BAB 1
Tengah hari itu Nabila mempelawa Riana dah Ain untuk
lunch di restoren yang agak terkenal di sekitar Pantai Dalam. Mereka bertiga
melangkah masuk ke dalam restoren itu dengan muka yang cemberut, kerana ramai
manusia yang datang berkunjung untuk menikmati makan tengahhari di situ.
“Aku tak tahu pulak, dekat sini ada restoren yang
popular kat sini,” suara Riana dengan mata tertinjau-tinjau mencari tempat
kosong.
“Wey, kau ni duk zaman batu ke? Orang lain beria-ia sibuk
nak datang makan dekat sini tau! Kau yang memang dah tinggal kat kawasan ni
boleh tak tahu,” marah Ain, lalu menghadiahkan cubitan di bahu Riana. Riana mengaduh
sakit.
“Entah kau ni Riana, kena bendul sangat hah,” tokok
Nabila lagi. Riana mencebik.
“ Janganlah marah, sumpah aku tak tahu! Korang carilah
tempat aku nak ke lady jap, dah tak tahan sangatlah,” Riana meminta izin
untuk ke tandas kerana tak tahan, dari tadi lagi perutnya asyik memulas. Tapi baru
sekarang minta untuk di keluarkan.
Riana cepat-cepat berlari untuk ke tandas dengan mata
mencari simbol tandas takut tidak sempat, tapi malangnya lantai yang dipijaknya sekarang
terlalu licin mengakibat dia tergelincir jatuh
tercium permukaan lantai tersebut. Sakitnya tiba-tiba hilang kerana
seluruh badannya tersungkur.
“Ya Allah, cik tak de apa-apa ke?”soal Indra, cemas
kebetulan melewati kawasan itu lalu menghulurkan tanganya cuba membantu
Riana bangun.
“Adus, sakitnya!”Riana mengaduh tanpa menghiraukan
soalan Indra dan membiarkan tangan itu tidak bersambut.
“Cik, tak de apa-apa ke?” soal Indra lagi bila Riana
tidak menjawab.Dalam hatinya sudah memarahi pekerjanya kerana tidak menyiapkan
kerja dengan sebaik mungkin yang paling parah telah membuatkan pelanggannya
tercedera.
“Saya okey,” balas Riana ringkas tapi tangannya masih
lagi mengosok buku lalinya yang terasa sangat sakit.
“Kaki awak mungkin dah terseliuh, mahu saya bawak ke
hospital?,” tanya Indra masih cuba memujuk gadis yang jatuh terduduk dihadapannya
agar menerima perlawaannya.
“Tak!sekejap lagi eloklah,” jawan Riana cuba mengelak
dari dibantu.
“Uh! Degil betul!,” rengus Indra, bengang.
Terbeliak mata riana bila lelaki itu mengata dirinya.
“Siapa dia?sedap mulut dia je ,cakap aku degil!Mak aku
pun tak pernah cakap macam tu!” gerutu Riana perlahan.
“Saya dengar ni,” suara Indra keras tapi pandangan masih
lagi melekat di buku lali Riana.
“Sue!tolong ambil first aid dekat pejabat saya, dan
letak dekat meja depan sana, ya,” arah Indra tegas. Dia mencempung gadis itu tanpa kebenaran lalu membawa gadis
itu ke ruangan rehat di Restoren Cahaya
Iman miliknya yang sederhana mewah itu.
“Tak nak pergi hospital, biar saya yang rawat!”Indra
memarahi gadis itu setelah meNdudukkan Riana di sofa.
“Tahan sikit!,”ujar Indra cuba memperbetulkan urat
sendi Riana yang tersalah itu.
“Aaaa!!!!Sakitlah!”jerit Rianalalu mencengkam kuat
pada bahu Indra yang berpakaian kemeja panjang berwarna putih.
Selepas selesai membalut buku lali Riana, Indra
bangkit dari duduk bersila lalu menuju ke singki untuk mencuci tangannya
kemudian kembali ke tempat tadi dan melabuhkan pungunggnya disisi Riana yang
anggun beraju kurung dan bertudung itu.
“Kuat juga tangan awak, ya?Macam nak tercabut bahu
saya, awak cengkam,” usik Indra sambil tersengih.
“Nama saya Indra Ryan Shah,” kata Indra lagi, bila Riana
membisu dan hanya menundukkan wajahnya yang mulus itu.
“Hah?”Riana memanggung wajahnya dengan laju bila
medengar nama lelaki itu.
“Hahahaha..kelakarnya macam nama anak raja pulak,” gelak
Riana sambil menekan perutnya.
“Nama awak?” soal Indra keras terus mematikan gelak
gadis itu.
“Ina Riana.” Riana terkedu sambil meneguk air liurnya.
“So nice, kalau macam tu saya panggil awak Ana
sajalah, ya?”
“Tak boleh!Hanya mak saya seorang saja yang boleh
panggil macam tu,’ marah Riana.
“Tak pelah awak anggap saya ni speacial untuk
awak, jadi bolehlah saya panggil awak macam tu kan?” Indra masih lagi mengusik
Riana.
“Gila!”Marah Riana lantas bangkit dari duduk,
malangnya kakinya masih lagi lemah untuk menampung beratnya lalu dia terjatuh
kembali di sofa itu.
“Ishhh, awak ni betul-betul degillah.Dah tahu kaki
masih sakit nak berjalan jugak!” sindir Indra berbaur jenaka.
“Saya dah lewat nak masuk kerja ni,” adu Riana bersuara cemas.
“Mintaklah mc,”balas Indra tenang sambil
menyandarkan tubuh sasanya ke sofa.
“Saya ni cleaner je, makan gaji dengan orang
bukan sesenang mintak cuti, lainlah awak dah memang ditakdirkan untuk jadi
boss,” sindir Riana.
“Eh! siapa cakap saya bos? saya pun sama dengan awak jugak,
tapi saya pelayan bukan cleaner!” jawan Indra sambil sambil keningnya
terjungkit sebelah.
“Dasar penipu! Nak tipu tak pandai! Pakaian macam ni
pun boleh cakap pelayan? Piraaaah!” bantah Riana.
Indra tergelak halus.
“Boss awak tu, manusia jugak, kan?”soalnya sebaik tawa
hilang.
“Hah?”Riana tiba-tiba bingung.
“Mesti manusia kan? Jadi mintaklah mc dengan
dia sayang oii.Dia mesti faham masalah awak. Kalau dia marahkan awak, awak
berhenti terus jelah, bolehlah saya amik awak kerja, macamana?” jawab Indra tapi
dengan wajah dibuat serius, sebenarnya dia cuba menahan tawa .
“Tak nak!”balas Riana laju.
“Kenapa?”soal Indra dengan intonasi suara yang sama
dengan Riana.
“Sebab awak miang!,” balas Riana bersahaja sambil
memeluk tubuhnya. Indra tergelak besarkerana
lucu.
“Alah, kerjalah dengan saya. Lagipun gaji awak sebagai
cleaner tu ciput je, kalau awak jadi PA saya,saya bayar lebih mahal tau,”
usik Indra lagi masih tidak mahu mengalah.
“Awak ni memang dilahirkan miang dari kecik lagi, ke? Baru kenal dah pandai nak atur hidup
orang! Pelik!” bidas Riana, bengang.
Indra tergelak lagi, gadis yang belum sampai satu jam
dia kenali telah berjaya mencuit hatinya.Selalu dia amat tegas dalam pergaulan
dengan mana-mana perempuan.Tapi bila berjumpa dengan Riana dia seakan berubah
personality.Boleh dikatakan dia amat menyenangi gadis ini.
Apakah cinta sudah berputik didalam taman hatinya?
2 comments:
perghhh cantik ,
huhuhu..cantik pa?
Post a Comment