Friday, 18 May 2012

Novel KeTiga Yang Bakal Tercoret


TAJUK NOVEL INI : TIADA DUKA ABADI.
        
Tajuk ini diambil semperna lagu OPICK penyanyi dari Indonesia yang bertajuk Tiada duka Abadi. Tiba-tiba dapat idea nak berkarya. Novel ini berkisar tentang seorang gadis lepasan STAM, dari Negeri Cik Siti Wan Kembang , dia seorang gadis yang serba sederhana dari semua sudut  dari segi fizikal mahupun pelajaran menyebabkan dia sentiasa berduka dalam kehidupan. Namun kehidupannya berubah selepas kedatangan Senior sekolahnya Fauzi Irham yang menasihatinya tiada duka yang abadi didunia ini maka terjalin lah cinta diantara mereka kerana Allah.
Melalui bait-bait lirik lagu itu Fauzi Irham hadiahkan kepadanya sebelum berangkat ke Mesir. Satu penantian demi satu penantian telah mengubah kehidupan mereka berdua. satu peristiwa yang menyayat hati gadis yang bernama Zahra Aneesa telah membawanya ke negeri orang. Untuk didagangkan oleh abang tirinya sendiri. Namun Allah sentiasa menolong hamba Nya yang lemah telah mengeluarkannya dari lubuk penzinaan ke sebuah rumah milik keluarga seorang Datuk. Kehidupannya diteruskan disana penuh dengan tomahan dari si Datin. Dikatakan perempuan simpanan suaminya. Penderitaan demi penderitaan terus terjadi. Peristiwa tangkap basah dengan anak si Datuk telah mengubah stastus dirinya. Hilang semua janji setia kepada Sang Kekasih hati nun jauh disana... cukuplah serba sedikit tentang jalan ceritanya... nak tahu bagaimana jalan seterusnya tunggu....


Lirik lagu Tiada Duka Abadi



Tiada duka yang abadi didunia,

Tiada sepi merantaimu selamanya,

Malamkan berakhir, 

harikan berganti takdir hidupkan dijalani.


Tangis dan tawa, 

nyanyian yang mengiringi,

Hati yang rindukan,

 cinta dijalannya.

Namun ku percaya, 

hati menyakini,


Semua akan indah pada akhirnya.

Andai bisa ku mengulang,

Waktu hilang dan terbuang,

Andai bisa perbaiki segala yang terjadi,

Tapi waktu tak berhenti,

Tapi detik tak kembali,

Harap ampunkan hamba Mu ini....






~SALAM SAYANG DARIku DOMI NISA~

Thursday, 17 May 2012

Aku Menyintai NYA








ALLAH SANGAT MENYINTAIKU...











Begitu banyak nikmat Allah yang diberikan kepada ku.
Tetapi terkadang kala aku bersyukur.....






<3 Bila Allah memberiku petunjuk, maka ketahuilah bahawa DIA mencintaiku.
<3 Bila Allah memberiku kesempitan, kesulitan dan musibah, maka ketahuilah bahawa DIA mencintaiku
<3 Bila Allah memberiku sedikit, ketahuilah olehku bahawa Dia mencintaiku dan akan memberri banyak lagi di akhirat.
<3Bila Allah memberi kesabaran kepadaku, aku tahu Dia akan memasukkanku dalam orang-orang yang beruntung.

<3 Bila Allah memberiku kesedihan, aku tahu Dia mahu menguji keimananku.
<3 Bila Allah nikmat Islam, puasa, solat, Al-Quran dan tarbiyah kepadaku. Aku tahu Dia sangat menyintaiku. Jadi aku akan pesan pada hati dan jiwa ku jangan abaikan sahaja amalkanlah.

JIKA AKU TAHU ALLAH SANGAT MENYINTAIKU TAPI KENAPA AKU MASIH TERDIAM DAN BERTERUSAN BUAT DOSA??/
ya Allah ampunkanlah dosa-dosaku ini








