Bismillahirahmanirahim.... sempena bulan puasa Domi ingin mengajak pembaca banyakkan membaca al-Quran ya :)...
main pointnya ini pertama kali Domi buat cerpen bertemakan fantasi...Sesiapa yang pernah tengok cerita korea yang berjudul..GU FAMILY BOOK? inilah ilham Domi untuk hasilkan cerpen ini.. Harap ada yang sudi jenguk ya.")
“Cik Yui, senyumlah sikit. Hari ini hari
istimewa cik,” ujar Mak Cik Seo cuba menceriakan cik mudanya.
“ Senyum? Mak Cik Seo, awak suruh
saya senyum?” Yui bertanya sinis.
“ Dengan apa yang saya lalui
sekarang, awak ingat senang ke saya nak lupakan dengan sekelip mata saja, ke?” sambungnya
lagi dengan nada kasar. Air matanya merembes mengalir perlahan-lahan. Make up
diwajah terhakis sedikit demi sedikit.
Mak Cik Seo diam. Lidahnya kelu
untuk membalas kata-kata tuannya itu. Dia tahu Yui banyak menderita sejak bonda
Yui meninggalkan dunia yang fana ini. Kehidupan Yui bertambah tertekan bila
ayahda Yui tekad mahu berkahwin dengan orang gaji keluarga mereka sendiri.
“Yui…” seru Mak Cik Seo perlahan dia
mengangkat sedikit wajah gadis itu. Air matanya turut menitis sama. “Maafkan
makcik nak, sebab tak dapat nak bantu kamu dari berkahwin dengan Tuan Siwon.”
“Tak pelah bukan salah mak cik
pun. Ini semua salah perempuan gilakan harta tu! Lepas ayahda mati dia paksa
saya kahwin dengan si pembunuh suaminya sendiri sebab takut semua harta ayah
dirampas. Yang jadi mangsa adalah saya! Anak dia? Dia tak nak kasi pula!” cemuh
Yui kasar.
“Cik muda….” Mak Cik Seo tidak mampu
meneruskan kata-kata, tergamam dengan luahan Yui itu.
“Macamana Seo, semua dah selesai?”
soal Puan Hwa bila menapak masuk ke dalam bilik Yui, untuk melihat persiapan
Yui, anak tirinya.
Hujung bibir Yui terjongket sedikit
sambil memandang sinis kearah ibu tirinya.
“Sikit lagi Puan.” Jawab Mak Cik Seo
ringkas.
“Cepat sikit rombongan pengantin lelaki
dah nak sampai!” arah ibu tiri Yui dengan wajah bengis tanpa menoleh sekilas
pun kearah anak tirinya serentak itu juga dia beredar dari situ.
Yui mengeluh
bengang.
Rombongan Tuan Siwon sudah tiba di
kediaman keluarganya.Yui tidak dapat duduk diam. Hatinya gelisah bagaikan ayam
berak kapur. Di biliknya dia asyik ulang-alik dan mengeluh saja kerjanya.
“Cepatlah idea. Cepat datang… aku
kena cari jalan keluar dari sini.” Bebel Yui sendiri sambil mengetuk-ngetuk
lembut kepalanya.
Sedang dia ulang-alik tiba-tiba dia
terpandang salah jendela yang ternganga luas itu, dia mengerot bibirnya
sedikit. Idea jahat telah muncul. Dengan pantas dia merentak langsir yang
tergantung lalu dicantum kain-kain itu dan mengikat sekemas yang mungkin di
kaki katilnya yang selebihnya itu dilemparkan ke luar jendela.
Dengan perlahan-lahan dia memanjat
jendela lalu memaut pada kain yang dicantumnya itu untuk gelongsor turun dari
rumahnya yang tinggi itu.
“Yah! Akhirnya aku bebas. Bebas dari
perkahwinan ini. Tapi aku nak lari ke mana? Mesti mereka akan perasaan pakaian
aku ni. Adus bala betul!”
Baru saja dia hendak berseronak,
dapat bebas tiba-tiba dia diseru. “Itu cik muda!” Teriak salah pengawal rumah
itu.
“Alamak! Mati aku kali ni,” Yui
semakin cemas. Rancangan untuk melarikan diri sudah dapat dikesan oleh pengawal
rumahnya. Tanpa berlengah lagi dia terus membuka langkah seribu, dengan segala
kudrat yang dia ada, dia berlari tanpa menoleh ke belakang.
Pegawal tadi terus berteriak kuat
memberitahu yang lain. “Cik muda larikan diri. Cepat kejar!”
“Apa hal ni?” Soal Puan Hwa, buat bising dari luar membuat
dia turun ke bawah untuk memeriksa.
“Cik muda larikan diri…”
“Apa?” Mebuntang mata Puan Hwa bila
pegawal itu memberitahu Yui telah larikan diri. “ apa yang tercegak lagi tu, cepat kejar bodoh!” marahnya lagi.
“Apa yang aku nak cakap dekat Tuan
Siwon nanti? Jahanam punya anak! Dia tak sedar kea pa yang aku buat ini untuk
kepentingan keluarga ini, untuk dia. tak akan nak biarkan Tuan Siwon ambil
semua harta bapak dia! Dia nak merempat ke apa?!”
Pegawal yang mendengar arahan itu
terus mengejar tanpa membuang masa.
“Cik muda! Cik muda!” laung mereka
berserentak.
“Tak guna! Aku tak akan berpatah
balik. Aku rela mati dari kahwin dengan pengkhianat itu!”
“Yui! Berhenti!”Laung Puan Hwa yang
turut serta mengejar dengan menunggang kuda.
Yui tidak berpaling, semakin dipecut
laju langkahnya lagi adalah.
“Kalau kamu tak mahu berhenti, mak
cik akan panah kamu!” ugut Puan Hwa lagi.
Yui mencemuh perlahan. “Alah macam
berani sangat!”
“Bak sini.”
Puan Hwa merentak busur dengan kasar dari tangan salah
seorang pengawalnya lalu dihala tepat pada Yui. Dia merupakan pemanah handalan
yang tidak diketahui orang.
“Yui! jerit Puan Hwa.
Yui berpaling, dengan sekelip mata
anak panah yang di sasarkan pada Yui terkena tetap di dadanya. Yui terkejut
matanya terbeliak.
“Adus!” Yui mengaduh dipegang
dadanya. Darah mengalir keluar.
