Bab 8
Arissa mengeluh
kepalanya dijatuh ke meja perpustakaan. Di elengkan kepalnyaa berkali-kali, dia
tidak percaya hal ini bakal dihadapi dalam hidupnya. “Risya..tolong aku Risya...
Mati aku kalau betul-betul dia kotakan apa yang dicakapnya semalam. Aku tak
mahu hidup dengan dia,” ucap Arissa cuba tahan tangisan.
Batrisya serba serba tak kena. “Itulah kau, pandai
sangat cakap macam tu dekat Auni. Dah tahu budak tu teringin sangat nak ada ibu
yang kau beria kata sanggup kenapa?” marah Batrisya.
Mukanya ditoleh ke arah
Batrisya dengan wajah mencuka. “ Mana nak tahu perkara ini akan terjadi. Kalau aku
tahu dah lama aku angkat kain putih dan berharap tak pernah kenal doktor duda
tu,tau!” bidas Arissa.
Batrisya turut mengeluh
sama. Dia sendiri tidak pandai dalam bab cinta cintun ini. “Sabarlah, mungkin
ada hikmah disebalik semua ni. Lagipun kau beruntung yang kau nak nikah tu
dengan doktor diikhtiraf bukannya doktor sendiri,” Batrisya berkata manis.
Arissa angkat kepalanya
sedikit. “Tak kiralah doktor ke, peguam
ke, ahli parlimen sekali pun kalau dah perangai macam singa lapar, buat apa?!
Baik aku ambil cik abang kau doktor Waiz dahlah encem baik pula tu,”
wajah yang kusam berubah miang dengan kening dijungkit-jungkit kepada Batrisya.
Batrisya mencemik
geram. Tidak suka bila dirinya dikaitkan dengan doktor gatal itu. “Ambil aku
lagi bersyukur,” tempelak Batrisya dengan mulut memuncung panjang.
Arissa mengeluh lalu menjatuhkan
kepalanya semula. “Kalaulah boleh dah lama aku rembat tapi dah terlambat. Auni
terlebih awal ambil aku sebagai calon mama tirinya.” Ada nada sedih kedengaran.
Batrisya mengekek kecil.
“Tulah kau nak baik hati kena berpada-pada jangan melebih tambah-tambah dengan
budak kecil. Sekarang tersangkut dekat pada budak,” perli Batrisya dalam
lembut.
“Woi, mana ada
tersangkut tapi dipaksa tersangkut. Aku minta sangat si Auni tu bergurau saja.
Cepatlah aminkan doa aku ni,” bebel Arissa sambil menadah tangan.
“Amin…” Batrisya turut
sama melakukannya.
“Arissa Farhana!”
Suara seseorang dari
belakang. Arissa terus kalih ke belakang, “Ya saya, kenapa?”
“Pengetua nak jumpa.”
Bagitahu seorang budak perempuan dari kelas lain lalu terus beredar dari situ.
“Apa? Pengetua!” Arissa
terkejut beruk. Kecut perutnya bila pengetua sekolah mahu berjumpa dengannya
tiba-tiba. Sepanjang dia bersekolah di sini tidak pernah hayat hidup Tuan Pengetua
mahu berjumpa dengannya secara peribadi.
“Kau dah langgar
displin sekolah ini ke Rissa?” Soal Batrisya dengan wajah cuak.
“Jaga sikit mulut tu,
aku budak baik tahu!” Bidas Arissa balik. Dia bangkit dengan hati yang gundah
lalu menuju ke bilik pengetua.
Tok!Tok! Assalamualaikum.
Arissa mengetuk pintu bilik seraya memberi salam dari luar. Hatinya berirama
pop rock.
“Masuk,” arah pengetua Sekolah
Swasta Firas. Wazlan Firas.
“Haa, ini rupanya Arissa
Farhana yang menjadi topik hangat perbincangan dalam keluarga firas, pengetua bercanda
sambil tersenyum manis bila Arissa melangkah mendekati mejanya.
Arissa tersengih dalam
ketakutan.Eh, siapa tu?
Selain dirinya dan
pengetua ada lagi seorang manusia turut berada dalam bilik itu. seorang lelaki
membelakanginya menyukarkan Arissa mengecam siapakan gerangan orang tersebut.
“Ini haa.. ada orang
nak jumpa awak. Katanya nak bincang pasal hal peribadi,” suara Pengetua
tiba-tiba, sambil senyum meleret.
Aysar yang duduk
mengadap bapa saudaranya menoleh ke belakang. Arissa tercengang mulut ternganga
luas.
“Awak!” jerit Arissa sedikit, malunya hal
mereka sudah sampai di pengetahuan Pengetua rasa mahu menyorok di bawah meja
bila teringatkan kata-katanya semalam.
Aysar memandang wajah Arissa dengan lagak tenang. Seolah tiada masalah yang dihadapi sekarang,
dalamnya sudah semak dengan amarah yang membuak-buak. “Pak ngah, izin kami
bincang berdua?” Minta Aysar dari bapa saudaranya.
Besar mulut Arissa bila
Aysar memanggil pengetuanya pak ngah. ‘Ini bermakna Aysar adalah anak saudara
pengetuanya. Iyalah dah Waiz anak tuan pengetua dan sepupu kepada doktor senget
ni jadi secara semula jadi Aysar itu anak saudara pengetualah,’ Arissa buat
perhitungan salsilah keluarga Firas sendiri.
Wazir mengangguk tanda
setuju. “Baiklah, kamu berdua masuk ke bilik mesyuarat sana. Tapi ingat bincang
elok-elok guna akal yang waras bukan emosi yang sedang panas,” nasihat Wazir
lembut. Dia tahu segala-gala dari anaknya Waiz yang sibuk bercerita tentang
mereka berdua semalam.
Aysar dan Arissa
menapak masuk ke bilik mesyuarat yang bersebelahan dengan bilik Pengetua. Aysar
menghenyek kasar di kerusi lalu lalu mengadap Arissa yang masih lagi berdiri.
“Hujung bulan ni kita
langsungkan majlis nikah,” suara Aysar tiba-tiba dengan nada dingin.
Arissa baru saja mahu
melabuh duduk tidak menjadi, dia tercengang matanya membulat menikam wajah Aysar.
“Doktor gila ke? Saya masih bawah umur kot nak nikah.” Balasnya sedikit menjerit.
“Saya yang gila atau
awak yang gila?” Sindir Aysar pedas. Siapa yang memandai buat kata janji dengan
Auni? Saya atau awak? kalau awak tak cakap macam tu hari tu, kita tak akan nikah
tahu!” Bertubi-tubi soalan sindiran tambah geram diajukan kepada Arissa.
Arissa juihkan hujung
bibirnya. Terkena batang hidung sendiri. “Hari tu, doktor sendiri jugak yang
suruh saya pujuk Auni kan? Siap melutut depan saya, menangis bagai nak rak
suruh saya pujuk Auni supaya Auni keluar dari bilik kan?” Tempelak Arissa cuba
mengejek.
“Arissa! Stop it
please!” Aysar semakin geram dengan sikap keanak-anakkan Arissa itu. Ego lelakinya
bagaikan dipijak-pijak oleh gadis hingusan itu.
“Jangan nak banyak cakap, balik rumah bincang
dengan family awak pasal kita. Dua minggu dari sekarang saya akan bawa family
saya untuk bincang pasal perkahwinan kita nanti. Satu lagi kita kahwin secara ala
kadar, senyap-senyap, tiada majlis persandingan mahupun pertunangan.”
Sambungnya lagi.
“Hah? tunggu…tunggu.
Siapa yang bagi kata putus kita nak kahwin ni?
Pandai-pandai doktor je nak atur perjalanan hidup saya,” bidas Arissa kasar.
“Di sebabkan awak, Auni
sekarang mogok lapar! Dia tak mahu makan selagi saya tak nikah dengan awak
faham!” Darah Aysar semakin tinggi melambung. Bercakap dengan Arissa membuat darahnya
boleh menjadi tinggi.
“Boleh percaya ke?”
Soal Arissa dengan wajah menyindir.
“Kenapa? Awak ingat
saya kemaruk sangat nak kahwin dengan awak? jika diberi pilihan antara awak
dengan mak awak, saya rela pilih mak awak jadi isteri saya daripada memilih
awak,” tempelak Aysar.
