“Cik Suri tolong turun sekarang! Saya bimbang
cik akan jatuh nanti!” suara Redza tegas
berbaur cemas bila melihat anak majikannya itu seronok menyanyi sambil meniti
dibenteng tembok tebing jalan raya.
“Kalau cinta jangan kacau, kalau sayang tak
perlu marah, kalau ikhlas tak minta
berbalas, serahkan cintamu pada yang punya cinta…”
Mysuri tidak mengendahkan nasihat pengawal
peribadinya. Dia teruskan dengan
aktivitinya menyanyi. Banyak lagu yang terkeluar dari mulutnya tidak terkira,
apa yang terlintas di otaknya terus dikeluarkan.
Kekasih yang dulu hilang kini dia telah kembali
pulang ,akanku bawa dia terbang damai bersama bintang, kekasih yang dulu hilang kini dia telah
kembali… betapa senang ku dendangkan dan takkan ku lepaskan… wajahmu
mengingatkanku dengan kekasihku dulu,
wajahmu mengingatkanku dengan …
Argh! Mysuri tiba-tiba tergelincir.
“…masa laluku,”
sempat
lagi dia menghabiskan nyanyianya ketika dalam pelukan seorang pemuda.
“Sedap
nyanyian awak,” puji lelaki yang menyelamatkanya sambil tersenyum manis.
Mysuri lantas mendongak serentak itu dia
menolak kasar lelaki tersebut.
“Hey
lepaslah!” rungut Mysuri. Dia cepat-cepat membolos dari terus dipeluk.
Fayyadh
mengangkat kedua tangannya dari terus memeluk Mysuri, dia menghulurkan senyuman
manis pada gadis itu.
“Cik tak de apa-apa ke,” tanya Redza sebaik
mendapatkan Mysuri.
“Redza
awak ke mana? Saya jatuh bukan nak tolong! Tapi dibiarkan mamat ni selamatkan
saya,”marah Mysuri dengan pandangnya tidak lekang dari menatap wajah lelaki
yang masih manis tersenyum padanya.
“Awak
jangan ingat saya nak berterima kasih pada awak tau?! Lagipun bukan saya yang
suruh awak selamatkan saya,” sindir Mysuri dengan riak muka menyampah.
Fayyadh mengangguk tanda dia tak kisah, dia mengisyaratkan
kepada kawannya untuk beredar dari situ.
“Redza,
laki tu anak musuh papa kan?” soal Mysuri bila kelibat Fayyadh dan kawan sudah
jauh ke depan.
“Ya
cik Suri, anak ketua kampung sebelah,” jawab Redza.
“Oo,
patutlah macam pernah tengok. Hrmm.. musuh
ayah bermakna musuh saya jugak kan?” soal Mysuri lagi dengan jari bermain-main
di dagu bujur sirihnya itu.
Redza
menggangguk. Mysuri tersenyum jahat. Serentak
itu, dia membongkak tubuhnya beberapa biji anak batu dikutip. Anak batu
digenggamnya sekemas mungkin, dibibirnya tersenyum sinis.
“Hey,
Fay!” Mysuri memanggil lelaki yang telah menyelamatkannya tadi.
Fayyadh
yang mendengar namanya diseru lantas menoleh ke belakang.
Dengan
senyuman jahat, Mysuri melontar anak batu tepat ke arah Fayyadh. Fayyadh tak
sempat mengelak dan anak batu itu terkena di dahinya. Setitis darah mengalir
keluar.
“Wekss
padan muka kau! Redza jom lari,” jerit Mysuri lalu memulakan melangkah seribu
tanpa rasa bersalah sedikit pun.
“Tuan
Fay! Tak de apa-apa ke? Tak guna punya perempuan” marah Emir. Dia mahu mengejar
anak ketua kampung sebelah tapi dihalang oleh Fayyadh.
“Biarkan
saja Mir.. saya okey,” larang Fayyadh lembut. Dia mengesat darah yang mengalir keluar dengan
sapu tangannya. Dia tersenyum sendiri bila teringat gelagat gadis lincah
bernama Mysuri menjelir kepadanya.
Mysuri seorang anak gadis remaja yang aktif
penuh dengan senyuman namun disebalik senyuman itu dia menyimpan satu perasaan iaitu inginkan kebebasan dalam
kehidupan. Dia cemburu dengan kehidupan teman-teman sekolahnya mereka bebas
untuk bergerak ke sana sini tanpa pengawasan boleh lepak dengan sesama sendiri
tanpa disekat. Sedang dia hanya bebas bila pergi ke sekolah saja bila waktu
pulang dia perlu kembali ke sangkar semula. Zaman remaja dihabiskan di rumah
yang ibarat sangkar berteman dengan orang gaji papanya sangat sibuk memanjang.
Ibu? Hrm dia sudah bergelar yatim sejak dia lahir lagi.
“Aduss,
lamanya si Redza ni! Rungut Mysuri bila kelibat Redza belum kelihatan.
“Teman
aku sekejap,”
“Mana?”
“Alah
jangan macam soal boleh tak? Ikut ajalah,”
“Haa…
mesti nak pergi tengok orang buat demo silat kat sekolah sebelah kan?”
“Pandai,
pun. Jom.”
Perbualan
dari rakan sekolahnya mencuri perhatiannya. Mysuri turut membontot mereka dalam
diam. Sebaik terpacak di sekumpulan orang ramai, hatinya sangat teruja bila
melihat beberapa budak lelaki sedang mempersembahkan ilmu pertahankan diri. Dia
sudah lama ingin belajar ilmu itu tapi dihalang oleh papanya kerana dia anak
perempuan.