“Hwa!” Jerkah Tuan Siwon yang baru
sampai. Dia terkejut bila menyaksikan bakal isterinya dipanah oleh bakal mak
mentua tirinya. “Apa yang kau buat ni? Kau nak bunuh bakal isteri aku ke?”
“Err…” lidah Puan Hwa kelu.
“Pengawal cepat bawa Yui ke sini!”
Arah Tuan Siwon, tegas.
Yui lantas berlari bila melihat
orang-orangnya ditambah dengan orang Tuan Siwon menghampirinya.
“Aku kena kuat. Aku tak boleh
lemah…Ayahda bantu Yui… Tolonglah….” rintih Yui dalam kesakitan kemudian
mencabut anak panah yang terlekat di dadanya dengan cepat.
Sementara di kawasan pergunungan….
“Ryu! kamu nak ke mana?!” Jerit pak
cik Rwon penjaga Ryu sejak kecil lagi.
“Cari anak gadis Hong! pekik Ryu
dari jauh. Dia melompat tinggi meninggalkan penjaganya.
Pak cik Rwon menjerit namun dia tahu Ryu pasti
tidak akan mendengarnya. Sejak Ryu mendapat amanah dari lelaki yang pernah Ryu
selamatkan dua minggu yang lalu sikapnya berubah sentiasa tersenyum. Batinnya
menjerit-jerit agar suatu hari dia akan berjumpa dengan gambar seorang gadis yang
dilukis oleh lelaki itu dan loket peninggalan arwah lelaki yang bernama Tuan Hong.
'Mungkin ini kali pertama dalam
hidupnya melihat gambar seorang yang lain jantina,' desis Pak Cik Rwon.
Ryu tiba di sebuah perkampung.
Ketika itu suasana kampung sangat meriah dengan bunyi gendang serta tiupan
seruling. Hati kecilnya tertarik untuk melihat dengan lebih dekat lagi. Sedang
dia menapak ke kawasan itu dengan lebih dekat lagi, telinganya sempat menangkap
suara pekikan dari sekumpulan lelaki.
“Cik Yui! CikYui jangan lari!”
“Apa yang kecoh-kecoh tu? Nampak
macam diorang perlukan bantuan. Nak tolong ke? Ah! Pedulikan baik aku pergi ke
tempat yang meriah tu,” Ryu berbicara
sendiri lalu dia meneruskan langkahnya.
“Aku mesti tinggalkan tempat ini...
Tak tak sanggup aku, kahwin dengan orang yang sanggup mengkhianati ayahda,
kawan baik sendiri! Jahaman Siwon, kerana gilakan kuasa kau sanggup fitnah
ayahda aku!” cemuh Yui dalam ke sakitan.
Dia berlari sepenuh hati sambil
memegang dadanya yang terluka akibat terkena anak panah. Sesekejap dia menoleh
ke belakang, takut dia akan ditangkap oleh orang suruhan Tuan Siwon yang
terkenal dengan kaki perempuan. Manakala Ryu pula berjalan pantas sambil
bersiul untuk melihat apa yang kecoh-kecoh di hadapan sana. Tanpa mereka berdua
sedar, mereka telah berlanggar sesama sendiri. Yui rebah tersungkur menimpa
badan sasa Ryu. Ryu tak sempat mengimbang badan turut terjatuh sama.
“Awak tak de apa-apa?” Soal Ryu cuba
mengangkat badan Yui.
“Tolong saya... Tolong saya …” rayu Yui
dengan suara agak lemah. Tangannya masih memegang dadanya yang tercedera itu. Dia
ingin membuka mulut tetapi kudratnya semakin lemah, tidak lama kemudian dia pengsan.
“Cari Yui! Aku yakin dia mesti ada
di kawasan ini, lagi pun dia tidak boleh lari jauh sebab dia sudah tercedera!”
Arah Tuan Siwon dengan tegas. Hati geram kerana Yui terlepas dari genggamannya.
Ryu melihat kesan darah di bahagian
dada gadis itu. Dia yakin gadis itulah yang dicari oleh mereka. Ryu terus
bangkit dan memeluk erat gadis itu supaya tidak diketahui sekumpulan lelaki
itu. Bila Ryu merasakan sekumpulan lelaki itu pergi jauh dari mereka dia cuba
mengoncang lembut badan Yui. Malangnya gadis itu masih terlentok di dada
bidangnya tidak sedarkan diri. Ryu menatap lama wajah putih bersih itu. Tiba-tiba
jantungnya berdengup kencang. Dadanya
sesak sukar untuk bernafas. Dia itu tahu apa maksud dengupan itu. Sepanjang
hayatnya itulah kali pertama jantung berdenyut sepantas itu.
“Rwon!Rwon!” pekik Ryu cemas.
“Kenapa ni?” Soal Rwon
Ryu termengah-mengah kemudian dia
meletakkan Yui perlahan-lahan di tempat tidurnya yang hanya beralaskan hamparan
kulit harimau di batu yang agak besar.
“Siapa gadis ni?”
“Aku jumpa dia di hujung sana. Dia
tercedera.”
“Pakaian ini….” Rwon berhenti
bertutur sambil memegang sedikit hujung pakaian yang dipakai oleh Yui. “ Ryu
kau culik calon isteri orang ke?” soalnya.
“Culik? Ha!ha! Apa yang kau mengarut
ni?” meletus tawa Ryu bila dituduh dia
menculik.
“Jawab dengan jujur.”Rwon masih
menyoal dengan riak wajah tegas.
“Uh! Rwon kau ingat aku tak de kerja
lain ke nak buat? Dahlah cepat bantu aku rawat perempuan ni.” Bantah Ryu.
“Baik. Tunggu sekejap aku pergi
ambik ubat,” ujar Rwon lalu berlalu dari situ.
“Hrm, manusia ni mengalami
pendarahan yang agak teruk sebabnya darah dia dari tadi tak berhenti keluar.
Aku yakin dia pasti cabut anak panah dengan tangannya sendiri.” Bebel Ryu
sendiri sambil memerhati wajah Yui.
“Laa… apa susah, sekali aku gigit
tempat lukanya pasti luka itu akan sembuh sendiri. Adus, kenapa aku tak
terfikir itu dari awal?” Ryu menepuk dahinya sendiri, dia seakan terlupa bahawa
dia mempunyai kuasa yang boleh merawat luka.