Sunday, 13 May 2012

AKHIRNYA kau ku MIliki 4


Bab 4
“Aduss!  Sakitnya tak guna betul budak. Berani dia langgar aku. Kot ya pun nak lalu bagi la isyarat ke apa , ni tak terus redah je. Dia ingat jalan ni mak bapak dia punya ke?”  marah Batrisya beserta kutukan yang berjela.
 Mana taknya habis lengan dan lututnya tercalar  kerana dilanggar oleh seorang budak lelaki yang mengayuh basikal begitu laju tanpa melihat orang sekelilingnya. Yang paling membuatkan  Batrisya bengang ,budak itu blah begitu sahaja. Bukan mahu membantunya.
“Alah dah la, lagipun budak tu dah pergi kan.  Eh luka kau tu dah berdarahlah Risya.  Meh aku temankan kau pergi klinik ya.”  pujuk Arissa keningnya sengaja diangkat sambil tersengih-sengih.
“Nasib baik dia sempat lari.  Kalau tak dah lama aku terajang dia.”  Bebel Batrisya  lagi masih belum berhenti memarahi budak itu. Ajakan Arissa tidak dipedulikan.
“Cukup-cukup lah. Jom aku teman kau. Lagipun kat depan sana ada klinik kalau tak silap aku lah.” Arissa masih memujuk kawan baiknya. Bukannya dia tak tahu perangai Batrisya. Sebut je perkara yang berkaitan dengan klinik atau hospital terus buat pekak badak. Membazir duit konon padahal takut jarum. “Risya-risya bilalah nak berubah.” Katanya dalam hati sambil menggelengkan kepalanya.
“Apa klinik? Tak payahlah membazirnya, alah nanti sampai rumah aku sapu ubat gamat. Nanti baik lah luka ni.” Batrisya memberi alasan kerana dia tak mahu ke klinik baginya doktor adalah musuh nombor satunya
“Tak boleh! Luka kau tuh nampak teruk. Lagi pun doktor bukan nak bunuh kau pun. Paling kurang cucuk punggung je. Ha!ha!ha.” Arissa  sengaja menyakat . Dia mahu menakut-nakutkan Batrisya yang sedia maklum anti dengan jarum.
Sebaik sahaja tiba  betul-betul hadapan pintu klinik . Arissa menarik tangan Batrisya untuk masuk ke klinik itu, saat mereka melangkah masuk ke dalam klinik yang sederhana besar itu. Mereka  terlihat seorang lelaki yang tinggi dan bertubuh sasa seperti seorang model lagaknya. Tetapi berjubah putih melambangkan dia seorang doktor  sedang berbual dengan seorang pesakitnya.
 Waiz memandang ke arah mereka berdua dengan berkerut dahinya seakan mahu mengecam salah seorang dari mereka berdua yang baru masuk ke klinik itu.
“Ye, kamu berdua sakit ke?”  sapa Waiz sambil tersenyum manis setelah pesakitnya meminta izin untuk beredar.
 “Wah kacaknya doktor ni.”  Hati Arissa berbisik memuji kekacakan wajah lelaki itu yang mampu membuatkan ramai gadis cair melihatnya.
“Tapikan macam aku kenal je? Jumpa kat mana eh?” soal Arissa dalam hatinya sambil mengaru dagunya.
“Arissa aku tak naklah . Aku nak balik lah.” bisik  Batrisya  ke telinga Arissa dan cuba melarikan diri.
“Hah! doktor malam tu kan. Betullah saya dah ingat. Tapi doktor kena tolong saya dulu. Ni haa kawan saya ni cedera tapi dia tak nak dirawat. Risya  janganlah lari .” kata Arissa merayu yang sudah mengecam lelaki dihadapannya itu lantas menarik tangan Batrisya dari keluar dari klinik itu.
“Ya, patutlah masa awak masuk tadi saya rasa macam nak kenal je.” agak Waiz sambil memetik jarinya.
“ La ye ke ? Tak pe-tak pe . Jangan takut saya tak makan awak.” Dengan selamba Waiz  memaut lengan Batrisya.
“ Eh teruk juga luka dekat lengan dan lutut kamu ni. Sampai terkoyak seragam kamu.  Mari masuk bilik saya dulu ya. Takpe jangan takut.”
“Hmm awak tunggu kat luar my sweety dear.” Selepas berbicara dengan Batrisya . Waiz memalingkan mukannya dan berkata sesuatu yang mengejutkan Arissa sambil memberi senyuman yang mengoda pada Arissa.
 Terkaku Arissa dibuatnya. “Kacaknya dia tapi sayang nampak berapa nak cool aku tak minat lah. Tambah dengan mulut yang pot-pet lagilah aku tak suka.” Katanya dalam hati.
“Tak nakkk! Rissa tolong aku,temankan akuuu !!!!!!!!” Batrisya  meraung-raung  mahu lepaskan diri dari genggaman Waiz sebaik sahaja memasuki kamar Waiz.
“Duduk atas kerusi ni diam-diam ya. Kalau masih degil tak mahu diam lagi. Nanti mulut awak saya  cium.” ugut Waiz dengan nada bergurau sambil tersengih.
Batrisya terkejut lantas menekup mulutnya dengan kedua belah tangannya dan mengelengkan kepalanya laju. Meletus ketawa Waiz bila melihat reaksi spontan Batrisya itu.
“Maafkan saya ya. Terpaksa angkat sikit kain sekolah awak ni.”  minta Waiz sebaik sahaja dia duduk dikerusinya  betul-betul dihadapan  Batrisya. Batrisya mengangguk laju mulutnya masih ditutup rapat.
Dengan berhati-hati Waiz  meletakkan ubat antibiotic ke tempat luka  gadis dihadapannya. Dia tersenyum bila melihat gadis itu memejam rapat matanya kerana menahan kesakitan.
“Comel betul budak ni tambah-tambah ketika muka dia macam ni.” desis Waiz di hatinya.
“Arrrrgh .. sakit la. Pelahan-pelahan sikit doktor.” Marah Batrisya tak tahan rasa pedih pada lukanya.
“ Ok, sekarang awak boleh buka mata.” Kata Waiz. Timbul niat nakal didalam hatinya mahu mengusik gadis itu . Dia menghampiri  wajah Batriysa dan menatapnya lama.
“Ehh!! doktor ni terkejut saya. Ada apa-apa kat muka saya ke?” tanya Batrisya sambil menyentuh wajahnya.
“ Hmm .. aah macam ada sesuatu kat bawah mata awak tu?” Waiz cuba mengusik tapi mukanya serius.
“Hah! Ada apa?” Batrisya kelam kabut dibuatnya lantas meraba-raba wajahnya lagi. “Tak kanlah ada jerawat kot .” desis hatinya.
“Aah ,oooh tahi lalat rupanya. Cantik terletak disitu, nampak manis..Ha!ha!ha!ha.  Kenapalah betul sangat budak ni.” tiba Waiz  ketawa dengan kuatnya kerana tidak tahan dengan dengan sikap Batrisya itu.
“Tak guna punya doktor. Ada juga orang mereng macam ni.” kutuk Batrisya bengang didalam hatinya.
Arissa yang sedang menunggu di luar bilik  asyik berulang alik kerana bimbang akan Batrisya  dia khuatir apa yang dikatanya tadi benar akan berlaku.
“Macamana ya kalau Risya betul-betul  kena cucuk? Mulut ni memang gatal .” Arissa membebel dirinya sendiri sambil menampar perlahan mulutnya.
“Mintak-mintak Risya tak de apa-apa” Doanya.
“Sekarang macamana? Tak lah sakit sangat kan ? Tu lah saya dah kata saya tak akan buat awak sakit tahu.” kata Waiz bangga.
“ Yelah lah tu. Tak malu puji diri sendiri.” kutuk Btrisya perlahan.
“So sekarang saya dah boleh balik kan? tanya Batrisya pula bila terlihat Waiz meletakkan peralatannya atas meja.
“ Tak boleh lagi. Saya kena bagi suntikkan dekat punggung awak untuk mengelakkan kuman dari terus berada dalam badan awak .” bagitahu Waiz cuba kenakan  Batrisya yang sudah gelisah seperti cacing kepanasan.
“Apa? Tak de tempat lain ke nak kena cucuk.” tanya Batrisya dengan muka yang mahu menangis.
Waiz hanya mengeleng. Dalam hatinya tuhan sahaja yang tahu yang dia cuba menahan tawanya.
“ Saya tak mahu, tolonglah bagi ubat tak boleh ke? Saya janji saya akan makan ubat tu. Saya tak akan buangnya lagi. Tolonglah  saya rela makan ubat dari kena cucuk dengan jarum.” Rayu Batrisya terus menerus untuk memujuk  Waiz supaya dirinya  tidak disuntik.
“ Oooh jadi selama ni awak  tak pernah makn ubat yang doktor bagi lah ya. Patutl ah bacteria banyak dalam tubuh awak. Hmm  terpaksalah saya, izinkan saya ye adik.” kata Waiz dengan muka serius. 
“Tak mahuuuuu….” Batrisya menjerit sambil mengelengkan kepalanya.
Tiba meletus tawa Waiz kerana tidak tahan dengan telatah  Batrisya seperti budak-budak.
“Ada juga budak besar macam awak ni takut kena suntik kan?” Soal Waiz dengan sisa tawanya.

