Thursday, 29 August 2013

Akhirnya Kau KuMiliki 8

Bab 8

Arissa mengeluh kepalanya dijatuh ke meja perpustakaan. Di elengkan kepalnyaa berkali-kali, dia tidak percaya hal ini bakal dihadapi dalam hidupnya. “Risya..tolong aku Risya... Mati aku kalau betul-betul dia kotakan apa yang dicakapnya semalam. Aku tak mahu hidup dengan dia,” ucap Arissa cuba tahan tangisan.

Batrisya  serba serba tak kena. “Itulah kau, pandai sangat cakap macam tu dekat Auni. Dah tahu budak tu teringin sangat nak ada ibu yang kau beria kata sanggup kenapa?” marah Batrisya.

Mukanya ditoleh ke arah Batrisya dengan wajah mencuka. “ Mana  nak tahu perkara ini akan terjadi. Kalau aku tahu dah lama aku angkat kain putih dan berharap tak pernah kenal doktor duda tu,tau!” bidas Arissa.

Batrisya turut mengeluh sama. Dia sendiri tidak pandai dalam bab cinta cintun ini. “Sabarlah, mungkin ada hikmah disebalik semua ni. Lagipun kau beruntung yang kau nak nikah tu dengan doktor diikhtiraf bukannya doktor sendiri,” Batrisya berkata manis.

Arissa angkat kepalanya sedikit. “Tak kiralah doktor  ke, peguam ke, ahli parlimen sekali pun kalau dah perangai macam singa lapar, buat apa?! Baik aku ambil cik abang kau doktor Waiz dahlah encem baik pula tu,” wajah yang kusam berubah miang dengan kening dijungkit-jungkit kepada Batrisya.

Batrisya mencemik geram. Tidak suka bila dirinya dikaitkan dengan doktor gatal itu. “Ambil aku lagi bersyukur,” tempelak Batrisya dengan mulut memuncung panjang.

Arissa mengeluh lalu menjatuhkan kepalanya semula. “Kalaulah boleh dah lama aku rembat tapi dah terlambat. Auni terlebih awal ambil aku sebagai calon mama tirinya.” Ada nada sedih kedengaran.

Batrisya mengekek kecil. “Tulah kau nak baik hati kena berpada-pada jangan melebih tambah-tambah dengan budak kecil. Sekarang tersangkut dekat pada budak,” perli Batrisya dalam lembut.

“Woi, mana ada tersangkut tapi dipaksa tersangkut. Aku minta sangat si Auni tu bergurau saja. Cepatlah aminkan doa aku ni,” bebel Arissa sambil menadah tangan.

“Amin…” Batrisya turut sama melakukannya.

“Arissa Farhana!”

Suara seseorang dari belakang. Arissa terus kalih ke belakang, “Ya saya, kenapa?”

“Pengetua nak jumpa.” Bagitahu seorang budak perempuan dari kelas lain lalu terus beredar dari situ.

“Apa? Pengetua!” Arissa terkejut beruk. Kecut perutnya bila pengetua sekolah mahu berjumpa dengannya tiba-tiba. Sepanjang dia bersekolah di sini tidak pernah hayat hidup Tuan Pengetua mahu berjumpa dengannya secara peribadi.

“Kau dah langgar displin sekolah ini ke Rissa?” Soal Batrisya dengan wajah cuak.

“Jaga sikit mulut tu, aku budak baik tahu!” Bidas Arissa balik. Dia bangkit dengan hati yang gundah lalu menuju ke bilik pengetua.


Tok!Tok! Assalamualaikum. Arissa mengetuk pintu bilik seraya memberi salam dari luar. Hatinya berirama pop rock.

“Masuk,” arah pengetua Sekolah Swasta Firas. Wazlan Firas.

“Haa, ini rupanya Arissa Farhana yang menjadi topik hangat perbincangan dalam keluarga firas, pengetua bercanda sambil tersenyum manis bila Arissa melangkah mendekati mejanya.

Arissa tersengih dalam ketakutan.Eh, siapa tu?

Selain dirinya dan pengetua ada lagi seorang manusia turut berada dalam bilik itu. seorang lelaki membelakanginya menyukarkan Arissa mengecam siapakan gerangan orang tersebut.