Ralit
dia menonton, tiba-tiba pandangan jatuh pada seseorang. Hatinya berdengup
mungkin dia sudah terpikat pada seseorang yang tampak hebat mempersembahkan
ilmu persilatan itu. Matanya sedikitpun tidak berkelip, dalam tengah
kekhusyukkan itu dia tersentap bila kaki lelaki itu hampir tepat mengena
wajahnya. Lututnya lemah tidak mampu menampung tubuhnya dan akhirnya dia
terduduk lemah. Semua penonton yang lain sudah bersorak-sorai dengan kehebatan
pesilat itu.
“Suri!
Awak ok ke?” soal Fayyadh sedikit cemas, bila Mysuri masih tergamam.
Mata
Mysuri terkebil-kebil lalu mengangguk laju tanda dia tiada apa-apa
.
Belum
sempat Fayyadh mahu mengangkat Mysuri, Redza sudah datang membantu.
“Cik
suri! Awak okey tak ni?” Soal Redza cemas. Di tarik tangan Mysuri untuk
menjauhi lelaki itu.
Mysuri
mengangguk saja. Lidahnya kelu kerana masih lagi terkejut. Dia menoleh ke
belakang semula. Tak sampai sesaat dia menoleh ke hadapan kerana hatinya
tiba-tiba menjadi tidak tentu arah melihat Fayyadh masih memerhati kearahnya.
Redza
perasaan akan kelakuan Mysuri. Dia menoleh memandang Fayyadh di belakang. Lelaki
itu masih lagi memandang kearah mereka.
“Itu
Fayyadh ke Redza?” Suara Mysuri tiba-tiba.
“Ya,
cik Suri. Itu Fayyadh,” balas Redza dengan cuak.
“Kenapa
aku boleh tak perasaan tadi?” ujar Mysuri perlahan tapi masih boleh didengar
oleh Redza.
Redza
lihat ada perubahan di wajah Mysuri.’Aku tak akan biarkan cinta mereka
berputik! Tak akan!’ desisnya.
“Cik Suri tolong jangan lari!” Jerit seseorang
lelaki.
“Cepat
kejar cik Suri, jangan biarkan dia terlepas.” Tokok seorang lagi.
“Alamak
mati aku, aku tak nak balik rumah lagi, aku belum puas menikmati kebebasan
ini,” rungut Suri sambil tercungap-cungap cuba menyembunyikan dirinya dari
ditangkap oleh orang-orang ayahnya.
“Redza,
itu cik Suri!”
“Mana?
Cepat kejar!” arah Redza.
Kelam
kabut semua orang bila anak Tuan Muzir hilang dari kawalan mereka. Redza cuai
dengan tugasnya. Dia ditipu hidup-hidup oleh Mysuri. Mysuri mahukan aiskrim dan
meminta dia membeli. Kembali saja ke tempat Mysuri gadis itu telah hilang
jejak. Tergesa-gesa dia meminta bantuan dari yang lain.
“Alamak,
kena sembunyi lagi ni…” gumam Mysuri, sebaik dia mahu melarikan diri terlanggar
seseorang, bila didongak terlihat Fayyadh. Mysuuri cemas dia takut Fayyadh akan
memberitahu orang-orang ayahnya yang dia ada di sini.
“Cik
Suri!”
Mysuri semakin cemas dia tahu itu suara si Redza
yang menjerit memanggilnya. Nasib baik kelibatnya masih belum di kesan.
Tanpa
di minta Fayyadh dengan pantas memegang lengan Suri lalu membawa gadis itu lari
dari situ. Sampai di lorong kecil,
kedua-duanya melepas lelah.
Mysuri
yang menunduk termengah bangkit sedikit. “Terima kasih kerana selamatkan saya.”
Fayyadh
tersenyum. “Kenapa awak lari?”
Mysuri
kalih ke tempat lain sesaat kemudian wajah Fayyadh pandang dengan air muka
suram. “Saya nak bebas. Bebas dari berkurung di rumah. Saya nak jadi macam
remaja-remaja di luar sana bebas lakukan apa saja,” ujarnya sebak.
Fayyadh
senyap untuk seketika. “Hrm kalau macam tu, jom saya bawak awak ke suatu tempat
nak?” Fayyadh mempelawa gadis itu.
Mysuri
teragak-agak mahu menerima pelawaan dari lelaki itu. Lelaki yang pernah
disakiti dan diejek olehnya, gara-gara sang ayah bermusuhan antara satu sama
lain.
“Macamana
nak ikut saya atau tak?” Soal Fayyadh sekali bila bila gadis itu masih
termenung.
Suri
mengangguk perlahan.” Nak… tapi macamana, orang-orang ayah saya masih ada di
sini.”
Fay
tersenyum nipis. Dia menanggalkan jaket yang dipakainya lalu disarung ke tubuh
gadis itu. Kemudian rambut Mysuri yang tersimpul mati dileraikan. Mysuri
tergamam. Matanya membulat luas sama seperti mulutnya.
“Dah
siap. Saya rasa mereka tak dapat mengecam awak, jom!” Fayyadh menarik lengan Mysuri
mendekatinya untuk jalan seiringan.
Mysuri
kaku. Jantungnya berdegup bagai nak rak. Sebelum ini dia tak pernah merasa
perasaan kacau bilau ini. Dia mencuri pandangan ke arah Fayyadh yang sentiasa
berwajah tenang.
Fayyadh
perasaan akan kelakuan Mysuri itu. Dia menoleh sambil tersenyum ke arah gadis
itu.
“Dup!”
