Bab 11
Afina menjerit kuat
sambil meronta-ronta cuba menolak badan lelaki itu. Tuan Haris tidak menghiraukan semua itu. Tangannya galak
menyentuh setiap inci tubuh Afina. Bila tangannya mahu menyelak gaun yang
tersarung longgar di badan Afina. Afina meronta semakin kuat. Tapi dengan mudah
Tuan Haris menampar pipi Afina supaya
akur dengan kehendaknya yang ‘satu’ itu.
“Diam! Kalau tak nak sakit baik kau turut apa yang aku
mahu!” sergah Tuan Haris .
“Fina tak nak, uncle!” Jerit Afina pula sambil
teresak-esak menangis, tangan tergawang-gawang cuba mempertahankan maruahnya
sebagai gadis perawan.
“Nak tak nak aku peduli apa! Tubuh kau tu aku dah beli
kau tahu tak?! Jadi apa yang aku nak kau kena bagi,” Herdik Tuan Haris,
mulutnya sudah mencecah ke leher Afina.
Perasaan Afina semakin cemas. Dia tidak maruah dirinya
ternodai oleh orang yang tidak halal bagi. Dia tidak mahu kesucian gadisnya
diragut begitu saja. ‘Ya Allah lindungi diriku.’ Doanya dalam sendu. Bagikan
ada satu bisikan halus. Dia mengangkat kaki kanannya lalu menendang senjata
sulit kepunyaan Tuan Haris .
Tuan Haris yang
keasyikan ombak nafsu terasa satu senakkan di situ. Terus dia menjerit
kesakitan.
“Arghh!! Tak guna punya budak,” pekik Tuan Haris sambil memegang ‘itu’
Bila Tuan Haris menapak ke belakang sedikit Afina terus
memboloskan dirinya. Dia berlari ke balkoni. Panik! Afina betul-betul cemas. Itulah
situasi yang dihadapinya sekarang. Dia tercari-cari sesuatu yang boleh menjadikan
senjata untuk melindungi dirinya tapi sayang tiada apa yang boleh membantu.
Dilihat sudu, garpu dan pisau disediakan menghiris
daging tersusun cantik di meja semasa mereka menikmati makan malam bersama tadi.
Dia mengeluh semua itu tidak boleh memberi ancaman kepada Tuan Haris yang gagah itu. Fikirannya buntu. Buntu bagai
mana mahu lari dari situ.
“Ya Allah apa yang perlu aku lakukan? Aku tak ingin
dinodai sekarang.” Suaranya dalam cemas.
“Afina!” Jerit Tuan Haris. Dia menapak laju ke arah
gadis itu.
Afina ibarat cacing kepanasan. Dalam kekalutan
tiba-tiba dia terlihat balkoni di belakangnya. Diintai ke bawah. Arasnya sangat
tinggi. Jika dia terjun alamak jadi arwahlah dia.
“Macamana ni? Mahu terjun ke tak? Kalau aku terjun
mati, tapi kalau aku kekal kat sini pasti maruahku tergadai.” Afina
berteka-teki sendiri. Di hadapan musuh di belakangnya juga musuh. Dia tiada
pilihan lain kecuali terjun dari situ.
Tuan Haris semakin menghampiri Afina. Tangannya
dipanjangkan sedikit untuk menarik Afina dari memanjat balkoni itu. Afina
semakin gusar, dia lebih rela memilih mati dari dinodai oleh Tuan Haris . Jika dia
mati tiada lagi penderitaan yang akan dihadapinya selepas ini. Jika dia dinodai,
kehidupannya kelak bakal gelap. Dia khilaf tentang apa hukum membunuh diri
ketika itu. Afina memanjat sedikit
balkoni.
Tuan Haris menjerit memanggil namanya. “Afina! Jangan...
tolong jangan panjat!” Jerit Tuan Haris seakan merayu.
“Fina rela mati dari dirogol oleh uncle!” bidas Afina
lancang dengan suara kuat, tangisannya sudah kering.
“Jangan Afina.. uncle merayu. Kita bincang baik-baik,”
pinta Tuan Haris cuba menapak setapak ke
arah Afina.
