Saturday, 7 April 2012

Akhirnya kau ku miliki bab 2


BAB 2
“ Hey Arissa Farhana! Betul ke apa yang telah aku dengar? Kau dah clash dengan pakwe kau si kasanova tu kan?” tanya Suria yang selesa berkaca mata tebal itu merupakan rakan sekelas Arrisa . Semua budak kelasnya memanggil Suria sebagai Betty Mek Kelate.
“Aah kenapa Betty?” jawab Arissa malas sambil menonggak dagunya di meja.
 “Xdelah , bagus juga kau dah putus dengan dia. Sebab semalam masa aku nak keluar pergi Pasar Raya Salamku, aku ada ternampak dia dengan budak sekolah sebelah. Aku tengok minah tu gedik semacam je. Meluat aku tengok.” omel Suria menyampah bila terkenangan peristiwa semalam.
“Kalau dah meluat ,baik kau pejamkan mata habis cerita. Kan senang .”Bidas  Arissa malas mendengar cerita bila berkaitan dengan Si Sharul itu.
“ Biar jelah dia.” ujar Arissa lagi bila melihat Suria macam tak puas hati dengan jawapan yang diberikannya.
“ Lagipun seminggu lagi kan dia dah nak pergi Amerika. Best student spm tu . Mana nak pandang  kita-kita ni,  budak kena repeat spm balik .”Arissa melepaskan geram dengan sikap Shahrul  yang tak habis-habis berfoya-foya.  Dia sendiri tak tahu entah macam mana dia boleh tersangkut dengan si Shahrul itu.
“ Mungkin masa tu ramai kawan-kawannya sudah ada pacar, jadi dia mahu mencuba untuk bercinta juga.” fikir Arissa.
“Alah Rissa , kau ni kenapa ? moody  je hari ni, datang bulan eh.” Batrisya Najwa cuba berjenaka untuk menghiburkan Arissa sejak pagi tadi dia melihat Arissa asyik masam sahaja.
Batrisya Najwa lebih mesra di panggil sebagai Risya itu merupakan kawan rapatnya sejak ditadika lagi. Semua perkara dikongsinya termasuklah keputasan peperikasaan spm tahun lepas turut dikongsi oleh mereka, dengan mendapat keputusan yang teruk sehingga mereka dipaksa untuk mengambil peperiksaan sekali lagi di salah sebuah sekolah swasta . Inilah akibatnya tak serius ketika belajar.
“ Lantak korang, malas dah aku nak fikir . Sekarang ni aku tak nak gagal lagi dalam exam kali ni. Aku dah taubat tak nak cinta cintun dan main-main lagi.” kata Arissa dengan tekad dihatinya.
“ Oklah cik Arissa Farhana!  kami berikrar akan mengikuti jejak langkah mung.. hahahah Batrisya dan Suria berkata serentak sambil ketawa.
“ Oii pinggan mangkuk korang perli aku eh. tak pe- tak pe.” marah Arissa lantas bangun dari tempat duduknya dengan menggalas beg sekolahnya .
 “ Rissa kitorang gurau-gurau je jangan lah merajuk .”laung Batrisya sebaik sahaja melihat Arissa mahu melangkah keluar dari bilik darjah mereka.
“ Tak de maknanya nak merajuk . Aku nak balik dah ni. Mak aku pesan suruh awal hari ni. Bye”
“Tak pe la kau baliklah dulu . Aku nak tunggu budak baru  khas  diimport dari Japan . Dengar kata hensem, tak nak tengok ke Rissa ? Rugi tahu entah-entah seiras dengan muka cikgu kakasih kesayangan kau.” promote Batrisya.
“Ceh! tadi berikrar tak nak cinta cintu . Ni belum sampai sehari dah nak menggatal . Betulkan niat tu wahai kawan-kawanku. Budak tu pun satu hal, ada ke nak tengok kelas time balik sekolah. Pagi-Pagi besok tak boleh ke? “Bebal Arissa sedikit kuat sambil mencebik mulut lalu  melangkah keluar dari bilik darjah. Tiba di simpang bangunan dia terlanggar dengan seseorang.
“Aduss buta ke?” marah Arissa dengan pandangan yang tajam memandang lelaki yang melanggarnya itu.
“Sorry ye.. saya tak sengaja.” lelaki itu meminta maaf.
Tanpa menghiraukan lelaki itu Arissa terus beredar dengan mulut terkumat kamit memarahi lelaki dengar loghat Kelantan itu tetapi didengari oleh lelaki itu.
“Dohlah  paka cemin mato , tapi mato tu letok mano. Baik tok payoh paka wat bazir duit mok pok  je.”
Kemalangan tadi masih berlegar-legar lagi di ingatan Emir Naufal . Dia dikutuk oleh orang yang dilanggarnya itu dengan bahasa pelat Kelantan . Emir Naufal memahami setiap bait kutukan gadis itu. “Siapakah dia walaupun nampak garang tapi aku pasti dia telah berjaya mencuit hati kecilku.. aku pasti dapat mencari siapa gerangan gadis itu.”

Petang itu semasa Arissa Farhana berjalan-jalan mahu mengambil angin di taman permainan yang berdekatan dengan perumahanan rumahnya itu . Dia terserempak dengan Auni dan juga Mak Dini . Setengah jam Arissa  bermain dengan Auni Maisara. Dia terasa kepenatan  lalu meninggalkan Auni Maisara bermain seorang diri. Arissa mengambil tempat duduk disebelah Mak Dini.
“Mak Dini kenapa termenung ni, macam ada problem saja?” Ceritalah  insya-Allah Arissa selesaikan.” tanya Arissa sambil tersengih.
Mak Dini masih teragak-agak mahu menceritakan masalah yang ditanggungnya itu kepada Arissa tetapi menurut naluri keibuannya. Dia dapat merasakan bahawa Arissa  seorang  gadis yang baik dan boleh dipercayai . Dia memandang Arissa yang masih tersenyum manis kepadanya .Mak Dini membalas kembali senyuman itu. Dia mengeluh halus sebelum dia membuka mulut pasal hasrat majikannya Aysar Firas mahu melamar Shila untuk menjadi isteri barunya.
“ Hah ! jadi perempuan hari tu bukan mama Auni ke? Mati-mati Rissa piker dia mama Auni.”Arissa terkejut dengan cerita yang dikhabarkan oleh Mak Dini sebentar tadi.
“ Hmm baguslah kalau macam tu. Kenapa mak Dini nak rusing lagi” tanya Arissa lagak orang bodoh.
“ Masalahnya  Arissa , Cik Shila tu bukan seperti yang kita sangkakan. Mak Dini dapat rasakan dia seorang yang licik. Dia hanya mahukan harta Tuan Aysar bukannya mahu jaga Auni. Nanti besok Auni dideranya. itu yang mak dini risaukan . Tapi entah macam mana Tuan Aysar tak perasan semuanya tu.” terluah akhir apa yang  terbuku dihati Mak Dini selama ini.
“Jangan lah begitu Mak Dini. Cuba Mak Dini  berbincang dengan Tuan Mak Dini tu biar dia paham sikit. Saya pun geram jugak dengan Tuan Mak Dini dan perempuan tu . Kurang ajar betul la ..ee..” marah Arissa tanpa berselindung sedikit pun dengan kakinya terhayung-hayung.
“Cakap kat dia , nak cari bini mesti yang ada perasaan sayangkan anak. Bukan sesuka hati boleh maki-maki orang tak tentu pasal.  Nanti dah kahwin asyik bertengkar.”omel Arissa sekali lagi dengan muka yang geram.
“ Sudahlah Arissa  bukan maksud Mak Dini  nak suruh Arissa marah-marah Tuan Aysar. Dia sebenarnya baik sangat. Tapi  selepas kematian isterinya. dia jadi macam tu.” ujar Mak Dini lembut.
“ Sory lah Mak Dini Rissa tak sengaja.” Arissa menunjukkan  gaya  memohon maaf dengan mata terkelip-kelip. “Mulut ni hah, kalau dah pot pet mulalah tak reti nak behenti . Lagipun Rissa memang betul-betul geram kat dia.”
“ Mak Dini bukannya marahkan  Arissa . Dahlah  jom balik, lagi pun dah lewat nih.” ajak Mak Dini seraya memanggil Auni.
Dalam perjalanan pulang dari taman permaian . Mak Dini dan Arissa memimpin tangan Auni Maisara secara beriringan sambil menyanyi-nyanyi kecil . Tiba dipintu pagar mereka melihat Aysar sudah seperti singa kelaparan. Disebelahnya  pula kelihatan Shila memaut lengan Aysar seperti seekor pacat yang tak mahu lepaskan mangsanya selagi darah yang disedutnya itu belum mencukupi.
“ Hai, baru tahu nak balik ke Mak Dini?Ingatkan  dah tak tahu jalan balik ke rumah dah.”  perli Shila yang masih memaut kemas lengan Aysar.
“ Tengok Aysar ,I cakap diorang boleh buat bodoh je.. ee geramnya. Hah! yang kau ni tak reti-reti nak balik rumah ke? asyik menganggu orang je.” marah Shila memandang Arissa dengan mata berapi.
