Saturday, 30 June 2012

ISTERI UNTUK SUAMIKU



 Petang  yang damai dan tenang itu, sengaja aku habis  masa  dengan menyajikan pandanganku  melihat gelagat-gelagat anak-anak terbiar berhibur sesama sendiri, bersorak ria bergelak ketawa tanpa menghiraukan masyarakat sekeliling, yang sentiasa memandang hina terhadap kami. Pada mata kaca mereka, kami ini ibarat sampah masyarakat membazirkan kehidupan waktu dengan aktiviti liar yang tidak berguna.  Mencuri, merompak, sudah jadi lumrah kehidupan seperti kami.  Di kawasan Lorong Pesta yang terletak di negeri Selangor agak  terkenal dengan kawasan anak-anak terbiar. Walaupun kehidupan kami seperti itu tapi hubungan sesama kami agak rapat. Segala hal kami akan dilakukan bersama-sama. Kadang-kadang aku merasakan agak  menyampah dan bosan  dengan kehidupan seperti ini. Aku dapat rasakan bahawa  jiwaku ini terlalu kosong dan ketandusan  kasih sayang dari ibubapa.
“Ayah,Bapa,Dady,Abah”
 Perkataan itu tidak pernah keluar dari mulutku langsung dari hari pertama aku lahir ke dunia ini sehinggalah sekarang. Aku berbintikan nama ibuku sendiri bukannya ayah. Menurut ibuku, dia sendiri tidak tahu hendak meletak siapa nama bapaku kerana dia tidak tahu aku ini dari benih siapa yang menghamilkannya. Cukup hinanya diriku ini.  Aku ada juga terfikir mahu berhijrah dari kehidupan seperti neraka ini ke arah yang lebih tenang. Tapi  aku sendiri tidak tahu bagaimana caranya.
“Arghh!!! serabut dengan kehidupan seperti ini.” Aku mengeluh kasar sambil meramas kuat dahiku.
Sedang aku berkelakuan sedemikian, tiba-tiba hati kecilku berbisik  ada sepasang mata sedang memerhatikan diriku yang berpakaian seperti jantan ini. Lantas aku memalingkan tubuhku.  Namun sayang pemilik sepasang mata itu sudah pun berlalu pergi dengan sebuah kereta menyusuri jalan raya.
“Tolong lepaskan saya. Lepaslah”
 Tatkala itu aku terdengar suara gadis terpekik meminta tolong untuk dilepaskan.
“Hmm.. tak habis-habis, mesti mereka dah dapat mangsa.” Omelku lantas bangkit dari tempat dudukku sambil menepuk sedikit bontok yang dipenuhi debu lalu menuju ke arah sekumpulan remaja lelaki yang cuba mengusik seorang gadis yang lengkap bertudung labuh.
“Hoi,hoi.. dah lah tuh. Dah nak maghrib, takkan korang nak buat kerja terkutuk tu lagi. Lepaskan dia.”  Sergah ku sambil menaikkan sedikit cap yang menutupi wajah ku ini.
“ Alah kak Z , kami nak rasa yang bertudung pula. Bagilah peluang” rayu salah seorang dari geng budak lelaki itu.
“Tak payah nak rayu merayu pujuk memujuk, aku tak mahu aku dah muat. Lepaskan budak tu sekarang! Sebelum aku karate korang semua.” Ugutku serius.
“Kesian pulak aku lihat minah yang bertudung labuh ni, air matanya keluar mencurah-curah. Budak ini tak bersalah apa-apa.  Auratnya pun terjaga dengan rapi. Memang dasar lelaki jalanan.” Kutuk  ku  didalam hati.
“Aku kata lepaslah. Sebelum aku panggil geng aku datang.” Marahku lagi dengan muka serius.
“Tak sporting betul kak Z ni. Tak pe, kali ni kami lepaskan, tapi ingat lain kali jangan harap kami nak takut dengan ugutan akak tu. Dah jom blah.”
“Ka..kak terima kasih banyak-banyak kerana menyelamatkan maruah saya tadi.” Ucap gadis itu tersedu-sedu selepas kelibat geng remaja tadi sudah beredar dari situ.
Aku menoleh ke belakang bila mendengar suara sendu gadis itu. Hatiku tiba-tiba menjadi sebak dan pilu bila melihat air matanya meleleh dipipinya bersama esakan tangisannya akibat ketakutan yang amat sangat.
“Tak pe. Hal biasa lah. Aku tolong pun sebab kau kaum aku jugak kan. Rumah kau kat mana? Berani betul kau jalan sorang-sorang senja-senja begini.” Omel ku berjeda untuk menyembunyikan perasaan kesianku kepadanya.
“Rumah saya dekat dengan Jalan Masjid.” Bagitahu gadis itu sambil mengemaskan tudungnya serabai itu.
“Oo aku kenal.  Dah mari aku teman kan, kau balik rumah.” Pelawaku ramah.
“Kak siapa nama?” Tanya gadis itu memecahkan suasana sepi di antara kami ketika dalam perjalanan ke rumahnya.
“Hah!  Hmm Zana. Panggil  Z je. Kau nama apa?  Mesti kau ni anak pak imam kan, tak pun  anak ustaz sebab bertudung labuh bagai ni kan .” soalku kembali sambil memandangnya dari atas ke bawah.
“Nama saya Nurul Ain. Panggil Ain. Kedua-duanya sekali kot akak.” Jawab gadis itu sambil tersenyum manis kepadaku.
“Beruntung betul nasib kau.” balasku sahaja lalu memalingkan pandangku ke hadapan semula.
“Kenapa kak Z cakap macam tu? Semua makluk yang diciptakan Allah ada rahmatnya masing-masing. Cuma kita je yang mahu mengubahnya atau tak.” Terang gadis yang bernama Nurul Ain itu sambil berjalan pantas untuk menyaingi langkahku.
“Dah nama anak pak imam dan ustaz kan, kerjanya asyik nak ceramah je kan.” Rungutku pada gadis yang bernama Nurul Ain itu.
“Maaflah kalau akak terasa. Bukan maksud Ain nak ceramah dekat akak. Ain tahu akak seorang yang baik.” tutur Ain berhemah.
“Bukan semua dapat terima nasihat kita. Betul kata Abi untuk mendakwah orang bukannya mudah. Aku perlu tabahkan hati ku dan kuatkan semangat.” Katanya lagi tapi hanya dalam hati.
“Kita dah sampai dah kakak.”
 “Tak kan terasanya aku.” Pangkahku sambil tertinjau-tinjau keadaan rumah gadis itu.
‘Eh kau tinggal dalam kawasan sekolah pondok ke?” soalku lalu memandang wajah ayunya.
 “Aah.. pondok tu kepunyaan datuk saya. Jemput masuk dululah kak. Bolehlah singgah solat dulu.” pelawa Ain.
“Ceh terasa aku. Mentang –mentanglah aku tak tahu solat.” cemuhku dalam hati.
“Tak pelah, aku chow dulu ya. Daa..”
“Akak terima kasih sebab sudi selamatkan saya!!”
Langkahku terhenti bila terdengar  budak yang bernama Nurul Ain melaung padaku. Aku tidak menyahut hanya melambaikan tangan kananku tanpa menoleh ke belakang .
“Ain siapa budak laki tu.” tanya Umi Khaleja emak kepada Nurul Ain tiba-tiba muncul dari belakang.
“Ish ..umi ni, bukan laki tapi perempuanlah.” Jawab Ain lembut.
“Perempuan apa ke bendanya, nampak macam jantan je ummi tengok.” Duga Umi Khaleja seakan tidak percaya
“Betullah umi. Tak kan Ain nak tipu umi pula. Dia paling berjasa pada Ain hari ni.” Beritahu Ain beria-ia sambil memeluk bahu Umi Khaleja yang terpinga-pinga.