“Ini haa.. ada orang nak jumpa awak. Katanya nak bincang pasal hal peribadi,” suara Pengetua tiba-tiba, sambil senyum meleret.

Aysar yang duduk mengadap bapa saudaranya menoleh ke belakang. Arissa tercengang mulut ternganga luas.

 “Awak!” jerit Arissa sedikit, malunya hal mereka sudah sampai di pengetahuan Pengetua rasa mahu menyorok di bawah meja bila teringatkan kata-katanya semalam.

Aysar memandang wajah Arissa dengan lagak tenang. Seolah tiada masalah yang dihadapi sekarang, dalamnya sudah semak dengan amarah yang membuak-buak. “Pak ngah, izin kami bincang berdua?” Minta Aysar dari bapa saudaranya.

Besar mulut Arissa bila Aysar memanggil pengetuanya pak ngah. ‘Ini bermakna Aysar adalah anak saudara pengetuanya. Iyalah dah Waiz anak tuan pengetua dan sepupu kepada doktor senget ni jadi secara semula jadi Aysar itu anak saudara pengetualah,’ Arissa buat perhitungan salsilah keluarga Firas sendiri.

Wazir mengangguk tanda setuju. “Baiklah, kamu berdua masuk ke bilik mesyuarat sana. Tapi ingat bincang elok-elok guna akal yang waras bukan emosi yang sedang panas,” nasihat Wazir lembut. Dia tahu segala-gala dari anaknya Waiz yang sibuk bercerita tentang mereka berdua semalam.

Aysar dan Arissa menapak masuk ke bilik mesyuarat yang bersebelahan dengan bilik Pengetua. Aysar menghenyek kasar di kerusi lalu lalu mengadap Arissa yang masih lagi berdiri.

“Hujung bulan ni kita langsungkan majlis nikah,” suara Aysar tiba-tiba dengan nada dingin.

Arissa baru saja mahu melabuh duduk tidak menjadi, dia tercengang matanya membulat menikam wajah Aysar. “Doktor gila ke? Saya masih bawah umur kot nak nikah.” Balasnya sedikit  menjerit.

“Saya yang gila atau awak yang gila?” Sindir Aysar pedas. Siapa yang memandai buat kata janji dengan Auni? Saya atau awak? kalau awak tak cakap macam tu hari tu, kita tak akan nikah tahu!” Bertubi-tubi soalan sindiran tambah geram diajukan kepada Arissa.

Arissa juihkan hujung bibirnya. Terkena batang hidung sendiri. “Hari tu, doktor sendiri jugak yang suruh saya pujuk Auni kan? Siap melutut depan saya, menangis bagai nak rak suruh saya pujuk Auni supaya Auni keluar dari bilik kan?” Tempelak Arissa cuba mengejek.

“Arissa! Stop it please!” Aysar semakin geram dengan sikap keanak-anakkan Arissa itu. Ego lelakinya bagaikan dipijak-pijak oleh gadis hingusan itu.

 “Jangan nak banyak cakap, balik rumah bincang dengan family awak pasal kita. Dua minggu dari sekarang saya akan bawa family saya untuk bincang pasal perkahwinan kita nanti. Satu lagi kita kahwin secara ala kadar, senyap-senyap, tiada majlis persandingan mahupun pertunangan.” Sambungnya lagi.

“Hah? tunggu…tunggu. Siapa yang bagi kata putus kita nak kahwin ni?  Pandai-pandai doktor je nak atur perjalanan hidup saya,”  bidas Arissa kasar.

“Di sebabkan awak, Auni sekarang mogok lapar! Dia tak mahu makan selagi saya tak nikah dengan awak faham!” Darah Aysar semakin tinggi melambung. Bercakap dengan Arissa membuat darahnya boleh menjadi tinggi.

“Boleh percaya ke?” Soal Arissa dengan wajah menyindir.

“Kenapa? Awak ingat saya kemaruk sangat nak kahwin dengan awak? jika diberi pilihan antara awak dengan mak awak, saya rela pilih mak awak jadi isteri saya daripada memilih awak,” tempelak Aysar.