‘Amboi, sedapnya bahasa
doktor ni guna. Tahulah mak aku lebih cantik dari aku. Macamlah aku nak sangat
jadi bini diri. Sorry to say. Aku tak ingin tau!’ Ejek arissa dalam hati.
“Dan satu lagi, setiap
petang awak dibenarkan datang menjenguk Auni. Hanya 2 jam sahaja tidak boleh
lebih dari itu.”
‘Aik..aik dia ingat aku
ni bekas isteri dia ke apa siap bagi syarat dan masa pula nak jenguk auni. Ini
dah kira mendera.’
“Faham tak?”Tekan Aysar
bila orang di hadapannya tiada reaksi.
Arissa menjatuhkan
pandangannya dengan sebuah keluhan kasar. “Baiklah doktor, tapi yang pasal
perkahwinan tu.. doktor serius ke? Tak main-main?” soal Arissa soalan yang sama
dengan nada perlahan-lahan.
“ Awak ingat kita ni
sedang berlakon ke? Dua tiga kali saya fikirkan bagaimana nak selesaikan
masalah ini, awak boleh tanya soalan itu,” marah Aysar.
“Macamana kalau satu
sekolah ni tahu yang saya dah kahwin. Mesti diorang cop saya gatal. Tak habis
exam dah sibuk nak kahwin kalau nak kahwin baik tak payah ambil SPM semula,
duduk rumah jaga suami.. haa mesti orang akan cakap macam tu,”
“Uf, nampak sangat awak
tak korek telinga lagi hari ni. Saya
cakap tadi kita kahwin ala-kadar dan senyap-senyap hanya orang terdekat saja
yang tahu perkara ini. Lagipun awak jangan risau pengetua sekolah awak, bapa
saudara saya tahulah dia nak handle masalah kita. Tambahan pula saya tak
nak orang kata isteri saya masih bawah umur.” Jelas Aysar namun sempat lagi dia
mengata Arissa.
‘Kurang asam keping
betol doktor duda senget ni, sempat lagi dia perli aku ya. Tak pe-tak pe nanti
kahwin aku nak belasah dia cukup-cukup. Eh, kahwin? Setuju ke aku nak kahwin
dengan dia ni? Aigooo…’
Usai makan malam Arissa
meringankan tulang empat keratnya untuk membantu Puan Sofeya mengemas pinggan
mangkuk di dapur yang sebelum-sebelum ini tidak pernah. Puan Sofeya naik hairan
dengan sikap terlebih rajin anaknya itu. Dia memandang wajah anaknya itu nampak
kusam, kalah Perdana Menteri. Nampak sarat menanggung masalah di benak otaknya.
“Rissa.. ada masalah ke
ni?” Tanya Puan Sofeya sambil mengelap pinggan yang telah dibilas oleh anaknya
itu.
Arissa mengerling Puan
Sofeya sekilas dengan senyuman kelat di wajah sesaat kemudian dia meneruskan
aktiviti membasuhnya.
“Rissa.” Panggil Puan
Sofeya sekali lagi, nada suaranya keras sedikit.
“Tak de apalah mak,
serabut nak trial tak lama dah tapi satu habuk pun tak lekat kat kepala
otak ni,” bohong Arissa cuba menyembunyikan perasaannya kala ini.
“Hrm apa susah-susahnya
tak dapat masuk IPTA, masuk ke kolej tempat mak mengajar habis cerita.”
“Tak mau! Rissa nak sambung
belajar macam arwah abah belajar, dekat UM. Rissa nak rasa apa yang abah rasa
masa-masa dia belajar dekat situ, nak ambil aura semangat belajar abah,”
bangkang Arissa lembut.
Puan Sofeya tergamam.
Tutur bicara Arissa tentang arwah suaminya membuatkan hatinya tersebu. Dia
rindukan si pendampingnya di kala suka dan duka. Pertemuan singkat di sebuah
perhentian rilek and rest mencetus ikatan perkahwinan di antara mereka.
Dalam bahagia menyulam cinta mereka dianugerah seorang puteri, tapi takdir
jodoh mereka tidak lama, ALLAH lebih menyayangi suaminya. Arwah suami dijemput
terlalu awal ketika sang puteri baru berusia 10 tahun suaminya terlibat dalam
kes kemalangan jalan raya.
“Mak!” Panggil Arissa
bila melihat ibunya diam seribu bahasa.
Puan Sofeya tersedar
dari lamunan lalu mengukir senyuman manis kepada anaknya itu. “Dah siap?” Soal Puan
Sofeya. Arissa mengangguk.
“Jom kita ke depan,”
pelawa Puan Sofeya sambil memaut bahu anaknya.
“Mak…” seru Arissa
masih ragu-ragu untuk memberitahu ibunya perkara yang tersarang dilubuk
hatinya.
“Apa?” Tanya Puan
Sofeya matanya ralit menonton siaran yang bersiaran di kaca televisyen.
“Hrm, kalau ditakdirkan
Rissa kahwin sekarang, agak-agak mak marah tak?”
“Hah?!” agak terkejut Puan Sofeya bila diterjah dengan
soalan perkahwinan tiba-tiba. “Rissa kena tangkap basah ke?” Tebaknya lancang.
“Mak ni… ke situ pulak.
Mana ada tangkap basah tapi tangkap kering,” jawab arissa sambil tayang gigi
berlapis yang cantik tersusun itu.
“Rissa. Jangan nak main
soal nikah kahwin ni,” marah Puan Sofeya dengan wajah serius. Rancangan yang
rancak bersiaran tidak di endahkan cerita anaknya itu lagi hangat.
Rissa mengeluh kecil.
Wajah maknya ditatap lembut. “2 minggu dari sekarang doktor Aysar akan bawa
rombongan untuk bincangkan perkahwinan kami,” luahnya.
“Apa? Rombongan kahwin?
Rissa kenapa tiba-tiba. Cakap dengan dengan mak baik-baik, Rissa dengan tangkap
khalwat dengan dia ke?” tebak Puan Sofeya bertubi-tubi.
“Mak… Rissa masih ada
iman di dadalah. Benda haram macam tu Rissa tak buat. Hrmm macamana nak
bagitahu supaya mak faham ni,” dalih Arissa sambil menggaru kepalanya yang
tidak gatal.
“Yelah, cerita dengan
mak satu persatu tanpa tertinggal tanda noktah dan koma,” jenaka Puan Sofeya,
cuba menenangkan rasa gundah di hati anaknya itu.
Arissa menyedup nafas
sedalam yang mungkin. “Macam ni, semalam Auni buat perangai. Dia kurungkan
dirinya dalam bilik sehari suntuk. Dr Aysar menelefon abang Waiz supaya bawa Rissa
ke rumahnya untuk memujuk Auni. Rissa tak tahu yang Auni sedang merajuk mahukan
Rissa jadi ibunya, dr. Aysar melutut depan Rissa minta tolong pujuk Auni
keluar. Tanpa fikir panjang Rissa buat kata setuju nak jadi mama baru Auni. Auni
lompat riang terus keluar dari bilik tu.”
Arisa menarik nafas
sedikit sebelum menyambung bicaranya yang panjang lebar itu. “ Alih-alih dr. Aysar
marahkan Rissa sebab cakap tak guna akal. Rissa marah balik dekat dr senget tu.
Auni dapat tahu Rissa tipu dia, terus lari masuk bilik dan pecahkan cermin. Kami
semua panik mahu tak mahu rissa terpaksa bersetuju. Petang tadi dr Aysar datang
sekolah bagitahu Auni buat penyakit mogok tak mahu makan kalau Arissa tak jadi
mamanya secepat mungkin. Sebab tu dia suruh Rissa bincang dengan mak soal ni,”sambung
Arissa lagi, wajah Puan Sofeya ditatap
tanpa berkerdip.
Puan Sofeya turut
mengeluh berat. Masalah ini bukannya mudah tapi berat melibatkan soal hati dan
perasaan. Ikatan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan tulus mana boleh
main-main. Arissa masih terlalu mentah untuk ke arah itu. “Kalau Rissa kahwin
atas dasar mahu menyelamatkan Auni, habis perasaan Rissa sendiri macamana?”
“Hrm, entahlah mak..
harap lepas kami kahwin nanti ada satu keajaiban yang akan terjadi. Macam dalam
cerita drama tu, mula-mula gadus benci lepas tu baik dan bahagia selamanya,”
jawab Arissa sambil tersengih.
“Rissa ini realiti
bukannya dramatik hero dan heroin akan hidup bahagia di akhir babak. Ini
kehidupan yang kita akan hadapi selagi hayat kita dikandung badan sayang. Hidup
kita sekarang ada pasang surutnya tak semua akan berakhir dengan kebahagian.
Drama lain sayang, kita boleh ubah jalan cerita ikut selera
penonton.”
Nak cerita happy ending
atau sad ending semua tergantung di tangan si penulis. Tapi yang sekarang ini
kisah hidup Rissa dan Aysar, caturan kehidupan Rissa bukan semudah sebuah novel
sayang. Rissa masih mentah untuk ini,” nasihat Puan Sofeya berjeda. Anaknya hanya seorang itu, sebagai seorang ibu
dia tidak mahu melihat masa depan Arissa musnah. Dia tidak boleh menolak
sekiranya takdir jalan hidup Arissa memang tertulis begitu yang dia mampu hanya
mendoakan kesejahteraan Arissa.
“Mak... Rissa pun bukan
sangat nak kahwin tapi Rissa kesian Auni. Rissa dapat rasakan apa yang Auni
rasa sekarang. Kehilangan orang yang paling kita sayang, Rissa dapat rasa semua
itu. Auni kehilangan ibunya sejak dia lahir, Arissa pula kehilangan ayah masa
berusia 10 tahun. Derita menanggung
rindu kepada ibunya, Rissa dapat rasa semua itu. Tengok kawan-kawan bahagia ada
ibu dan ayah di samping membuatkan hati ini lagi rasa sakit,” Arissa senyap
seketika. Kepalanya disandar ke dada Puan Sofeya.
“Tapi Rissa masih
beruntung sebab dapat merasa kasih sayang seorang ayah walaupun hanya seketika
tapi
Auni…” kata-kata Arissa hanya berakhir di situ, dia sedih air matanya
menitis turun.
“Mak faham perasaan
kamu berdua. Mak tak halang kalau kamu masih nak teruskan perkahwinan ini. Tapi
mak tak nak selepas kamu kahwin nanti kamu mengaku macam-macam. Bukan mak tak
kenal perangai anak mak ni, masak pun haram nak sentuh senduk kuali di dapur,” omel
Puan Sofeya sambil membelai rambut anaknya itu.
Arissa bangkit terus. “Mak
ni… bila kahwin nanti Rissa belajarlah perlahan-lahan,” ujarnya, mulut sudah naik
sedepa.
“Belajarlah sangat. Dahlah
tahun ni kamu nak SPM sibuk nak study lagi, manlah sempat nak belajar kalau budak
bernama Arissa Farhana ni,” usik Puan Sofeya tersengih.
Arissa tayang muka cemberut. “Tak percayakan
Rissa ya, tak pe.” Arissa sengaja
merajuk.
Puan Sofeya menarik
pipi anaknya dengan geram. “Percaya. Mak percaya Rissa boleh buat yang terbaik.
Kahwin nanti sila ubah perangai kaki pemalas ya,” sekali lagi pipi Arissa
menjadi mangsa cubitan Puan Sofeya.
Arissa sengih panjang.
Bukan kerana bahagia nak kahwin dengan Aysar tapi bahagia sebab Auni akan
sentiasa berada dengannya. Kadang-kadang puas dia berfikir kenapa Auni sangat
istimewa padanya. Adakah mungkin kerana
mereka sama-sama kehilangan?
Seperti yang dijanjikan
oleh Aysar, keluarganya dari Kuala Lumpur sana beserta keluarga bapa saudaranya
Wazir datang bertandang ke rumah Arissa untuk membincangkan hal perkahwinan
mereka yang akan berlangsung seminggu dari sekarang. Mula-mula orang tua Aysar
menentang rancangan anaknya itu, mengambil Arissa yang masih bersekolah sebagai
isteri adalah satu keputusan yang kena berfikir dua tiga kali baru masuk akal.
Pertama Arissa masih
terlalu mentah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri sekaligus menjadi ibu
ekpress kepada Auni. Kedua aysar tidak begitu mengenali Arissa dan hanya bersetuju
kahwin atas dasar mengikut kehendak anaknya saja. Ini tidak adil untuk Arissa.
Sepanjang tempoh
perbincangan tentang urusan nikah kahwin, Auni sejak datang sampailah Aysar
mahu balik setia di riba Arissa. Arissa pula tidak menunjuk wajah bosan ketika
melayan kerenah Auni. Itulah yang diperhatikan oleh orang tua Aysar, jadi tidak
hairanlah jika Aysar mahu menikahi gadis itu untuk Auni dan bukan dirinya. Aysar
dan Arissa sudah buat kata sepakat, sebagai orang tua mereka terima dengan
seadaanya. Mereka tahu di hati anak lelakinya itu hanya ada nama arwah menantu
mereka.
Hujung minggu itu, Aysar
mengambil cuti untuk membawa mak Dini dan anaknya ke rumah Arissa. Baju
pengantin untuk Arissa tidak ada lagi. Kalau bukan mama dia yang memaksa tidak
mahu dia mengambil peduli pasal semua itu. Baginya sudah memadai memakai sehelai
baju melayu yang pernah dia guna semasa majlis akad nikahnya bersama Qaisara
masih elok tersimpan untuk majlis ijab qabul itu nanti.
“Nenek! Mama!” Laung
Auni sebaik kereta Aysar berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah
Arissa. Aysar dan mak Dini yang baru keluar dari perut kereta hanya
menggelengkan kepala.
“Auni, tak baik
jerit-jerit depan rumah orang, kan papa dah pesan bagi salam dulu,” tegur Aysar
lembut, kepala anaknya di gosok.
“Baik papa.
Assalamualaikum!” jawab Auni sambil tersengih seraya memberi salam.
Puan
Sofeya yang baru selesai mencuci pakaian menjengul sedikit kepala ke luar
jendela. Bila melihat aysar sekeluarga di luar terus saja dia membuka pintu. “Wa’alaikumussalam, Auni..” sahut Puan Sofeya
tersenyum manis, geli hati dengan telatah Auni yang cerdik itu. “Hah, Aysar,
kak Dini masuklah pagar tu tak berkunci,” pelawa dia pula.
“Terima
kasih kak,” suara Aysar.
Sebaik
aysar membuka pintu Auni terus meluru masuk, tubuh Puan Sofeya dirangkulnya.
Puan
Sofeya membongkakkan sedikit tubuhnya sambil mencubit geram pipi Auni kemudian
bertubi-tubi mengucup pipi anak itu. “Ish kenapa panggil kakak lagi, Aysar kan
nak jadi menantu mak panggil mak lah,” larang Puan Sofeya bangkit seraya mempersilakan
mereka berdua masuk.
Aysar
mengaru belakang kepalanya, terasa kekok untuk memanggil Puan Sofeya dengan panggilan
mak sedangkan jarak umur di antara mereka hanya 10 tahun sahaja.
“Duduk
dulu ya, Aysar mak Dini buat macam rumah sendiri. Saya nak panggilkan Arissa
dekat atas.” Puan Sofeya meninggalkan mereka di ruang tamu lalu memanjat anak
tangga.
Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Arissa dia
mengucap panjang bila Arissa masih enak dibuai mimpi. “Ya ALLAH! Eh, Rissa dah
pukul berapa dah ni, asyik tidur saja kerjanya! Macamana nak jadi isteri orang
ni. Dah bangun sekarang, Aysar ada dekat bawah sana,” bebel Puan Sofeya sambil
menepuk lembut punggung anaknya.
ArisSa
yang masih berbungkus itu bergerak sedikit. Panas hatinya bila tidurnya
terganggu. “Buat apa dia datang, suruh dia baliklah mak.” rungutnya.
“Balik?
Jangan nak mengarut kan dia dah janji nak bawa kamu ke butik cari pakaian untuk majlis akad nikah nanti.”
“Suruh
dia pergi sendirilah,” jawab Arissa dengan malas, matanya masih terpejam rapat.
“Ish
budak bertuah ni.Dah jangan nak banyak songeh. Masalah ni Rissa sendiri yang
carikan jadi jangan cakap banyak,” ujar Puan Sofeya sambil menarik selimut yang
masih tergulung dibadan Arissa.
“Ah
bencilah!” bentak Arissa geram.
“Jangan
nak marah, pergi mandi sekarang. Mak tunggu dekat kat sini, kamu bukan boleh
percaya sangat! Mak keluar bilik kamu sambung tidur balik,” tempelak Puan Sofeya
membantu anaknya bangkit dari tidur.
Arissa
bangkit dengan malas lalu menuju ke kamar mandi. Mandinya ala kadar sahaja
kerana benggang dengan bebelan dari Puan Sofeya di luar bilik air. Dia keluar
dari bilik air dengan masam memcuka.
“Hah
eloklah buat muka macam tu. Tak naik seri pengantinlah kamu nanti. Ini, pakai
baju yang mak dah ambik,” sempat lagi Puan Sofeya menyambung bebelannya. Baju di
tangan di hulurkan kepada Arissa.
“Tak
nak, Rissa nak pakai seluar,” jawab Arissa dengan selamba. Dia menapak ke almari
untuk mencari pakaian lain.
“Jangan
nak ngada-ngada. Kamu dah nak jdi isteri orang jaga penampilan sikit. Jangan asyik
nak jadi jantan saja.” Marah Puan Sofeya.
Arissa
tarik muncung panjang lalu mencapai baju yang dihulurkan oleh ibunya itu. Dia menyarung
blaus panjang yang berwarna krim dan skirt panjang yang berhitam itu turut dibantu
oleh Puan Sofeya.
“Tudung
tu lipat sikit baru nampak muka Rissa yang cantik. Ini tak serabai saja, Aysar
tengok tak selera,” omel Puan Sofeya lagi. Tudung yang dipakai Arissa
dielokkannya.
Arissa
memekak telinga. Dia masih mengantuk. Dia memang pantang kalau tidurnya
diganggu tambah-tambah lepas subuh. Dia memang seorang yang jenis tak makan
saman apa yang dilarang oleh mak dia dia buat don’t know saja.
Puas
hati dengan penampilan anaknya itu Puan Sofeya mengheret tangan anaknya untuk
turun ke bawah. Sebaik mereka meniti turun, Auni yang berada dipangkuan Aysar
terus turun lalu berlari mendekati Arissa.
“Mama…”
panggil Auni seraya memeluk Arissa.
“Hai
sayang,” sapa Arissa, wajahnya yang masam tadi terus bertukar menjadi ceria
sebaik melihat Auni tersengih memanjang kepadanya.
“Mak
pergi buat air sekejap, Auni ikut nenek ya,” pinta Puan Sofeya mengundur diri.
Tanpa di sedari oleh Aysar dan Arissa, Puan
Sofeya melambaikan tangannya kearah mak Dini untuk mengikutnya ke dapur. Dia
mahu memberi ruang pada Aysar dan anaknya untuk berbincang.
Arissa
melabuh duduk di sofa tanpa menghiraukan
Aysar di sebelah sana. Remote televisyen di capainya
lalu menekan suiz on.
Tertera rancangan animasi jepun lalu dilayan olehnya.
Aysar
di sebelah sana mengerling ke arah Arissa. Dia eleng kepala dengan sikap keanak-anakkan
bakal isterinya nanti. “Macamana nak jadi ibu kalau diri sendiri tak matang
lagi,” sindir Aysar jujur dengan mata masih menatap Arissa yang menyandar sedap
di sofa.
Arissa
angkat tubuhnya sedikit lalu menoleh ke arah Aysar. Matanya tajam menikam wajah
lelaki itu. ‘Suka hati akulah. Ini hak peribadi aku jangan nak banyak soal!’
Bicaranya memlalui mata.
Aysar
bangkit lalu mengambil remote di meja kemudian dia duduk kembali. Dia menukar
siaran lain. Arissa begang tiba-tiba lalu menjerit memanggil nama lelaki itu.
“Aysar!”
----> pOng pOng...n3 utk bab 8 dah ada hehehe...amboi macamlah ada yg tertunggu nak bce n3 ni hee.. pe2 tq sudi singgah blog DN
6 comments:
best2.... nak nak lagiiii
Mcm x matang je.... mcm mana arissa nak kawin ni...
@ruunna :)..okey nanti akk kasi secepat mungkin ya dik..
@anonymous.... tq sudi drop komen :)
memang si arissa tu xmatang pon ehehe..
BEST...
bila nak smbung lg ni?????????
Post a Comment