Tanpa teragak-agak Ryu cuba membuka
pakaian Yui untuk merawat luka yang dialami oleh gadis itu. Baju Yui diselak
sedikit. Rwon yang kebetulan muncul dengan ubat herba ditangan terkejut
kemudian dia menjerit.
“Ryu! Apa yang kau nak lakukan tu?”
Ryu tersentap lantas menoleh ke arah
Rwon.
“Kau ni Rwon, terkejut aku tahu? Laa
nak buat apanya nak rawat luka manusia inilah,” bidas Ryu kasar.
“Kau tak boleh rawat dia dengan cara
macam tu?” Larang Rwon. Dia menghampiri Ryu lalu menyuruh lelaki itu ke tepi.
“Kau kena tahu tentang ini, dia
manusia. Dia juga seorang gadis. Kau tu harimau jadian dan kau jantan. Kau dan
dia berbeza!”
Ryu menggaru kepalanya yang tidak
gatal. “Apa yang bezanya? Aku lihat dia sama saja dengan aku. Dia ada dua biji
mata, hidung, mulut, kaki dan tangan juga. Sama seperti aku tak ada yang nampak
berbeza?”
Rwon mengeluh. Susah nak berhujah
dengan bintang separuh manusia ini.“Banyak yang bezanya. Binatang kat hutan ini
pun ada yang jantan ada juga yang betina. Kau je yang tak tahu sebab kau ini
makhluk kejadian!” Jelas Rwon bengang.
Ryu tersengih kambing. “Hrm, kalau
macam tu aku nak rawat dia macamana? Aku tengok luka dia teruk. Kalau nak guna
ubat kau mesti makan berbulan-bulan.”
“Aku tahulah ubat aku tak seperti
kuasa kau yang dapt sembuhkan luka dengan sekali gigitan," tempelak Rwon dengan
wajah mencuka.
Ryu tersengih lagi. Kali ini sengihnya
melebar, bangga dengan kekuasaannya yang dipunyainya. Rwon membuka pakaian Yui
perlahan-lahan . Dia menutup bahagian dada Yui dengan kain selimut. Matanya
tercerlung melihat luka Yui. Luka itu agak parah dan mesti dirawat dengan
segera.
“Ryu!” Panggil Rwon cemas.
“Apa?” Soal Ryu dengan mata
terkebil-kebil.
“Kau mesti rawat dia dengan segera.
Lukanya sangat parah.”
“Kan aku dah cakap. Kau larang aku
rawat dia tadi sekarang kau suruh aku rawat dia pula?”
“Aku ada alasan larang kau tadi. Aku
takut perkara yang tak elok akan terjadi maklumlah kau ni makhluk jadian! Kau
tak pernah lihat gadis cantik secara dekat walaupun kau ni separuh binatang dan
separuh manusia, aku percaya kau tetap ada nafsu!” bebel Rwon.
“ Apa-apa jelah.”balas Ryu ringkas.Dia
menapak selangkah. Dia memerhatikan wajah terpejam itu, kelihatan sangat pucat.
Mungkin darah ditubuhnya banyak keluar. Serentak itu juga jantungnya sekali
lagi berdegup kencang. Dadanya sesak bagaikan sakit jantung. Dia menekan
dadanya sedikit.
“Kenapa?”Soal Rwon kehairanan.
Ryu tersentap kemudian dia
menggeleng. Dia menelan air liur dengan perlahan-lahan. Terasa bagaikan
tersekat dikerongkong. Dia menundukkan kepalanya lalu mengigit dengan perlahan
pada luka Yui itu serta merta luka yang dalam tadi sembuh dengan sekelip mata.
SEMINGGU Yui dirawat tapi dia masih
lagi belum sedarkan diri. Ryu sentiasa menemani gadis itu. Rwon kehairanan
selalunya Ryu akan keluar berjalan-jalan di kampung-kampung untuk melihat
kehidupan manusia tapi sejak Yui ada, Ryu seakan menjadi penunggu setia Gua Yin Yan itu.
Pagi itu Ryu menongkat dagu pada tangan
yang disilangnya untuk menatap wajah Yui. Wajah Yui sudah kelihatan bermaya.
Kepala Ryu sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Dia tidak jemu untuk menatap wajah
itu. Segenap wajah itu telah dia tatap bila tiba dibibir mungil Yui dadanya
kembali resah dan sesak. Dengan pantas dia bangkit lalu menekan dadanya lama.
“Sudah banyak kali jantungku tak
tentu arah bila aku menatap manusia ini. Apakan perasaan ini? Kenapa aku tak
rasa bila aku menatap Rwon? Apa yang tak kena apa manusia ini? Ah! Baik aku cari
makanan sekarang,” ucap Ryu sendiri. Dia serba tak kena. Sekejap dia mahu
melangkah keluar sekejap dia patah balik ke tempat Yui. Wajah gadis itu sekali
lagi ditatapnya.
“Ah! Kenapa dengan aku ni?!” Ryu
menjerit sambil memegang kepalanya sendiri. Dia menghembus nafas dengan kasar.
Kemudian dia tekad untuk keluar dari gua itu. Sebaik kakinya melangkah, loket
peninggalan dari seorang manusia yang pernah diselamatkan olehnya terjatuh
betul-betul dekat dengan leher Yui.
Ryu menunduk untuk mengutipnya
kembali. Bila tangan mencapai loket itu matanya terbuntang luas.
“Eh, kenapa manusia ni ada loket
seperti aku?” Soal Ryu sendiri. Dengan pantas dia mahu mengambil loket yang
berbentuk bulan sabit milik Yui tapi malangnya tak sempat kerana Yui mula
sedarkan diri. Jadi Ryu cepat-cepat tegakkan badannya.
Mata Yui terbuka dengan
perlahan-lahan. “Di mana ni?” suara Yui dalam keadaan suaranya agak serak.
Ryu kaku dan terdiam matanya
terkebil-kebil melihat Yui, lidahnya bagai terkunci.
Yui memandang ke sisi, matanya yang
sempit tadi terbuka luas bila melihat kelibat seorang lelaki yang asing
padanya.
Ryu bagaikan tersedar dari lamunan
bila Yui memandangnya lama. Serentak itu juga dia menjerit memanggil Rwon dan
berlari meninggalkan Yui terpinga-pinga.
“Rwon!Rwon!”
“Kamu ni kenapa ryu? terpekik-pekik
bagai,” soal Rwon, hampir tersedak dia yang sedang meneguk air untuk hilangkan
haus di tekak.
“Manusia itu… Manusia itu…”
“Kenapa dengan dia?” Soal Rwon lagi,
kehairanan.
“Dia dah sedar.” Jawab Ryu sambil
tersengih.
Rwon mengeluh. Ingatkan apa tadi, keluh Rwon
di dalam hati. Sebelum mereka pergi ke tempat Yui.
“Rwon aku rasakan gadis itu adalah
gadis gambar yang dilukis oleh lelaki yang pernah kita selamatkan dulu,” bisik Ryu
kepada Rwon. Yui masih lagi termenung.
“Maksud kau?” soal Rwon tidak
mengerti keningnya bertaut sedikit.
“Aku tengok dia ada loket yang
lelaki itu bagi kat aku.”
“Kau pasti?”
“Ya, aku tak bohong.” Jawab Ryu
dengan mata membulat.
“Ermm..” balas Rwon ringkas. Dia
mula merasa ada sikap aneh dalam diri Ryu. Ryu nampak agak teruja. Mungkin Ryu
telah jatuh cinta dengan manusia.
YUI kebosanan sendirian di dalam
gua, jadi dia mengambil keputusan untuk bersiar-siar di luar. Matanya bagaikan
terpukau bila melihat sekeliling semuanya bagaikan khayalan. Tempat itu sungguh
tenang dan damai. Air sungai mengalir tenang. Ikan-ikan berenang bebas.
Ditebingnya pula penuh dikelilingi bunga-bungaan dan tumbuhan hijau. kicaun
burung menambahkan lagi rasa kedamaiannya dihati tatkala hati dihimpit gelisah.
Itu semua dapat tenangkan hatinya
yang masih membara. Bebas dari ibu tiri dan bakal suaminya. Yui menapak
beberapa langkah bibirnya terherot sikit hatinya sedikit cemburu dengan ikan
yang berlumba-lumba senang di dalam sungai yang jernih itu. Dia duduk sambil
memeluk lututnya sendiri.
“Alangkah bahagianya kalau aku jadi
seprti ikan-ikan ini tak perlu menempuhi dugaan hidup yang terlampuan. Bila
ditangkap manusia terus tercabut nyawa dari jasad tak perlu diseksa lama-lama.
Apa yang aku merepek nih? Ayahda Yui rindu ayahda. Kalau betul ayahda mati mana
makamnya? Kalau setakat baju yang terkoyak robak dipenuhi darah sebagai bukti
yang dibawa si durjana itu Yui tak
percaya!” berjeda Yui membebel seorang diri sambil tersendu-sendu menangis.
“Yeay!” Sorak Ryu yang tiba-tiba muncul
dari dasar air sambil memegang ikan di tangannya.
Yui terkejut sampai terdorong ke
belakang sedikit. “Mak kau! Adus nasib baik tak gugur jantung aku.” Dengus Yui
sambil menggosok dadanya perlahan-lahan.
“Eh, awak buat apa kat sini? Saya
tangkap ikan nanti kita makan sama-sama ya,” ujar Ryu lalu melompat naik ke
tebing lalu mengambil tempat di sebelah Yui.
Yui mengesat air matanya yang masih
tersisa kemudian dia cuba menguntum senyuman pada lelaki yang pernah
menyelamatkannya.
“Awak menangis?” Soal Ryu, begitu
lembut bicaranya. Hasil tangkapan di letak ke tepi mengubah posisi agar
duduknya lebih selesa.
Yui hanya mengerot bibir.
“Awak beruntung sebab ada seorang
bapa yang baik hati,” ucap Ryu perlahan.
“Awak cakap apa?” soal Yui cuak.
“Err.. tak delah, saya cuma cakap
awak jangan sedih lagi sebab awak dah selamat sekarang.”Ryu menghembus nafas
lega.
Yui tersenyum nipis. Mata Ryu
terbeliak melihat senyuman manis diwajah gadis itu. Dup!Dap! Dup!Dap jantung
berdegup. Dia cepat-cepat mengalih pandangan ke tempat lain.
“Terima kasih Ryu.” Ucap Yui, masih
tersenyum.
“Hah?” Ryu tergagap-gagap. “Err… sama-sama.”
“Kalau bukan awak selamatkan saya.
Pasti saya dah kena tangkap dengan si pengkhianat itu malah saya juga akan jadi
isterinya!” Yui melepaskan geram.
“Dia sanggup belot pada ayahda
semata-mata ingin menjadi Pegawai Istana. Saya percaya dia yang bawa ayahda ke
hutan ini dan tinggalkan ayahda supaya ayahda jadi mangsa binatang buas!”
sambungnya lagi.
“Awak nak cakap ayahda awak mati
sebab kena makan dengan haiwan kat dalam hutan ni ke?” soal Ryu ingin
kepastian.
“Ya. Kenapa awak pernah jumpa
binatang itu ke? Awak ada sama ke masa ayahda saya ke bunuh dengan binatang tu?”
desak Yui bertubi-tubi, mana tahu kot-kot Ryu jadi saksi semasa ayahdanya mati.
Ryu terkaku. Dia memandang Yui dengan
perasaan serba tak kena. Mana taknya binatang yang Yui maksudkan itu adalah
dirinya sendiri. Tapi yang tak betul tentang kenyataan itu dia tak bunuh ayahda
Yui malah menyelamatakan ayahda Yui dari di belasah teruk oleh konco-konca Tuan
Siwon.
“Kalau jumpa binatang tu saya nak
bunuh dia! Kenapa dia bunuh ayahada saya? Kenapa dia tak makan saja pengkhianat
tu?! Kenapa ayahada yang dibunuhnya. Kenapa?!” Pekik Yui dengan air mata
mencurah keluar dari tubir matanya.
Ryu terkesima seketika. Dia mengeluh
berat. “Kalau awak jumpa dengan binatang tu awak nak bunuh dia ke?” soalnya
lemah.
Yui mengalih pandangannya tetap ke
dalam mata Ryu. Lama pandangan itu bertaut kemudian yui mengangguk dengan
semangat. Ryu terdiam.
“Kalau saya tolong bantu awak untuk
hapuskan si pengkhianat tu, boleh awak berjanji dengan saya satu perkara tak?”
Tanya Ryu tiba-tiba.
Yui ternganga. “Maksud awak?”
Soalnya kembali tidak faham apa yang diperkataannya sebentar tadi.
