniah writer.. =)
@tia syukran ;)
Post a Comment