‘Amboi, sedapnya bahasa doktor ni guna. Tahulah mak aku lebih cantik dari aku. Macamlah aku nak sangat jadi bini diri. Sorry to say. Aku tak ingin tau!’ Ejek arissa dalam hati.

“Dan satu lagi, setiap petang awak dibenarkan datang menjenguk Auni. Hanya 2 jam sahaja tidak boleh lebih dari itu.”

‘Aik..aik dia ingat aku ni bekas isteri dia ke apa siap bagi syarat dan masa pula nak jenguk auni. Ini dah kira mendera.’

“Faham tak?”Tekan Aysar bila orang di hadapannya tiada reaksi.

Arissa menjatuhkan pandangannya dengan sebuah keluhan kasar. “Baiklah doktor, tapi yang pasal perkahwinan tu.. doktor serius ke? Tak main-main?” soal Arissa soalan yang sama dengan nada perlahan-lahan.

“ Awak ingat kita ni sedang berlakon ke? Dua tiga kali saya fikirkan bagaimana nak selesaikan masalah ini, awak boleh tanya soalan itu,” marah Aysar.

“Macamana kalau satu sekolah ni tahu yang saya dah kahwin. Mesti diorang cop saya gatal. Tak habis exam dah sibuk nak kahwin kalau nak kahwin baik tak payah ambil SPM semula, duduk rumah jaga suami.. haa mesti orang akan cakap macam tu,”

“Uf, nampak sangat awak tak korek telinga lagi  hari ni. Saya cakap tadi kita kahwin ala-kadar dan senyap-senyap hanya orang terdekat saja yang tahu perkara ini. Lagipun awak jangan risau pengetua sekolah awak, bapa saudara saya tahulah dia nak handle masalah kita. Tambahan pula saya tak nak orang kata isteri saya masih bawah umur.” Jelas Aysar namun sempat lagi dia mengata Arissa.

‘Kurang asam keping betol doktor duda senget ni, sempat lagi dia perli aku ya. Tak pe-tak pe nanti kahwin aku nak belasah dia cukup-cukup. Eh, kahwin? Setuju ke aku nak kahwin dengan dia ni? Aigooo…’


Usai makan malam Arissa meringankan tulang empat keratnya untuk membantu Puan Sofeya mengemas pinggan mangkuk di dapur yang sebelum-sebelum ini tidak pernah. Puan Sofeya naik hairan dengan sikap terlebih rajin anaknya itu. Dia memandang wajah anaknya itu nampak kusam, kalah Perdana Menteri. Nampak sarat menanggung masalah di benak otaknya.

“Rissa.. ada masalah ke ni?” Tanya Puan Sofeya sambil mengelap pinggan yang telah dibilas oleh anaknya itu.

Arissa mengerling Puan Sofeya sekilas dengan  senyuman kelat  di wajah sesaat kemudian dia meneruskan aktiviti membasuhnya.

“Rissa.” Panggil Puan Sofeya sekali lagi, nada suaranya keras sedikit.

“Tak de apalah mak, serabut nak trial tak lama dah tapi satu habuk pun tak lekat kat kepala otak ni,” bohong Arissa cuba menyembunyikan perasaannya kala ini.

“Hrm apa susah-susahnya tak dapat masuk IPTA, masuk ke kolej tempat mak mengajar habis cerita.”

“Tak mau! Rissa nak sambung belajar macam arwah abah belajar, dekat UM. Rissa nak rasa apa yang abah rasa masa-masa dia belajar dekat situ, nak ambil aura semangat belajar abah,” bangkang Arissa lembut.

Puan Sofeya tergamam. Tutur bicara Arissa tentang arwah suaminya membuatkan hatinya tersebu. Dia rindukan si pendampingnya di kala suka dan duka. Pertemuan singkat di sebuah perhentian rilek and rest mencetus ikatan perkahwinan di antara mereka. Dalam bahagia menyulam cinta mereka dianugerah seorang puteri, tapi takdir jodoh mereka tidak lama, ALLAH lebih menyayangi suaminya. Arwah suami dijemput terlalu awal ketika sang puteri baru berusia 10 tahun suaminya terlibat dalam kes kemalangan jalan raya.

“Mak!” Panggil Arissa bila melihat ibunya diam seribu bahasa.

