Thursday, 10 May 2012
Ep. 1
Pada 500 tahun yang lalu kaum Wolver rubah putih sangat terkenal diseluruh dunia. Semua kaum binatang mahupun manusia akan tunduk kepada kaum mereka termasuklah kaum drakula. Namun selepas kematian Raja Wolfermaru kerajaan wolver diserah kepada putera seshoumaru. Putera seshoumaru terkenal dengan sikap egois yang tidak mempedulikan perasan rakyat jelatanya menyebabkan sesetengah dari kaum mereka berpaling tadah. Di kesempatan ini kaum drakula telah menghasut rakyat mereka bagi merampas kerajaan wolver dengan menggunakan puteri dratoria sebagai sasaran utama untuk menjatuhkan putera sesshoumaru. Kini kerajaan wolver dibawah jajahan drakula dan semua kaum wolver menjadi hamba mereka. Untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan wolver Putera Seshoumaru terpaksa merampas kembali taring kepunyaan peninggalan ayahandanya. Untuk mendapatkan taring ayahnya kembali seshamouru terpaksa mencari pedang milik ayah Tenseiga. Maka bermulalah kisah pengembaraan putera seshamouru dan pengikut setianya jaken seekor katak yang licik.
“Seshomaru bonda mahu kamu selamatkan kerajaan kita nak. Tidak kiralah apa-apa pun yang terjadi. Selamatkan kaum kita dari kaum drakula.”
“Bagaimana harus seshomaru lakukannya bonda. Seshomaru tidak mampu untuk lakukannya sendiri.”
“Jangan bimbang suatu hari nanti akan muncul seorang manusia dari masa depan yang akan membantu mu wahai anakku. Tapi ingat kamu harus berikan sedikit nyawa kamu kepadanya. Kerana dia tidak dapat bertahan didunia kita.”
“Bonda jangan pergi. Bonda! Bonda!.” Seshomaru meracau-racau dalam mimpinya.
“Tuan seshomaru! Kenapa dengan tuan ni ? bangun tuan?” Jaken cuba untuk menyedarkan tuannya. Perasan resah mula bertapak dihatinya.
“Argh!!! Seshomaru terkejut lantas bangkit dari tidurnya. “Bonda boleh ke seshomaru lakukannya tanpa ayahda dan bonda disisi.” keluh Seshoumaru sedih sampaikan air matanya mengalir tanpa dia pinta.
Di dunia sekarang.
“ Rina bangun dah lewat ke sekolah ni.” Laungan dari ibu membuatkan tidurku terganggu.
Dengan malas aku bangkit dari tidur lantas mencapai tuala untuk mandi. Selepas bersiap-siap dengan seragam sekolah aku keluar dari bilik untuk menuju ke dapur untuk sarapan.
“Bertuah punya anak dara. Kamu tu dah masuk 12 tahun cubalah berdikari sendiri. Dah tahu nak sekolah bangunlah awal sedikit, ni tak hari-hari asyik mak je yang kena kejutan.” bebel mak berjeda.
Aku hanya menadahkan telinganku dengan bebelan keramat mak sambil mengunyah roti bakar yang tersedia dimeja makan.
“Mak kan bagus kalau Rina dapat jadi watak heroin anime kan mak. Kalau ada kuasa magik Rina nak tukarkan diri Rina jadi bijak tak perlu pergi sekolah. Lepas tu Rina nak jadikan rumah kita yang kecil ni jadi besar siap ada kolam renang dan orang gaji yang banyak. Mak tak perlu lagi masak untuk Rina.” ceritaku setelah diam seketika penuh dengan angan-angan kosong dengan mata bersinar-sinar.
“Hah baguslah tu. Berangan nak jadi kartun konon. Nak jadi apa cindarella, show white. Ingat sikit kamu tu hidup didunia nyata bukanya fantasi Rina ooo.” marah mak sambil mengetuk sedikit kepala aku seraya berlalu dari dapur.
“Uh! Mak ni Rina cakap kalau. Bukannya betul-betul pun”. Aku mendegus sambil memuncung mulutku sedepa. “Tapi kalau betul-betul terjadi macamana mak? Rina hidup dialam fantasi tinggal mak,kakak ros dan datuk kat dunia ni. Mesti mak menangis dan merayu-rayu supaya Rina pulang dunia asal. Rina pulanglah mak betul-betul rindukan kamu. Hah masa tu baru mak sedar betapa pentingnya rina dalam hidup mak.” Laungku dari dapur dengan memek muka sekali walaupun aku tahu mak tidak nampak semua itu .
“Baguslah tu,mak nak tengok kamu pergi ke alam mana? Tengok siapa yang meraung minta tolong kat mak nanti.’jerit mak sambil ejek aku dari ruang tamu.
Di dunia silam.
“Tuan seshamaru tengok kat langit tu. Banyaknya kelawar. Nampak macam mereka nak serang kita.” Bagitahu Jaken sambil menunjukkan jarinya ke arah langit sambil ketakutan.
Seshamaru hanya memandang tanpa sebarang riak diwajahnya. Seperti selalu mukanya tak pernah mepamerkan sebarang senyuman. “Mungkin draku hantar binatang belaannya untuk menyerang kita.” kata jaken lagi.
“Jaken berundur mereka sudah bersedia mahu menyerang kita.” Sesshoumaru bersuara tiba-tiba.
“Err baik tuan hati-hati tahu.” Seperti biasa jaken yang terkenal dengan sikap berlagak pandai walhal dia sangat pengecut terus menyorok disebalik sebatang pokok besar.
Sambil memerhatikan sekumpulan kelawar telah memenuhi ruang langit seshoumaru mengangkat tangan kanannya dan menghala kearah langit tiba-tiba cahaya berwarna biru langit muncul dari arah tapak tangan Sesshoumaru dan memancar ke arah sekumpulan kelawar itu.
“ Blue lighteiga" sesshoumaru menyeru kuasa dalamannya. Ceh tak guna kau draku. Kau memang licik sanggup gunakan hewan belaan kau untuk serang aku. Kenapa kau tak serang aku depan-depan hah?”Teriak sesshoumaru.
“Tuan belakang tuan” Sebaik sahaja seshoumaru mendengar teriakan dari jaken lantas dia berpaling tanpa sempat dia mengelak seekor kelawar hitam telah mencakar mukanya.
“Tak guna draku!” marah Sesshoumaru sambil mengelap darah yang keluar dari wajahnya.
“Geram betullah dengan cikgu borhan ni. Aku tahulah ni tak pandai tapi tak sampai kena buat latihan sampai 1oo kali kot. Benci-bencilah macam ni.”Rungutku sambil mengayuh basikal untuk pulang ke rumah.
“Ya Allah seandainya ada kuasa magik yang boleh bawa aku ke dunia fantasi aku ingin sekali ke sana. Dah gila ke apa aku ni. Mana apa benda-benda mengarut ni adus.” Keluh aku sambil menepuk dahiku sendiri.
Sedang asyik aku mengayuh basikalku sambil menyanyi kecil." i want to change the world" lagu tema anime inuyasha. Dengan hati senang aku menyanyi mataku terlihat sebuah tasik yang berhampiran dengan kawasan rumah ku bersinar-sinar indah berjaya menarik perhatianku untuk menjejak ke sana. Setelah menongkat basikal. Aku berjalan ke arah tasik dan terpegun melihat pandang tasik itu dan diufuk kaki langit berwarna kemerahan oren lagi mepesonakan mataku. Tasik itu bagaikan memanggilku. Aku bagai dipukau terus memasuki ke dalam tasik itu. Kakiku melangkah perlahan-lahan sehingga kakiku tidak lagi mencecah bumi. Tiba-tiba aku tersedar namun sudah terlambat bagiku untuk menyelamatkankan diri.
“Hah kenapa aku boleh sampai di tengah-tengah ni. Makkkk!” Laungku.
Mana taknya aku yang sememangnya tidak pandai berenang. Aku terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebanyak 3 kali selepas itu aku tidak sedarkan diri tapiku tahu diriku telah dihanyutkan ke dasar tasik itu…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment