Thursday, 12 April 2012

Akhirnya kau ku miliki Bab 3





BAB 3
“Arghh!! mak kenapa tak kejutkan Rissa! Dah lewat dah ni makkk.” laung Arissa baik sahaja tersedar dari tidurnya . Ketika dia cepat-cepat mahu bangkit dari tidur malangnya dia tersungkur dibirai katil.
“Adusss sakitnya.” mengaduh Arissa sambil menggosok dahinya
Puan Sofeya terkejut dengan laungan dari anaknya itu terus berlari meluru ke bilik tidur Arissa.
“Ya Allah!!Apa kena ni Rissa.Hah! Tu lah tengok lagi cerita kartun tu.  Semalam mak dah pesan dah kan. Degil tak nak dengar. Tadi mak dah kejutkan beberapa kali, ingatkan dah siap-siap nak pergi sekolah. Hish anak dara sungguh. Cepat sikit mandi nanti mak hantarkan.” omel Puan Sofeya berjeda sambil mengelengkan kepalanya.
“ Yolah-yolah,Rissa ok ni. tok bekok pun dahi ni, mak ni kalau dah ngepek gak. Male ni tak habis.” marah Arissa dengan omelan Puan Sofeya dalam pelat bahasa surat bercampur Kelantan.
Dia tahu maknya dia tak berapa pandai cakap loghat Kelantan sangat walaupun sudah lebih 20tahun tinggal di Kelantan kerana maknya anak kelahiran negeri Perak sejati. Berlainan dengan dirinya dia dilahirkan dinegeri itu. Didikan dari arwah ayah yang memang penduduk asal negeri serambi mekkah itu, datuk dan neneknya menyebabkan dia lebih selesa bertutur bahasa Kelantan. Selepas selesai menatap mukanya dicermin. Arissa berlari menuruni anak tangga rumah terusnya lalu mencapai kasut sekolahnya dengan tergesa-gesa.
“ Mak cepatlah sikit. Nanti Rissa akan dilabelkan budak pemalas.” arah Arissa sedikit melaunh sambil memakai kasut sekolahnya. Sahutannya tidak dijawab oleh Puan Sofeya lantas dia mengalih pandanganya ke arah Puan Sofeya yang sedang mengunyah roti bakar di meja makan.
“ Lah tak nak sarapan dulu ke? Penat tahu mak buat ni.” ujar Puan Sofeya bangkit dari kerusi lalu mencapai beg tangannya.
“ Tak naakk cepat lah.” rengek Arissa mengada-ngada dengan mak kesayangan itu. Maknya sahajalah tempat dia dapat bermanja memandangkan arwah ayahnya sudah meninggalkannya semasa dia berusia 10 tahun. 
“ Ish  budak bertuah ni. Degil betul. Ikut sangat perangai tak elok.” bebel Puan Sofeya sambil menyapu mulutnya dengan tisu.
Selepas bersalaman dengan Puan Sofeya Arissa berlari menuju ke kelasnya. Dia termengah-mengah menahan kelelahan akibat berlari untuk memasuki pintu pagar.
“ Nama je sekolah swasta tapi peraturan punyalah ketat, pengasas Sekolah Swasta Firas mesti seorang yang berdisplin.”  sempat lagi Arissa mengomel.
“ Kenapa ni Rissa macam kena kejar dek  hantu je.” tegur Emir Naufal  tersenyum sebaik sahaja Arissa labuhkan punggungnya di bangku. Semenjak Arissa meminta maaf atas tuduhan yang bukan-bukan padanya hari itu, mereka berdua sudah menjadi rapat.
“Aah lah Rissa kau kena kejar Shahrul ke?” usik Batrisya.
“Siapa Shahrul tu Risya?”tanya Emir Naufal kelihatan resah.
“Kekasih si Rissa ni lah.” jawab Batrisya pendek  sambil mengangkat-angkat keningnya.
Emir Naufal agak terkilan sedikit bila mendengar gadis pujaannya itu sudah dimilik. Mukanya berubah menjadi kusam nampak ketara sangat diwajahnya yang putih itu. Impaiannya mahu memiliki Arissa terus meleset.
“ Hello! bukan kekasih lagi tapi bekas, mantan kekasih aku faham!” Arissa meperbetulakan kata-kata Batrisya.