Puan Sofeya tersedar dari lamunan lalu mengukir senyuman manis kepada anaknya itu. “Dah siap?” Soal Puan Sofeya. Arissa mengangguk.

“Jom kita ke depan,” pelawa Puan Sofeya sambil memaut bahu anaknya.


“Mak…” seru Arissa masih ragu-ragu untuk memberitahu ibunya perkara yang tersarang dilubuk hatinya.

“Apa?” Tanya Puan Sofeya matanya ralit menonton siaran yang bersiaran di kaca televisyen.

“Hrm, kalau ditakdirkan Rissa kahwin sekarang, agak-agak mak marah tak?”

“Hah?!”  agak terkejut Puan Sofeya bila diterjah dengan soalan perkahwinan tiba-tiba. “Rissa kena tangkap basah ke?” Tebaknya lancang.

“Mak ni… ke situ pulak. Mana ada tangkap basah tapi tangkap kering,” jawab arissa sambil tayang gigi berlapis yang cantik tersusun itu.

“Rissa. Jangan nak main soal nikah kahwin ni,” marah Puan Sofeya dengan wajah serius. Rancangan yang rancak bersiaran tidak di endahkan cerita anaknya itu lagi hangat.

Rissa mengeluh kecil. Wajah maknya ditatap lembut. “2 minggu dari sekarang doktor Aysar akan bawa rombongan untuk bincangkan perkahwinan kami,” luahnya.

“Apa? Rombongan kahwin? Rissa kenapa tiba-tiba. Cakap dengan dengan mak baik-baik, Rissa dengan tangkap khalwat dengan dia ke?” tebak Puan Sofeya bertubi-tubi.

“Mak… Rissa masih ada iman di dadalah. Benda haram macam tu Rissa tak buat. Hrmm macamana nak bagitahu supaya mak faham ni,” dalih Arissa sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Yelah, cerita dengan mak satu persatu tanpa tertinggal tanda noktah dan koma,” jenaka Puan Sofeya, cuba menenangkan rasa gundah di hati anaknya itu.

Arissa menyedup nafas sedalam yang mungkin. “Macam ni, semalam Auni buat perangai. Dia kurungkan dirinya dalam bilik sehari suntuk. Dr Aysar menelefon abang Waiz supaya bawa Rissa ke rumahnya untuk memujuk Auni. Rissa tak tahu yang Auni sedang merajuk mahukan Rissa jadi ibunya, dr. Aysar melutut depan Rissa minta tolong pujuk Auni keluar. Tanpa fikir panjang Rissa buat kata setuju nak jadi mama baru Auni. Auni lompat riang terus keluar dari bilik tu.”

Arisa menarik nafas sedikit sebelum menyambung bicaranya yang panjang lebar itu. “ Alih-alih dr. Aysar marahkan Rissa sebab cakap tak guna akal. Rissa marah balik dekat dr senget tu. Auni dapat tahu Rissa tipu dia, terus  lari masuk bilik dan pecahkan cermin. Kami semua panik mahu tak mahu rissa terpaksa bersetuju. Petang tadi dr Aysar datang sekolah bagitahu Auni buat penyakit mogok tak mahu makan kalau Arissa tak jadi mamanya secepat mungkin. Sebab tu dia suruh Rissa bincang dengan mak soal ni,”sambung Arissa lagi, wajah Puan Sofeya  ditatap tanpa berkerdip.

Puan Sofeya turut mengeluh berat. Masalah ini bukannya mudah tapi berat melibatkan soal hati dan perasaan. Ikatan perkahwinan adalah satu ikatan yang suci dan tulus mana boleh main-main. Arissa masih terlalu mentah untuk ke arah itu. “Kalau Rissa kahwin atas dasar mahu menyelamatkan Auni, habis perasaan Rissa sendiri macamana?”

“Hrm, entahlah mak.. harap lepas kami kahwin nanti ada satu keajaiban yang akan terjadi. Macam dalam cerita drama tu, mula-mula gadus benci lepas tu baik dan bahagia selamanya,” jawab Arissa sambil tersengih.

“Rissa ini realiti bukannya dramatik hero dan heroin akan hidup bahagia di akhir babak. Ini kehidupan yang kita akan hadapi selagi hayat kita dikandung badan sayang. Hidup kita sekarang ada pasang surutnya tak semua akan berakhir dengan kebahagian. Drama lain sayang, kita boleh ubah jalan cerita ikut selera 
penonton.”

Nak cerita happy ending atau sad ending semua tergantung di tangan si penulis. Tapi yang sekarang ini kisah hidup Rissa dan Aysar, caturan kehidupan Rissa bukan semudah sebuah novel sayang. Rissa masih mentah untuk ini,” nasihat Puan Sofeya berjeda.  Anaknya hanya seorang itu, sebagai seorang ibu dia tidak mahu melihat masa depan Arissa musnah. Dia tidak boleh menolak sekiranya takdir jalan hidup Arissa memang tertulis begitu yang dia mampu hanya mendoakan kesejahteraan Arissa.

“Mak... Rissa pun bukan sangat nak kahwin tapi Rissa kesian Auni. Rissa dapat rasakan apa yang Auni rasa sekarang. Kehilangan orang yang paling kita sayang, Rissa dapat rasa semua itu. Auni kehilangan ibunya sejak dia lahir, Arissa pula kehilangan ayah masa berusia 10 tahun.  Derita menanggung rindu kepada ibunya, Rissa dapat rasa semua itu. Tengok kawan-kawan bahagia ada ibu dan ayah di samping membuatkan hati ini lagi rasa sakit,” Arissa senyap seketika. Kepalanya disandar ke dada Puan Sofeya.
“Tapi Rissa masih beruntung sebab dapat merasa kasih sayang seorang ayah walaupun hanya seketika tapi 

Auni…” kata-kata Arissa hanya berakhir di situ, dia sedih air matanya menitis turun.

“Mak faham perasaan kamu berdua. Mak tak halang kalau kamu masih nak teruskan perkahwinan ini. Tapi mak tak nak selepas kamu kahwin nanti kamu mengaku macam-macam. Bukan mak tak kenal perangai anak mak ni, masak pun haram nak sentuh senduk kuali di dapur,” omel Puan Sofeya sambil membelai rambut anaknya itu.

Arissa bangkit terus. “Mak ni… bila kahwin nanti Rissa belajarlah perlahan-lahan,” ujarnya, mulut sudah naik sedepa.

“Belajarlah sangat. Dahlah tahun ni kamu nak SPM sibuk nak study lagi, manlah sempat nak belajar kalau budak bernama Arissa Farhana ni,” usik Puan Sofeya tersengih.

 Arissa tayang muka cemberut. “Tak percayakan Rissa ya, tak pe.”  Arissa sengaja merajuk.

Puan Sofeya menarik pipi anaknya dengan geram. “Percaya. Mak percaya Rissa boleh buat yang terbaik. Kahwin nanti sila ubah perangai kaki pemalas ya,” sekali lagi pipi Arissa menjadi mangsa cubitan Puan Sofeya.

Arissa sengih panjang. Bukan kerana bahagia nak kahwin dengan Aysar tapi bahagia sebab Auni akan sentiasa berada dengannya. Kadang-kadang puas dia berfikir kenapa Auni sangat istimewa padanya.  Adakah mungkin kerana mereka sama-sama kehilangan?



Seperti yang dijanjikan oleh Aysar, keluarganya dari Kuala Lumpur sana beserta keluarga bapa saudaranya Wazir datang bertandang ke rumah Arissa untuk membincangkan hal perkahwinan mereka yang akan berlangsung seminggu dari sekarang. Mula-mula orang tua Aysar menentang rancangan anaknya itu,  mengambil Arissa yang masih bersekolah sebagai isteri adalah satu keputusan yang kena berfikir dua tiga kali baru masuk akal.

Pertama Arissa masih terlalu mentah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri sekaligus menjadi ibu ekpress kepada Auni. Kedua aysar tidak begitu mengenali Arissa dan hanya bersetuju kahwin atas dasar mengikut kehendak anaknya saja. Ini tidak adil untuk Arissa.