“ Lambatnya Risya ni. Diorang buat apa kat bilik itu.” omel Arissa yang masih setia menunggu kawannya itu diluar pintu bilik Dr Waiz.
“ Eh baru aku perasan cantik jugak klinik ni, walaupun kecik tapi tapi rona warna yang digunakan menampakkan ia besar, hijau lumut campur pink.  Wah tenang sekali. Perhiasannya pun ok juga. Malam tu aku datang tak perasan pula semua ni. Maklumlah malam tu aku sakit macam nak mati ada.” Arissa bercakap sendirian dengan memandang sekeliling setiap sudut klinik itu.
“Eh bilik apa tu ya? Dapur ke? Nak pergi tengoklah.” Ketika Arissa mahu melintasi satu lagi bilik  yang bertentangan dengan bilik Waiz dia terlanggar seseorang .
“Ahh !habis tumpah ,awak buat apa kat sini?  Ke awak buta?” Herdik Aysar tiba-tiba. Baki air kopi yang dibawanya telah tumpah membasahi baju kemejanya.
“Hah? Si doktor duda senget.  Adus macamana ni?  matilah aku  kali ni.” Arissa  mengomel sendirian dalam  ketakutan.
 “Maafkan saya. Saya betul-betul tak perasaan.  Saya  cuma nak tengok  tempat tu je.” kata Arissa  sedikit gundah sambil menjuih mulutnya ke arah satu bilik yang terletak dibahagian hujung kilinik itu.
“Lah !engkau ke? Patutlah .. hmm.” Aysar mendengus kasar.
“ Kau buat apa kat sini ni hah! Setiap kali kau ada mesti akan berlaku yang tak baik pada aku.” marah Aysar lagi.
Belum sempat Arissa mahu membela dirinya. Kelihatan Waiz dan Batrisya sudah menuju ke arah mereka.
“Kenapa ni Aysar. Baju kau kenapa pulak? Tanya Waiz dengan wajah berkerut.
“Rissa kau buat hal ye?” Bisik Batrisya perlahan.
“Aku sebenarnya. Aku tak sengaja lah. Tapi dia ni tiba-tiba meradang.” Jawab Arissa gugup.
“ Dah lah tu Aysar, dia masih budak sekolah lagi. Tak itu pun kau nak marah. Lagipun dia pesakit kita.” Pujuk Waiz untuk meredakan kemarahan  Aysar. Aysar memandang tajam kearah  Arissa yang masih ketakutan dan menundukkan wajahnya. Lalu dia terus beredar dari situ.
“ Kalaulah aku tahu klinik ni milik dia. Sumpah  aku tak mahu jejak kaki kat sini.” marah Arissa dalam hati.
“Maafkan dia ya.  Dia selalunya tak macam tu. Tapi tak tahulah pulak hari ni maybe  datang bulan kot .”  Waiz cuba bergurau sengaja mahu menenangkan Arissa yang masih dalam ketakutan.
“Jom mari saya belanja awak berdua minum nak. Disebabkan kawan awak ni mahu makan ubat jadi saya dengan baik hati mahu merainya.” Sambung Waiz lagi dengan senyuman yang masih dibibirnya.