Emir Naufal yang kelihatan terkilan tadi berubah menjadi ceria. Harapan untuk menyunting gadis itu masih cerah.
“ Aduss .. kenapa tiba-tiba perut aku ni?” omel Arissa sambil memegang perutnya.
“Kau ni kenapa Rissa sakit perut ke?” tanya Batrisya risau.
“ Tak tahu tiba-tiba terasa pedih je ni.” jawab Arissa sambil menahan sakit.
“ Jom kitorang bawak ke bilik sakit? ajak  Emir Naufal .
Emir Naufal dan Batrisya menghantar Arissa ke bilik rawatan. Arissa baru perasan sepanjang pagi tadi dia tak mengisi perutnya yang kekosongan itu tambahan bila datang bulan sahaja mesti dia akan mengalami sengugut. Setiap kali dia sengugut , selera makannya pun terus hilang. Dalam bilik rehat Arissa tidak dapat merehatkan diri. Kesakitannya semakin menjadi-jadi maka pihak sekolah terpaksa menelefon maknya untuk membawanya pulang selepas Arissa berkeras tak mahu pergi ke klinik.
Tiba dirumahnya Puan Sofeya menyuruhnya menelan ubat sengugut . Tak tahan mendengar ceramah free dari maknya Arissa mengambil sebotol air kopi yang sedia ada di dalam peti sejuk terus meminum sambil menelan ubat. Dengan lemah longlai dia memanjat anak tangga rumahnya untuk berehat di bilik.
“ Rissa makan lah sikit. Roti ada tu.Balik nanti mak masak nasi. rehat ya. Mak nak masuk pejabat balik ini.”  pesan Puan Sofeya sebelum berangkat ke tempat kerjanya di sebuah kolej di negeri Kelantan. Kerana dia masih ada kelas untuk dia mengajar.
“ Ya .”laung Arissa dari atas berbunyi lemah.
 Tiga jam Puan Sofeya meninggalkan Arissa berehat seorang dirumah. Perasan  bimbang tak boleh digambarkan olehnya. Dengan laju dia memecut kereta Honda Civic yang berwarna silver miliknya itu sambil dia berdoa dihatinya agar tidak berlaku apa-apa pada anak tunggal itu.
“Arissa mak dah pulang ni.” ujar Puan Sofeya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumahnya.
“ ya Allah! budak ni tak bangun-bangun lagi ke? Dah senja ni, lampu satu pun tak dipasangnya. Rissa. oo Rissa .”  panggilan dari Puan Sofeya selepas membebel itu tidak mendapat sahutan dari anaknya. 
Timbul perasaan bimbang melular dalam dirinya. Dengan pantas dia memanjat anak tangga  untuk ke bilik anaknya itu. Sebaik dia menyelak daun pintu bilik kamar anak gadisnya itu. Terkejut besar bila dia memdapati anaknya sedang terbongkok memuntahkan segala isi perut.
“ ya Allah Rissa kenapa ni?” Puan Sofeya berlari menuju ke arah Arissa sambil mengusap belakang anaknya itu.
“u…uwekk”
“ Mak .. Rissa sakit perut . Mak.” Arissa mengadu dengan suara lemah dan tak bertenaga.
“ Kenapa jadi macam ni? Rissa tak makan ke tadi. Baju sekolah pun tak tukar . Hmm dah lah, pakai tudung dulu . Mak nak bawak pergi klinik ni.” Akhirnya Puan Sofeya membuat keputusan untuk membawa Arissa ke klinik memandangkan keadaan anaknya itu semakin teruk.
Dia memapah Arissa dengan berhati-hati untuk dibawa masuk ke kereta walaupun Arissa bertubuh kecil tapi kemampuan seorang perempuan mana mampu menampung  anaknya itu. Dalam perjalanan Puan Sofeya tak dapat menumpukan perhatian dalam pemanduannya, selang beberapa minit dia akan mengalih pandangannya pada Arissa di belakang. Dia tak mahu anaknya itu ditimpa kesakitan. Sampai di simpang  lampu isyarat Puan Sofeya memberi isyarat mahu ke jalan sebelah kiri bila tengok sebuah klinik. Dia memasuki lorong kiri lalu memarking keretanya betul-betul dihadapan Klinik Aiz dan Yas. Puan Sofeya memapah anaknya sekali lagi untuk memasuki klinik itu.