“Jangan dekat, kalau tak Afina terjun sekarang!” ugut Afina
sambil menjenguk ke bawah balkoni yang tinggi itu.
“Tak..tak.. jangan. Tolong jangan terjun. Jangan
tinggal unlce sendirian di dunia ini lagi, uncle sayangkan Fina. Tolonglah
sayang jangan terjun..” rayu Tuan Haris dengan titisan air mata gugur dari kelopak
mata jantannya.
“Kalau uncle sayangkan Afina, kenapa uncle sanggup
buat benda keji itu dekat fina?!” tempelak Afina.
“Uncle sayangkan Fina. Terlalu sayang… tapi bukan
sebagai anak, sebagai seorang wanita,” balas Tuan Haris perlahan.
“Kenapa uncle? Kenapa?!” bentak Afina masih geram.
“Sebab...” Tuan Haris senyap seketika.
“... wajah Afina membuatkan uncle teringatkan arwah
isteri uncle, ibarat dia hidup semula. Uncle nak Fina jadi isteri uncle. Uncle
sanggup bayar mahal kepada ayah Fina semata-mata mahukan Fina menenami uncle
selamanya.”
Afina teresak-esak menangis. Lututnya lemah tidak
mampu menampung imbangan badannya lalu terjelebuk jatuh ke lantai. “Jadi
betullah apa yang Fina dengar tempoh hari? Ayah memang jual Fina dekat uncle.
Sampai hati ayah dan uncle berpakat menipu Fina. Patutlah dekat sekolah semua
orang cakap Fina ni perempuan simpanan uncle. Bodohnya Fina sebab terlalu
dahagakan kasih sayang seorang ayah Fina butakan mata hati Fina untuk menilai
uncle. Fina benci uncle...” luah Afina dalam sendu.
Tuan Haris turut membongkokkan badannya. Dia menarik Afina
dalam pelukkannya. “Maafkan uncle. Uncle terpaksa...”
Afina mengelepur kasar. Dia tidak mahu dipeluk lagi.
Dia trauma. “Lepaskan Fina?!”
“Tak, uncle tak akan lepaskan? Uncle tahu Fina pasti
cari jalan untuk bunuh dirikan? Berdosa Fina. Tak bau syurga kalau kita bunuh
diri,” nasihat Tuan Haris ibarat seorang
ustaz.
“Bunuh diri berdosa. Merogol orang pun berdosa juga
uncle!” Tempelak Afina kasar.
Tuan Haris tergamam. Tidak dinafikan apa yang diluahkan
oleh Afina memang terkena pada batang
hidungnya. Mereka senyap seketika.
“Uncle betul sayangkan Fina? Mahu Fina jadi isteri
uncle?” Suara Afina setelah membisu buat seketika. Matanya yang merah memandang
tepat ke wajah Tuan Haris .
Tuan Haris membalas renungan itu. “Ya, uncle terlalu sayangkan
Afina,” jawab Tuan Haris pantas.
“Kalau macam tu uncle kena janji tak akan sentuh Fina
walaupun seinci sebelum Afina cukup umur untuk bernikah. Lepas exam SPM nanti… “
berat mulut Afina mahu meluahkannya.
Mata Tuan Haris bersinar-sinar. Tidak terkeluar sebarang suara
dari peti suaranya. Dia bagaikan baru tersedar dari mimpi lena yang panjang.
“Terserah pada uncle untuk nikahi Fina ataupun halau Fina
dari rumah itu,” sambung Afina lagi, fikirannya buntu. Tiada jalan lain selain
bernikah dengan Tuan Haris untuk
menghalalkan perhubungan itu. Lagipun dia tiada tempat lagi ingin di tuju.
Hanya Tuan Haris saja masa depannya.
“Ya, uncle sanggup tunggu Fina habis SPM nanti. Lepas
tu kita kahwin ya,” Tuan Haris mengangguk laju tanda persetujuan. Dia tidak
sabar untuk menunggu saat itu.
Afina kembali menangis sambil memeluk kedua lututnya. Sedih mengenangkan nasib yang bakal di
hadapinya nanti. Terlalu naïf mempercayai kebaikan Tuan Haris kepadanya mengundang satu penderitaan dalam
hidupnya. Tuan Haris menarik Afina lalu
dirangkul kemas tubuh itu. Ubun-ubun Afina dikucup berkali-kali tanda terima
kasih kepada gadis itu kerana sanggup menjadi permaisurinya walaupun terpaksa.