Jantung Mysuri tersentap tetiba. ‘Alamak
kantoi aku. Dia cepat-cepat memandang ke arah lain. ‘Wahai hati janganlah kau tersyok
dekat anak musuh ayah ni,’ doa Mysuri dalam hati. Tak sampai seminit dia
monolog dia terpandang sekumpulan lelaki yang mengejarnya tadi.
“Alamak,
itu mereka!” Suri menjadi kalut dan gelisah.
“Suri,
jangan bimbang. Lagak macam biasa je,”
Fayyadh memenangkan Mysuri yang mahu lari dari situ.
Mysuri
mula kecut perut bila Redza semakin hampir, dengan sengaja Fayyadh memaut bahu Mysuri
hampir padanya lalu membalikkan gadis itu ke dalam pelukkannya.
Sekali lagi Mysuri tergamam dan kaku. Setiap
dengupan jantung Fayyadh kedengaran
teratur dicuping telingannya. Berlainan dengan dengupannya yang berdegup
kencang bagaikan mahu pecah pembuluh darahnya.
“Okey,
mereka dan pergi,” bagitahu Fayyadh bila
melihat sekumpulan lelaki-lelaki itu sudah menjauhi. Pelukan itu dileraikan.
Mysuri
masih lagi tergamam. Fayyadh menggoncang bahu Mysuri bila gadis itu tidak
memberi sebarang reaksi. Mysuri lantas tersedar lalu menatap wajah lelaki itu.
Pandangan mereka bertaut. Membiarkan hati berbicara sendiri.
Balik saja ke rumah, teruk Mysuri dileteri oleh
ayahnya. Leteran itu ibarat masuk angin keluar asap. Fikiran melayang entah ke
mana. Kejadian hari ini membuatkan dia terasa bahagia. Tersangatlah bahagia
kerana dia baru kecapi kebebasan. Malam itu dia tidak dapat melelapkan mata,
gara-gara masih terbayang wajah tenang si Fayyadh. Dia membalikkan tubuh ke
kiri dan ke kanan berkali-kali wajah Fayyadh masih terpapar.
“Ah!
Kenapa dengan aku ni? Tak akan dah gila bayang dengan Fay kot?!” Bentak Suri sendiri.
Dia
meniarapkan tubuhnya dengan dagu
ditongkat dengan ke dua belah tangan. Kaki di angkat dibiarkan
menghayung-hayung. Keluhan demi keluhan dihembusnya. Dia memang dah terkena.
Terkena panahan cinta si Fay. Tidak lama kemudian dia bangkit menuju ke meja
tulisnya. Kerusi ditarik lalu melabuh duduk di atasnya. Sekeping kertas A4
ditarik seraya mencapai sebatang pen. Dia mendapat satu idea. Idea ingin
menulis kata-kata puitis buat lelaki itu.
Dia
mengigit hujung pen seketika cuba memikirkan ayat yang sesuai untuk digarap.
Ke hadapan abang Fay…
Seandai rasa rinduku ini dapat ditukarkan
kepada angin,
Akanku tiupkan kepadamu untuk mengkhabarkan
Betapa jiwa ini sangat derita menanggung rindu
seorang diri….
Duhai angin bayu sampaikan salam rinduku
kepadanya di sana,
Biar aku tahu aku tidak bertepuk sebelah
tangan..
Andai cintaku ini bersambut datanglah kepadaku…
Dekatilah aku…hampirilah aku…
Suri
membaca berkali-kali coretan luahan cintanya kepada Fayyadh. Dia tidak kisah
kalau Fay mengatakan dia ibarat perigi mencari timba. Dia suka. Dia dah jatuh
cinta. Maka dia akan usaha mendapatkannya!
“Ini
kerja gila Suri,” bisik suara hatinya.
“Aku suka dia. ya aku dah jatuh cinta dekat dia. biarlah. Berani buat berani
tanggung,” Mysuri berdebat dengan bisikannya sendiri dengan senyuman bangga.
Surat
itu dilipat kemas. Masa dan tempat sudah tercatit di dalam surat itu. Dengan
lafaz bismillah dia mengucup lembut sampul surat itu. Mudahan cintanya
berbalas.
Pada suatu petang yang damai di kediaman ketua
kampung, Bendang. Kelihatan Mysuri sedang bersenang lenang di bangku halaman
rumahnya.
“Cik
Suri ini majalah yang cik Suri minta,” sua Redza sambil menundukkan badannya
sedikit.
Mysuri
yang asyik mengelamun menoleh ke arah Redza yang menghulurkan senaskah majalah
kepadanya. Di lihat lelaki itu sebentar, lama-lama di matanya tergambar wajah Fayyadh
yang sedang senyum kepadanya. Dia lantas mengelengkan kepala.
“Kenapa
cik Suri?” Soal Redza kehairanan.
Mysuri
senyum sambil menggaru kepalanya. “Tak de apa-apalah.” Jawabnya. Majalah sudah bertukar tangan, Mysuri
membelek-belek majalah itu tiada mood. “Hrm…
Redza, saya rasa … saya dah jatuh cinta,” ujarnya perlahan.
“Hah?
Apa yang cik cakap ni?” Redza terkedu.
“Saya
rasa awak tak pekak kan, saya cakap saya dah jatuh C.I.N.T.A!” balas Suri
bengang.
Redza
sudah tersenyum sampai ke telinga. Dia sangkakan Mysuri sudah terpikat
dengannya.
“Saya
jatuh cinta dengan si Fayyadh.”
Ucapan Mysuri telah menyentapkan hatinya yang
baru hendak berbunga kembang. Air mukanya berubah seratus peratus. Dia amat
kecewa dengan perkhabaran itu.
“Awak
rasa dia suka kat saya tak?” Soal Suri dengan wajah ceria dan bersinar-sinar.
Redza
senyap tidak membalas. Dia tenung wajah Mysuri dengan pandangan redup. Hatinya
sedih.
“Redza!”
Seru Suri sambil mengawang-gawang tangannya ke arah Redza.
“Ya..ya
saya dengar.”
“Bagus.
Hrm saya nak awak hantar ini pada dia.”
“Hah?”
soal Redza terpinga-pinga.
“Bolehlah..bolehlah..”
Suri membuat muka comel.
Redza terkedu terus tanpa bicara.
“Uf,
kenapa slow sangat awak ni. Saya nak awak hantar surat ini pada Fay,
faham!” Intonasi suara Mysuri tidak seimbang sekejap perlahan sekejap keras.
Dia bengang lantas menarik tapak tangan Redza lalu meletak sepucuk surat dengan
kasar serentak itu juga dia bangkit lalu beredar dari situ.
Redza
menuju ke kampung sebelah dengan menunggang motorsikal. Dia memarking di luar
pintu pagar yang sedia ternganga luas.
“Assalamualaikum.”
sapanya bila melihat kelibat dua orang lelaki sedang giat berlatih silat.
“Waalaikumussalam.”
jawab Fayyadh dan Emir serentak.
“Fay
ke belakang,” arah Emir tiba-tiba dia bersiap-siap membuka langkah bila melihat
Redza memasuki perkarangan rumah itu.
“Err,
sabar...sabar…” Redza mengangkat kedua belah tangannya cuba menenangkan Emir
yang bersiap sedia menyerangnya bila-bila saja. “Maafkan saya, dengan kedatangan
saya secara mendadak ini. Saya ke sini
ini menyerahkan sesuatu pada Fay.” Jelas Redza berhemat sambil menyuakan
sepucuk surat.
Fayyadh
berjalan setapak ke depan lalu menyambut
sepucuk surat dari tangan Redza. Dia memandang
Redza sekilas sebelum membuka sampul surat itu. Dia membaca surat itu .Setiap
bait kata-kata tulisan tangan itu membuat dia mengukir senyuman lebar.
“Baiklah
bagitahu dia, saya akan datang seperti yang dijanjikan,” ujar Fayyadh sebaik
selesai membaca isi hati luahan Mysuri, permaisuri hatinya.
Redza
yang tidak mengetahui apa isi yang terkandung di surat itu hanya mengangguk
kemudian dia meminta diri untuk beredar dari situ.
“Fay,
apa semua ni?” Emir menyoal kehairanan.
Fayyadh
hanya tersenyum meleret pada Emir sebelum dia melangkah masuk ke dalam. Hatinya
berbunga siapa sangka. Cintanya akhirnya bersambut dalam diam.
“Fay! Panggil Mysuri bila melihat Fayyadh dan Emir
setia menunggunya di sebuah bangunan lama.
Dia yang ditemani Redza sangat gembira
kerana berhasil keluar dari rumahnya untuk berjumpa Fayyadh.
Fayyadh
dengan segera menghampiri Mysuri dengan senyuman dibibir.
“Saya
rindu awak Suri. Dari dulu lagi saya meminati awak secara diam. Disebabkan
permusuhan antara orang tua kita, saya hanya lihat awak dari jauh. Dan satu
lagi angin kerinduan awak telah sampai kepada saya.. angin bayu awak telah
membawa salam kerinduan awak juga pada saya,” luah Fayyadh berjeda tanpa
membenarkan Mysuri mencelah
Mysuri
tercegang tidak mampu membalas kata. Dia malu lantas menunduk.
“Mysuri…”
seru Fayyadh perlahan tubuhnya ditunduk sedikit lututnya menongkat tubuh, lalu
mencapai tangan Mysuri satu kucupan singgah di tangan Mysuri. Hati Mysuri sudah
berdebar-debar. Lidah usahlah dikata terkelu habis.
“Sudikah
Mysuri menjadi permaisuri hati Fay?” Ucap Fayyadh penuh romantik.
Sekali
lagi Mysuri terkejut. Dia tidak menyangka begitu mudah Fayyadh meluahkan rasa
cinta yang terbuku di hati. Air mata Mysuri mengalir laju kemudian dia
mengangguk perlahan-lahan. “Saya sudi Fay.”
Redza
tersenyum kelat hatinya bengkak bagaikan dirobek-robek.
“Suri!”
“Fay!”
Tiba-tiba
serentak nama mereka berdua dia seru dengan kuat. Fayyadh dan Mysuri lantas menoleh.
“Ayah!Papa!”
Panggil mereka berdua serentak.
“Berani
kau keluar dengan anak Fuad ya, Suri! Jergah Tuan Muzir. Dia melangkah laju ke
arah anaknya. Tangan Mysuri direntak kasar untuk diheret balik ke rumah.
“Papa
Suri cintakan Fay papa, tolonglah fahami hati Suri,” rayu Suri cuba memujuk hati si ayah yang
sentiasa berdendam dengan ayah Fayyadh.
Tuan
Muzir berhenti secara tiba-tiba. Dia menoleh ke belakang menatap wajah anak gadis
suntinya yang satu-satu itu. “Redza bawak Suri balik sekarang!” Arahnya tegas.
Redza
berlari mendapatkan Mysuri. Lengan gadis itu dipaut kemas.
“Fay
tolong Suri, Fay…. Tolong Suri!” jerit Suri sambil meronta-ronta agar dirinya
dilepaskan.