“ Nurse, nurse tolong anak saya.”  panggil Puan Sofeya sebaik sahaja dia menolok pintu masuk klinik itu.
“ Kenapa ni puan.” tanya seorang jururawat yang bertugas disitu. Bila terpandang Arissa yang hampir pitam terus dia memanggil doktor yang turut bertugas pada malam itu.
“Doktor! Doktor tolong.”
Aysar yang mahu keluar dari biliknya tergesa-gesa meluru ke arah pesakit yang datang itu, bila terdengar namanya di panggil.
“Mak.. sakit mak.” Arissa mengaduh lemah.
“ Sabar lah Rissa, kita dah kat klinik dah ni.”pujuk Puan Sofeya.
“ Dilla, tolong papah  pesakit ke bilik rawatan.”arah Aysar sambil membuka pintu bilik rawatan.
Jururawat yang bernama Adilla itu turut membantu Puan Sofeya memapah Arissa hingga ke katil rawatan. Berkerut-kerut Arissa kesakitan masih menekan-nekan perutnya itu. Aysar segera mendapatkan peralatan doktornya  untuk merawat pesakitnya itu.
“ Puan izinkan saya.” Aysar meminta izin dari Puan Sofeya agar berdiri ditepi untuk memudah dia merawat.
 “Hah!” alangkah terkejutnya Aysar pesakit yang berada dihadapannya itu adalah orang yang pernah ditamparnya tempoh hari.
“Patutlah aku rasa macam nak cam je.” kata Aysar dalam hati.
“Mak,  Rissa rasa…”
Belum sempat Arissa mahu katakan  sesuatu Aysar  menolak lembut bahunya  agar dia tidak bergerak untuk memudahkan tugasnya.
 “ Tolong adik jangan bergerak , saya nak periksa perut adik ni. Tolong Ya. Dila tolong selak sikit baju dia.” ujar Aysar lembut tapi seakan terpaksa memujuk pesakitnya itu.
“ Doktor saya..saya belum sempat Arissa menghabiskan katanya lagi. Arissa sudah mengeluarkan sisa yang masih lagi berada dalam perutnya itu
“uwekk”
“ya Allah .. Rissa. Kenapa tak senonoh ni.” marah Puan Sofeya terkejut dengan tindakan Arissa secara tiba-tiba. “ Err ..maafkan anak saya doktor.” Puan Sofeya memohon maaf bagi pihak anaknya  sambil menepuk-nepuk belakang anaknya itu.
Terlongo mulut Aysar tak terkata apa-apa. Habis muntahan Arissa terkena bajunya kemeja dan juga jubah putihnya.
“Rissa nak cakap dah tadi ,tapi doktor tetap larang Rissa .”Arissa memandang doktor yang berdiri dihadapannya itu dengan pandang kabur kerana dia masih tak larat mahu membuka kelopak matanya.
“Budak ini kan. Memang buat hati aku geram . Dah ternyata sudah salah masih nak salahkan aku. Nasib baik kau pesakit aku , kalau tak kena lempang sekali lagi ni.” marah Aysar  dalam hati dengan hatinya sudah membakar.
Sedang Aysar membebel dalam hatinya. Tiba-tiba pintu bilik rawatan dikuak kuat oleh seseorang Aysar pantas memalingkan wajahnya ke pintu itu.
“Opps!!  sorry  aku tengok kat kaunter tak de orang, so aku main redah je . Aku tak tahu lak ada pesakit . Maaf.” kata lelaki itu yang merupakan salah seorang doktor disitu juga.
“Tak pe . Kau amik alih tempat aku?” arah Aysar lalu berjalan mendekati lelaki itu.
“Kenapa?” tanya lelaki itu terpinga-pinga.
“Aku nak pergi cuci baju ni hah.” ujar Aysar sambil menunjukkan kesan muntahan Arissa pada bajunya.
“ Eeuuu masamnya ha!ha!ha.” perli lelaki muda itu sambil menutup hidungnya.
“Nak kena sengkeh juga kau ni.” marah Aysar lalu melangkah keluar
Doktor muda itu tersengih-sengih sorang diri .Dia berhenti tersengih tatkala  Puan Sofeya memanggilnya.
“Cepat lah doktor. Kenapa dengan anak saya ni?”
“Aah ya saya datang ni.” sahut doktor muda itu lalu berlari mendapat Arissa yang masih merengek kesakitan.