“Kalau saya berjaya hapuskan pengkhianat
tu awak tak boleh sedih lagi. Awak mesti sentiasa senyum dan jangan terlalu
fikir tentang kematian ayahada awak lagi, lupakan binatang buas itu. Lupaka
segala yang boleh buat awak sedih, boleh tak?” Ryu memberi syarat sambil
menatap anak mata Yui dengan lembut.
Yui membalas tatapan itu kemudian
dia mengangguk perlahan sambil mengukir senyuman manis pada Ryu.
‘Awak sangat cantik bila senyum,’
desis Ryu perlahan.
SEBAIK bangkit dari tidur Yui keluar
untuk menghirup udara pagi yang amat segar. Segala urat sendi diperbetulkan. Dia
menapak ke tebing sungai yang di penuhi bunga. Dia menunduk sedikit untuk
menghidu bau wangian yang dikeluarkan oleh bunga itu sendiri dengan wajah
berseri-seri. Sebaik dia menoleh ke belakang Ryu kelihatan sudah tersengih padanya
sambil memegang sejambak bunga yang banyak. Dia tersenyum pada Ryu. Mata mereka
lama bertatapan .Degupan jantung Ryu tidak menentu lalu di alih ke tempat lain.
“Eh, rama-rama,” suara Yui. Ryu berpaling
untuk melihat sama. Yui cuba mengejar rama-rama itu tapi rama-rama itu lebih
pantas terbang. Ada keluhan kecil pada bibir gadis itu. Hati Ryu terasa sedih.
Secara spontan dia mengenggam tangan Yui lalu menarik gadis itu ke suatu
tempat.
“Ke mana awak nak bawak saya?” soal
Yui dengan penuh kehairanan.
Ryu menoleh ke belakang sekilas
sambil tersenyum tanpa berkata. Mereka berhenti di puncak gunung. Tangan gadis
itu dilepaskan.
Yui tergamam serta merta. Dia
menapak seinci ke depan di jenguk ke bawah terasa gerun kerana terlalu tinggi.
Bila dia mendongak matanya bersinar-sinar. “Wah, cantiknya!” puji Yui tersenyum
bahagia, gunung-ganang tersaji di hadapan matanya, lautan terbentang luas
dibawah betul-betul membuat dia teruja.
Ryu hanya memerhati saja tingkah
laku Yui sambil tersenyum manis. Hatinya bergetar hebat setiap kali melihat
wajah gadis itu tambah-tambah jika gadis itu mempamerkan riak ceria. “Saya nak
awak jadi perempuan saya,” suaranya tiba-tiba dengan wajah serius.
“Hah?” Yui lantas berpaling. Dia
amat terkejut.
“Saya nak awak jadi milik saya
sorang.”ujar Ryu lagi.
“Apa yang awak mengarut ni? Saya
seorang pelarian, sentiasa diburu. Kalau awak inginkan saya nanti awak….”
Ryu pantas mencantas kata-kata Yui.
“Saya nak awak jadi pengantin saya. Tapi pengantin yang tak akan lari masa
perkahwinan kita nanti…” tuturnya sambil tersengih.
“Ryu…” Yui mati kata-kata.
Ryu menghampiri Yui kemudian dia
memeluk erat gadis itu. Yui tercengang dan kaku.
“Saya akan lindungi awak dengan
nyawa saya sendiri. Saya tak akan benarkan awak cedera walaupun sedikit. Awak
adalah nyawa saya sekarang. Detik ini awak akan sentiasa bersama saya. Kerana
dengan awak hati saya terasa bahagia. Mata saya sentiasa ingin melihat awak.
Jika awak sedih hati saya turut menangis sama…”
Yui tersentuh, air matanya mengalir.
Dia juga turut membalas pelukan itu. Ini
pertama kali dia terasa sangat selamat dari segala ancaman.
“RWON!RWON!” pekik Ryu dari luar.
Rwon yang sedang mentelaah buku-buku
perubatan tersentap dengan pekikan Ryu. Dia mengeluh kasar kemudian bangkit
untuk membuka pintu pondok kecilnya itu. “Ada apa? Pagi-pagi dah terpekik-pekik
bagaikan orang hilang isteri.” Soalnya geram.
“Heee…” Ryu tersengih. “Aku nak
kahwin. Aku nak jadi manusia.” Jawab Ryu selamba.
Rwon kaget rahangnya hampi jatuh ke
bawah, matanya membulat tidak percaya apa yang baru dia dengar tadi.
“Rwon, kau dengar tak aku cakap apa? Aku nak jadi
m.a.n.u.s.i.a! manusia kau tahu macamana?” soal Ryu begitu ghairah untuk
menjadi seorang manusia.
“Ryu, kau dah gila ke?” soal Rwon
kembali. Tiada ribut, tiada taufan tiba-tiba Ryu datang padanya untuk
bertanyakan bagaimana nak jadi manusia. Siapa tak hairan?
“Ya, aku dah gila. Gilakan manusia
yang bernama Yui itu. Sepanjang hidup aku dia seorang yang dapat buat hidup aku
kacau. Mula-mula aku pun pelik kenapa setiap aku pandang wajahnya jantung
berdegup tak tentu arah. Tapi bila tengok muka kau jantung aku biasa saja,”
balas Ryu dengan senyuman melebar.
“Memanglah, sebab kau dengan aku ni
sama jenis! Bidas Rwon sambil menggeleng.
“Apa-apa jelah. Kau ada tak buku
yang boleh jadikan aku manusia?”
“Kalau tak silap aku ada buku
sejarah tentang orang macam kau ni yang nak jadi manusia tapi ia akan makan
masa sikit. Apa yang penting kau perlu ingat. Kau tak boleh sesuka hati
tonjolkan kuasa atau rupa sebenarkan dalam masa 5 bulan. Kau kena tolong
manusia dalam kesusahan tanpa menggunakan kuasa. Yang paling penting kau tak
boleh membunuh atau memburu dalam masa 5 bulan ini jika salah satu peraturan
dilanggar kau akan disumpah untuk jadi serigala selama-lamanya.”
Ryu berfikir sejenak. “Wah susah jugak
nak turuti. Sekiranya aku berjaya adakah aku akan jadi manusia?”
“Ya.” Pendek saja jawapan Rwon. “Tapi
aku tak silap aku lagi, sekiranya Yui mencintai kau secara ikhlas tanpa ada simpati
mahupun ada paksaan dari kau. Hajat kau untuk menjadi manusia akan terkabul
dengan cepat.” Sambungnya lagi.
