Sunday, 13 May 2012

AKHIRNYA kau ku MIliki 4


Bab 4
“Aduss!  Sakitnya tak guna betul budak. Berani dia langgar aku. Kot ya pun nak lalu bagi la isyarat ke apa , ni tak terus redah je. Dia ingat jalan ni mak bapak dia punya ke?”  marah Batrisya beserta kutukan yang berjela.
 Mana taknya habis lengan dan lututnya tercalar  kerana dilanggar oleh seorang budak lelaki yang mengayuh basikal begitu laju tanpa melihat orang sekelilingnya. Yang paling membuatkan  Batrisya bengang ,budak itu blah begitu sahaja. Bukan mahu membantunya.
“Alah dah la, lagipun budak tu dah pergi kan.  Eh luka kau tu dah berdarahlah Risya.  Meh aku temankan kau pergi klinik ya.”  pujuk Arissa keningnya sengaja diangkat sambil tersengih-sengih.
“Nasib baik dia sempat lari.  Kalau tak dah lama aku terajang dia.”  Bebel Batrisya  lagi masih belum berhenti memarahi budak itu. Ajakan Arissa tidak dipedulikan.
“Cukup-cukup lah. Jom aku teman kau. Lagipun kat depan sana ada klinik kalau tak silap aku lah.” Arissa masih memujuk kawan baiknya. Bukannya dia tak tahu perangai Batrisya. Sebut je perkara yang berkaitan dengan klinik atau hospital terus buat pekak badak. Membazir duit konon padahal takut jarum. “Risya-risya bilalah nak berubah.” Katanya dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
“Apa klinik? Tak payahlah membazirnya, alah nanti sampai rumah aku sapu ubat gamat. Nanti baik lah luka ni.” Batrisya memberi alasan kerana dia tak mahu ke klinik baginya doktor adalah musuh nombor satunya
“Tak boleh! Luka kau tuh nampak teruk. Lagi pun doktor bukan nak bunuh kau pun. Paling kurang cucuk punggung je. Ha!ha!ha.” Arissa  sengaja menyakat . Dia mahu menakut-nakutkan Batrisya yang sedia maklum anti dengan jarum.
Sebaik sahaja tiba  betul-betul hadapan pintu klinik . Arissa menarik tangan Batrisya untuk masuk ke klinik itu, saat mereka melangkah masuk ke dalam klinik yang sederhana besar itu. Mereka  terlihat seorang lelaki yang tinggi dan bertubuh sasa seperti seorang model lagaknya. Tetapi berjubah putih melambangkan dia seorang doktor  sedang berbual dengan seorang pesakitnya.
 Waiz memandang ke arah mereka berdua dengan berkerut dahinya seakan mahu mengecam salah seorang dari mereka berdua yang baru masuk ke klinik itu.
“Ye, kamu berdua sakit ke?”  sapa Waiz sambil tersenyum manis setelah pesakitnya meminta izin untuk beredar.
 “Wah kacaknya doktor ni.”  Hati Arissa berbisik memuji kekacakan wajah lelaki itu yang mampu membuatkan ramai gadis cair melihatnya.
“Tapikan macam aku kenal je? Jumpa kat mana eh?” soal Arissa dalam hatinya sambil mengaru dagunya.
“Arissa aku tak naklah . Aku nak balik lah.” bisik  Batrisya  ke telinga Arissa dan cuba melarikan diri.
“Hah! doktor malam tu kan. Betullah saya dah ingat. Tapi doktor kena tolong saya dulu. Ni haa kawan saya ni cedera tapi dia tak nak dirawat. Risya  janganlah lari .” kata Arissa merayu yang sudah mengecam lelaki dihadapannya itu lantas menarik tangan Batrisya dari keluar dari klinik itu.
“Ya, patutlah masa awak masuk tadi saya rasa macam nak kenal je.” agak Waiz sambil memetik jarinya.
“ La ye ke ? Tak pe-tak pe . Jangan takut saya tak makan awak.” Dengan selamba Waiz  memaut lengan Batrisya.
“ Eh teruk juga luka dekat lengan dan lutut kamu ni. Sampai terkoyak seragam kamu.  Mari masuk bilik saya dulu ya. Takpe jangan takut.”
“Hmm awak tunggu kat luar my sweety dear.” Selepas berbicara dengan Batrisya . Waiz memalingkan mukannya dan berkata sesuatu yang mengejutkan Arissa sambil memberi senyuman yang mengoda pada Arissa.
 Terkaku Arissa dibuatnya. “Kacaknya dia tapi sayang nampak berapa nak cool aku tak minat lah. Tambah dengan mulut yang pot-pet lagilah aku tak suka.” Katanya dalam hati.
“Tak nakkk! Rissa tolong aku,temankan akuuu !!!!!!!!” Batrisya  meraung-raung  mahu lepaskan diri dari genggaman Waiz sebaik sahaja memasuki kamar Waiz.
“Duduk atas kerusi ni diam-diam ya. Kalau masih degil tak mahu diam lagi. Nanti mulut awak saya  cium.” ugut Waiz dengan nada bergurau sambil tersengih.
Batrisya terkejut lantas menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya dan mengelengkan kepalanya laju. Meletus ketawa Waiz bila melihat reaksi spontan Batrisya itu.
“Maafkan saya ya. Terpaksa angkat sikit kain sekolah awak ni.”  minta Waiz sebaik sahaja dia duduk dikerusinya  betul-betul dihadapan  Batrisya. Batrisya mengangguk laju mulutnya masih ditutup rapat.
Dengan berhati-hati Waiz  meletakkan ubat antibiotic ke tempat luka  gadis dihadapannya. Dia tersenyum bila melihat gadis itu memejam rapat matanya kerana menahan kesakitan.
“Comel betul budak ni tambah-tambah ketika muka dia macam ni.” desis Waiz di hatinya.
“Arrrrgh .. sakit la. Pelahan-pelahan sikit doktor.” Marah Batrisya tak tahan rasa pedih pada lukanya.
“ Ok, sekarang awak boleh buka mata.” Kata Waiz. Timbul niat nakal didalam hatinya mahu mengusik gadis itu . Dia menghampiri  wajah Batriysa dan menatapnya lama.
“Ehh!! doktor ni terkejut saya. Ada apa-apa kat muka saya ke?” tanya Batrisya sambil menyentuh wajahnya.
“ Hmm .. aah macam ada sesuatu kat bawah mata awak tu?” Waiz cuba mengusik tapi mukanya serius.
“Hah! Ada apa?” Batrisya kelam kabut dibuatnya lantas meraba-raba wajahnya lagi. “Tak kanlah ada jerawat kot .” desis hatinya.
“Aah ,oooh tahi lalat rupanya. Cantik terletak disitu, nampak manis..Ha!ha!ha!ha.  Kenapalah betul sangat budak ni.” tiba Waiz  ketawa dengan kuatnya kerana tidak tahan dengan dengan sikap Batrisya itu.
“Tak guna punya doktor. Ada juga orang mereng macam ni.” kutuk Batrisya bengang didalam hatinya.
Arissa yang sedang menunggu di luar bilik  asyik berulang alik kerana bimbang akan Batrisya  dia khuatir apa yang dikatanya tadi benar akan berlaku.
“Macamana ya kalau Risya betul-betul  kena cucuk? Mulut ni memang gatal .” Arissa membebel dirinya sendiri sambil menampar perlahan mulutnya.
“Mintak-mintak Risya tak de apa-apa” Doanya.
“Sekarang macamana? Tak lah sakit sangat kan ? Tu lah saya dah kata saya tak akan buat awak sakit tahu.” kata Waiz bangga.
“ Yelah lah tu. Tak malu puji diri sendiri.” kutuk Btrisya perlahan.
“So sekarang saya dah boleh balik kan? tanya Batrisya pula bila terlihat Waiz meletakkan peralatannya atas meja.
“ Tak boleh lagi. Saya kena bagi suntikkan dekat punggung awak untuk mengelakkan kuman dari terus berada dalam badan awak .” bagitahu Waiz cuba kenakan  Batrisya yang sudah gelisah seperti cacing kepanasan.
“Apa? Tak de tempat lain ke nak kena cucuk.” tanya Batrisya dengan muka yang mahu menangis.
Waiz hanya mengeleng. Dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu yang dia cuba menahan tawanya.
“ Saya tak mahu, tolonglah bagi ubat tak boleh ke? Saya janji saya akan makan ubat tu. Saya tak akan buangnya lagi. Tolonglah  saya rela makan ubat dari kena cucuk dengan jarum.” Rayu Batrisya terus menerus untuk memujuk  Waiz supaya dirinya  tidak disuntik.
“ Oooh jadi selama ni awak  tak pernah makn ubat yang doktor bagi lah ya. Patutl ah bacteria banyak dalam tubuh awak. Hmm  terpaksalah saya, izinkan saya ye adik.” kata Waiz dengan muka serius. 
“Tak mahuuuuu….” Batrisya menjerit sambil mengelengkan kepalanya.
Tiba meletus tawa Waiz kerana tidak tahan dengan telatah  Batrisya seperti budak-budak.
“Ada juga budak besar macam awak ni takut kena suntik kan?” Soal Waiz dengan sisa tawanya.