“Oh! Aysar  tu sepupu saya.” Waiz bersuara menjawab pertanyaan Arissa sebaik mereka mengambil tempat. Waiz membawa mereka berdua ke Restoren Selera Kita di sekitar  pekan Wakaf Bharu salah satu kawasan daerah Tumpat.
“ Kami buka klinik sama-sama. Walaupun dia lebih tua daripada saya 2 tahun tapi kitorang memang rapat gila memandangkan saya tak de adik beradik. Zaman kecik-kecik  dia pembela saya di sekolah sebelum family saya berpindah ke sini.”  Waiz memulakan ceritanya sementara menantikan pesanan mereka sampai.
“Selepas tamat  pengajian  dia buat keputusan untuk menetap di sini. Dia mahu berdikari sendiri tak nak bekerja kepada keluarga. Tapi saya rasa itu semua alasan ciptaannya sendiri. Saya tahu dia  mahu sentiasa dekat dengan arwah isterinya disini.” Ucap  Waiz menyambung ceritanya  sambil menikmati hidangan makanan tengahari nasi ayam dan jus tembikai yang dipesannya.
“ Kami share buka klinik sendiri, ini pun rancang dia, katanya kalau buka klinik sendiri senang nak rawat orang sakit dan tambah lagi ini impian arwah isterinya. Kalau yang tak de duit boleh bagi rawatan percuma je, kalau kat hospital kerajaan cerewet sikit.”
“Wah, memang kayalah kerja doktor ni. Boleh buka klinik sendiri. Sebab tu ramai yang nak cari suami kerja doktor.” Batrisya tiba-tiba mencelah dengan mulutnya masih mengunyah mee karinya.
“Tidak semestinya kaya. Kerja doktor lah yang paling penat kerja mengalah kudrat tenaga sendiri tahu.” Waiz menafikan kenyataan tidak berasas yang dibuat oleh batrisya.
“Tapi saya memang tabik pada sepupu saya tu, dia memang tak kenal erti penat lelah. Kalau boleh 24 jam dia mahu ada dekat klinik tu.”
“Patutlah Auni asyik merengek marahkan papanya.” omel Arissa dalam hati .
“Kalau orang tak de duit boleh dapat rawatan percumakan? Tapi saya kena bayar tadi. Lagipun pelajar macam kami mana ada duit .” ujar Batrisya sambil mencebik tidak puas hati.
“Eh ada saya cakap ke tadi? Tapi kalau kamu nak percuma boleh je. Yang paling beruntung kamu terus  dapat rawat special dari saya terus , nak tak?”  Soal Waiz sambil mengangkat kedua belah keningnya.
“Tapi kamu kenalah kahwin dengan saya.  Awak juga yang kata tadi, nak cari suami kerja doktorkan.”sambung Waiz  cuba berjenaka.
“Ceh ! Hampeh! saya tak nak kahwin dengan doktor. Nanti kena makan ubat hari-hari, lepas tuh kena cucuk pulak. lagipun saya kata perempuan lain bukannya saya.” Batrisya menjawab dengan muka yang selamba. Waiz  dan Arissa saling berpandangan terus meledak  ketawa.
“Kenapa ketawa betul apa saya kata?Doktor ni bahaya tau.” Ujar Batrisya bersungguh-sungguh.
Amboi cik adik mengata saya ni tiba-tiba wajah waiz bertukar serius
Alah gurau je jangan naik angin batrisya membuat muka kesian.
Arissa yang dari tadi jadi pendengar sedia tersengih melihat mereka berdua.
“Hmm rissa kan?”
Arissa hanya mengangguk  dalam kehairanan.
“Aysar ada cerita serba sedikit tentang awak pada saya. Pasal awak rapat dengan Auni. Saya memang kagum dengan awak sebab dapat mencuri perhatian dari si kecil yang degil tu.” Ucap Waiz tersengih siap menunjukkan gaya tabik spring lagi.
Arissa masih kehairanan dengan maksud kata-kata Waiz.
Tiba-tiba handphone kepunyaan waiz berbunyi terus mematikan niat Arissa untuk  bertanya.
“Sekejap ya girl .” Waiz meminta izin untuk menjawab panggilan.
“Maafkan saya terpaksa gerak dulu. Ada hal penting. Tapi seronok dapat borak-borak dengan kamu berdua. Nanti senang datang lah ke klinik kami ya” Kata Waiz  sambil mengenyitkan sebelah matanya pada Batrisya lalu beredar dari situ
“Dasar doktor gatal.” Rungut  Batrisya.
“Dia nak ejas kau lah Risya.” Usik Arissa tersenyum.
 “Eh rissa doktor tu ke yang pernah lempang kau?”  Tanya Batrisya sebaik mereka melangkah keluar dari restron itu.
“Aah Doktor bengap tu lah. Tak sangka pula aku yang kita akan pergi ke klinik dia.”
“Weii jangan mulut kau sikit rissa, jangan benci sangat kat dia, nanti silap hari bulan kau akan jatuh cinta kat dia baru tahu.”  Batrisya menyakat Arissa  sebaik menghabiskan katanya dia berlari anak meninggalkan Arissa.
“Oiii… Risya jaga mulut kau”
Seperti selalu setipa malam  hujung minggu  Puan Sofeya akan mengajak anaknya  ke supermarket yang berhampiran dengan kawasan rumahnya untuk membeli belah barang dapur. Sebaik sahaja keretanya tersiap parking. Dia mengambil sebuah troli ketika mahu masuk ke dalam supermarket  Salamku.
“Ramainya orang mak. Rimaslah Rissa kalau ramai-ramai ni. Baik duk kat rumah .” omel Arissa sambil berjalan seiringan dengan Puan Sofeya.
“Malam hujung minggu sayang. Biasalah.”
“Mak esok Arissa nak  masak mee kari untuk mak. Mak nak tak.”bagitahu Arissa tiba-tiba dengan riang.
“Hmm, esok cutikan bagus juga cadangan Rissa tu. Nampaknya anak dara mak ni boleh tunjuk skill memasaklah ya. Selama ni asyik mak je yang masak. Sekali sekala nak bercuti dari memasak juga lah.” Luah Puan Sofeya sambil tersenyum manis.
“Ada-adalah mak ni. Sengaja Rissa malas nak tunjuk terer.”
Sedang mereka mencari bahan-bahan keperluan. Tiba-tiba Arissa terasa  bontotnya dilangar oleh troli dari arah belakang dengan kuat.
“Sakitnya buta ke?” marah Arissa lantas memalingkan badannya ke belakang. Alangkah terkejutnya bila melihat orang dihadapannya itu.
“Maaf  dik. Abang tak sengaja.”  ujar  Aysar sambil menundukkan kepalanya sedikit.
“Eh doktor. Datang membeli belah juga ke?” Tegur Puan Sofiya nyata terkejut bila melihat aysar turut berada di pasar raya itu.
“Hah! Ye puan.”  jawab Aysar tersenyum manis bila mengangkat wajahnya kembali. Dia memandang sekilas pada orang yang dilanggarnya tadi.
 “Budak ni lagi.” gumam hatinya geram.
“Tak sengaja ke memang sengaja doktor bengap ni.” kutuk Arissa dalam hati dengan membuat muka menyampah.
“Rissa ni lah doktor yang mak cerita hari tu. Alah yang Rissa termuntah kat baju dia. Minta maaf cepat.”  Arah Puan Sofeya sambil menarik lengan baju Arissa.
“Nak minta maaf? Tolonglah. Tak akan. Hah termuntah? Jap-jap bila masa pulak? Arissa berfikir sejenak.
“Hah! jadi orang yang aku termuntah malam tu ? Mampus aku.” Arissa menelan air liurnya yang terasa berpasir ditekaknya.
“Ish, kenapa diam . Cepatlah minta maaf.” Marah Puan Sofeya bila melihat Arissa masih tidak terkutik.
Arissa hanya mengangguk perlahan. Berat terasa dibibirnya untuk meluahkan perkataan minta maaf pada lelaki dihadapannya itu sambil tersenyum sinis.
“Papa!papa !Auni nak makan coklat ni. Eh kak Rissa ada juga.”ucap Auni sambil terlompat riang.
“Fuh nasib baik. Terima kasih Auni. Auni lah penyelamat kak dari menjatuhkan maruah akak dekat doktor bengap ni.” Kata Arissa dalam hatinya.
 “Doktor senang jemputlah kerumah. Ajak Auni sekali.” ucap Puan Sofeya ramah
“Mak ni biar betul. Ramah tak tentu pasal.” Omel Arissa dalam hatinya.