~~~~~~~~~~~~~~
Selesai dari tazkirahnya tadi. Nasrul pulang ke rumahnya yang beberapa tapak dari pondok untuk merehatkan dirinya. Perjalanan dari Pahang ke Selangor dari petang tadi amat memenatkan badannya. Menjadi rutin setiap petang jumaat dia pulang ke rumah orang tuanya selepas habis kerja. Dia seorang pensyarah di KIPSAS negeri Pahang dan menjadi ustaz separuh masa di pondok milik ayahnya sendiri. . Sofa yang empuk di ruang tamu rumahnya menjadi tempat beraduannya. Tanpa disedari dia terlelap seketika.
“Ahmad Nasrullah kalau nak tidur, kat bilik sana.” Abi Khalid menegur dengan lembut anak lelaki tunggalnya itu. Dia tahu anaknya itu sangat kepenatan.
“Ya Allah maaf abi. Nasrul tak sedar bila masa Nasrul terlelap.”  Nasrul meminta maaf bila terdengar suara abinya.
“Tak pe abi faham. Sudahlah pergi tidur, pagi esok Abi nak Nasrul jadi imam untuk solat qiamulail.
“Insya Allah abi.” ujar Nasrul pandangan masih disusuk tubuh abi Khalid yang sudah dimamah usia itu sehingga hilang kelibat.
“ Siapa dia? Sampai terbawa dalam mimpiku . Ya Allah kenapa aku ni. Hebat sungguh godaan syaitan yang dilaknatMu.” keluh Nasrul sambil meraup mukanya berkali-kali.
~~~~~~~~~
“Zana kau buat lagi? Cepatlah, nanti pak cik kau marah kalau kau lambat.” Sergahan dari ibu mengejutkan lamunanku. Semenjak ibuku berkahwin dengan seorang lelaki bernama Roy si ketua pengedar dadah. Kehidupan kami anak beranak menjadi lebih haru biru. Lelaki itu merangkap bapak tiri aku sering kali mengugut aku. Kalau aku mahu mengambil barang edaran dengan uncle John rakan kongsinya, ibu aku pasti dikerat-keratnya.
“Ibu jelah pergi, Zana malaslah nak amik benda dia tu. Dia tak mahu pergi ambik sendir. Bijak sungguh dia. Kalau tertangkap nanti, bukan dia yang kena tapi Zana dan ibu yang kena.”
“Kau cakap apa Zana . Tak terdengar  telinga aku. Hoiiii! Anak zina uncle John dah  nak sampai. Baik kau pergi ambik. Kalau tak aku bunuh mak kau sekarang juga.” Laungan bapak tiriku membingitkan teling serta hatiku.
“Dasar jantan tak guna. Benci betul aku dengan jantan tak guna tu.” gerutuku dalam hati.
“Hello, amoi manyak punya cantik maa. Mana bapaknya? Soal Uncle John dengan longat bahasa chinanya sebaik terlihat kelibatku menghampirinya.
“Pergi mampus! Mana bendanya uncle.” Jawabku kasar sambil menadah tangan.
“Ayooo, manyak punya marah budak ni woo.”
“Suka hati unclelah.” Jawabku malas bila melihat uncle John cuba bergurau denganku.
 Setelah mendapatkan benda itu, dengan malas aku mengatur langkah untuk pulang ketika dipertengahan jalan ke lorong rumahku aku terjumpa dompet seseorang.
“Wah, ada rezeki jatuh dari langit lah! Mintak-mintak banyak.”  kataku sendiri tersenyum riang sambil membuka dompet milik entah dari siapa.
“Wow..  banyak gila. Mesti orang kaya ni. Eh jap, macam nak kenal je budak perempuan ni. Lah minah tudung labuh semalam ke? Kontai aku nak amek.” Tiba-tiba rasa bersalah terbit dihati kecilku.
~~~~~~
“Ding!Dong!”
 “Ain oo Ain?” Laungku selepas beberapa kali menekan loceng rumah yang berdekokan kayu kayan yang cantik itu.
“Assalamuaikum anak? Nak cari siapa ni?” Sapa seorang mak cik dalam lingkungan 40-an dengan lembut dan riak mukanya tersenyum.
“Tak elok anak gadis melalak memanggil orang?” sambung Umi Khaleja lagi. Dia yang sedang menyiram pokok-pokok  tersentap bila terdengar suara seseorang yang bergema di hadapan rumahnya.
“Er.. maaf mak cik.” ujarku sambil menunduk sedikit wajahku kerana tersipu malu sendiri.
Umi Khaleja hanya tersenyum manis. Dia hairan macamana anak gadis tunggalnya boleh berkawan dengan anak gadis dihadapnya ini.
“Ya, anak nak cari Ain ke? Masuklah dulu. Sekejap ya, nanti umi panggilkan.”
“Wah sejuknya mata melihat wajah makcik ini. Kalaulah ibu aku seperti dia pasti hidup aku tak jadi macam ni.” Desis hatiku sambil melangkah masuk ke rumah yang tenang ini.
“Lama pulak si Ain ni? Naik lenguh kaki aku.” Bebelku sambil melabuhkan punggung ke kerusi batu yang terletak di sudut tepi rumah itu.
ALLAHUAKBARALLAHUAKBAR…
Tatkala telingaku menangkap kalimah itu hati kecilku tersentuh bagaikan ada satu suara yang berbisik.
“Lunaknya suara tok bilal ni?” ucapku tiba-tiba tapi hanya kedengaran oleh aku sahaja.
“Assalamuaikum kak Z . Maaf, Ain terlambat sikit. Ain ada kerja kat pondok tadi, sibuk menyuruh anak-anak pondak  pergi solat jemaah. Meh masuk akak.” Sapa Ain begitu teruja dengan kedatangan gadis yang pernah menyelamatkan maruahnya.
 Sapaan Ain mematikan lamuananku terhadap suara lemak merdu gerangan si muazan itu.
“Tak pe. Aku datang ni pun, nak kembalikan dompet kau semula.”
“Ya Allah syukurlah. Terima kasih akak. Seminggu Ain duk mencari ke mana hilang dompet Ain. Terima kasih akak.”
Aku melihat Ain menadah tangan lalu melurut kembali. Selepas itu memelukku erat-erat.
“Er …” lidahku kelu.
“Jom kak, kita solat asar sama-sama dekat pondok tu.”
 Ajakan Ain itu membuatkan aku serba salah dah dua kali dia ajak aku solat. Mana taknya solat pun  aku tak tahu macam nak solat. Apatah lagi dengan bacaan solat.
“Akak..akak sebenarnya…” Aku cuba mencari peluang untuk melepaskan diri.
“Tak pe. Ain faham. Nanti Ain tolong ajar.” Pelawa Ain mesra.
 Ain meninggalkan aku bersendirian di ruang tamu untuk ke dapur  sebaik sahaja pulang dari solat asar.  Sedang asyik memerhatikan keadaan sekeliling aku disapa oleh suara sesorang.
“Anak ni, nama siapa?” Tanya Umi Khaleja sebaik melabuhkan duduknya di sofa dengan badan masih membaluti kain sembahyang.
“Zana umi” jawabku perlahan.
“Ya Allah ..  betul ke?”
 Aku melihat wajah Umi Khaleja amat terkejut bila aku memberitahu namaku. Aku mengangguk mengiakan.
“Kalau umi nak tegur sikit boleh tak? Soal Umi Khaleja lagi. aku masih mengangguk.
“Maksud untuk nama Zana itu, tidak elok sayang. Maksudnya penzina.” Beritahu Umi Khaleja tenang.