“ Lambatnya Risya ni. Diorang buat apa kat bilik itu.” omel Arissa yang masih setia menunggu kawannya itu diluar pintu bilik Dr Waiz.
“ Eh baru aku perasan cantik jugak klinik ni, walaupun kecik tapi tapi rona warna yang digunakan menampakkan ia besar, hijau lumut campur pink.  Wah tenang sekali. Perhiasannya pun ok juga. Malam tu aku datang tak perasan pula semua ni. Maklumlah malam tu aku sakit macam nak mati ada.” Arissa bercakap sendirian dengan memandang sekeliling setiap sudut klinik itu.
“Eh bilik apa tu ya? Dapur ke? Nak pergi tengoklah.” Ketika Arissa mahu melintasi satu lagi bilik  yang bertentangan dengan bilik Waiz dia terlanggar seseorang .
“Ahh !habis tumpah ,awak buat apa kat sini?  Ke awak buta?” Herdik Aysar tiba-tiba. Baki air kopi yang dibawanya telah tumpah membasahi baju kemejanya.
“Hah? Si doktor duda senget.  Adus macamana ni?  matilah aku  kali ni.” Arissa  mengomel sendirian dalam  ketakutan.
 “Maafkan saya. Saya betul-betul tak perasaan.  Saya  cuma nak tengok  tempat tu je.” kata Arissa  sedikit gundah sambil menjuih mulutnya ke arah satu bilik yang terletak dibahagian hujung kilinik itu.
“Lah !engkau ke? Patutlah .. hmm.” Aysar mendengus kasar.
“ Kau buat apa kat sini ni hah! Setiap kali kau ada mesti akan berlaku yang tak baik pada aku.” marah Aysar lagi.
Belum sempat Arissa mahu membela dirinya. Kelihatan Waiz dan Batrisya sudah menuju ke arah mereka.
“Kenapa ni Aysar. Baju kau kenapa pulak? Tanya Waiz dengan wajah berkerut.
“Rissa kau buat hal ye?” Bisik Batrisya perlahan.
“Aku sebenarnya. Aku tak sengaja lah. Tapi dia ni tiba-tiba meradang.” Jawab Arissa gugup.
“ Dah lah tu Aysar, dia masih budak sekolah lagi. Tak itu pun kau nak marah. Lagipun dia pesakit kita.” Pujuk Waiz untuk meredakan kemarahan  Aysar. Aysar memandang tajam kearah  Arissa yang masih ketakutan dan menundukkan wajahnya. Lalu dia terus beredar dari situ.
“ Kalaulah aku tahu klinik ni milik dia. Sumpah  aku tak mahu jejak kaki kat sini.” marah Arissa dalam hati.
“Maafkan dia ya.  Dia selalunya tak macam tu. Tapi tak tahulah pulak hari ni maybe  datang bulan kot .”  Waiz cuba bergurau sengaja mahu menenangkan Arissa yang masih dalam ketakutan.
“Jom mari saya belanja awak berdua minum nak. Disebabkan kawan awak ni mahu makan ubat jadi saya dengan baik hati mahu merainya.” Sambung Waiz lagi dengan senyuman yang masih dibibirnya.

“Oh! Aysar  tu sepupu saya.” Waiz bersuara menjawab pertanyaan Arissa sebaik mereka mengambil tempat. Waiz membawa mereka berdua ke Restoren Selera Kita di sekitar  pekan Wakaf Bharu salah satu kawasan daerah Tumpat.
“ Kami buka klinik sama-sama. Walaupun dia lebih tua daripada saya 2 tahun tapi kitorang memang rapat gila memandangkan saya tak de adik beradik. Zaman kecik-kecik  dia pembela saya di sekolah sebelum family saya berpindah ke sini.”  Waiz memulakan ceritanya sementara menantikan pesanan mereka sampai.
“Selepas tamat  pengajian  dia buat keputusan untuk menetap di sini. Dia mahu berdikari sendiri tak nak bekerja kepada keluarga. Tapi saya rasa itu semua alasan ciptaannya sendiri. Saya tahu dia  mahu sentiasa dekat dengan arwah isterinya disini.” Ucap  Waiz menyambung ceritanya  sambil menikmati hidangan makanan tengahari nasi ayam dan jus tembikai yang dipesannya.
“ Kami share buka klinik sendiri, ini pun rancang dia, katanya kalau buka klinik sendiri senang nak rawat orang sakit dan tambah lagi ini impian arwah isterinya. Kalau yang tak de duit boleh bagi rawatan percuma je, kalau kat hospital kerajaan cerewet sikit.”
“Wah, memang kayalah kerja doktor ni. Boleh buka klinik sendiri. Sebab tu ramai yang nak cari suami kerja doktor.” Batrisya tiba-tiba mencelah dengan mulutnya masih mengunyah mee karinya.
“Tidak semestinya kaya. Kerja doktor lah yang paling penat kerja mengalah kudrat tenaga sendiri tahu.” Waiz menafikan kenyataan tidak berasas yang dibuat oleh batrisya.
“Tapi saya memang tabik pada sepupu saya tu, dia memang tak kenal erti penat lelah. Kalau boleh 24 jam dia mahu ada dekat klinik tu.”
“Patutlah Auni asyik merengek marahkan papanya.” omel Arissa dalam hati .
“Kalau orang tak de duit boleh dapat rawatan percumakan? Tapi saya kena bayar tadi. Lagipun pelajar macam kami mana ada duit .” ujar Batrisya sambil mencebik tidak puas hati.
“Eh ada saya cakap ke tadi? Tapi kalau kamu nak percuma boleh je. Yang paling beruntung kamu terus  dapat rawat special dari saya terus , nak tak?”  Soal Waiz sambil mengangkat kedua belah keningnya.
“Tapi kamu kenalah kahwin dengan saya.  Awak juga yang kata tadi, nak cari suami kerja doktorkan.”sambung Waiz  cuba berjenaka.
“Ceh ! Hampeh! saya tak nak kahwin dengan doktor. Nanti kena makan ubat hari-hari, lepas tuh kena cucuk pulak. lagipun saya kata perempuan lain bukannya saya.” Batrisya menjawab dengan muka yang selamba. Waiz  dan Arissa saling berpandangan terus meledak  ketawa.
“Kenapa ketawa betul apa saya kata?Doktor ni bahaya tau.” Ujar Batrisya bersungguh-sungguh.
Amboi cik adik mengata saya ni tiba-tiba wajah waiz bertukar serius
Alah gurau je jangan naik angin batrisya membuat muka kesian.
Arissa yang dari tadi jadi pendengar sedia tersengih melihat mereka berdua.
“Hmm rissa kan?”
Arissa hanya mengangguk  dalam kehairanan.
“Aysar ada cerita serba sedikit tentang awak pada saya. Pasal awak rapat dengan Auni. Saya memang kagum dengan awak sebab dapat mencuri perhatian dari si kecil yang degil tu.” Ucap Waiz tersengih siap menunjukkan gaya tabik spring lagi.
Arissa masih kehairanan dengan maksud kata-kata Waiz.
Tiba-tiba handphone kepunyaan waiz berbunyi terus mematikan niat Arissa untuk  bertanya.
“Sekejap ya girl .” Waiz meminta izin untuk menjawab panggilan.
“Maafkan saya terpaksa gerak dulu. Ada hal penting. Tapi seronok dapat borak-borak dengan kamu berdua. Nanti senang datang lah ke klinik kami ya” Kata Waiz  sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Batrisya lalu beredar dari situ
“Dasar doktor gatal.” Rungut  Batrisya.
“Dia nak ejas kau lah Risya.” Usik Arissa tersenyum.
 “Eh rissa doktor tu ke yang pernah lempang kau?”  Tanya Batrisya sebaik mereka melangkah keluar dari restron itu.
“Aah Doktor bengap tu lah. Tak sangka pula aku yang kita akan pergi ke klinik dia.”
“Weii jangan mulut kau sikit rissa, jangan benci sangat kat dia, nanti silap hari bulan kau akan jatuh cinta kat dia baru tahu.”  Batrisya menyakat Arissa  sebaik menghabiskan katanya dia berlari anak meninggalkan Arissa.
“Oiii… Risya jaga mulut kau”
Seperti selalu setipa malam  hujung minggu  Puan Sofeya akan mengajak anaknya  ke supermarket yang berhampiran dengan kawasan rumahnya untuk membeli belah barang dapur. Sebaik sahaja keretanya tersiap parking. Dia mengambil sebuah troli ketika mahu masuk ke dalam supermarket  Salamku.
“Ramainya orang mak. Rimaslah Rissa kalau ramai-ramai ni. Baik duk kat rumah .” omel Arissa sambil berjalan seiringan dengan Puan Sofeya.
“Malam hujung minggu sayang. Biasalah.”
“Mak esok Arissa nak  masak mee kari untuk mak. Mak nak tak.”bagitahu Arissa tiba-tiba dengan riang.
“Hmm, esok cutikan bagus juga cadangan Rissa tu. Nampaknya anak dara mak ni boleh tunjuk skill memasaklah ya. Selama ni asyik mak je yang masak. Sekali sekala nak bercuti dari memasak juga lah.” Luah Puan Sofeya sambil tersenyum manis.
“Ada-adalah mak ni. Sengaja Rissa malas nak tunjuk terer.”
Sedang mereka mencari bahan-bahan keperluan. Tiba-tiba Arissa terasa  bontotnya dilangar oleh troli dari arah belakang dengan kuat.
“Sakitnya buta ke?” marah Arissa lantas memalingkan badannya ke belakang. Alangkah terkejutnya bila melihat orang dihadapannya itu.
“Maaf  dik. Abang tak sengaja.”  ujar  Aysar sambil menundukkan kepalanya sedikit.
“Eh doktor. Datang membeli belah juga ke?” Tegur Puan Sofiya nyata terkejut bila melihat aysar turut berada di pasar raya itu.
“Hah! Ye puan.”  jawab Aysar tersenyum manis bila mengangkat wajahnya kembali. Dia memandang sekilas pada orang yang dilanggarnya tadi.
 “Budak ni lagi.” gumam hatinya geram.
“Tak sengaja ke memang sengaja doktor bengap ni.” kutuk Arissa dalam hati dengan membuat muka menyampah.
“Rissa ni lah doktor yang mak cerita hari tu. Alah yang Rissa termuntah kat baju dia. Minta maaf cepat.”  Arah Puan Sofeya sambil menarik lengan baju Arissa.
“Nak minta maaf? Tolonglah. Tak akan. Hah termuntah? Jap-jap bila masa pulak? Arissa berfikir sejenak.
“Hah! jadi orang yang aku termuntah malam tu ? Mampus aku.” Arissa menelan air liurnya yang terasa berpasir ditekaknya.
“Ish, kenapa diam . Cepatlah minta maaf.” Marah Puan Sofeya bila melihat Arissa masih tidak terkutik.
Arissa hanya mengangguk perlahan. Berat terasa dibibirnya untuk meluahkan perkataan minta maaf pada lelaki dihadapannya itu sambil tersenyum sinis.
“Papa!papa !Auni nak makan coklat ni. Eh kak Rissa ada juga.”ucap Auni sambil terlompat riang.
“Fuh nasib baik. Terima kasih Auni. Auni lah penyelamat kak dari menjatuhkan maruah akak dekat doktor bengap ni.” Kata Arissa dalam hatinya.
 “Doktor senang jemputlah kerumah. Ajak Auni sekali.” ucap Puan Sofeya ramah
“Mak ni biar betul. Ramah tak tentu pasal.” Omel Arissa dalam hatinya.