“ Hey perempuan seksi yang kau nak marah-marah  aku pe hal ?Ade ke aku kesah kau nak larang aku masuk rumah ni atau tidak!!” bidas  Arissa tersengih geram.
Tanpa disangka  oleh semua . Aysar  menarik tangan Arissa dengan kasar.  Dia membawa gadis itu ke halaman taman rumahnya.
“ Hey.. lepas lah sakit tau.  Tak baik pegang-pegang ni ,nasib baik saya pakai lengan panjang kalau tak,free-free  dapat dosa je .” tempelak  Arissa lantas menarik balik tangannya.
“ Ada aku kesah ke kau sakit ke tak? “Aysar memulang paku buah keras pada Arissa kembali .
“Awak ni tak faham bahasa ke? ke nak saya cakap loghat Kelantan pekat lagi. Saya kan dah bagi amaran pada awak . Jangan ganggu anak saya lagi ! Saya tak suka ! Nanti dia jadi budak liar, dan biadap . Tak pandai nak hormati saya, macam awak! saya tak tahu  macamane  lagi saya nak cakap supaya..”
“Ok!! Nanti dulu encik ‘kita’ bukan orang yang encik katakan tu ek. Untuk pengetahuan encik kebetulan anak encik  jumpa saya kat taman tadi dan ajak ‘kita’ temankan dia bermain kat taman itu.” jelas Arissa membiasakan ganti nama dirinya dengan (kita) sengaja ditekan nada suaranya.
“ Kita pun bukannya  takde kerja!  nak culik anak encik semata-mata mahu  ajak di keluar dari duduk berkurung  kat rumah ni. Tapi kan kalau kita jadi Auni pun.  Kita sendiri  akan keluar  rumah sebabnya  bosan  kalau duduk kat rumah je.  Ade papa tetapi langsung tak hiraukan anaknya sendiri! pekik Arissa seolah dirinya dirasuk.
 PANG!!!
“  Jangan cuba nak bertikaikan cara aku mendidik anak aku macam mana!” Marah Aysar  begitu terasa dengan kata-kata Arissa sebentar tadi.
Satu tamparan yang kuat hinggap dipipi  Arissa . Arissa terkesima seketika. Begitu perit serta  panas membahang dirasakannya, sampai menitis air matanya . Sambil mengosok  pipinya itu Arissa memandang  tepat  pada  Aysar  yang terkaku  memandang tangannya sendiri dengan  perasaan benci yang teramat lalu Arissa berlari keluar dari rumah banglo dua tingkat itu tapi dia  sempat menangkap  pekikan Auni meraung pada Aysar.
“ Papa jahat! Papa jahat! kenapa papa pukul kak Rissa” pekik Auni memukul-mukul tubuh ayahnya itu lalu berlari masuk ke dalam rumah. Aysar masih kaku disitu.
Sejak peristiwa yang  menimpanya petang tadi. Mulut Arissa tak terhenti terkumat - kamit mengutuk Aysar tapi pandangannya  tertumpu pada rancangan yang ditayangkan di dalam televisyen.
“ Memang  tak guna betullah si doktor duda senget  tu . Ada ke patut tampar pipi aku yang cantik ni. Dah tak nampak gebu dah, ee geramnya tengoklah nanti aku akan ajar dia .” kutuk Arissa  mulutnya penuh dengan keropok segera.
“Rissa..” panggil Puan Sofeya hairan melihat anaknya membebel seorang diri. 
“ Yang membebel sorang-sorang ni kenapa.  Itu cerita je  sayang, jangan nak amik kesah sangat.” perli Puan Sofeya lalu mengambil tempat disebelah anak kesayangannya itu.
“ Ini kenapa dengan muka tu Rissa? Hmm kali ni Rissa gaduh dengan sapa pulak?  macam lah mak tak kenal dengan anak dara mak ni. Degil!”  Ha!Ha!Ha! Meletus ketawa  Puan Sofeya bila melihat muka anaknya lebam itu. Dia sendiri dah tak larat untuk nasihati anak gadisnya yang sorang itu. Kalau tak puas hati sikit mesti nak bertengkar. Macam anak jantan.
“ Xdelah mak . Kena lempang sikit , kat mamat senget !!” Arissa melepas geram.
“Siapa? Sharul ke? Sampai  lempang-lempang  ni  memang  tak patut.Rissa tak nak buat report ke?” soal  Puan Sofeya bertubu-tubi sambil mengelus lembut rambut anaknya.
“Hish mak ni tak naklah report-report membazir je.” ujar Arissa lalu meletakkan kepalanya dipeha maknya.
“ Mesti sakit kan sayang .” tanya Puan Sofeya sambil mengusap lembut pipi Arissa.
“ Aah sakitlah mak , pedih tahu. Nasib baik tak tersiat kulit pipi Rissa yang gebu ni. Berani betul dia tampar Rissa memang jahat betul. Sampai mati pun Rissa tak akan maafkan dia.” bentak Arissa masih berang dengan  perbuatan Aysar  kepadanya.
“ Hish budak ni tak baik macam ni.”  marah  Puan Sofeya dengan dendam yang baru ditanam didalam hati anaknya itu.

 “Kalau lah abah masih hidup kan best mak.” Tiba-tiba Arissa  sebak terkenang akan arwah ayahnya. Puan Sofeya juga turut  sedih terkenang sama akan arwah suaminya yang amat penyayang itu.
Malam tu Aysar tidak boleh fokus pada kerjanya. Dia asyik terbayang  wajah Arissa yang menahan kesakitan akibat penenang tamparan darinya. Dia mengeluh dan mendengus seorang diri. Anaknya sendiri merajuk dengannya tak keluar makan malam.  Aysar betul-betul tak mengerti dengan sikap Auni sekarang.  Sekarang  baru dia  sedar t betapa besarnya pengorbanan seorang  isteri disisinya untuk membantunya dalam mendidik anak. Dia betul-betul perlukan isterinya sekarang.
“ Qaisara apa yang patut abang lakukan. Tolong abang Sara.. Apa yang abang dah  buat. Budak tu  tak bersalah ,kenapa dengan abang ni? Kenapa abang tampar dia. Mungkin betul katanya abang terlalu pentingkan kerja dari Auni.” rintih Aysar seorang diri sambil menyapu air mata yang menitis keluar dari jubir matanya.
“ Kenapa ni tuan, ada masalah ke?”  tanya Mak Dini  bila terpandang Aysar  menangis, sebaik sahaja  dia meletakkan secawan kopi di meja kerja Aysar.
“ Hah xdelah. Auni dah tidur ke?” Aysar cuba menyembunyikan perasaannya.
Aysar berlagak macho seolah-olah tidak ada apa-apa dengannya. Dia menjemput Mak Dini duduk untuk berbual dengannya. Sudah beratus kali Aysar  melarang Mak Dini dari memanggilnya Tuan kerana dia sudah menganggap Mak Dini sebagai ibunya sendiri sebagai penganti mamanya yang jauh di Kuala Lumpur. Terbiasa itulah yang menjadi alasan Mak Dini untuk terus memanggilnya tuan lalu dia membiarkannya sahaja .
“ Tuan  boleh Mak Dini nak cakap sesuatu pasal Auni?” Mak Dini memulakan bicara.
“ Kenapa dengan Auni?Dia ada buat masalah ke?? tanya Aysar sambil menyisip air kopi yang dihidangkan untuknya .
“Begini tuan dia asyik akhir-akhir ni Auni sering mengurungkan dirinya dalam bilik. Bila Mak Dini tanya. Dia kata kenapa dia seorang sahaja yang tak de mama.  kawan-kawan dia semuanay ada mama. Dia nak rasa bagai mama ada mama, yang boleh buatkan kek  utnuknya seperti teman-temannya yang lain. Mak Dini ada pujuk dia. Tapi  tuan mana nak sama kasih sayang seorang ibu dengan sesiapa pun.” ucap mak Dini berjeda pandangnya tak lari dari menatap Aysar yang asyik mengeluh dari tadi.
Aysar terdiam tak tahu apa yang perlu dia katakan. Dia  benar-benar buntu sambil meraup beberapa kali mukanya yang kelihatan kusam itu . Dia tak mahu berkahwin lagi kerana hanya cuma ada seorang saja dihatinya iaitu Qaisara tak sanggup dia menduakan  Qaisara. Walaupun  Qaisara sudah mengadap Illahi dia akan tetap setia selagi dia mampu.
“ Mak Dini faham perasaan tuan, tetapi Auni. Dia tak dapat nak memahami semuanya itu . Mak Dini rasa memang patut tuan kahwin  lagi . Mak Dini yakin tuan mampu mengatasi segala-segalanya.” pujuk Mak Dini cuba menyenangkan anak asuhanya dari kecil itu.
Aysar  memandang Mak Dini sebelum bersuara.
“ Baiklah , nanti saya bincangkan hal saya dengan Shila pada mama dan papa nanti.”