Sepanjang tempoh perbincangan tentang urusan nikah kahwin, Auni sejak datang sampailah Aysar mahu balik setia di riba Arissa. Arissa pula tidak menunjuk wajah bosan ketika melayan kerenah Auni. Itulah yang diperhatikan oleh orang tua Aysar, jadi tidak hairanlah jika Aysar mahu menikahi gadis itu untuk Auni dan bukan dirinya. Aysar dan Arissa sudah buat kata sepakat, sebagai orang tua mereka terima dengan seadaanya. Mereka tahu di hati anak lelakinya itu hanya ada nama arwah menantu mereka.



Hujung minggu itu, Aysar mengambil cuti untuk membawa mak Dini dan anaknya ke rumah Arissa. Baju pengantin untuk Arissa tidak ada lagi. Kalau bukan mama dia yang memaksa tidak mahu dia mengambil peduli pasal semua itu. Baginya sudah memadai memakai sehelai baju melayu yang pernah dia guna semasa majlis akad nikahnya bersama Qaisara masih elok tersimpan untuk majlis ijab qabul itu nanti.

“Nenek! Mama!” Laung Auni sebaik kereta Aysar berhenti betul-betul di hadapan pintu pagar rumah Arissa. Aysar dan mak Dini yang baru keluar dari perut kereta hanya menggelengkan kepala.

“Auni, tak baik jerit-jerit depan rumah orang, kan papa dah pesan bagi salam dulu,” tegur Aysar lembut, kepala anaknya di gosok.

“Baik papa. Assalamualaikum!” jawab Auni sambil tersengih seraya memberi salam.

Puan Sofeya yang baru selesai mencuci pakaian menjengul sedikit kepala ke luar jendela. Bila melihat aysar sekeluarga di luar terus saja dia membuka pintu.  “Wa’alaikumussalam, Auni..” sahut Puan Sofeya tersenyum manis, geli hati dengan telatah Auni yang cerdik itu. “Hah, Aysar, kak Dini masuklah pagar tu tak berkunci,” pelawa dia pula.

“Terima kasih kak,” suara Aysar.

Sebaik aysar membuka pintu Auni terus meluru masuk, tubuh Puan Sofeya dirangkulnya.
Puan Sofeya membongkakkan sedikit tubuhnya sambil mencubit geram pipi Auni kemudian bertubi-tubi mengucup pipi anak itu. “Ish kenapa panggil kakak lagi, Aysar kan nak jadi menantu mak panggil mak lah,” larang Puan Sofeya bangkit seraya mempersilakan mereka berdua masuk.

Aysar mengaru belakang kepalanya, terasa kekok untuk memanggil Puan Sofeya dengan panggilan mak sedangkan jarak umur di antara mereka hanya 10 tahun sahaja.

“Duduk dulu ya, Aysar mak Dini buat macam rumah sendiri. Saya nak panggilkan Arissa dekat atas.” Puan Sofeya meninggalkan mereka di ruang tamu lalu memanjat anak tangga.

 Sebaik sahaja dia membuka pintu bilik Arissa dia mengucap panjang bila Arissa masih enak dibuai mimpi. “Ya ALLAH! Eh, Rissa dah pukul berapa dah ni, asyik tidur saja kerjanya! Macamana nak jadi isteri orang ni. Dah bangun sekarang, Aysar ada dekat bawah sana,” bebel Puan Sofeya sambil menepuk lembut punggung anaknya.

ArisSa yang masih berbungkus itu bergerak sedikit. Panas hatinya bila tidurnya terganggu. “Buat apa dia datang, suruh dia baliklah mak.” rungutnya.

“Balik? Jangan nak mengarut kan dia dah janji nak bawa kamu ke butik  cari pakaian untuk majlis akad nikah nanti.”

“Suruh dia pergi sendirilah,” jawab Arissa dengan malas, matanya masih terpejam rapat.

“Ish budak bertuah ni.Dah jangan nak banyak songeh. Masalah ni Rissa sendiri yang carikan jadi jangan cakap banyak,” ujar Puan Sofeya sambil menarik selimut yang masih tergulung dibadan Arissa.

“Ah bencilah!” bentak Arissa geram.

“Jangan nak marah, pergi mandi sekarang. Mak tunggu dekat kat sini, kamu bukan boleh percaya sangat! Mak keluar bilik kamu sambung tidur balik,” tempelak Puan Sofeya membantu anaknya bangkit dari tidur.

Arissa bangkit dengan malas lalu menuju ke kamar mandi. Mandinya ala kadar sahaja kerana benggang dengan bebelan dari Puan Sofeya di luar bilik air. Dia keluar dari bilik air dengan masam memcuka.

“Hah eloklah buat muka macam tu. Tak naik seri pengantinlah kamu nanti. Ini, pakai baju yang mak dah ambik,” sempat lagi Puan Sofeya menyambung bebelannya. Baju di tangan di hulurkan kepada Arissa.

“Tak nak, Rissa nak pakai seluar,” jawab Arissa dengan selamba. Dia menapak ke almari untuk mencari pakaian lain.

“Jangan nak ngada-ngada. Kamu dah nak jdi isteri orang jaga penampilan sikit. Jangan asyik nak jadi jantan saja.” Marah Puan Sofeya.

Arissa tarik muncung panjang lalu mencapai baju yang dihulurkan oleh ibunya itu. Dia menyarung blaus panjang yang berwarna krim dan skirt panjang yang berhitam itu turut dibantu oleh Puan Sofeya.

“Tudung tu lipat sikit baru nampak muka Rissa yang cantik. Ini tak serabai saja, Aysar tengok tak selera,” omel Puan Sofeya lagi. Tudung yang dipakai Arissa dielokkannya.

Arissa memekak telinga. Dia masih mengantuk. Dia memang pantang kalau tidurnya diganggu tambah-tambah lepas subuh. Dia memang seorang yang jenis tak makan saman apa yang dilarang oleh mak dia dia buat don’t know saja.

Puas hati dengan penampilan anaknya itu Puan Sofeya mengheret tangan anaknya untuk turun ke bawah. Sebaik mereka meniti turun, Auni yang berada dipangkuan Aysar terus turun lalu berlari mendekati Arissa.

“Mama…” panggil Auni seraya memeluk Arissa.

“Hai sayang,” sapa Arissa, wajahnya yang masam tadi terus bertukar menjadi ceria sebaik melihat Auni tersengih memanjang kepadanya.

“Mak pergi buat air sekejap, Auni ikut nenek ya,” pinta Puan Sofeya mengundur diri.

 Tanpa di sedari oleh Aysar dan Arissa, Puan Sofeya melambaikan tangannya kearah mak Dini untuk mengikutnya ke dapur. Dia mahu memberi ruang pada Aysar dan anaknya untuk berbincang.

Arissa melabuh duduk  di sofa tanpa menghiraukan Aysar di sebelah sana. Remote televisyen di capainya 
lalu menekan suiz on. Tertera rancangan animasi jepun lalu dilayan olehnya.

Aysar di sebelah sana mengerling ke arah Arissa. Dia eleng kepala dengan sikap keanak-anakkan bakal isterinya nanti. “Macamana nak jadi ibu kalau diri sendiri tak matang lagi,” sindir Aysar jujur dengan mata masih menatap Arissa yang menyandar sedap di sofa.

Arissa angkat tubuhnya sedikit lalu menoleh ke arah Aysar. Matanya tajam menikam wajah lelaki itu. ‘Suka hati akulah. Ini hak peribadi aku jangan nak banyak soal!’ Bicaranya memlalui mata.
Aysar bangkit lalu mengambil remote di meja kemudian dia duduk kembali. Dia menukar siaran lain. Arissa begang tiba-tiba lalu menjerit memanggil nama lelaki itu.

“Aysar!”

----> pOng pOng...n3 utk bab 8 dah ada hehehe...amboi macamlah ada yg tertunggu nak bce n3 ni hee.. pe2 tq sudi singgah blog DN

6 comments:

Ruunna Qizbal said...

best2.... nak nak lagiiii

Anonymous said...

Mcm x matang je.... mcm mana arissa nak kawin ni...

Unknown said...

@ruunna :)..okey nanti akk kasi secepat mungkin ya dik..

Unknown said...

@anonymous.... tq sudi drop komen :)
memang si arissa tu xmatang pon ehehe..

Unknown said...

BEST...

Anonymous said...

bila nak smbung lg ni?????????