“Suri!”
Jerit Fay. Dia mahu mendapatkan gadis itu.
“Fay!
Selangkah kau pergi pada perempuan tu, kau bukan lagi anak ayah!” Tuan Fuad
melarang dengan tegas dan keras.
“Ayah..
“ suara Fay semakin mengendur. Dari jauh dia hanya dapat melihat Mysuri diheret
keluar dari bangunan lama itu.
“Kau
memang anak tak berguna! Dah tahu aku dan ayahnya memang tak boleh nak berbaik,
kau pergi bercinta dengan dia kenapa?” Jerkah Tuan Muzir sebaik menapak masuk
ke dalam rumah kediamannya.
“Papa
jahat! Yang bermusuh hanya papa dengan ayahnya bukan Suri dan Fay, kami saling
mencinta papa…” Suri memberi kenyataan yang benar.
“Jahanam
punya anak."
"Pang!”
Mysuri
jatuh tersungkur bila tamparan kuat singgah di pipinya.
“Tuan
Muzir!” Redza sudah menjerit terkejut dengan tindakan serta merta dari
majikannya itu.
“Suri
mulai sekarang kau jangan lagi ke sekolah aku akan panggil cikgu-cikgu kau untuk
datang ke rumah. Redza aku nak kau kawal segala gerak geri suri dan pastikan
pintu biliknya sentiasa berkunci, faham!” Tuan Muzir memberi arahan sebelum dia
mengangkat kaki dari situ.
Redza
mengangguk lemah. Dia menghampiri Suri lalu memapah gadis itu ke bilik. Hatinya
terluka bila melihat wajah yang sentiasa ceria dibasahi dengan air mata yang
merembes keluar.
Di
kediaman Tuan Fuad, Fayyadh melutut di kaki ayahnya. Meminta simpati agar
cintanya jangan ditolak.
“Ayah,
tolonglah.. ini saja yang Fay mahukan. Restulah perhubungan kami yah,” rayu
Fayyadh.
Tuan
Fuad masih senyap. Tangan disilang ke belakang. Dia tahu perasaan anaknya
tatkala itu. dia juga pernah remaja. Bukan dia melarang anaknya bercinta tapi
kenapa di pilih anak abang bekas segurunya yang tidak pernah nak berdamai sejak
di kahwin dengan anak tok guru mereka.
“Ayah
tak tahu Fay, bagi ayah.. ayah tak kesah kalau Fay nak kahwin dengan anak Tuan
muzir. Tapi… Tuan Muzir kasi ke Fay dan Suri bersatu?” Duga Tuan Faud.
Fayyadh
senyap tiada jawapan untuk persoalan itu.
“Ayah
kenal sangat dengan Tuan Muzir, sekali dia berdendam sampai mati pun dia tidak
akan maafkan orang itu,” Tuan Fuad mengeluh. Sejarah lama cuba dikenang
kembali.
“Ayah
dan dia dahulu sahabat baik. Ibarat belangkas ke mana dia ada si situ ayah ada.
Tapi kerana cinta kami bergaduh. Tuan Guru kami melamar ayah menjadi
menantunya, Tuan Muzir menyimpan dendam kerana dia turut menyimpan perasaan
itu. Dia marahkan Tuan Guru kerana tidak adil. Sampai sekarang dendam itu masih
terbuku di hatinya,”
Fayyadh
setia mendengar. Baru sekarang dia tahu kenapa ayahnya dan Tuan Muzir
bermusuhanan.
Sudah seminggu Mysuri dikurung. Dunianya sudah
kegelapan walaupun dia belajar di rumah tapi sepatah haram pun tidak melekat di
kepalanya. Makan dan minum tidak diendahkan, menunjuk mogok kepada sang bapa.
“Cik
Suri, makanlah sedikit,” pujuk pengasuhnya.
Mysuri
masih tidak memberi sebarang reaksi. Redza
yang dari tadi jadi pemerhati tidak sanggup melihat gadis yang dipujanya itu
semakin susut. Dia mengambil dulang di tangan pengasuh Mysuri lalu menghampiri
katil gadis itu.
“Cik
Suri jamahlah sedikit, nanti cik sakit.” Redza cuba memujuk pula. Dia tahu Suri menjadi keras hati sejak ibunya meninggal dunia
bertambah keras hatinya bila segala kemahuannya tidak dapat dipenuhi oleh si
ayah. Anak emak katakan.
“Saya
tak nak, biarkan saya mati dari terus terseksa. Biar saya dapat jumpa emak di
alam sana!” bentak Suri lemah.
Redza
menagis dalam hati, dia sedih melihat keadaan Mysuri itu. Tiba-tiba guruh
dilangit kedengaran.
“Redza
tolong benarkan saya keluar, untuk sekali ini saja.” Suara Suri tiba-tiba. Anak
mata Redza direnung redup.
Redza
membisu untuk seketika. “Maafkan saya cik, saya tak boleh,” jawabnya.
“Tolonglah
Redza, awak kawan saya kan? Saya nak basah diri saya dengan air hujan,
tolonglah” rayu Mysuri sambil memegang lengan Redza.
Redza
serba salah dibuatnya. Di sebelah kanan arahan yang perlu di patuh di sebelah
kiri rayuan seorang gadis yang dia cintai. Mana satu pilihannya? Demi cintanya
terhadap Mysuri dia sanggup langgar janji. Akhirnya dia mengangguk lemah.
Redza
memerhati sekeliling ruangan rumah itu. Bila di lihat kelibat Tuan Muzir tiada
di rumah dia membuka luas pintu kamar suri. Sebaik pintu kamarnya terbuka Mysuri lantas berlari keluar dari
rumah dan menuju ke halaman rumahnya. Dia berpusing-pusing sambil menari dengan
wajah didongak ke langit.