Selepas pemeriksaan selesai Puan Sofeya memapah Arissa ke kerusi yang mengadap doktor muda itu.
“Macamana dengan anak saya doktor?” tanya Puan Sofeya sebaik sahaja dia menempatkan duduknya di kerusi sebelah Arissa.
“Hah anak ke? Saya ingat adik tadi.” doktor muda itu cuba berjenaka.
Puan Sofeya hanya tersenyum nipis dengan gurau dari doktor muda itu, perasan bimbang terhadap anaknya itu  masih dirisaukannya lagi.
“ Hmm Arissa Farhana binti Ahmad Alif .” sebut doktor muda itu lambat-lambat sambil menatap kad pesakit .
“Dia tak de apa-apa cuma sakit perempuan tambah dengan sakit gastrik .”  ujar  doktor muda itu mendongak memandang Arissa dihadapannya itu sambil tersenyum manis .
“ Tadi adik tak makan apa-apa ke?” tanya doktor muda itu pula.
Arissa hanya mampu mengelengkan kepalanya sahaja. Malas rasanya dia mahu menjawab pertanyaan  doktor muda itu. Dia menatap tag nama yang terletak di bahagian dada sebelah kanan pakaian rasmi doktor. WAIZ. 
“Hmm kacaknya bila dia senyum.” sempat lagi Arissa mengelamun memuji doktor muda dihadapannya itu.
“ Patutlah tak boleh macam tu, adik kalau dah gastrik kena makan ikut peraturan tahu.”  omel doktor  muda  itu yang bernama Waiz.
“ Tadi selepas saya telan ubat, saya ada minum air kopi cicah roti. Kira makan juga lah tu kan. Jawab Arissa bersahaja.
“ Tadi kata tak makan apa-apa. Hmm  alahai budak bertuah ni. Dah tahu sakit gastrik yang pergi minum air kopi tu buat apa? Minumlah air milo ke . Ni nak minum juga kopi yang ada kafein itu.” bebel Waiz berselingan nasihat.
“Doktor ni cakap banyak lah. Mak jom kita balik .” marah Arissa yang sememangnya tidak suka bila dirinya dinasihati oleh sesiapa, lantas bangkit dari bangku lalu melangkah keluar.
“Ish !! budak  bertuah ni tak baik cakap macam tu dengan doktor.” tegur Puan Sofeya.
Terlopong Waiz mendengar kata-kata Arissa sebentar tadi.
“Salah ke saya cakap tadi puan.”kata Waiz sambil tergaru kepalanya.
“Tak, anak saya memang macam tu doktor . maafkan anak saya ya.” Jawab Puan Sofeya untuk menghapuskan rasa bersalah dalam diri doktor muda itu.
“Tak pe.” ujar Waiz pendek lalu menyerahkan resit ubat kepada Puan Sofeya.
Sebaik Puan Sofeya melangkah keluar dari bilik rawatan itu. Waiz termenung seketika.
“ Pelik betul perangai budak  tu. Tapi kalau tak silap aku lencana sekolah dia tu. Macam sekolah….” kata Waiz seorang diri.
**********
“Hello boleh saya bercakap dengan Dr Aysar Firas ? Hah dia sekarang kat bilik kecemasan, ok lah nanti dia keluar. Bagitahu kat dia yang anaknya demam panas ye.”  Mak Dini mengeluh sebaik sahaja dia meletakkan telefon ke gagangnya.
 Dia terdengar suara Auni memanggil-manggil nama Arissa. Dia mengambil keputusan untuk menghubungi telefon bimbit Arissa.
“ Kak rissa dimana kak..Auni  rindukan kak..Auni  tak tahu kenapa papa marah kan kakak .Papa jahat, tak bagi Auni jumpa kak lagi kakakkk..” rengek Auni sambil meracau-racau.
“ Aduss rindu pulak kat Auni nih, kenapa yea? Dah seminggu tak jumpa dia rindu pulak rasanya. Macam manelah dia sekarang ni ye? Hmm mestilah gembira anak doktorkan? tapi tiba-tiba kenapa resah je hati aku ni.Arghhh serabutnya. Nak pergi jumpa pun, takut kene lempang lagi sekali hmm..”  omel Arissa  berjela seorang diri.