Tersentap aku bila Umi Khaleja memberi maksud namaku sebenar. Rupa-rupa namaku memang sesuai untuk diriku ini. Anak si penzina.
“ Zana tak tahu umi. Zanaa…”  beritahuku cuba menahan sebak.
“Tak pe, umi faham. Apa kata umi bagi nama baru nak tak?”
Persoalan dari Umi Khaleja itu memaksaku untuk menatap wajah tenang itu.
“Haa, bagaimana kalau ummi panggil Umaira je? Maksudnya pun sedap. Kemerah-merahan sesuai sangat dengan wajah tuannya. Ujar Umi Khaleja dengan senyuman masih belum hilang.
“Umaira…” sebutku perlahan
“Kalau Maira nak tahu. Umaira itu gelaran Nabi kita SAW untuk isterinya yang bernama Siti Aisyah.”  Jelas Umi Khaleja yang sudah memanggil diriku dengan panggilan Maira.
“Assalamuaikum”
Wa’alaikumussalam, masuklah abang. Eh, Nasrul pun ada sekali ? Eloklah boleh kita makan sama-sama. Maira pun  makan sekali ya.” Ajak Umi Khaleja sambil memandang kearahku.
Aku mengalih pandangku pada mereka dihadapanku kini sambil tersenyum manis. Aku terpegun melihat  makhluk ciptaan Allah. Sungguh tampan sekali. Hatiku bergetar kencang. Namun sayang, dia tidak sesekalipun toleh ke arahku apatah lagi mahu membalas senyumanku.
“Umi makanan dah siap dihidang marilah.” laung Ain dari dapur.
“Siapa anak ini? Abi tak pernah tengok pun sebelum ini.” Soal Abi Khalid bila semuanya duduk di meja makan.
Belum sempat aku menjawabnya. Ain sudah pun menjawab bagi pihakku.
“Kawan Ain, abi. Dia nak tinggal kat sini, nak belajar agama. Bolehkan abi?” kata-kata Ain membuatku terkedu.
“Laa macam tu ke? Kenapa tak boleh. Abi alu-alukan, tak kira sesiapa pun asalkan ada niat mahu belajar agama. Abi raikan. Mak ayah kamu tak marah ke? Soal Abi Khalid kembali. Menyebabkan lidahku kelu untuk berbicara.
“Aah, Maira ibu bapa kamu dah tahu ke tentang hal ini?” Soal Umi Khaleja pula.
“Ah Maira? Ain tak silap dengar ke umi? Tanya Ain sambil memandang ke arahku. Dia keliru bila uminya memanggil Maira.
 Umi dah tukar nama. Umaira sedapkan nama itu. Sesuai sangat dengan empunya diri tambah-tambah bertudung pulak tu. Semakin cantik. “Umi Khaleja memuji diriku.
“Memang sesuai sangat. Betul tak abang?” Ain turut memujiku. Siap bertanyakan abangnya sekali.
“Hah? Hmm..”
  Nasrullah yang khusyuk menatap skrin telefon bimbitnya terkejut lantas mengangkat kepala sedikit untuk melihat gadis yang dia tidak kenali itu sekilas pandang, lalu menjatuhkan pandanganya kepada telefonnya kembali.
 “Abi tak kesah kalau Umaira nak tinggal dan duduk kat sini tapi kalau ibu bapa Umaira tak izinkan. Abi terpaksa suruh Umaira balik rumah.” Abi Khalid bersuara tiba-tiba.
“Se..sebenarnya mak saya balik kampung. Jadi dia tak kesah kalau saya nak kemana-mana.” jawabku gugup kerana telah menipu kedua orang tua yang baik hati lagi soleh ini.
“Tak pelah macam tu. Eh, apa lagi jemputlah makan! Jangan malu-malu. Nasrul baca doa.” Pelawa Abi Khalid dengan selingan gurauan.


“Kak. Itulah orang  yang akak tanya tadi.” Bisik Ain ke telinagku sambil meletak pinggan mangkuk disinki untuk dicuci olehku.
“Hah? Siapa?” Tanyaku tidak mengerti maksud Ain dengan menoleh sedikit mukaku untuk menatap wajahnya sekilas.
“Alah akak ini. Abang Nasrullah yang akak tanya pada Ain tadi. Siapa ustaz yang bagi tazkirah pendek masa Asar tadi, pasal wanita solehah hanya untuk lelaki yang soleh itu.” jelas Ain sedikit geram.
“Ooo … jadi dia jugalah yang mengimami solat kita tadi. Beruntung siapa dapat kahwin dengan dia kan?” Ujarku perlahan.
“Hah? Apa akak cakap?” Ain tidak mendengar bicaraku dan memintaku mengulangnya kembali.
“Er.. tak de apa-apalah.”
~~~~~~~~~~~~~~~
Sudah sebulan aku menjadi salah seorang warga Pondok Wardah ini. Setiap dua minggu sekali anak-anak pondok dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Anak-anak pondok lelaki dan perempuan memang diharamkan sesama sekali berjalan berdua-dua malah untuk memandang muka antara satu lain juga memang sukar. Abi Khalid begitu teliti dengan pergaulan anak didiknya. Di pondok ini hanya mengajar ilmu agama sahaja , ilmu akademik tidak diajar. Hanya tiga orang ustaz yang akan mengajar kami. Selain Abi Khalid, Ustaz Hafiz dan Ustaz Fauzi. Manakala ustaz Nasrullah akan mengambil setiap malam Sabtu dan pagi Ahad sahaja untuk sesi kuliahnya disebabkan dia sibuk mengajar diKIPSAS sebagai pensyarah bahasa Arab.

Bila tiba kuliah ustaz Nasrullah hatiku berbunga mekar. Setiap hari aku akan menghitung hari.
“Siapa yang tak mahu dah kacak pandai ilmu agama pulak.” Beranganku sendiri.
Seperti biasa waktu peang-petang begini Umi Khaleja dan Abi Khalid akan membebaskan anak-anak pondok dengan membuat aktiviti masing-masing. Ada yang bersukan dan ada juga yang berborak sesama sendiri. Aku tidak minat untuk menyertai mereka semua. Bagiku bersendirian melayan perasaan lagi elok dari bercampur dengan mereka semua.
“Umaira, kenapa tak main bersama mereka semua?” Sapa Umi Khaleja yang datang lalu menyentuh belakangku.
Aku kalih mukaku mengadap Umi Khaleja sambil mengeluh lembut.
“Ish tak baik mengeluh sayang. Ada masalah ke?”
“Umi.. Umaira banyak dosa. Umaira tak seperti umi sangkakan. Umaira jahat umi.” beritahuku dengan air mata yang mengalir keluar tiba-tiba.
 Umi Khaleja jelas terkejut aku menangis tiba-tiba dia menarik badanku ke pangkuannya erat sekali pelukan itu. Pelukkan seorang ibu.
“Syhh,  jangan menangis cuba cerita apa masalah Maira pada umi.” Umi Khaleja memujukku.
Kali ini, aku tekad tidak mahu menipu lagi. Aku tidak sanggup untuk menipu orang sebaik Umi Khaleja dan  Abi Khalid. Aku menceritakan kisah hidupku dari kecil sehingga sekarang. Sepanjang penceritaanku Umi Khaleja hanya mengusap lembut bahuku. Cuba bagi semangat untukku terus hidup dengan tenang.
“Kalau macam tu. Eloklah Maira pergi jumpa ibu Maira. Dia pasti rindukan Maira nak.”
Umi Khaleja tersenyum manis bila melihat gadis disebelahnya itu mengangguk tanda setuju untuk pulang ke rumah. Dia cukup kasihankan anak gadis itu. Dia tidak menyangka wajah yang lembut itu menyimpan rahsia sangat berat.