“Cik Suri maafkan saya, saya terpaksa mengbongkarkan
pertemuan sulit cik kepada Tuan Muzir dan Tuan Fuad, kerana saya tak sanggup
untuk melihat cik dirampas lelaki lain.” Tutur Redza perlahan hanya dia sahaja
yang mendengar.
“Hujan
turunlah lagi simbahlah bumi agar dapatku menari-nari denganmu!” jerit Suri
kegembiraan berbaur sedih.
“Cik
Suri sudahlah tu!” Panggil Redza dari beranda bila hujan turun semakin lebat
meyimbah bumi.
“Mengapa
aku dilahirkan di dunia ni Redza? Aku ingin kebebasan sama seperti remaja yang
lain. Kenapa aku tak dapat rasa semua itu? Aku perlukan cinta seorang lelaki
yang aku sayang tapi kenapa ada yang menghalang?!” tutur Suri kuat-kuat sambil
memusingkan badan 360 darjah.
Redza
berlari mendapatkan Suri. Teringin sekali dia merangkul tubuh gadis itu tapi
perhubungan mereka terbatas. Dalam hujan yang lebat dia turut sama menitis air
mata, sedih melihat gadis yang dicintainya itu meraung-raung inginkan
kebebasan.
“Fay!
Di saat kau kata cinta padaku ada yang menghalang! Kenapa?” Jerit suri
berkali-kali tapi suaranya ditenggelami dengan suara hujan.
‘
Cik Suri maafkan saya… saya akan bantu cik keluar dari sini, itu janji saya cik,”
tekad Redza, dia tidak sanggup lagi melihat gadis itu menderita.
“Tolonglah Fay, selamatkan Suri. Dia perlukan
kau dalam hidupnya.”
Fayyadh
senyap. Emir hanya memerhati sahaja. Ingin dilarang agar Fay jangan teruskan
perhubungan dengan Suri lagi takut pergaduhan besar bakal tercetus lagi. Hati
Emir tidak senang dengan kedatangan Redza secara mendadak ini. ‘Pasti ada
sesuatu yang berkaitan dengan anak dara Tuan Muzir,’ tebak hatinya.
“Apa
yang harus saya buat Redza. Ayah Suri dan ayah saya memang tak pernah berdamai.
Belum tentu perhubungan kami dapat direstui oleh mereka.”
“Kita
bawa lari cik Suri. Saya yakin lepas ini pasti Tuan Muzir akan tercari-cari dan
dia akan restunya. Sebab saya tahu Tuan Muzir sangat sayangkan cik Suri. Cik Suri
satu-satunya anak dia yang ada.”
“Awak
jangan nak cadang bukan-bukan Redza. Kalau hal ini dapat dikesan oleh Tuan Fuad
dan Tuan Muzir bencana besar akan muncul nanti!” bantah Emir kasar.
“Baiklah
saya setuju dengan cadangan awak itu Redza,” ujar Fayyadh tiba-tiba.
Mata
Emir bulat mebuntang. “Apa yang awak mengarut ini Fay?! Jangan buat kerja gila!”
Marah Emir bahu Fayyadh ditarik untuk memalingkan lelaki itu memandangnya.
Fayyadh
tersenyum. “Awak akan lakukan benda yang sama sekiranya awak mencintai
seseorang Emir.” Ujar Fay lembut.
Emir
tersentap. Tidak mampu membalas kata.
“Cik
Suri!” panggil Redza sebaik tombol pintu dibuka.
Mysuri
yang leka termenung lantas menoleh kearah suara itu.
“Jom
kita lari,” ucap Redza seraya menghampiri gadis itu. Dia menarik tangan Mysuri
tiba-tiba. Badan Mysuri terdorong sedikit.
“Kita nak ke mana Redza?”
Redza
berpaling ke belakang. “Kita lari. Lari dari rumah ini.”
Suri
berhenti melangkah seraya menjerit tiba-tiba. “Apa awak mengarut ni?!”
“Cik
sayangkan Fay kan?” Soal Redza.
Suri
mengangguk.
“Cik
cintakan diakan? “Soal Redza lagi
Suri
mengangguk lagi.
“Cik
Suri mahu kahwin dengan dia kan?” Redza bertanya lagi.
Kali
ini Mysuri hanya menatap wajah Redza dengan redup tidak lagi mengangguk. “Kahwin?
Boleh ke Redza? Ayah kasi ke nanti?”
“InsyaAllah
dia akan restu, tapi cik Suri kena janji.”
“Janji
apa?” cantas Mysuri laju.
“Kita
kena lari sebelum Tuan Muzir balik dari istana. Fay sudah menunggu di luar sana,”
“Apa?
Fay ada kat sini?” Soal Mysuri agak terperanjat.
Redza
mengangguk. Jom kita pergi sebelum tuan muzir balik ujar Redza lalu mengatur
untuk keluar dari situ.
“Hey,
tunggu!”
Panggil
seseorang dari belakang. Redza kecut perut. Mysuri berdebar-debar. Redza lantas
berpaling sambil menghulurkan senyuman manis kepada orang kanan Tuan Muzir.
“Pak
Cik Seman…” sapanya lembut.
“Kamu
nak bawak Suri ke mana?” soal Pak cik Seman cuak, wajah dua orang di hadapan di
pandang dari atas sampai bawah.
“Err..
Tuan Muzir benarkan saya bawa cik suri keluar bersiar-siar hari ini,” bohong Redza
dalam nada gugup.