Selesai memasak Arissa meminta izin masuk kebiliknya untuk membersihkan badannya yang sudah melekit dan berbau kari.  Dia mencapai telefon bimbitnya terus mendail nombor Batrisya sebaik sahaja dia selesai memakai baju santainya.
“Risyaa !!”sergah Arissa sebaik taliannya disambut sambil mengelap rambutnya yang basah itu.
“Oii pekaklah telinga aku. Asal je telefon, terus menjerit bukan nak bagi salam dulu ke apa.” bebel Batrisya di talian sana.
“Ha!ha! sory-sory. Assalamuaikum cik risya ada?”
“Walaikumussalam . jangan formal sangat. Ada apa petang-petang minggu telefon ni? Nak layan Korean drama pun tak senang.”
“Amboi-amboi sedap bahasa. Terasa ni. Cepat  pujuk .” usik Arissa yang masak benar dengan hobi kawan baiknya itu. Gila korea!
“Ciss hampeh betul kau ni. Layan kau naik sewel aku nanti.”
“Weii aku ada benda nak bagitahu kau ni. Kau ingat tak doktor yang marah kat aku masa kat klinik hari tu. Aah kau tahu. Doktor duda bengap tu lah yang aku pernah termuntah kat badan dia. Malu aku weii.” Cerita Arissa tergolek-golek dikatil bujangnya itu.
“Iya ke. Padan muka kau”
“Jahanam punya kawan. Kau tahu semalam aku terserempak dengan dia kat Salamku. Kau tahu troli dia bawak terlanggar bontot aku.”
“Jodoh kau lah tu. Asyik-asyik terserempak lah, terjumpalah.  pasni kalau jumpa lagi terkena kahwin hahaha.” Terbahak  ketawa Batrisya disebalik sana.
“Wei masin mulut kau. Kalau cukup 40 kali aku kahwin dengan dia nanti naya aku tahu.” Perasaan Arissa tiba-tiba gundah.
“Risssa!!!”  panggil Puan Sofeya dari tingkat bawah
“Okeylah mak aku panggil. Jumpa ahad nanti. Daa”
“Baiklah bakal isteri doktor duda.”
“Sewel punya kawan!!”
Setelah mematikan taliannya arissa turun ke bawah dengan pantas sambil menyanyi dengan tuala yang masih elok dikepalanya . Setelah mendapatkan mak yang kelihatan gelisah Arissa mengangkat keningnya hairan sebelum bertanya.
“Kenapa ni mak? Ada apa?”
Puan Sofeya tidak menjawab apa-apa . Dia hanya memuncung bibir mulutnya menunjuk ke arah tetamu yang datang tanpa dia kenali yang sedang duduk diruang tamu. Lantas Arissa memalingkan pandangannya ke arah ruang tamu. Alangkah terkejutnya dia bila melihat tetamu yang berkunjung dirumahnya itu kelihatan baru lepas menangis kuat.