Dengan hati berbunga bahagia aku pulang ke diaman asalku untuk mengkhabarkan berita gembira pada ibu. Akhirnya impianku untuk keluar dari kehidupan nereka betul-betul tercapai. Sebaik aku membuka pintu rumah hatiku tersentap , bila aroma bau yang tidak menyenangkan semerbak. Keadaan rumah lintang pukang. Hatiku tiba-tiba diserang resah dan tidak tenteram. Aku berlari ke bilik ibu untuk mendapatkan ibu. Bila sampai betul-betul di depan kamar ibu lututku bergetar bila terlihat ibu mati dalam keadaan yang cukup mengaibkan dengan mata yang terbeliak dagingnya dimakan ulat. Aku menangis disamping jasad ibu.
“Ibu maafkan Maira kerana terlambat datang untuk menjemput ibu.” rintihku dalam tangisan.
Aku mengambil keputusan untuk meminta bantaun Umi Khaleja dan Abi Khalid bagi menguruskan jenazah ibu. Semasa dalam perjalanan ke rumah umi aku diganggu oleh geng anak-anak liar, bukan orang lain, geng budak liar aku juga.
“Hoi! geng tengok-tengok awek bertudung lah. Cun gila. Hai cik adik boleh berkenalan.”
 Aku mengeluh dengan sikap mereka yang masih tidak mendapat hidayah lagi dari Allah. Aku sempat berdoa dalam hati agar hati-hati mereka disinari cahaya iman suatu hari nanti. Namun belum sempat aku aminkan doaku. Mereka sudah bertindak kasar padaku. Mereka menolakku jatuh ke tanah.
“Hey… Apa korang buat ni.? Ini aku lah. Woiii!” aku menjerit. Namun sia-sia sahaja. Rayuanku tidak dipedulikan habis pakaianku dirobek mereka. Aku meminta pertolongan dariNya agar aku diselamatkan. Namun sudah terlambat. Maruahku sudah dinodai oleh manusia-manusia keji.
~~~~~~~~~~~~~~~~
“Umi dah sebulan kak Maira pergi kenapa dia tak datang-datang lagi.” keluh Ain sambil tertinjau-tinjau menanti kelibat Umaira.
“Mungkin dia sedang berkhidmat untuk  ibunya. Ibu dia lebih berhak dari kita Sabarlah sehari dua nanti dia akan kembali jugak. Umi Khaleja cuba memujuk anak gadisnya itu. Dia sendiri juga merindui anak gadis itu.
“Betul juga tuh. Harap-harap kak Maira tetap pendiriannya. Rindunya pada kak Maira ni.” Rintih Ain yang masih setia berdiri dip agar pintu rumahnya.
“Umi! Itu macam kak Maira.” Jerit Ain pantas meluru mendapatkan seorang gadis yang jalannya terhuyung- hayang.
“Ya Allah! Kak Maira kenapa ni?” Soal Ain cemas.
 Tetapi badanku tidak dapatku tamping lagi. aku betul-betul lemah kerana sudah lama aku tidak makan. Akhirnya aku pengsan dalam pelukan Ain.
“Dia sedang hamil empat minggu.” Kata seorang doktor perempuan bila selesai membuat pemeriksaan ke atasku.
“Hamil?” sebut Umi Khaleja perlahan namun sempat ditangkap oleh pendengaranku. Aku melihat Ain tercengang.
“Ya Allah, apa lagi ujian yang Kau kirim kan pada ku?” rintihku dengan linangan air mata.
“Sabar Maira. Sabar.” Umi Khaleja cuba memujukku. Dia mengusap lembut bahuku.
“Umi.. Maira dah tak de tempat hendak  dituju. Ibu             Maira.. sudah meninggal.. ujarku dengan suara bergetar sebak.
“Jangan bimbang, umi dan Ain akan jaga Maira…..”  kata-kata Umi Khaleja terhenti sekejap
“ ….  dan kandungan ini.” Sambungnya lagi seraya menyentuh lembut perutku.
“Maira tak nak anak ini lahir umi. Maira nak gugurkan.” Ucapku dengan suara yang sudah berubah nada benci.
“Jangan Maira! Maira perlu tahu, berdosa besar kalau kita bunuh anak yang tak berdosa ini.” Umi Khaleja memberi amaran tegas kepadaku.
“Kak jangan bimbang. Ain akan sentiasa bersama akak. Kita akan besarkan anak itu sama-sama. Bagi didikan agama yang secukup padanya. Insya-Allah, mungkin dia akan menjadi seorang yang soleh ataupun solehah.”
Kata-kata semangat dari Ain dan juga Umi Khaleja betul-betul menghidupkan jiwaku yang telah mati. Air mataku menitis lagi tapi kali ini menitis kegembiraan.
~~~~~~~~~~~~~~~
Aku meninggalkan kamar tidur Ain lalu melewati ke ruang tamu. Untuk  menenangkan fikiranku yang terlalu kusut untuk dileraikan. Aku memaku diriku ke luar jendela dengan memeluk tubuh.
“Apa yang akan terjadi dengan hidup aku nanti? Perut ini akan membuncit sekejap lagi. Macam mana aku nak hadapinya sendiri. Kenapa perkara ini berlaku padaku. Aku baru nak berubah tapi sudah terjadi macam ni. Aku tak kuat ya Allah aku tak mampu untuk diuji begini. Aku malu. Daripada terus begini baik aku mati sahaja.” luah demi luahan aku lepaskan bersama titisan air mata yang sedang mengalir laju.  
“Dah dekat maghrib tak elok termenung. Amallah sangat termenung tu, ia salah satu tabiat yang digemari oleh syaitan yang dilaknat Allah. Daripada awak termenung, lebih baik awak mengaji atau pun buat aktiviti-aktiviti yang berfaedah”
Lamunanku dimatikan. Lantasku membawa tubuhku menoleh ke belakang. Mukaku panas menahan malu kerana ditegur oleh lelaki yang ku minati secara senyap.
“Maafkan saya ustaz.” jawabku pendek sambil  menatap wajahnya yang sudah duduk menatap surat khabar.
“Minta maaf  pada saya tak de guna. Minta ampun dengan Pencipta baru betul.” ujar Nasrul dingin.
Bibirku ku kemam. Tak dapat membidas setiap kata-katanya. Ideaku mati. Siapalah aku hendak dibandingkan dengan dia yang berilmu tinggi. Impianku hendak bersuamikan lelaki macam dia terkubur terus disebabkan kandung ini.
“Saya minta ke pondok dulu ya, ustaz.” Aku meminta izin untuk ke pondok.
“Assalamuaikum.” Hatiku berdebar hebat dan tidak keruan bila berdua-duaan dengan dia. Aku melangkah keluar sebaik sahaja memberi salam kepadanya. Namun salamku tidak ada respon  darinya.
“Abang ada nampak kak Maira tak? Tadi ada kat bilik, tiba-tiba hilang pulak.” tanya Ain sambil tercari-cari kelibat Umaira.
“Dia ke pondok.” jawab Nasrul ringkas.
“ Ain abang nak minta tolong Ain ni!” Nasrul sempat lagi memanggil adiknya sebelum sempat adiknya itu mahu keluar untuk ke pondok  
“Apa dia?” soal Ain dengan wajah berkerut.
“Tolong nasihatkan kakak angkat Ain tu. Jangan asyik termenung sahaja tak elok. Lepas tu jaga aurat sikit. Beritahu dia jangan sesuka hati nak selising lengan baju depan orang mahram padanya.” Ucap nasrul memberi nasihat yang amat berguna terselit sindiran.