“Aik,
Tuan Muzir tak de bagitahu aku pulak hal ini?” Soal pak cik Seman curiga.
“Saya
baru telefon dia pagi tadi. Saya kesian tengok cik Suri asyik berkurung, jadi
saya meminta izin dengan untuk membawa cik Suri keluar,” tukas Redza.
“Oooo,
baik pergilah. Tapi ingat jangan buat kerja bodoh dengan kau sekali kena!” Pak
cik Seman memberi amaraan tegas.
Redza
mengangguk teragak-agak.
Mereka
keluar dengan keadaan tergesa-gesa dari rumah itu, tiba di suatu lorong.
Fayyadh ditemani oleh Emir sudah melambai kearah mereka berdua.
Melihat
kelibat Fayyadh di hadapan Mysuri
mendahului langkah Redza. Dia berlari untuk mendapatkan Fayyadh di hadapan.
“Fay…
saya rindukan awak..” ucap Mysuri sebaik
sebaik berhadapan dengan Fayyadh.
“Saya
pun sama..” Ujar Fayyadh pula.
Pandangan
mereka bertaut. Masing-masing menanggung perasaan rindu membuak-buak. Redza
yang hanya jadi pemerhati kalih ke arah lain tidak sanggup untuk melihat adegan
itu.
“Kita
lari dari sini?” Pinta Fayyadh.
“Ke
mana Fay? Lagipun kita masih muda untuk
nikah.”
Fayyadh
senyap untuk seketika. Betul juga kata Mysuri itu. Mereka masih terlalu muda
untuk bernikah. Dia baru berumur 19 tahun dan Mysuri pula baru berusia 17 tahun
mustahil untuk mereka nikah dalam seusia itu.
“Fay…”
seru Mysuri perlahan.
“Cik
Suri, Fay saya rasa baik korang lari secepat mungkin sebelum Tuan Muzir dapat
kesan, celah Redza.
“Hrm
betul tu Fay. Apa kata kita ke rumah mak cik saya di Gua Musang buat sementara
waktu,” cadang Emir. Memandangkan masa semakin suntuk.
“Baiklah,
jom kita ke stesen bus.” Arah Fayyadh. Tangan Mysuri dipegang erat.
Mereka
berempat mahu menuju ke Stesen Bas Kota Bharu. Sebaik mereka mahu melangkah masuk
ke dalam kereta, kereta yang dinaiki oleh Tuan Muzir melewati kawasan itu.
“Bukan
ke itu Suri dan Redza, Min?” tanya Tuan Muzir kepada pengawal keselamatannya.
“Aah
tuan,”
“Berhenti
sekarang,” arah Tuan Muzir. Dia terus menapak keluar sebaik kereta berhenti.
“Suri!”
Laung Tuan Muzir nyaring. Membuatkan langkah mereka berempat berhenti serentak.
“Ayah?”
seru Mysuri terkejut.
“Tuan
Muzir? Redza juga sama.
Mereka
sangat terkejut.
“Kau
orang nak ke mana?” Soal Tuan Uzir dengan
mata membulat merah.
Fayyadh menapak sedepa di hadapan Mysuri.
“Kau?”
Tuan Muzir semakin marah bila melihat anak musuhnya turut ada di situ.
“Min!”
panggil Tuan Muzir.
“Ya
tuan.” Terkonco-konco Al-Amin mendapatkan majikannya.
“Panggil
yang lain untuk tangkap anak fuad!” Arah Tuan Muzir seraya mendekati mereka
berempat.
Redza
mendahului yang lain. Dia menapak mendekati majikannya. “Tuan..”
“Dush!”
Belum
sempat dia bersuara sebiji tumbukan melayang tepat ke mukanya dari Tuan Muzir
“Jahanam
kau Redza, dari kecil aku bela kau, bila besar kau belot pada aku ya?!” amuk
Tuan Haris, yang lain hanya jadi pemerhati. Mysuri ingin menyelamatkan Redza
tapi di halang oleh Fayyadh.
Redza
memegang hujung bibirnya yang berdarah itu sebelum memaling wajahnya untuk
menatap wajah Tuan Muzir yang bengis seperti singa itu. “Tuan… demi kebahagiaan
cik Suri saya rela lakukan apa saja untuknya.
“Kau..
sia-sia aku bela kau. Mulai ini sekarang nyah kau dari rumah aku?!” Tuan muzir
menyinga. Dia menolak tubuh Redza sampai tersungkur kemudian dia menghampiri Mysuri
anaknya yang dihalang oleh Fayyadh.
“Oo,
nak tunjuk herolah ni. Pergi berambuslah!” Marah Tuan Muzir serentak menghadiahkan
tumbukan kuat di perut Fayyadh sampai terkeluar air dari mulut remaja itu.
“Fay!”
Jerit Mysuri. Dia mahu tunduk untuk mendapatkan buah hatinya tapi lengannya
sempat dicengkam oleh Tuan Muzir.
“Kau
memang anak tak boleh nak di harap! Aku suruh jangan dekat dengan anak musuh
aku, kau tak dengar?! “Jergah Tuan Muzir kuat.
“Papa…”
suara Mysuri dalam sendu.
“Dah
balik! Min kau bawa suruh masuk rumah. Aku nak ajar budak ini cukup-cukup.”
Emir
panik. Hendak menyelamatkan Fayyadh dia tidak mampu kerana orang-orang Tuan
Muzir terlalu ramai. Dalam pasrah dia melarikan diri untuk memberitahu Tuan
Fuad.
“Fay
dibelasah teruk, tuan! Jerit Emir kuat sambil termengah-mengah.