Thursday, 10 May 2012

Ep. 1






Pada 500 tahun yang lalu kaum Wolver rubah putih sangat terkenal diseluruh dunia. Semua kaum binatang mahupun manusia akan tunduk kepada kaum mereka termasuklah kaum drakula. Namun selepas kematian Raja Wolfermaru kerajaan wolver diserah kepada putera seshoumaru. Putera seshoumaru terkenal dengan sikap egois yang tidak mempedulikan perasan rakyat jelatanya menyebabkan sesetengah dari kaum mereka berpaling tadah. Di kesempatan ini kaum drakula telah menghasut rakyat mereka bagi merampas kerajaan wolver dengan menggunakan puteri dratoria sebagai sasaran utama untuk menjatuhkan putera sesshoumaru. Kini kerajaan wolver dibawah jajahan drakula dan semua kaum wolver menjadi hamba mereka. Untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan wolver Putera Seshoumaru terpaksa merampas kembali taring kepunyaan peninggalan ayahandanya. Untuk mendapatkan taring ayahnya kembali seshamouru terpaksa mencari pedang milik ayah Tenseiga. Maka bermulalah kisah pengembaraan putera seshamouru dan pengikut setianya jaken seekor katak yang licik.

 “Seshomaru bonda mahu kamu selamatkan kerajaan kita nak. Tidak kiralah apa-apa pun yang terjadi. Selamatkan kaum kita dari kaum drakula.”

 “Bagaimana harus seshomaru lakukannya bonda. Seshomaru tidak mampu untuk lakukannya sendiri.”

“Jangan bimbang suatu hari nanti akan muncul seorang manusia dari masa depan yang akan membantu mu wahai anakku. Tapi ingat kamu harus berikan sedikit nyawa kamu kepadanya. Kerana dia tidak dapat bertahan didunia kita.”

 “Bonda jangan pergi. Bonda! Bonda!.” Seshomaru meracau-racau dalam mimpinya.

 “Tuan seshomaru! Kenapa dengan tuan ni ? bangun tuan?” Jaken cuba untuk menyedarkan tuannya. Perasan resah mula bertapak dihatinya.

 “Argh!!! Seshomaru terkejut lantas bangkit dari tidurnya. “Bonda boleh ke seshomaru lakukannya tanpa ayahda dan bonda disisi.” keluh Seshoumaru sedih sampaikan air matanya mengalir tanpa dia pinta.

 Di dunia sekarang.