Arissa membebel sorang diri di biliknya sambil mengaru-garu kepalanya habis kusut masai rambutnya. Kerja sekolah yang berada dihadapan matanya satu habuk  tak berbekas . Tiba-tiba telefonnya membunyi lagu tema Anime Bleach yang bertajuk Happy People lantas dia menyambut panggilan itu.
“ Assalamuaikum.. ye  oh Mak Dini .Kenapa?  Hah! Bile? Ok nanti saya ke sana .”
 Sebaik sahaja Arissa menamatkann panggilan itu. Dia cepat-cepat menukar pakaianya. Dengan mengenakan seluar jean dan t-shirt  berwarna biru laut berlengan panjang serta tudung terus dia berlari turun.
“Mak, rissa  nak keluar ni. Maybe lewat Rissa balik, mak makan dulu ek. Assalamuaikum .” ujar  Arissa  sambil menyalami mencium tangan Puan Sofeya yang kelihatan sedikit kebingungan tanpa  berkata apa-apa. 
Sampai disana Arissa teragak-agak mahu menekan loceng. Tanpa disangka reaksinya diperhatikan oleh Mak Dini yang kebetulan tertinjau-tinjau menunggu kedatangannya.
“ Laa..  kenapa  tak tekan loceng?” Dah lama ke sampai ni tegur Mak Dini sebaik sahaja membuka pintu pagar besar itu.
“Urm.. dia tak de ke?” tanya Arissa teragak-agak sambil menelan air liurnya.
“Siapa dia?”tanya Mak Dini dengan terangkat kedua belah keningnya.  “Ooo.. hmm tak de tuan Aysar dia kerja .” jawab Mak Dini dengan pertanyaan Arissa yang tergendala tadi dengan tersenyum-senyum.
“Fuh! selamat He!He!He! Baguslah kalau macam tuh jom mak dini. Mana auni? Dia masih pergi kerja lagi ke mak dini?hmm memang teruk betullah  dia ni, tak pedulikan anak langsung .dah tahu  anak demam masih nak kerja.  Memang malanglah kahwin dengan doktor ni , cuti pun masih on call.”  omel Arissa  berjeda dengan perasan geram sebaik sahaja melangkah masuk kedalam  rumah banglo dua tingkat yang besar itu tanpa menghiraukan Mak Dini di sebelahnya.
“ Kalau Tuan Aysar ada ,mesti Arissa tak dapat datang dah ni.” jawab Mak Dini  sambil bergurau dan tersenyum-senyum.
 “ Mak Dini ada call Tuan Aysar tadi.  Tapi nurse cakap tuan  masih kat bilik kecemasan . Lagipun pagi tadi masa Tuan Aysar ada check demam Auni , tak kuat sangat . Tengah hari  ni semakin melarat pulak jadinya kuat . Mungkin Auni rindu sangat  nak jumpa kamu . Dia asyik meracau-racau sebut nama Arissa .Tu yang mak Dini telefon Arissa. Maaf lah kalau dah menyusahkan Rissa ye.”  mak Dini berjeda panjang sambil tangannya memegang tombol pintu bila sampai di hadapan bilik Auni yang terletak bersebelahan dengan biliknya ditingkat bawah lalu menguak pintu bilik tidur Auni.
“Kak Rissa..kak..” Auni merengek ketika memanggil nama Arissa
Mak Dini tinggal Arissa untuk ke dapur. Air mata menitis bila melihat Auni memanggil-manggil namanya. Dia begitu sayu sekali pabila namanya dipanggil seolah-olah dirinya ibu kepada Auni pada waktu itu.
“Auni, kakak datang ni jangan menangis lagi ye.” pujuk Arissa sambil menyapu air mata Auni yang menitis turun. Dia mengusap-usap lembut ubun-ubun Auni.
“ Kakakkkkk…”  Dalam kepayahan Auni  bangun untuk memeluk Arissa tetapi dihalang olehnya.
“Dah jangan bangun. Akak rindukan Auni  tahu tak , ni yang akak datang  jenguk Auni sayang ni. Dah lama akak tak tengok auni. Auni rindukan akak tak?” Ujar Arissa sebak cuba memaniskan mukanya.
“ Papa jahat! Tak bagi Auni jumpa dengan akak. Auni benci papa, benci sangat-sangat.” Auni tiba-tiba mengamuk.