“ Tuan tentang mak baru untuk  Auni tu, Mak Dini rasa lebih baik tuan cari orang yang betul-betul sayangkan Auni. Nanti kalau tuan tersilap memilih auni yang akan merana.”
Aysar  memandang Mak Dini dengan dahinya berkerut sedikit. Dia kebingungan dan penuh persoalan .
“ Mak Dini tahu tuan Aysar lebih bijak menilai dari Mak Dini kan.” Mak Dini berkias dengan kata-katanya sebelum meninggalkan ruang kerja Aysar membuatkan kerutan di dahi Aysar semakin banyak yang timbul.

Keesokan harinya seperti biasa Arissa berjalan kaki ke sekolah yang terletak lebih kurang 20 minit dari rumahnya.  Pagi itu dia merasakan  untuk melangkah ke sekolah begitu berat sekali. Sejak dia berkenalan dengan Auni masalah sering mendatang kepadanya.Tapi perasaan sayangnya pada gadis kecil itu membuatkan dia tidak mengendahkan larangan  Aysar agak tidak berkawan dengan Auni. Sebaik saja dia melangkah masuk ke kelasnya dia ternampak orang yang melanggarnya semalam. Perasaan geram yang melanda dirinya tiba-tiba  dia terus meluru kearah pemuda itu.
“ Hey! buat apa kat tempat kita hah? Dah lah langgar kita  tak minta maaf .  Sekarang sedap-sedap  je,  duduk tempat kita.” marah Arissa lalu merampas kerusi  sebelum Sempat Emir Naufal mahu melabuhkan punggungnya.
Emir Naufal betul-betul terkejut dan hampir sahaja dia mahu tersungkur dengan sergahan dari Arissa. Dia terdiam,  kaku  dari berkata apa-apa . Dia hanya mengaru kepalanya. Belum sempat dia menjawab Batrisya selaku penyelamatnya pagi itu  sudah menjawab bagi pihaknya.
“ Oii Rissa pe hal ni?  Pagi-pagi dah nak mengamuk rileks la beb! Kau ada masalah dengan mamat doktor tu lagi ke? Batrisya cuba menenangkan arissa yang tengah panas itu.
“ Kau marah dia pun tak guna jugak. Sebabnya  tempat dia memang ditakdirkan kat situ .Tempat kau nun dekat dengan tingkat tu.”  sambung Batrisya Najwa lagi  dengan gaya-gayanya sekali sambil memuncungkan mulutnya kearah tingkat tempat baru Arissa .
“ Kenapa pulak macam tuh? Aku tak tahu pun. Mana boleh macam tu.”bantah Arissa sambil memuncungkan mulutnya.
“ Tu la kau, semalam aku suruh kau tunggu sekejap. Kau tak  nak nak balik awallah konon. Kan pagi semalam  cikgu ada cakap nak aturkan semula tempat duduk kita.  Kebetulan si Emir ni baru daftar . Jadi cikgu terpaksa tambah satu lagi tempat. Aduss kenapalah dengan kawan aku sorang ni memag dah  tak betul ke.”terang Batrisya geram dengan Arissa yang sedang membuat muka bodoh saja.
“Yeke? Hmm.. maaf lah ye . Nah amik baliklah kerusi awak ni.”
 Tanpa rasa bersalah Arissa memberi kembali kerusi kepada Emir Naufal sambil tersengih-sengih seperti budak terencat akal.
Emir Naufal begitu terpengun melihat Arissa dengan tindakan Arissa seketika tadi. Dia akui Arissa memang seorang yang kasar secara zahirnya dan tak suka mengaku kesalahannya, tetapi dimatanya Arissa begitu cantik sekali berkulit putih kemerahan,dengan mengenakan tudung dia tampak  lebih ayu sekali.
“Sungguh cantik desis hatinya.”
“Hello!! dengar ke  tak  apa yang kita cakap nih? teriak Arissa bergema mengejutkan lamunan Emir Naufal .
“Ha!  ape?” Jawab  Emir Naufal terkial-kial sambil tersengih sumbing.
“ Aduss..tuli ke apa ni mamat ni hmm .” Arissa mendegus.
“Kita cakap nanti rehat,kita nak belanja awak, sebab kita marahkan awak tak tentu pasal . Apa tadi nama awak . Emir kan. Hah betullah tu. Nak ke?” tutur Arissa lambat-lambat dengan nada memerli.
Emir Naufal hanya mengangguk-angguk seperti burung belatuk.












1 comment:

Anonymous said...

main2 tekan tiba2 terjumpa blog ni. menarik cerita ni dik!