“Maksud kau?” Soal Ryu dengan wajah
berkerut.
“Cinta sejati,” sambung Rwon
ringkas.
AKHIRNYA Ryu dan Yui melangsungkan
perkahwinan mereka yang disaksikan oleh alam, seluruh kehidupan hutan dan juga Rwon.
Rwon menitis air mata bila melihat penunggu Gunung Yin Yan yang dijaga sejak
kecil kini kian membesar dan sudah berkahwin hari ini. Dia harap Ryu bahagia
dengan Yui, sedangkan dia sendiri tidak sanggup berkahwin kerana tidak mahu
melibatkan diri dengan masalah manusia. Dia sangat gusar sekiranya satu hari
nanti rahsia Ryu akan terbongkar dan Yui akan meninggal Ryu. Dalam masa yang
sama dia mendoakan semoga hati Yui terbuka untuk mencintai manusia jadian itu
dengan ikhlas.
“Abang!” Panggil Yui
“Ya sayang,” sahut Ryu yang mahu
pergi mencari kayu terus menoleh ke belakang.
“Lupalah tu,” ujar Yui sambil mulut
termuncung.
“Lupa apa?” Soal Ryu sambil menggaru
kepala yang tidak gatal.
“Ni haaa… bekalan makan tengahari
abang lah,” balas Yui sambil menyua bekas yang berisi makanan kepada suaminya.
“Adus terlupa pula. Terima kasih ya,sayang.
Aik sayang nak pergi mana bawak bakul bagai?” soal Ryu pula sebaik bekas
bertukar tangan.
“Hrm, nak nak ke hutan nak ambil
akar kayu,” jawab Yui sambil tersenyum manis
“Tak payah. Nanti abang akan
carikan. Lagipun sayang bukannya mahir lagi dengan kawasan ni.” Ryu melarang
Yui keluar dari gua. Dia takut isterinya akan kenape-nape.
“Abang dah 4 bulan lebih, sayang
tinggal sini. Abang jangan risau sayang tak akan apa-apa nanti okey.” Yui buat
muka comel.
“Meh sini bakul.” Ryu masih mengarah
tanpa menghiraukan muka comel isterinya. Tapi hatinya sudah bergelora.
“Tak nak!” bantah Yui lalu melarikan
bakul dari dicapai oleh suaminya.
“Melawan ya,” tutur Ryu dengan suara dibuat tegas.
Yui tersenyum. Dia terjungkit
sedikit, lalu dikucup pipi Ryu dengan lembut. Ryu tergamam.
“Abang jangan risau Yui pasti tak akan sesat. Sayang pergi dulu.”
Sekali lagi pipi Ryu dikucup
kemudian Yui meninggal Ryu yang masih tergamam itu. Dengan perlahan-lahan Ryu
menyentuh pipinya tempat yang dikucup oleh Yui tadi dengan wajah terukir
senyuman.
‘Aku sangat mencintai dia. aku pasti
akan jadi manusia, aku mahu hidup dengan dia saja.’
4 BULAN 29 hari usia perkhwinan
mereka. Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, Ryu sangat bahagia begitu juga
dengan Yui tiada ancaman dari manusia. Hidup mereka sangat damai. Setiap waktu
pagi Ryu akan bertapa dan terpaksa melawan nafsu binantangnya supaya dia dapat
menjadi manusia tanpa pengetahuan Yui. Dia memberi alasan dia keluar mencari
makanan dan memungut kayu api. Ryu tidak sabar hanya tinggal satu hari lagi dia
akan menjadi manusia.
Tanpa pengetahuan mereka berdua mak
tiri Yui dan Tuan Siwon mengarahkan orang-orangnya untuk menjejak Yui di
kawasan perhutanan itu. Mereka percaya yang Yui masih hidup.
Yui menyanyi kecil sambil memetik
akar kayu. Tiba-tiba hatinya terdetik dia rasakan seolah dia diperhatikan oleh
sesuatu lantas dia menoleh. “Siapa?” soalnya cemas.
Tiba-tiba keluar seekor arnab putih
yang cantik dari semak samun.
“Arnab rupa, hampir luruh jantung
aku.” Yui mengeluh lega kemudian dia kembali menyambung kerjanya.
Jeritan Yui tadi telah menarik
perhatian orang-orang Puan Hwa dan Tuan Siwon. Mereka berbisik satu sama lain
untuk melihat gerangan siapa yang menjerit tadi. Bila diintai ternyata Yui
sedang terbongkok mencabut akar kayu. Ketua dari konco-konco itu mengarah yamg
lain supaya mengepung tempat itu.
Yui menepuk kedua belah tangan bila
selesai kerja sebaik dia bangkit dia terkejut bahawa dia telah dia kepung. Dia
menjadi panik. Dia kenal orang-orang itu. Tanpa berfikir panjang Yui melempar
bakul yang berisi akar kayu kearah mereka dan Yui sempat lari.
“Pengawal kejar!” arah ketua
pengawal.
Yui berlari sekuat hati. ‘Ryu! Ryu!
Bantu Yui!’ jerit Yui dalam batinnya.
Ryu yang sedang bertafakur
tersentap. “Yui. ” Dia seolah-olah mendengar Yui menyeru namanya.
“Hatiku rasa tak enak. Yui
kenape-nape ke?”
Yui berlari tanpa memandang kiri
kanan, dia tersepak tunggul kayu lalu tersandung. Dengan mudah orang-orang Puan
Hwa dan Tuan Siwon berjaya menangkapnya.
“Lepaskan aku! Lepaskan aku!” pekik Yui
sambil meronta.
“Kau! Cepat bagi isyarat pada Tuan
Siwon.
“Baiklah.” Lelaki itu mengambil
busur lalu memanah ke langit, asap keluar dari anak panah sebagai isyarat
kecemasan
Ryu yang mahu mencari Yui terpandang
asap itu dengan pantas dia berkejar kearah asap itu begitu juga dengan Puan Hwa
dan Tuan Siwon.
Ryu sampai awal dari Tuan Siwon dia
berlawan dengan konco-konco Tuan Siwon dan Puan Hwa lalu mengambil isterinya
dan mereka lari dari situ.
“Abang, Yui dah penat, Yui tak
sanggup lari lagi…” ujar Yui sambil termengah.