“ Syuuh!! Jangan cakap macam tu, tak baik tahu.” Arissa cuba memujuk Auni sebelum menyambung katanya lagi.
“ Walaupun sikap papa begitu, dia tetap papa Auni tahu . Dia sangat sayangkan Auni cuma dia sibuk dengan kerjanya sikit.” Arissa mencubit lembut hidung kecil Auni.
Arissa cuba memujuk Auni tetapi dalam hatinya sempat dia mengutuk-ngutuk lelaki yang bernama Aysar Firas itu. Dia cukup simpati dengan Auni seorang budak perempuan yang baru berumur  6 tahun sudah menjadi yatim. Kehilangan seorang ibu membuat Auni betul-betul terasa sunyi. Itu jugalah  yang dirasakan oleh dirinya sendiri, yang membezakan dia dan Auni adalah dia ditinggalkan oleh arwah ayahnya ketika dia berumur 10 tahun semasa ayahnya cuba menyelamatkan dirinya ketika lemas dalam laut. Sampai sekarang dia cukup fobia dengan laut,panatai mahupun sungai. Selepas pemergian ayahnya dia sering diejek oleh teman-temannya. Arissa masih mengingati lagi peristiwa yang mana semua pelajar yang Berjaya mendapat keputusan cemerlang memerlukan kedua ibubapa hadir ke majlis penyampaian hadiah . hanya dia sahaja yang tidak ada bapa ketika majlis itu berlangsung, di majlis itu juga dia melarikan diri di saat namanya dipanggil untuk menyampaikan puisi.
“ Akak! Dengar tak  apa yang Auni cakap ni.”
“Ya!ya! akak dengar nih. Auni tidur dulu ya nanti cepat sembuh .” Arissa terkejut dengan panggil dari Auni .
“ Tak nak Auni nak berbual-bual dengar akak lagi . Nanti  papa balik Auni tak dapat jumpa akak lagi.” Auni cuba memancing umpan supaya Arissa terus berbual dengannya.
“Akak….. boleh tak Auni nak panggil akak mama ?” pinta Auni secara mendadak.
“Hah? Bulat mata Arissa bila terdengar kalimah yang terpancul keluar dari mulut si kecil itu.
 Arissa tidak berani mahu memberi jawapan itu . Dia bersyukur kerana dia diselamatkan oleh kedatangan  mak Dini sedang  membawa semangkuk bubur nasi untuk Auni .
“  Hmm sedapnya bau bubur yang mak Dini masak ni. Meh akak suapkan . mak Dini cakap Auni tak makan sejak semalam lagi kan.” kata Arissa cuba mengelak.
“ Kalau Rissa nak makan turun bawah ya . mak Dini dah siapkan.” Ujar mak Dini sebelum keluar dari bilik itu.
Selepas menyuap Auni. Arissa melayan pelbagai kerenah Auni sampai tertidur kedua-duanya. Tidak lama kemudian Aysar  pulang dengan perasaan keletihan dan bimbangkan anaknya terus menuju ke  bilik tidur Auni yang berhampiran dengan bahagian dapur. Dia betul- betul terkejut melihat sekujur badan yang tidak disukainya sedang tidur di sebelah anak tinggalnya itu sebaik sahaja dia menyelak daun pintu kamar anaknya itu.
“Eh,tuan bila balik? maaf mak Dini tak  perasaan.” tanya mak Dini sedikit gundah kebetulan mahu ke bilik Auni juga.
“ Mak Dini siapa yang benarkan perempuan tu masuk ke rumah ni. Mak Dini jangan tak tahu pulak, yang saya tak suka dia rapat dengan auni.nanti …”
“Nanti apa doktor?” tanya Arissa yang tersedar bila mendengar suara Aysar yang agak kuat memarahi dirinya.
“ Doktor  tak payah lah bimbang.  Kita tak bawak virus yang jahat pada anak doktor. Cuma kita nak nasihatkan doktor sikit, jaga anak doktor tuh .Dia kan tak sihat, kita tahu lah tugas doktor selamatkan nyawa orang tapi kalau anak sendiri pun sakit tak guna juga jadi doktor.” omel Arissa panjang memarahi  Aysar.
“Awak ni kan!!” Aysar begitu bengang dengan sikap Arissa  yang terus menerus menyindir dirinya. Peristiwa Arissa termuntah atas badannya masih belum dia dapat lupakan. Sekarang  Arissa mahu menasihatinya. Baginya  Arissa tidak berhak untuk menyalahkan dirinya, tugas seorang doktor adalah merawat orang sakit tidak kira siapa saja.