 “ Rina bangun dah lewat ke sekolah ni.” Laungan dari ibu membuatkan tidurku terganggu.

Dengan malas aku bangkit dari tidur lantas mencapai tuala untuk mandi. Selepas bersiap-siap dengan seragam sekolah aku keluar dari bilik untuk menuju ke dapur untuk sarapan.

 “Bertuah punya anak dara. Kamu tu dah masuk 12 tahun cubalah berdikari sendiri. Dah tahu nak sekolah bangunlah awal sedikit, ni tak hari-hari asyik mak je yang kena kejutan.” bebel mak berjeda.
 Aku hanya menadahkan telinganku dengan bebelan keramat mak sambil mengunyah roti bakar yang tersedia dimeja makan.

“Mak kan bagus kalau Rina dapat jadi watak heroin anime kan mak. Kalau ada kuasa magik Rina nak tukarkan diri Rina jadi bijak tak perlu pergi sekolah. Lepas tu Rina nak jadikan rumah kita yang kecil ni jadi besar siap ada kolam renang dan orang gaji yang banyak. Mak tak perlu lagi masak untuk Rina.” ceritaku setelah diam seketika penuh dengan angan-angan kosong dengan mata bersinar-sinar.

“Hah baguslah tu. Berangan nak jadi kartun konon. Nak jadi apa cindarella, show white. Ingat sikit kamu tu hidup didunia nyata bukanya fantasi Rina ooo.” marah mak sambil mengetuk sedikit kepala aku seraya berlalu dari dapur.

 “Uh! Mak ni Rina cakap kalau. Bukannya betul-betul pun”. Aku mendegus sambil memuncung mulutku sedepa. “Tapi kalau betul-betul terjadi macamana mak? Rina hidup dialam fantasi tinggal mak,kakak ros dan datuk kat dunia ni. Mesti mak menangis dan merayu-rayu supaya Rina pulang dunia asal. Rina pulanglah mak betul-betul rindukan kamu. Hah masa tu baru mak sedar betapa pentingnya rina dalam hidup mak.” Laungku dari dapur dengan memek muka sekali walaupun aku tahu mak tidak nampak semua itu .

 “Baguslah tu,mak nak tengok kamu pergi ke alam mana? Tengok siapa yang meraung minta tolong kat mak nanti.’jerit mak sambil ejek aku dari ruang tamu.

 Di dunia silam.
 “Tuan seshamaru tengok kat langit tu. Banyaknya kelawar. Nampak macam mereka nak serang kita.” Bagitahu Jaken sambil menunjukkan jarinya ke arah langit sambil ketakutan.

 Seshamaru hanya memandang tanpa sebarang riak diwajahnya. Seperti selalu mukanya tak pernah mepamerkan sebarang senyuman. “Mungkin draku hantar binatang belaannya untuk menyerang kita.” kata jaken lagi.

 “Jaken berundur mereka sudah bersedia mahu menyerang kita.” Sesshoumaru bersuara tiba-tiba.

 “Err baik tuan hati-hati tahu.” Seperti biasa jaken yang terkenal dengan sikap berlagak pandai walhal dia sangat pengecut terus menyorok disebalik sebatang pokok besar.

Sambil memerhatikan sekumpulan kelawar telah memenuhi ruang langit seshoumaru mengangkat tangan kanannya dan menghala kearah langit tiba-tiba cahaya berwarna biru langit muncul dari arah tapak tangan Sesshoumaru dan memancar ke arah sekumpulan kelawar itu.

“ Blue lighteiga"  sesshoumaru menyeru kuasa dalamannya. Ceh tak guna kau draku. Kau memang licik sanggup gunakan hewan belaan kau untuk serang aku. Kenapa kau tak serang aku depan-depan hah?”Teriak sesshoumaru.

“Tuan belakang tuan” Sebaik sahaja seshoumaru mendengar teriakan dari jaken lantas dia berpaling tanpa sempat dia mengelak seekor kelawar hitam telah mencakar mukanya.

 “Tak guna draku!” marah Sesshoumaru sambil mengelap darah yang keluar dari wajahnya.

 “Geram betullah dengan cikgu borhan ni. Aku tahulah ni tak pandai tapi tak sampai kena buat latihan sampai 1oo kali kot. Benci-bencilah macam ni.”Rungutku sambil mengayuh basikal untuk pulang ke rumah.

“Ya Allah seandainya ada kuasa magik yang boleh bawa aku ke dunia fantasi aku ingin sekali ke sana. Dah gila ke apa aku ni. Mana apa benda-benda mengarut ni adus.” Keluh aku sambil menepuk dahiku sendiri. 

Sedang asyik aku mengayuh basikalku sambil menyanyi kecil."  i want to change the world"  lagu  tema anime inuyasha.  Dengan hati senang aku menyanyi mataku terlihat sebuah tasik yang berhampiran dengan kawasan rumah ku bersinar-sinar indah berjaya menarik perhatianku untuk menjejak ke sana. Setelah menongkat basikal. Aku berjalan ke arah tasik dan terpegun melihat pandang tasik itu dan diufuk kaki langit berwarna kemerahan oren lagi mepesonakan mataku. Tasik itu bagaikan memanggilku. Aku bagai dipukau terus memasuki ke dalam tasik itu. Kakiku melangkah perlahan-lahan sehingga kakiku tidak lagi mencecah bumi. Tiba-tiba aku tersedar namun sudah terlambat bagiku untuk menyelamatkankan diri.

 “Hah kenapa aku boleh sampai di tengah-tengah ni. Makkkk!” Laungku.

Mana taknya aku yang sememangnya tidak pandai berenang. Aku terkapai-kapai dan tenggelam timbul sebanyak 3 kali selepas itu aku tidak sedarkan diri tapiku tahu diriku  telah dihanyutkan ke dasar tasik itu…

Sunday, 6 May 2012

Pengenalan untuk watak jahat dalam Kau si RubahKU~



KAUM DRAKULA

 
Putera draku- seorang yang  penggoda dan  suka  membunuh tidak kira sesiapa.
-          Tidak suka kaumnya berkahwin dengan dengan kaum wolver.
-          Misinya mahu putera seshamouru menjadi hambanya.
Kuasa serangan drogan roses

Puteri Dratoria – mempunyai dua identiti dia akan menjadi jelita ketika siang hari tapi bila menjelma malam dirinya akan bertukar menjadi drakula betina.
-          Merupakan bekas kekasih seshamouru.
Kuasanya  kissing poison

Roy – penasihat bagi putera Draku

-kuasa panahan mata yang tajam boleh membeku pegerakan seseorang.



Jean- merupakan adik kepada jay.
-          Menjadi orang suruhan putera drakU kerana darah kaum drakula lebih banyak berbanding dengan darah kaum wolver.
-          Kuasa boleh memanipulasi orang

~ Pengenalan watak-watak baik bagi cerpen bersiri Kau si Rubah KU~

Putera Sesshomaru           ~ seorang pemuda yang bersikap dingin dan bengis dan suka membuat keputusan ikut kepalanya sendiri.
~         pedang  Tenseiga serangan Bakusaiga

Rin ~ seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 12 tahun dari dunia sekarang yang telah                 terjatuh di dalam sebuah tasik yang membawanya zaman silam.
-          Suka berangan mahu hidup dialam khayalan
-          Seorang yang lembap dan begitu cuai dalam pelajarannya.
-          Namun mempunyai kuasa yang boleh mengembalikan kuasa putera seshomaru yang dia sendiri tidak menyedarinya.















Jaken -  sejenis binatang yang keturunan  katak . Dia seekor katak yang  licik dan pandai berkata-kata.
-          merupakan pengikut setia  putera seshomaru.
-          Selalu bertengkar dengan rin kerana mahu merebut perhatian dari putera seshomaru.
-          Senjata  tongkat berkepala dua tengkorak satu berkuasa kabus yang boleh menghilangkan diri dan satu lagi boleh mengeluarkan api.




Jay - seorang pemuda berdarah campuran  rubah dan darkula.
-          Namun darah rubah yang mengalir didalam tubuhnya lebih kaut berbanding darah drakula menyebabkan dia tekad mengikut putera seshamouru untuk menyelamatkan adiknya dari gengaman kaum drakula.
-          Senjata Busur anak panah roses




Loli- seorang gadis berdarah manusia dan juga drakula.
-          Mahu membalas dendam terhadap kaum drakula kerana telah membunuh ibubapanya.
-          Senjata  pedang Kristal oren.
Si kembar Saaya dan aya – penjaga kepada rin yang diberikan putera seshomaru.
Saaya ~mempunyai kuasa melindung tuannya dari serangan lawan.
Aya~ mempunyai kuasa yang boleh menyerap kuasa lawan dan membalas serangan itu.

Tuesday, 1 May 2012

~ sHOpING PBAKL 2012~

 Hari isnin 30 April Domi dan roomate g jalan-jalan dekat PBAKL2012( PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR).
Ni first time domi jejakkan kaki kat dalam tu walaupun selalu lalu depan PWTC time nak balik kampung hehehe..
Ni juga first time domi masuk pesta buku yang terbeSar ni. Mak aih rmai betul orang tapi seronok sangat2 dapat beli pe yang domi mahu. hehehe tetiba terexcited hohoho. Nak tahu pe yang Domi beli tak.
Nak tahu meh-meh domi tunjukkan hehehe.

komik gepak starz dua.
novel dua ~ semuanya cukup bajet rm50 hehehe~

novel akak REHAN MAKHTAR punyer plastik
tak bukak lagi sayang huhuhu~
pastu novel dia tebal gila huhuhu

ni pula masa  Domi g singgah Gerai Karya Seni Domi beli
novel ni, tengok2 penulisnya ada sekali so apa lagi
mintak autograf lew huhu
adik dominisa tu hehehe

novel AKAK ALIESHA KIRANA PUNYE`





OK cukuplah setakat ni domi nisa bercoloteh dah penat sangat dah ni. ni pun curi masa untuk siap Paper projek gara-gara mahu bercoloteh disini hehehe~

akhir kata DOMI NISA mengundur diri Assalamuaikum~~~