Selesai memasak Arissa meminta izin masuk kebiliknya untuk membersihkan badannya yang sudah melekit dan berbau kari.  Dia mencapai telefon bimbitnya terus mendail nombor Batrisya sebaik sahaja dia selesai memakai baju santainya.
“Risyaa !!”sergah Arissa sebaik taliannya disambut sambil mengelap rambutnya yang basah itu.
“Oii pekaklah telinga aku. Asal je telefon, terus menjerit bukan nak bagi salam dulu ke apa.” bebel Batrisya di talian sana.
“Ha!ha! sory-sory. Assalamuaikum cik risya ada?”
“Walaikumussalam . jangan formal sangat. Ada apa petang-petang minggu telefon ni? Nak layan Korean drama pun tak senang.”
“Amboi-amboi sedap bahasa. Terasa ni. Cepat  pujuk .” usik Arissa yang masak benar dengan hobi kawan baiknya itu. Gila korea!
“Ciss hampeh betul kau ni. Layan kau naik sewel aku nanti.”
“Weii aku ada benda nak bagitahu kau ni. Kau ingat tak doktor yang marah kat aku masa kat klinik hari tu. Aah kau tahu. Doktor duda bengap tu lah yang aku pernah termuntah kat badan dia. Malu aku weii.” Cerita Arissa tergolek-golek dikatil bujangnya itu.
“Iya ke. Padan muka kau”
“Jahanam punya kawan. Kau tahu semalam aku terserempak dengan dia kat Salamku. Kau tahu troli dia bawak terlanggar bontot aku.”
“Jodoh kau lah tu. Asyik-asyik terserempak lah, terjumpalah.  pasni kalau jumpa lagi terkena kahwin hahaha.” Terbahak  ketawa Batrisya disebalik sana.
“Wei masin mulut kau. Kalau cukup 40 kali aku kahwin dengan dia nanti naya aku tahu.” Perasaan Arissa tiba-tiba gundah.
“Risssa!!!”  panggil Puan Sofeya dari tingkat bawah
“Okeylah mak aku panggil. Jumpa ahad nanti. Daa”
“Baiklah bakal isteri doktor duda.”
“Sewel punya kawan!!”
Setelah mematikan taliannya arissa turun ke bawah dengan pantas sambil menyanyi dengan tuala yang masih elok dikepalanya . Setelah mendapatkan mak yang kelihatan gelisah Arissa mengangkat keningnya hairan sebelum bertanya.
“Kenapa ni mak? Ada apa?”
Puan Sofeya tidak menjawab apa-apa . Dia hanya memuncung bibir mulutnya menunjuk ke arah tetamu yang datang tanpa dia kenali yang sedang duduk diruang tamu. Lantas Arissa memalingkan pandangannya ke arah ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia bila melihat tetamu yang berkunjung dirumahnya itu kelihatan baru lepas menangis kuat.




3 comments:

Anonymous said...

best2....sambung lagi ye...tak sabar nk tunggu n3 strusnya,....

Unknown said...

@ auni
tenqiu..okey nti akan masuk secepat mungkinn hehehe

rahsia hatiku said...

nape dah xde sambungan citer ni, nak taw ar smbungan dia..