“Abang ni…. dia baru nak belajarkan. Yang abang gatal-gatal nak tengok kenapa.” perli Ain sambil tersengih membuatkan Nasrul merenung tajam ke arah adiknya.

“Akak,  pesan seorang ustaz ni. Dia kata tak guna kita berpakaian lengkap, tapi masih selising lengan baju, tetap nampak aurat.”  Ain bersuara tiba-tiba kepadaku sebaik sahaja aku keluar dari bilik air yang baru selesai mengambil wudhuk.

“Siapa Ain?” Soalku pantas ingin mengetahui siapa orang yang menegurku.
Alah tak kan kenal ustaz Ahmad Nasrullah. Ustaz kesayangan kakak kan.” ujar Ain tersengih sambil menaikkan keningnya berkali-kali.
“Ya Allah mesti kejadian petang tadi. Aku terlupa nak jatuhkan balik lengan bajuku selepas amik wudhuk tadi. Patutlah dia tak pandang tadi. Ampunkan aku ya Allah.”
“Hah beranganlah tuh.” Sergahan berbaugurauan dari Ain lantas mengejutkanku. Secara spontan tanganku telah mencubit pehanya.
“Auchhhhh....”
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~````
Fikiranku semakin kusut. Aku tahu pasti perutku ini akan membesar dalam tempoh beberapa bulan ni. Hari ni cukup 2 bulan usia kandunganku.
“Ya Allah, macamana kalau anak-anak pondok yang lain dapat tahu. Mesti mereka akan pandang hina dekat aku. Ah, macamlah aku tak biasa kena hina! Tapi macam dengan reputasi pondok ni. Mesti masyarakat akan memandang serong. Apa yang harusku buat ni?” Rungutku sendirian sambil mengusap perutku.
Sedang aku mengeluh sendiri aku terpandang pisau ditanganku yang ku gunakan untuk mengupas epal. Tiba-tiba ada satu bisikan yang mendorongku untuk membunuh diri. Tanpa berfikir panjang aku mengelar urat lenganku. Aku cuba bertahan dari kesakitan dibenakku hanya nampak satu jalan iaitu mati.
“Maira!”
Aku terdengar seseorang menjerit memanggil namaku sebelum mataku terpejam rapat.
“ Maira.. kenapa Maira buat benda terkutuk ni.” Soal Abi Khalid lagaknya seperti seorang polis.
“Maira tak nak maruah umi dan abi tercemar disebabkan Maira.” Terangku sejujurnya.
“Umi tak nak Maira lakukannya lagi.” kata Umi Khaleja pula sambil memelukku.
“ Tak berbau syurg,a kalau kita membunuh diri Maira. Abi nak Maira ingat tuh.” Ujar Abi Khalid tegas.
“Habis bagaimana dengan kandungan ni abi, umi? Takkan Maira nak lahirkannya tanpa seorang ayah. Maira tak nak anak ini lahir, mempunyai nasib yang sama seperti Maira. Maira tak nak.” Ucapku dengan amukan.
“Maira sabar dulu. Nanti abi dan umi akan cari ikhtiarnya. Abi Khalid cuba menenangkanku sambil melurut janggutnya yang sudah berwarna putih itu.
Titisan air matku semakin berlagu. Aku juga turut melihat Ain tidak terkutik dari tadi dia asyik mengesap air matanya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Abi nak Nasrul kahwin dengan Maira hujung minggu ni.” Kata Abi Khalid tegas sebagai perintah yang wajid ikuti.
“Apa maksud abi ni? Jihad Nasrul untuk mendakwah pada masyarakat tak sempurna lagi abi. Soal Nasrul kembali. Dia terkejut dengan rancangan Abinya secara tiba-tiba.
“Abi tahu, Nasrul suka berjihad. Kahwin itu pun dikira berjihad. Mendidik isteri dan anak-anak adalah satu amanah yang paling besar yang dikurniakan Allah untuk kita sebagai kaum lelaki Nasrul.” Pujuk Abi Khalid dengan harapan anaknya itu bersetuju untuk dikahwinkan.
“Umi…” Nasrul cuba menraih simpati dari Umi Khaleja.
“Cukup Nasrul. Abi tak mahu dengar apa-apa alasan dari Nasrul. Lagipun kamu dah cukup umur nak kahwin. Tahun depan umur kamu dah nak masuk 29. Kamu masih nak kat tak bersedia lagi ke?” marah Abi Khalid.
“Nasrul terus membisu. Dia menunduk memandang lantai.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Majlis perkahwinan aku dan ustaz Nasrul terlalu ringkas tiada majlis persandingan hanya majlis akad nikah sahaja. Perkahwinan kami hanya keluarga abi dan umi serta beberapa orang ustaz yang tahu.  Perkahwinan ini dirahsiakan atas permintaanku sendiri. Aku tak mahu ustaz Nasrul dipermalukan disebabkan aku.
Malam itu aku tiba-tiba haus. Aku melewati kamar abi dan umi. Tanpaku sengaja aku tedengar perbualan antara abang Nasrul dan ibubapanya.
“Kenapa abi buat Nasrul macam ni? Nasrul tak yakin dapat bimbing dia abi, umi. Kan ada hadis Nabi yang berbunyi. Kalau kita nak cari isteri mesti berketurunan baik.  Diakan anak tak tahu asal usul tambahan pula anak yang dikandung tu pun tak tahu anak siapa. Macamana Nasrul nak hadapi dia.”
Hatiku bagaikan dihiris sembilu bila kalimah itu menutur dari bibir ustaz Nasrul. Memang aku gilakanya. Tapi tak guna jika aku sorang yang mencintainya.
“Abi tahu semua tu. Nasrul perlu ingat jika seorang lelaki itu dapat membimbing isterinya ke arah yang benar dan diredhai Allah. Apatah lagi membelanjakan hartanya untuk keluarganya besar pahalanya. Tak kesahlah stastusnya yang paling penting dia mahukan ilmu agama. Abi yakin kamu boleh lakukannya. Buat masa ni abi nak Nasrul pertahankan dia. Ajar dia ilmu agama. Dia perlukan bimbingan. Dia perlukan seorang guru dan suami, orang itu adalah kamu Nasrul. Ingat kalau bukan jodoh kamu dan dia pasri kamu berdua tak kahwin malam ni, tengok majlis berjalan dengan lancar walaupun tak sempurna. Maknanya Allah sengaja pilih kamu untuk menjaganya. Berjela Abi Khalid menasihati anak lelakinya itu. Sebagai seorang ayah sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan Nasrul tidak mempersia-siakan Umaira.
“Ya Nasrul. Umi percaya yang Nasrul dapat jaga dia sebaik mungkin. Jadikan dia seorang muslimat sejati.” Tambah Umi Khaleja pula.
Nasrul mengeluh perlahan. Abi Khalid mendekati anaknya.
“Sabarlah mungkin ada himakhnya. Pergilah jumpa dia. Dia sekarang hak kamu.”
Bila terdengar abi Khalid menyuruh ustaz Nasrul pergi berjumpa denganku. Aku cepat-cepat berlari memasuki kamar dan berlagak tidak tahu apa-apa. Walaupun hatiku sudag dirobek. Aku cuba menguatkan diri untuk menghadapi ustaz Nasrullah yang kini sudah bergelar suamiku yang sah kini.
“ Abang Umaira tak nak minta lebih dari itu, abang." Aku bersuara sebaik sahaja dia menerpa masuk ke bilik. Aku melihatnya membuka songkak di kepalanya dan  melabuhkan punggung atas tilam kami.
" Kalau abang jijik untuk sentuh badan Maira, pandang muka Maira, tak ingin mencintai dan menyayangi diri ini, Maira tak kisah. Tapi satu sahaja Maira pinta dari diri abang yang sudah bergelar suami Maira. Tolong ajari ilmu agama pada Maira. Maira berharap sangat untuk menjadi muslimat yang sejati disisi Allah.” Pintaku berjeda sambil menatap susuk tubuh sasanya yang sudah berbaring membelakangiku.

Nasrullah terkesima dengan kata-kata dari isterinya. Dia tahu isterinya itu tidak bersalah dalam hal ini. Namun dia cuma insan biasa. Susah untuk dirinya menerima gadis itu sebagai isteri. Berstatuskan anak luar nikah dan kesuciannya telah diragut oleh lelaki yang bukan bergelar suami. Macammana dia dapat terima itu semua. Setiap lelaki pasti inginkan isteri keturunan yang baik, maruah terjaga. Yang paling penting bagi dirinya, dia tak mahu keturunannya lahir dari rahim perempuan keturanan anak luar nikah.
“Abang  dah tidur ke?” Tanyaku pada dirinya lalu melabuhkan punggungku dibirai katil.
“Ah macam mana nak hidup macam ni, cakap pun tak mahu apatah lagi memandang. Sakitnya hati bila kahwin dengan orang yang terpaksa menyudikan dirinya untuk berkahwin dengan diriku ini.” Keluh hati kecilku.
“Abang saya minta izin nak tidur dibilik Ain ya.” pintaku dengan harapan dia tidak tidur lagi.
Nasrullah yang tidak dapat melelapkan matanya terus memusingkan badannya  ke arah isterinya lalu memaut kasar lengan Umaira.
“Jangan nak mengarut.” Marah Nasrul kasar. Membuatkan aku yang berada sisinya terkejut dengan tindakan spontannya itu.

“Abi, umi, Nasrul kena seminar dua minggu dekat Johor. Jadi kuliah Nasrul nanti, abi suruh ustazah Qatrunnada’ gantikan ya. Nasrul bersuara tiba-tiba memecahkan suasana sepi itu ketika kami semua sedang menjamu sarapan pagi.
Aku hanya memdiamkan diri. Bila nama ustazah Qatrunnada’ meniti dibibir suamiku hatiku terusik pilu.
Ain melihat berubahan  pada wajah kakak iparnya itu. Hatinya juga terusik sedih. Dia tahu antara abang dia dan kakak iparnya masih tidak serasi sebagai suami isteri.
“Nasrul tak nak bawak maira sekali ke?” Tanya Umi Khaleja tiba-tiba.
Pertanyaan cepucemas dari umi memaksaku untuk memandang suamiku dihadapan. Mata kami bertentangan seketika.
“Tak!”  hanya satu patah perkataan sahaja terpancul dari mulut Nasrul
“Laa… kenapa tak bawak? Boleh pergi bulan madu terus macamana abinya?” Umi Khaleja tersenyum manis ke arahku. Riak mukaku merah menahan malu.
“Elok benar tu Nasrul. Bawaklah isteri kamu tu.”
Perkataan bulan madu telah mencincang-cincang lenyai hatiku. Bagiku tiada istilah bulan madu bagi perkahwinan kami. Hendak berbulan madu pandang pun tak ingin.
“Tengoklah macamana nanti.” jawab Nasrul dengan nada suara dingin.
Aku membuka pintu kamar bilik kami. Aku melihat suamiku sedang  mengemaskan pakaianya. Aku mengambil tempat dibirai katil yang bertentangan dengannya, aku tahu dia tak mahu aku mendekati mahu pun menyentuh dirinya.
“Nak saya bantu?” Perlawaanku tidak diendahkan.
“Abang janganlah risau, saya tak akan ikut abang. Pasal umi dan abi tu saya sudah ada jawapan untuk menolak permintaan mereka itu.” ujar ku lembut cuba meraih pandanganya ke arahku. Namun sia-sia. Ustaz Nasrul masih tidak menunjukkan reaksi mahu berbicara denganku.
“Abang pergilah dengan hati yang tenang. Saya akan sentiasa doakan abang.” Perbicaraanku tidak dijawab kembali hatiku sedih. Lantasku bangkit dan menuju kebilik air.
Nasrul memandang isterinya itu. Dia tahu isterinya sedih kerana dia tidak mempedulikan sebaik sahaja dia melihat kelibat iseteri muncul dari bilik air dia meneruskan kembali dengan tugasnya.
“Ini berus dan ubat gigi.” ujarku sambil meletakknya di tepi suamiku yang masih tekun berkemas. Aku tidak betah duduk berdua-duaan dengannya lalu aku terus keluar dari bilik itu.
“Ya Allah, ampunkan hamba mu yang hina ni. Maafkan aku Umairah. Bagilah masa untukku.” Doa Nasrul sebaik isterinya keluar.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Wah bagusnya ustazah Qatrunada’  sama hebat dengan ustaz Nasrulkan. Jika digandingkan mereka nampak hebat. Kalau dikahwinkan pula mahu tak bahagianya. Betul tak kak Maira.”
“Hah ya.ya”   Airmataku mahu menitis tapiku tahan kan agar ia tak terkeluar dihadapan mereka.
Semua anak-anak pondok berharap agar ustaz Nasrul dan ustazah Qatrunada’ disatukan. Mereka berdua memang sesuai jika dipadankan sama-sama keluaran ijazah dari Kaherah. Keluarga mereka pun sangat rapat.  Dia diminta untuk mengajar di pondok sebelum mendapat panggilan kerja.
“Maira kan?
Bila namaku diseru aku segera menoleh ke belakang. Aku kaget bila ustazah Qatratunnada’ menyapaku.
“Iya, saya ustazah. Pengisian kuliah ustazah tadi sangat hebat. Pujiku sambil merenung wajah ayu itu/
“Tapi tak sehebat awak yang berjaya mencuri hati si jejak penjihad.” Ujar Qatratunnada’ berbaur sindiran cemburu.
 Aku terpinga tidak mengerti maksud itu
“Maafkan saya, bukan niat saya mahu cemburukan awak. Tapi saya tak sangka awak wanita yang sangat hebat. Sebab berjaya mencuri hati Nasrul yang dingin itu.”
Penjelasan darinya menyebabkan mulutku sedikit terlopong.
“Jika ditakdirkan satu hari nanti rombongan dari abang Nasrul datang meminang ustazah. Adakah ustazah mahu menerimanya.” Soalku tiba-tiba cuba menebak hatinya.
“Hah! Apa yang kamu mengarut ni Maira?” Qatratunnada’ jelas kebingunggan.
“Macam ni lah ustzah. Saya rasa sudah masanya untuk saya berterus terang tentang kedudukan perkahwinan kami. Seperti yang ustazah sedia maklum hanya keluarga abang Nasrul dan keluarga ustazah saja yang tahu tentang hal ini.  Semua anak-anak pondok kat sini tidak mengetahuinya. Yang mereka tahu saya memang sudah bersuami tapi suami saya dah meninggal.”
 Aku  mula menceritakan perjalanan hidupku pada ustazah Qatratunnada’. Dia kelihatan betul-betul terkejut bila mengetahui hal sebenarnya.
“Macamana ustazah, nak terima atau tidak?” Pelawaku lagi.
 “Tapi Nasrul bukan seperti itu Maira. Percayalah.”
“Tak pe, saya sanggup bermadu dengan ustazah. Nanti bolehlah ustzah ajarkan saya ilmu-ilmu agama lagi.” aku cuba menghiburkan hatinya walaupun hati ini sudah sedia sedih.

“Abi, umi Maira ada nak minta tolong sesuatu ini.” pintaku lambat-lambat cuba untuk memujuk Abi dan Umi.
“Tolong pinangkan ustazah Qatrunnada’ untuk abang Nasrul.” Akhirnya terluah jua.
“Ya Allah Maira. Apa yang kamu cakapkan ni.” Marah Umi dengan nada masih lagi terkawal.
“Tolonglah umi abi, lakukan demi abang Nasrul. Selama ni banyak dan sanggup berkorban cintanya demi menyelamatkan maruah saya.  Tak salahkan kalau kita lakukannya. Lagipun Abang Nasrul dan Ustazah Qatratunnada’ saling suka sama suka. Kita je tidak tahu.” Luahku berjela menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri mereka.
“Apa maksud kamu ni, Maira abi tak faham? Soal Abi Khalid lagi. Dia seakan tidak percaya hal ini akan terjadi.
“Abi, umi. Seorang lelaki soleh hanya untuk wanita solehah sahaja. Tapi saya , saya bukan sperti itu. Saya tak layak untuk abang Nasrul. Tolonglah makbulkan permintaan saya umi, abi. Rayu aku lagi sambil menatap wajah kedua-duanya. Masing-masing resah.
“Bagaimana dengan Nasrul ? Dia dah tahu ke?” duga Umi Khaleja cuba permain kata denganku.
“Dia tahu. Dia kata ikut suka hati saya? Kalau saya sanggup bermadu dia rela.” Tipuku dengan tenang. Aku buat semua ini demi kebahagian suamiku sendiri.
“Maira kehidupan bermadu bukan yang kamu bayangkan. Nabi Muhammad saw sendiri berkawhin ramai lepas isteri pertamanya wafat.  Inikan pula kita sebagai manusia biasa. Umi Khaleja cuba memaksaku agar aku tidak meneruskan rancanganku.
“Maira faham umi. Tapi Maira tak nak seksa batin suami Maira sendiri. Maira seorang yang cukup hina dan jijik. Mana mungkin lelaki sebaik abang Nasrul mahukan bayi yang tak berbapak ini sebagai anaknya. Dan mana mungkin dia mahu keturanannya lahir dari rahim anak zina seperti Maira umi abi.” jelasku lagi dengan air mata tertumpah keluar.
“Maira, Allah jadikan hambnya itu ada hikmahnya. Jangan salahkan takdir.” Ujar Abi Khalid yang dari tadi asyik ke hulu ke hilir kini mengambil tempat betul-betul dihadapanku.
“Maira tak salahkan takdir, tapi Maira merelakan jika takdir Maira memang tertulis begini.” .
“Assalamuaikum, umi. Wah! hantaran siapa ini umi? Cantiknya. Hah ini mesti Ain punya kan? Nasrul yang baru pulang dari Johor sempat lagi mahu mengusik adiknya.
Ain senyap tapi matanya merenung tajam ke arah abangnya. Dia betul geram dengan sikap abangnya itu.
“Bukan untuk Ain. Tapi untuk abang dan isteri ustazah abang nanti .” bentaknya tiba-tiba
“Ya Allah. Ain umi tak pernah ajar anak umi berkasar dengan abang sendiri.” Tegur Umi Khaleja. Dia juga turut terkejut bila Ain meradang tiba-tiba.
“Apa maksud Ain tadi umi? Nasrul tak faham?” Tanya Nasrul keliru.

Aku yang sedang khusyuk mengadu kepada Penciptaku terhenti bila pintu kamarku terkuak dengan kuat.
“Eh, bila abang sampai?” Tanyaku lalu cepat-cepat bingkas bangun untuk menyalami tangan suamiku.
“Apa maksud kau ni? Siapa kau nak atur-atur hidup aku, hah?” Sergah Nasrul lali menarik kembali tangannya.
“Apa yang abang cakap ni?” soalku kembali. Tidak faham maksudnya.
“Boleh awak tanya saya balik, selepas awak buat benda yang mengarut tu pada saya.” Marah Nasrul lagi.
Aku senyap seketika sebelum berbicara.
“Itu impian abang  selama ini kan? Mahukan seorang isteri yang solehah, terpelihara maruah dan akhlak serta agamanya. Mahu membimbinganya ke arah jalan yang diredhai Allah. Ingin menuju ke syurga bersama-sama isteri abang yang solehah tu kan? Aku bermain kata-kata dengannya. Aku  dapat melihat dahinya berkerut sambil memikirkan sesuatu.
“Macam mana awak boleh tahu, hal ini? Jangan-jangan awak … Awak memang dah baca dairi saya kan?” Soalnya kasar.
“Maafkan saya abang. Saya tak sengaja terbaca. Saya hanya ingin penuhi impian abang tu. Yang saya mampu hadiahkan hanya ustazah Qatrunnada yang solehah kepada abang.” Jelasku setenang  mungkin takut dapat mengundang amarah darinya.
Nasrul mengigit bibirnya kuat. Bergetar tanganya menahan marah.
“Baiklah itu yang awak mahukan? Saya akan turuti, tapi ingat, Maira saya bukannya seorang suami yang boleh berlaku adil dalam kehidupan bermadu nanti. Saya takut saya akan melukakan hati isteri-isteri saya nanti.” Kata-katanya terhenti seketika.
“Maira dengar sini. Mulai detik ini selepas terjadinya akad nikah antara saya dan Qatrunnada’ awak dan saya bukan suami isteri lagi
Nasrullllllll!
 Aku terdengar pekik abi disebalik pintu kamar kami.
~~~~~~~~~~~~~~~
Tinggal sehari lagi perkahwinan abang Nasrul dan ustazah Qatrunnada. Semua anak-anak pondok bersuka ria kerana impian mereka mahu sudah terjadi. Bagaimana dengan hatiku ini. Aku betul-betul sengsara. Kandunganku sudah mencecah 3 bulan. Tak lama lagi bayi ini akan lahir tanpa seorang bapa selepas abang Nasrul mentakhlikkan aku. Jiwaku semakin resah memikirkan siapa yang akan ajari aku ilmu agama selepas ini.
“Kak okey tak ni?” soal Ain tiba-tiba. Aku tersenyum kelat padanya.
“Sabarlah akak. Ini semua dugaan dariNya. Insya-Allah Ain yakin suatu hari nanti akak pasti menjadi seorang wanita muslimah. Percayalah kak.” Ain cuba memujukku.
“Layak ke akak ,Ain. Sedang akak ni anak zina. Mengandung anak luar nikah pulak tu.” Aku mengadu padanya.
“Akak, Allah itu tidak pandang rupa, pangkat atau keturunan kita. Tapi Allah hanya pandang hati kita yang ikhlas. HambaNya yang sentiasa meminta doa dan keampunan.” Ain bertazkirah dengan semangat. Aku tahu dalam dirinya sama seperti abang Nasrul suka berdakwah demi menegakkan agama Islam.
“Akak harus ingat, Allah memberi kesusahan dan kesedihan kepada kita sebenaryna Dia mahu uji keimanan kita kepada Nya.” sambung Ain lagi.
Aku hanya mengangguk. Berbicara dengan Ain mahu pun Umi Khaleja sungguh menenangkan jiwaku yang resah ini.

Hari yang dinanti telah tiba. Umi melarangku melakukan kerja-kerja persiapan majlis perkahwinan itu dengan alasan aku sedang mengandung. Umi mengarahku agar masuk ke bilik dan berehat. Aku hanya mengangguk mematuhi arahan itu. Sebaik sahaja aku membuka pintu jelas terhampar baju melayu yang berwarna putih sama dengan baju yang dipakainya pada majlis akad nikah kami suatu ketika dahulu di atas katil yang bersaiz queen itu. Aku tahu abang Nasrul sedang mandi ketika ini. Aku memegang lembut baju melayu itu sambil memerhatikan sekeliling ruang kamar itu.
“Selepas solay Isya’ nanti aku akan kehilangan semuanya. Seorang suami yang soleh, sebuah keluarga yang bahagia. Aku tak ingin kehilangannya. Aku tak tahu kemana ku ingin bawa diri ini dan anak yang aku kandungkan selepas ini.” rintihku sambil mengosok lembut perutku yang terisi janin yang berusia 3 bulan.
Khayalanku terhenti tatkala abang Nasrul menguak pintu bilik mandi, dia nyata terkejut bila terlihat aku yang terduduk elok dibirai katil. Hatiku tergetar hebat bila melihat badan sasanya hanya dibaluti tuala sahaja. Aku menekur pandanganku ke lantai. Aku terasa kedinginan tubuhnya yang baru selesai mandi menghampiriku. Dia mencapai baju melayu lalu menyarungkan ketubuhnya tanpa menoleh ke arah ku. Dia nampak segak berpakaian begitu. Nampak kacak. Sudah keberapa kali aku terjatuh cinta dengan dirinya itu. Aku memandang dirinya yang sedang menilit dicermin. Laluku bangkit menghampirinya.
“Abang izinkan Umaira butangkan baju abang buat kali terakhir.”  pintaku.
Dia hanya memandangku tanpa bersuara. Tanganya yang masih memegang butang dijatuhkan diganti dengan tanganku. Dalam keadaan sebegini hatiku bagaikan mahu keluar dari badanku.
 Akad nikah diadakan disurau pihak lelaki kerana atas permintaan anak-anak pondok memandang rumah pengantin perempuan jauh sedikit dari rumah pengantin lelaki. Aku mengambil tempat disisi umi yang sentiasa menyuruhku agar bersabar. Bila aku terlihat kelibat suamiku yang mulai memasuki masjid ini hatiku pedih. Aku mengambil keputusan mahu mengangkat kaki dari situ.
“Umi Maira nak ke tandas sekejap.” Bisikku pada telinga Umi Khaleja. Semua itu alasan ku cipta sendiri. Aku tidak sanggup menyaksikan perkahwinan suamiku dengan orang lain.
“Menurut borang ni. encik Nasrul sudah ada isteri ya. Mana isteri pertama? Eloklah kalau isteri pertama ada sekali masa akad nikah.” Tok Kadi meminta Umaira ada sekali. Abi Khalid meminta isterinya mencari menantunya tampil disisi Nasrul.
“Nanti Ain panggilkan Ain.” Pelawa Ain lantas keluar dari masjid dan terus ke rumahnya.
“Ustaz! Ustaz! Ada orang kemalangan kat luar pondok ni.” pekik salah seorang dari anak pondok lelaki dengan tercungap-cungap.
Semua tetamu yang berada disitu turun ke bawah dan menuju ke tempat kemalangan itu.
“Umi kak Maira dah pergi.” Beritahu Ain sekuat hati dengan tangisan.
 Nasrulluh melangkah perlahan-lahan ke arah orang ramai yang mengelilingi jasad yang terbaring itu. dia melihat darah mengalir di atas jalan raya itu. Semasa dia mahu melangkah untuk menghampiri jasad itu dia terpijak sesuatu. Dia mengambil topi sudu sekeping yang ada kesan darah. Dia juga turut memandang sebuah beg galas yang terburai. Banyak-banyak lombokan pakaian Umaira yang terkeluar dia terpandang pada sekeping foto. Dia mengamit wajah  seorang gadis tomboy bertopi sudu tersenyum lebar  sambil mengaya peace disamping seorang perempuan  yang agak seksi.
“Gadis ini. Tak jangan-jangan….”


Aku rasa aku tidur cukup lama. Aku tidak mahu bangkit lagi tapi terganggu dengan suara garau entah dari siapa asyik menyeru namaku agar aku bangkit dari tidur. Semakin lama semakin menggamit ditelingaku
“Maira! Maira bangunlah sayang ampunkan abang. Berilah peluang untuk abang bahagiakan Maira. Maira mahu jadi isteri yang solehankan. Bagilah abang jadi pemimpin Maira tu.”
Kata-kata itu sentuh menyentuh hati kecilku ini. Tanpaku sedari air mataku keluar dengan sendiri tanpaku pinta namun mataku masih berat untuk membukakanya seolah-olah ada gam yang meletak dimataku.
“Abang tahu, Maira mendengar kata-kata abang. Bangunlah sayang.”
Aku dapat merasakan dia mengesat airmataku dan sebuah kucupan lembut didahiku. Dengan izinNya aku dapat  membuka mata. Dengan perlahan-lahanku angkat kelompak mataku. Mata kami bertentangan. Nasrullah bagaikan terkaku. Lantas dia  terus memeluk tubuh Umaira erat mungkin sambil menangis. Aku terpinga sendiri.
“Maafkan abang sayang…..”
~~~~~~~~~~~~~~
Dua hari aku sedar dari dunia koma. Umi, Ain dan abi serta anak-anak pondok tak putus-putus mendoakan keselamatan aku. Sebaik sahaja mereka keluar muncul ustaz Nasrulullah beserta ustazah Qatratunnada’ datang bersama-sama. Mereka memang secocok. Aku berharap mereka berbahagia.
“Apa khabar hari ni, Maira?” tanya Nasrul sambil tersenyum manis
“Alhamduillah ustaz, saya rasa okey sikit.” Balasku cuba membalas senyuman itu.
“Maaf Maira, baru sekarang ustazah sempat datang menjenguk. Maklumlah sibuk dengan majlis perkahwinan.”
“Hah?”  Hatiku tiba-tiba diragut sedih. Bila soal itu dibangkitkan. Aku kalih pandangku pada ustaz Nasrul. Dia hanya tersenyum padaku.
“Aah, dorang sibuk nak buat persiapan berbulan madu.” Jawab Nasrul bagi pihak Qatratunnada’ sambil tersengih-sengih. Dia tahu isterinya itu tidak mengetahui hal sebenarnya.
“Diorang? Maksud ustaz dan ustazah apa?” soalku betul-betul keliru.
“Maaf  terlewat sikit.”
Ustaz  hafiz tiba-tiba muncul disebalik pintu. Aku bertambah keliru.
“Apa yang berlaku sebenarnya ni, Maira keliru tolong jelaskan.” Rayuku. Mereka bertiga ketawa membuat aku lagi nterpinga-pinga.
Bencinya!!!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“ Apabila meninggal seseorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga hadis riwayat tarmizi… “ seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yang difardukan keatasnya, berpuasa dibulan ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.”[1] Okey cukup tazkirah abang pada malam ni, jom kita tidur sayang.”
Nasrul menamatkan tazkirahnya sambil menutup kitabnya lalu diletakkan di meja lampu disebelah kepala katil mereka. Dia memperbetulkan selimut kami. Dia membawa tubuhku ke dalam dakapanya.
“Abang Maira tahu, Maira tak sekaya Khadijah, tak sebijak Aisyah, tak setabah Fatimah tak secantik Zulaikha namun didiklah dirinya agar menjadi seperti mereka sebagai bidadari peneman abang di syurga nanti.” Bisikku padanya. Aku mengangkat wajahku untuk memandang suamiku. Dia  mengangguk dan tersenyum manis.
“Insya Allah kita sama-sama lakukannya ya sayang.”
 Sebuah kucupan lembut hinggap diubun-ubunku. Aku tidak putus-putus bersyukur pada Yang Satu kerana telah menyatukan kami. Kini diri ini cukup bahagia disamping dia tercinta. Moga cinta kami kekal hingga ke syurga.