“Jangan mengalah. Kita kena lari
kalau tak kita akan mati,” pujuk Ryu cuba memberi semangat pada isterinya, dia
tidak boleh menggunakan kuasanya buat masa sekarang.
“Yui rela mati dari hidup kena buru
abang…” luah Yui, dengan suara sangat lemah.
Ryu berhenti berlari lalu berpaling
mengadap Yui. dahi Yui dikucup erat. “Jangan cakap macam tu. Abangkan ada.
Abang akan lindungi sayang tak kira apa jua keadaan. Jom kita lari.”
Baru saja mereka mahu membuka
langkah Tuan Siwon dan orang-orangnya sudah berada di hadapan mereka dengan
kuda masing-masing.
“Tangkap mereka! arah Tuan Siwon. Ryu
mahu mengatur langkah ke belakang dia dapati konco-konco Tuan Siwon mengepung
dia dan Yui.
Ryu memerhati sekeliling. ‘Ceh!
Kenapa masa ni? Aku tak boleh tunjuk kuasa aku. Tinggal sehari lagi, macamana
ni?’
Sedang Ryu berkira-kira dia tidak
menyedari ada seseorang telah memukul belakang. Dia terduduk Yui terlepas dari
gengamannya.
“Ryu! Ryu!” Jerit Yui kedua tanganya
dipegang kemas oleh orang-orang Tuan Siwon.
“Ikat lelaki itu.” Tuan Siwon
mengarah
“Lepaskan aku!” Ryu menjerit.
“Bawak perempuan itu ke sini!” arah Tuan
Siwon seraya itu dia terjun turun dari kuda. “Bagus akhirnya aku jumpa juga kau
Yui, perli Tuan Siwon sambil menggosok-gosok lembut pipi Yui. Yui dengan geram
meludah ke wajah Tuan Siwon.
“Tuuih!Kau pengkhianat!”
Tuan Siwon menyapu air liur yang
baru diludah Yui tadi lalu dijilat. “Manisnya, hari tu kau lari sebab tak nak
kahwin dengan aku. Hari aku berjaya tangkap kau dan aku akan kahwin dengan kau
hari ini juga!” suara Tuan Siwon berubah nada.
“Kahwin?” Yui ketawa. “Kesian kat kau, untuk pengetahuan kau aku dah
kahwin! Lelaki yang kau tangkap itu suami aku,” bidas yui bongkak sambil
tersenyum sinis.
“Apa? “ Anak mata Tuan Siwon merah
sambil merenung tajam kearah Ryu.
“Lepaskan aku! Lepaskan isteri aku!”
amuk Ryu.
“Baiklah kalau macam tu. Aku nak kau
tengok apa yang aku akan lakukan dekat isteri kau ni.” Tuan Siwon menghampiri
Yui.
“Ryu! Abang!” jerit Yui sambil
meronta-ronta dari dipeluk Tuan Siwon.
“Arghhh! Lepaskan isteri! kalau
tidak aku akan makan korang semua!” pekik Ryu. Kemarahannya sudah melampaui
batas. Dia tak dapat mengawal nafsu binatangnya bila melihat Tuan Siwon merobek
pakaian Yui satu persatu. Dia menjerit sekuat hati tali di badan terlerai
sendiri. Semua yang berada disitu tergamam dan kaku.
Mata Ryu merah dan tajam gigi dan
jarinya bertaring. “Lepaskan isteri aku!” marah Ryu. Lelaki yang menangkapnya
itu masih digengamnya dia mencengkik leher lelaki itu sampai berdarah.
Yui terkejut, suaranya tersekat-sekat.
Tuan siwon menapak selangkah sambil mencapai pedangnya.
“Binatang itu! Binatang yang pernah serang
kita dulu!” jerti konco-konco Tuan Siwon.
“Tuan binatang itu. Harimau jadian
yang pernah membunuh beribuan manusia. Ini bukan legenda tapi realiti.” Tambah
yang lain pula.
“Ya,aku tahu. Hah, Yui sekarang kau
percaya binatang itu yang bunuh bapa kau! Di sini tempatnya.” Ujar Tuan Siwon sambil
merunding tepat kearah Ryu yang masih mengcekik orang suruhannya.
“Lepaskan dia. Dia hanya milik aku
sorang je!” Jerit Ryu dengan suara lantang.
“Pengawal serang makhluk itu!” arah
Tuan Siwon, dia sendiri masih tidak berani untuk berhadapan dengan binatang itu
untuk kali ke dua.
“Err… kami takut Tuan Siwon.” Jawab
pengawal-pengawal itu takut-takut kemudian mereka lari dari situ. Terbeliak
mata Tuan Siwon dengan setengah anak buahanya itu.
Yui bangun baju yang terkoyak rabak
di tarik sedikit untuk menutup badanya yang terdedah. Matanya tidak lari dari
memandang rupa Ryu yang amat menakutkan itu.
Ryu menghampiri Yui dengan wajah
yang sedih. Dia tahu mesti isterinya akan terkejut bila melihat keadaan sebenar
dirinya. Yui mengeletar seluruh badan lidahnya bagaikan terkunci. Ryu cuba
menyentuh pipi Yui tapi Yui pantas mengelak.
“Maafkan abang sayang…” ujar Ryu
dengan mata berair, wajah isterinya cuba disentuh.
Yui mengelak. “Kenapa kau tipu aku?
Kau bunuh ayah aku!!” Jerit Yui dalam ketakutan.
“Tak sayang, bukan abang yang
bunuh. Kalung ini sebagai bukti.” nafi
Ryu, cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar.
Mata Yui tercerlung sedikit. Dia merentak
kalung itu dari tangan Ryu. “Ini kalung ayahda… jadi betullah kau yang bunuh
ayah aku. Arggh! Bodohnya aku. Aku telah kahwin dengan orang yang telah bunh
ayahku sendiri. Lari dari pengkhianat terjerat pada si pembunuh!”
“Tak sayang, jangan salah sangka
abang tak bunuh ayah sayang,” Ryu berlembut. Dia cuba meraih wajah Yui sekali
lagi. Yui geram lalu meludah ke wajah Ryu.
“Aku benci kau! Benci!” Pekik Yui.
Ryu terkejut. Air mata jantannya
mengalir laju. Kalau dia tidak bertukar tadi pasti Yui akan di apa-apakan oleh lelaki-lelaki
itu dan identitinya tidak akan terdedah. Malah Yui tidak akan membencinya.
“Percayalah kalung ini bukti yang
abang tak bunuh ayah sayang. Tuan Hong amanahkan pada abang untuk cari sayang
dan jaga sayang,” Ryu menghampiri Yui.
Yui tidak memandang suaminya.
Hatinya terlalu sedih. Dia rasa dikhianati oleh suaminya sendiri. Suami yang
berwajah manusia tapi berjiwa binatang dan juga pembunuh ayahnya.
“Yui…” Ryu menyentuh bahu Yui, dengan pantas Tuan Siwon
menghunus pedangnya saktinya tepat ke susuk Ryu.
“Argg..” Ryu mengadus kesakitan. Yui
lantas menoleh. Darah mengalir keluar dari badan Ryu membuatkan dia tersentap
seraya itu juga Ryu mencengkam bahunya kuat, menyebabkan dia menahan keperitan.
“Abang sayang Yui. Abang buat semua
ini demi kebaikan Yui…” tutur Ryu, begitu lemah.
“Kalau abang sayang Yui, kenapa
abang rahsiakan perkara ini pada Yui? Kenapa tak bagitahu Yui dari dulu lagi?
Soal Yui dengan wajah penuh kebencian.
“Abang tak nak tengok Yui sedih…. Kalau abang bagi tahu makam ayahda, pasti
wajah Yui akan sentiasa mendung. Abang tak suka wajah Yui sedih. Abang tak
sanggup melihat Yui bersedih sebab itu abang rahsiakan. Abang sedang berusaha
untuk menjadi manusia hanya tinggal sehari lagi, sayang.” Tutur Ryu perlahan-lahan
menahan kesakitan dengan pandangan yang redup.
“Apa lagi yang abang rahsiakan pada
saya?” Soal Yui sinis.
Tuan Siwon menekan pedang ke dalam. Ryu mengaduh kesakitan tapi pandanganya masih
tidak beralih dari menatap wajah gadis yang mengajar dia erti cinta. Darah
tersembur keluar dari mulutnya dia tidak dapat bertahan lagi.
“Yui… abang cintakan Yui,” ucap Ryu
penuh syahdu. Yui tergamam hatinya tiba-tiba sebak. Sedikit demi sedikit tubuh Ryu
menghilang kemudian hilang dari pandangan mata semua orang yang berada di situ.
Yui kaku dan tergamam.
“Ryu…”serunya. Air matanya mengalir
semakin laju. Siapa yang tidak terkejut bila melihat jasad si suami menghilang
di hadapan mata sendiri.
“Ryu!” Pekik Rwon. “Mana Ryu? Yui!
mana suami kamu?” Terjah Rwon bertubi-tubi. Dia menerpa kearah Yui lalu
digoncang bahu perempuan itu kuat.
Yui hanya membisu. Dia tidak tahu
bagaimana mahu menjelaskan pada lelaki tua itu.
“Aku dah agak semua ini akan
berlaku. Menyesal aku bersetuju dengan cadangan ryu supaya dapat jadi manusia.
Semuanya gara-gara kau!” Marahnya sambil menunding tepat ke wajah Yui. “Kenapa
kau harus muncul dalam hidup Ryu? Kalau tak…. Pasti dia akan hidup tanpa
gangguan dari manusia. Hutan ini pasti suram tanpa penunggunya.” Sambungnya
lagi
“Pak Cik Rwon… kalau pak cik nak
marahkan saya. Saya tak kisah tapi kenapa pak cik dan Ryu sanggup membunuh ayahda
saya? Dan kenapa pak cik sanggup bersekongkol dengan Ryu merahsiakan siapa
dirinya sebenar? Pak cik sanggup membiarkan saya kahwin dengan haiwan yang
berupa manusia?”
“Membunuh? Membunuh siapa? Ayahda
kau? Hahaha!” Rwon ketawa sinis.
“ Eh, Yui dengar sini. Ayahda kau
ataupun Tuan Hong adalah kawan baik aku. Dan disebabkan Ryu dia terselamat dari
dibunuh oleh lelaki yang tidak berguna itu!” Jelas Rwon dengan mata dijeling
tajam kearah Tuan Siwon. Tuan Siwon tidak terkutip.
“Ryu terpaksa menjadi harimau untuk
selamatkan ayahda kamu, kamu tahu tak?” Tempelak Rwon lagi.
Yui terkejut dengan
penjelasan itu. Lututnya lemas dengan perlahan-lahan dia terduduk. “Betul ke
pak cik?” Soal Yui perlahan dengan air mata mengalir sekali lagi.
“Aku tak paksa kau untuk percayakan
aku. Tapi aku sanagat kecewa dengan kau sebab kau masih tidak mencintai suami
kau sendiri setelah dia sanggup berkorban apa saja termasuk nyawanya. Kalau kau
buktikan yang kau ikhlas mencintainya dia tak perlu tunggu selama 5 bulan untuk
menjadi manusia Yui. Kenapa kau buta untuk menilai betapa cintanya Ryu kepada
kau.?
Air mata Yui semakin laju. “Abang….”
Rintihnya.
“Tak guna kau menangis sekarang,
keluar air mata darah sekali pun dia tetap tak akan kembali,” bidas Rwon sinis.
“Dan kau. Kau dah dapat apa yang kau
nak. Jadi keluar dari tempat ini sekarang! Marah Rwon menghalau Tuan Siwon dan
konco-konco yang masih setia menantinya. “Jika aku nampak kau masih berkeliar
di sini aku tak teragak-agak bunuh korang semua!” sambungnya lagi.
“Pak cik biarkan saya di sini,” rayu
Yui,dia memegang kaki Rwon.
“Maaf Yui, tempatmu bukan di sini. Sudah
tiada lagi kedamaian hutan dan gunung ini setelah kai khianati penunggunya.
Pergilah kau!” sela Rwon lalu kakinya di larikan sedikit.
Yui terus merayu. “Pak cik ampunkan Yui.
pak cik. Ryu! Ke mana awak meghilang!”tangisnya sambil menjerit.
Sedang dia memekik memanggil Ryu
tiba-tiba tekaknya terasa loya dan mual. Dengan pantas dia berlari ke sebatang
pokok terus memuntahkan segala isi perut.
"Yui,
jangan-jangan kau…. " kata Rwon mati di situ.
Yui menoleh kearah Rwon sambil
tercenggang.
~~~~> tamat? xdelah ada sambung nak tahu apa kesudahan tunggu :)