Tuan
Fuad terkejut besar. “Apa kau cakap? Anak aku dibelasah? Macamana dia boleh ke
situ?”
“Tuan
kita kena cepat sebelum terlambat. Hal lain kita selesaikan kemudian,” Emir
berbicara dengan penuh lembut. Dia bimbang jika terlambat nyawa Fayyadh akan
melayang nanti.
Tuan
Fuad mengikut kata Emir, dia mengarah semua orangnya bergerak ke rumah Tuan
Fuad.
“Muzir!!”
Laung Tuan Fuad sebaik tiba di tempat
kejadian. Matanya merah menyaga bila melihat anaknya sudah lemah dan tidak
mampu berdiri lagi.
Tuan
Muzir yang asyik menendang Fayyadh berhenti lalu dikalih memandang Tuan Fuad.
“Kau?
berani kau datang rumah aku, ya?” Soal Tuan Muzir sinis.
“Lawan
kau adalah aku bukannya budak hingusan itu Muzir,” temepelak Tuan Fuadn dengan
panas hati bila melihat Fayyadh longlai di tanah.
“Kau
ingat aku nak lepaskan dia senang-senang ke Fuad? Jangan harap!” Tuan muzir
mecengkam kolar baju t-shirt Fayyadh untuk mendirikan lelaki itu.
Dalam
kekecohan Tuan Fuad memberi isyarat kepada anak buahnya supaya anak Tuan Muzir ditangkap.
Tuan Muzir tidak menyedari akan hal itu kerana terlalu ghairah mahu memukul Fayyadh.
“Muzir
kita berdamai..perkara yang lepas biarkan berlalu.” Tuan Fuad ingin berdamai di sayangkan abang segurunya.
“Haha..
kau ingat senang aku nak lupa?”
“Itu
hal lama muzir, tuan guru adil dia jadikan kau ketua kampung, dia juga bagi aku
jawatan ketua kampung. Apa lagi yang kau tak puas hati?”
“Boleh
kau tanya?” Soal Tuan Muzir sinis.
Tuan
Fuad mengeluh berat. Tak guna pujuk orang yang hatinya keras macam konkrit. Bila
melihat Mysuri sudah berada dalam gengaman orangnya dia menjerit sedikit. “Muzir
lepaskan anak lelaki aku kalau tak anak gadis kau mati di tangan aku!”
“Suri!”
jerit Tuan Muzir.
“Papa
tolong Suri papa…” Mysuri merintih.
Tuan
Muzir senyap. Wajah Mysuri ditatap sekilas kemudian memberi isyarat supaya Fayyadh
di bebaskan. “Sekarang lepaskan anak aku,” pinta Tuan Muzir.
Seperti
yng dijanjikan Tuan Fuad membebaskan Mysuri. Tak sampai seminit Fayyadh berada
di samping ayahnya. Tuan Muzir merampas pistol ditangan orangnya lalu mengacu
pistol tepat ke jantung Fayyadh.
“Bam!”
Satu
das di lepaskan oleh Tuan Muzir. Semuanya tergamam.
Hahaha!
Fuad kau ingat aku sesenang nak biarkan anak lelaki kau hidup?Aku tahu selagi
anak kau hidup anak aku terus tergila-gila kan dia,” gelak Tuan Muzir senang
hati.
“Abang
Fay!” Jerit Mysuri tangannya kemas digenggaman orang-orang Tuan Muzir . Dia
meraung untuk dibebaskan. Dia mahu pergi kepada Fayyadh yang sudah jatuh
menimpa bumi. “Sampai hati papa….” Akhirnya dia terduduk lemah.
“Tak
guna kau Muzir, kau bunuh anak aku!” marah Tuan Fuad. Pistol di pinggang
diambil lalu menghala kearah Tuan Muzir yang leka ketawa.
Mysuri
dapat menangkap tindakan Tuan Faud yang sudah
memacu pistol kearah ayahnya, dengan pantas dia berlari untuk menbentang
dirinya menyelamatkan ayahnya dari di tembak.
“Papaa!!”
jerit Mysuri
“Bam!”
Tuan
Fuad melepaskan tembakan.
Suri!”
jerit Tuan Muzir lalu berlari mendapatkan anaknya. Tubuh Mysuri di ratapi. “Suri…
bangun Suri…”
Tuan
Fuad turut terkedu. Dia tidak puas hati Tuan Muzir masih lagi selamat. Dia mengacu
pistol kea rah Tuan Muzir semula tapi tiba-tiba siren polis kedengaran.
Pihak polis tiba tepat pada masanya, semua
yang berada di situ ditahan untuk siasatan.
Mysuri
sudah terkulai lemah dalam pelukkan Tuan Muzir, matanya memandang Fayyadh yang
nyawa-nyawa ikan. Mysuri menghulurkan tanganya untuk mencapai tangan kekasihnya
itu tetapi jarak antara mereka jauh, keadaan mereka pula lemah. Hanya mata saja
yang bertaut, sebuah senyuman kali terakhir terukir dibibir mereka sebelum
nafas mereka tercabut. Maka persaksikan kedua cinta mereka bersatu dengan
sebuah kematian.
Tuan
Muzir dan Tuan Fuad meraung kuat dipeluknya mayat anak masing-masing sebelum
mereka berdua ditahan pihak polis untuk keterangan selanjutnya.
p/s---> DN says..cinta itu tidak semestinya bersatu dalam ikatan perkahwinan :)...dendam juga tidak menguntungkan..tak mau dendam..dendam..terus tersenyum walaupun tidak bersatu :)