Afina melangkah longlai
masuk ke kelas. Masalah masih tersarat di benak otaknya. Mahu gila dia bila
memikirkan hal dia dengan Tuan Haris itu. Tiba di mejanya dia mengeluh berat, tak
cukup masalah di rumah di tambah pula di sekolah. Segala sampah sarap
bertaburan di meja dan kerusinya. Tanpa bicara, Afina memungut segala kotoran
itu lalu masukkan ke dalam tong sampah semula. Dia tahu itu semua kerja Emma
dan rakan sekutunya.
“Rasakan! Anak jijik macam kau memang sesuai duduk
tempat busuk macam tu. Mana boleh bercampur dengan kami yang keturunan
baik-baik ni,” sindir Emma kasar sambil memeluk tubuhnya. Dia yang berada di
hadapan bersama yang lain sentiasa mencari masalah untuk mengenakan Afina.
Afina membisu. Malas menjawab sindiran itu. Baginya
kalau dia membalas balik perbuatan itu, dia sama seperti pembuat itu.
Melihat Afina tiada reaksi hati Emma semakin bengkak.
Dia mendengus kasar. “Oi, Fina! terasa bagus sangat ke diri tu bila dah jadi perempuan simpinan orang kaya hah?”
Afina tersentap. Matanya tajam merenung Emma di hadapan.
Emma tersenyum sinis. Puas hati bila Afina tayang muka marah itu, makna Afina
ada reaksi.
Haydar masuk ke kelas. Dia hairan suasana kelas itu
terasa aura tegang. Dia kalih pandang ke arah Afina yang sedang longgakkan
sampah ke dalam tong berwarna hitam. Kemudian dia kalih pada Emma yang sedang
berpeluk tubuh sambil tersenyum mengejek. Panas hatinya bila melihat senyuman
Emma itu.
Dia melangkah ke arah Afina sebaik meletakkan beg
sekolahnya. Tong sampah di tangan Afina dirampas kasar lalu di bawa ke depan.
Tepat di hadapan Emma. Afina terkejut dengan tidakkan sengaja dari Haydar itu.
“Kau nak apa?” Soal Emma, wajahnya cuak sambil
memandang Haydar dengan perasaan takut.
Haydar tidak menjawab malah dia mengangkat tong sampah
itu lalu mencurahkan segala isi perut tong sampah itu atas Emma. “Rasakan!” Suara
Haydar lalu meninggalkan Emma yang tergamam itu.
Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut dengan
tindakan berani Haydar itu. Bulat mata Afina. Dia memandang Haydar tanpa
berkerdip yang semakin menghampirinya dengan senyuman manis di bibir.
Emma mengacip ketap giginya. Hatinya membara. Dia
menapak ke arah Haydar dengan laju. Baju lelaki itu di tarik dari belakang
untuk menghadiahkan tamparan sulung kepada Haydar. Tapi Haydar cepat bertindak. Dia sempat mengelak.
Haydar ketawa
kecil. Dia mengangkat tong sampah itu kembali, lalu menutup kepala gadis itu
dengan tong tersebut. “Ini hadiah untuk orang kurang ajar macam kau!” suara Haydar
sambil mengenyit sebelah matanya ke arah Afina. Afina mengukir senyuman.
Emma menjerit kuat suara bergema di dalam tong sampah
itu. “Tak guna lelaki!” Marah Emma sebaik menghempas tong itu ke bawah.
“Apa hal ni?”
Dalam kekecohan guru kelas mereka masuk ke kelas.
“Cikgu! Haydar dan Afina buli saya. Tengok apa yang
diorang dah buat apa saya.” Adu Emma, dia tayang muka sedih. Sengaja, biar guru
kelas mereka mendenda Afina dan Haydar. Itu yang dia mahukan.
Cikgu Rogayah memandang Haydar, Afina dan juga Emma
silih berganti dengan memek muka yang agak garang. “Sudah! Kamu bertiga keluar
sekarang lepas tu cuci semua tandas kat
bangunan ni!” Arah Cikgu Rogayah tanpa memilih kasih.
“Cikgu!” Bentak Emma, geram lain yang diingini lain
pula yang terjadi.
“Tak payah bagi alasan. Sekarang keluar!” arah cikgu Rogayah
kuat.
Emma sempat mehentak kakinya ke lantai tanda protes
sebelum keluar dari kelas itu. Haydar dan Afina turut dari belakang. Yang lain
hanya jadi pemerhati saja. Takut untuk membela Emma bila cikgu Rogayah, singa
betina gelaran yang diberikan oleh semua pelajar sekolah itu masuk campur.
Emma dari depan menoleh ke belakang tiba-tiba. “Korang
berdua dengar sini, aku tak akan berdiam diri selagi korang ada kat sekolah
ini!” amuk Emma kasar.
“Ada kami kesah?” Sindir Haydar balik dengan wajah
menyampah melihat Emma di hadapannya.
“Arggh!!” Jerit Emma geram. Tak sampai sesaat dia
menapak laju ke hadapan.
Afina tergelak halus. Lucu bila melihat wajah Emma
tidak berpuas hati itu. “Terima kasih Haydar,” ucapnya lembut.
Haydar kalih memandang Afina di sebelah. Dia menyimpul
senyuman. “Sama-sama,” balasnya pendek. Hatinya berbunga setiap kali melihat
wajah sedih Afina itu mempamerkan senyuman ikhlas kepadanya.
Ketika dalam tandas mata Emma tidak lepas dari
memandang Afina dan Haydar yang asyik bergurau senda. Gurauan mereka
menyakitkan hatinya. Seolah-olah mereka sedang memijak-mijak maruahnya.
Tiba-tiba ada bisikan halus di telinganya. Dia tersenyum jahat. ‘Kau perlu di
ajar sikit hari ni Fina,’bicaranya sendiri.
“Fina, awak tunggu sekejap saya nak pergi minta
pencuci dengan mak cik cleaner,” ujar Haydar kemudian dia berlari anak keluar
dari tandas meninggalkan Afina dan Emma di dalam tandas
“Baiklah, cepat sikit tahu!” laung Afina sedikit
sambil tersenyum
“Bahagianya kau di luar ada bapa ayam. Di sekolah pula
ada pak we ayam,” sindir Emma mengejek.
Senyuman di bibir Afina mati kemudian dia menoleh
kalih pada Emma. “Kenapa dengan awak ni? tak cukup-cukup lagi ke awak nak buli dan
sindir saya?” soal Afina tulus. Dia ingin sekali nak tahu kenapa gadis itu
benci sungguh padanya.
“Aku tak akan puas selagi kau ada di sekolah ni,”
balas Emma dengan wajah menyinga.
“Saya tak pernah sakiti awak. Kenapa awak asyik cari
pasal dengan saya?” soal Afina lagi. Dia tidak terima alasan itu .
“Sebab mak kau, mak dan ayah aku bercerai. Aku
kehilangan ayah disebabkan perangai keji mak kau tu!” pekik Emma, memarahi
gadis itu tiba-tiba.
“Jangan nak salah mak saya seorang dalam hal itu. Ayah
awak tu pun sama salah. Mudah tergoda dengan perempuan lain dan mak awak pun
sama tak pandai jaga hati suami!”bidas Afina lancang.
“Kurang ajar punya perempuan!” marah Emma sambil mengacip
ketat giginya. Dia menapak menghampiri Afina. Rambut panjang gadis itu di tarik
kuat. “Kau cakap sekali lagi?”
Afina menjerit kesakitan. Kulit kepalanya bagaikan
mahu tercabut. Dia menahan tangan Emma dari terus menarik rambutnya.
“Sakitlah!”
Emma bagaikan dirasuk sesuatu. Suara Afina menjerit
kesakitan tidak diendahkan. Dia menarik rambut Afina sambil berjalan ke arah
baldi berisi air kotor yang telah digunanya untuk mencuci lantai tandas. Dengan kudrat yang ada dia menolak badan Afina
ke bawah, dia menekan kepala Afina dari belakang untuk menyelamkan muka Afina
ke baldi itu. Tangan Afina tergawang-gawang. Dia tahan nafas agar air kotor itu
tidak masuk ke mulutnya. Emma menarik sedikit rambut Afina sambil mengilai
kuat.
“Em..Emma...”Tak sempat Afina mahu bernafas Emma
menyelamkan semula kepalanya ke dalam baldi itu.
“Rasakan! Puas
hati aku. Baik kau mati sekarang, baru bahagia aku!”ujar Emma dengan muka berpuas
hati.
“Fina!” Jerit Haydar sebaik menapak masuk ke dalam
tandas itu semula. Emma tersentap terus melepaskan tangannya yang sedang
memegang rambut Afina itu.
“Jahanam kau perempuan!” Marah Haydar dia menghampiri
mereka berdua. Tubuh Afina di angkat. Emma masih tergamam. Tanpa berfikir
panjang Haydar mengambil baldi itu terus menjirus pada Emma.
“Padan muka! Jom Fina.” Haydar mengheret Afina keluar
dari situ, meninggalkan Emma yang terkebil-kebil memandang mereka berdua. Hari
ini dua kali dia kena simpah. Pertama disimbah dengan sampah kedua air kotor
oleh Haydar.
“Awak okey?” soal Haydar. Sapu tangan di poket seluar
di keluarkan untuk mengelap wajah Afina yang basah kuyup itu.
Afina mengangguk perlahan sambil membetulkan rambutnya
yang sudah kusut masai.
“Emma itu memang tak makan saman betul! Ee... rasa nak
tumbuk-tumbuk je muka dia itu. Nasib baik dia perempuan kalau laki memang tak nampak
orang dah muka dia tu,” tempelak Haydar dengan perasaan marah.
“Haydar sudahlah tu,” pujuk Afina lembut.
“Fina, awak boleh bertahan lagi dengan perempuan
perangai syaitan macam tu?” soal Haydar, bingung dengan sikap Afina yang
terlalu baik itu.
Afina senyum kelat. Dia tahu Emma bencikan dia disebabkan
sikap arwah ibunya. Dia sendiri malu dengan perangai maknya. Tapi dia tak pernah
membenci mahupun marahkan ibunya. Gara-gara
si bapa yang suka berjudi ibunya terlibat sama. Dia tetap bangga dengan ibu kerana
sanggup mempertahankan dia dari terus didera oleh ayahnya. Jasa seorang ibu
sukar untuk diganti.
“Fina, lepas kejadian ini saya akan hati-hati tentang
keselamatan awak. Saya tak akan tinggalkan awak dengan dia lagi selepas ini. Sakit
awak derita saya. Sihat awak bahagia saya,” tutur Haydar penuh bermakna.
Afina menatap wajah Haydar dengan sayu. Dia tahu Haydar
cuba meluahkan rasa cinta padanya. Dia tidak boleh. Tidak boleh menyambutnya.
Bukan kerana dia tidak ada rasa cinta terhadap lelaki itu. Tapi dia ada satu
perjanjian yang perlu dia laksanakan.
“Saya akan jaga awak. Saya.. saya cinta kan awak Fina,”ucap
Haydar lagi bila Afina tiada tindak balas.
Afina masih tidak beralih memandang lelaki itu. Dia
tidak terkejut dengan luahan rasa cinta itu. Sebab dia sendiri menyimpan
perasaan yang sama. Dia hanya mampu mengangguk. Untuk meluahkan juga, dia tiada
daya. Dia tidak kuasa untuk membalas cinta itu. Tuan Haris sedang menantinya sekarang.
‘Maafkan Fina, Fir.
Cinta kita tidak mungkin bersatu.’
----> dapatkah cinta mereka bersatu nanti? atau adakah Afina betu tekad dengan kata persetujuan untuk menjadi isteri kepada Tuan Haris??
tunggu sambungan cerita ini yang akan update secepat mungkin oleh DN :)
4 comments:
nak lagiiiii
dik @Ruunna sabar ya :)
Alolo...fina harap buat keputusan yg tepat..sabar menanti bab yg seterusnya :)
@najiha ayuni :)
hohoho...harap2 lah ya :)... sabar itu satu penyeksaan kan kan
Post a Comment