“ Okey lah doktor, kita dah  nak pulang dah. Tak payah nak halau-halau segala. Kita datang sendiri dan tahu  bagaimana nak pulang. Mak Dini nanti auni bangun kirim salam kat dia ye. Pergi dulu ye tuan doktor!!” perli Arissa memandang sinis kepada Aysar.

“ Tuan maafkan saya, tadi Auni menangis nak jumpa dengan Arissa. Jadi sebab itu  mak Dini ajak  Arissa.”  ujar Mak Dini sebaik sahaja kelibat bayang Arissa hilang dari pandangannya.
“ Tak pelah mak Dini. Saya betul-betul hairan kenapa Auni suka sangat dengan budak tu pada hal mereka baru berjumpa, lagipun Auni tinggal kat Kelantan tak sampai dua tahun lagi. Auni tak kenal lagi hati budi dia. Saya rasa budak tu ade niat tak baik dengan Auni.”kata Aysar mengesyaki sesuatu yang buruk tentang Arissa.
“ Tuan, Arissa bukan macam tu dia seorang yang baik, mak Dini pasti dia bukan seperti tuan maksudkan. Dia rapat  dengan Auni sebabnya dia juga seorang yang yatim, ayahnya meninggal dunia ketika dia berusia 10 tahun. mak Dini terdengar semasa dia menjaga Auni dia luahkan segala isi hati yang dia pendamkan selama ini . Mak Dini yakin dia betul-betul ikhlas menjaga Auni hanya dia sahaja faham perasaan Auni tuan.  Mak Dini harap tuan benarkan Auni berjumpa dengan Arissa lagi.” terang mak Dini panjang lalu beredar meninggalkan Aysar kebinggungan seorang diri.
“ Maafkan papa sayang, papa janji papa akan jaga sayang dengan sebaik mungkin itu janji papa kepada mama.” ujar Aysar sedih sambil mengucup lembut dahi anaknya itu.
“Abang janji dengan  Sara, ya abang akan jaga Auni . Jangan menyakiti dia, kalau suatu hari nanti ditakdirkan dia perlukan mama baru, Sara izinkan abang kahwin lain. Sara tak ingin tengok hidup abang dan Auni terseksa selepas Sara tiada lagi didunia ni. Janji ye abang..”
Masih terlegar-legar lagi kata-kata terakhir isteri yang dicintainya itu difikirannya. Tiada istilah untuk melupakan Qaisara isterinya itu . Semasa Qaisara sedang menempuh dengan penyakit maut, Auni masih kecil lagi ketika itu. Aysar tak dapat menerima hakikat  yang Qaisara  menghadapi penyakit kanser otak. Usia perkahwinan mereka baru mencecah setahun lebih terlalu singkat untuk berkongsi kebahagian. Mereka berkahwin ketika mereka sedang belajar di Rusia dalam bidang perubatan  sewaktu mereka berumur 21 tahun mereka sudah bergelar suami isteri walaupun perkahwinan mereka ditentang hebat oleh orang tua Qaisara .Selepas setahun mereka berkahwin mereka dikurniaknan seorang puteri tetapi malangnya  semasa bayi mereka berusia 6 bulan isterinya terpaksa meninggalkan Aysar keseorangan untuk menjaga bayi perempuan mereka yang diberi nama Auni Maisara.
Baginya Qaisara masih terlalu muda untuk mati tetapi kerana ajal sudah tiba. Aysar terpaksa memberikan Auni kepada keluarganya untuk menjaga anaknya,kerana takut ibibapa Qaisara merampas anaknya itu seperti mana mereka merampas jenazah Qaisara. Jenazah Qaisara dikebumikan ditempat kelahiranya iaitu di negeri Kelantan. Disebabkan hal  itulah selepas tamat pengajiannya dia membuat keputusan untuk bekerja dan akan menetap disana. Dia sanggup menolak bekerja di hospital milik keluarganya sendiri semata-mata mahu mendekati dengan kubur arwah isterinya itu. Dia mahu keluarga arwah isterinya dapat menerima kehadirannya sebagai bekas suami Qaisara. Dia akan menanti satu keajaiban berlaku nanti.

No comments: