Tuesday, 23 October 2012

MachoKah Aku?



“Fiz, ada orang kirim salam!”sergah rakan sekerja Hafiz si Amri, lalu melabuh duduknya di hadapan Hafiz.

“ Hrmm, iyalah?” jawab Hafiz malas.

“Kau ni punyalah ramai awek-awek cun minat kat kau, boleh kau buat der, je? Hairan aku,”

“Buat apa awek ramai bro kalau kita inginkan isteri setia seperti Khadijah, secantik Zulaikha, sebijak Siti Aisyah, setabah Siti Fatimah,” tempelak Hafiz berfalsafah sambil memperbetulkan kedudukannya agar lebih selesa sedikit.

“Wah! Dah mula nak ceramah agama ke? Bagus betul didikan kak Hanan ni, boleh melahirkan seorang perintis ilmuwan Islam di masa hadapan kelak,” sakan Amri tersengih-sengih.

“Aku tak layak menjadi seperti dia, Am. Ilmuku hanya senipis kulit bawang tambahan pula sejak dia tinggalkan aku, aku sudah lupa segala ajarannya padaku,” sayu saja suara Hafiz.

“Kau ni memang! Tapi tak pelah, asalkan namanya sentiasa tersebut dibibirmukan? Hahaha….” Amri ketawa besar, suka sangat dia melihat hidung si hafiz mengembang bangga bila nama kak angkatnya itu dikaitkan dengan diri si sahabatnya itu.

 “Itu semestinya, hanya namanya di sudut hatiku dari dulu hinggalah sekarang.”

“Angau betul kau ni, dia nak ke dekat kau yang kaki lepak di kedai kopi bukannya kaki masjid,” ejek Amri lagi sebelum berlalu meninggalkan Hafiz yang masih tersengih seorang diri mengenangkan kakak angkatnya itu.

“Mak tolonglah kawanku sudah terpingin mahu memperisterikan ustazah Hanan Imani, ni!”

Nyanyian dari rakannya yang sudah beberapa langkah keluar dari kedai itu masih didengari oleh cuping telinganya, sebuah senyuman terbit dibibir, hatinya juga turut mekar berbunga.

“Kakak Hanan, bilakah kakak mahu pulang ke Malaysia?”Hafiz di sini sentiasa menanti akak.”
*****

“Assalamualaikum mak cik,” 

Wa’alaikumussalam, ya Allah Hanan 5 tahun tinggal Malaysia akhirnya kau balik juga ya, nak,” balas mak kepada Hafiz yang juga merupakan mak angkat Hanan.

Hanan membalas dengan senyuman manis berserta mengucup lembut tangan si tua itu sebelum bersuara kembali

“ Eh, mana Hafiz mak cik? Dah lama tak tengok dia,” 

“Hmm.. terasa berat pulak mak cik nak bagitahu kamu tentang perangai Hafiz sekarang ni… Hanan, Hafiz dah jauh melencong, mak cik harap dengan kepulangan Hanan kali ini dapat mengubah Hafiz kembali,” keluh orang tua si Hafiz mengenangkan sikap anaknya yang sudah jauh berubah.

“Maksud mak cik?” soal Hanan dengan keliru, sambil berjalan beriringan dengan mak angkatnya untuk melabuh duduk di kerusi rotan.

“Sejak kamu tinggalkan Malaysia, dia semakin liar. Solat dan puasa memang liat nak tunaikan apatah lagi nak belajar, mak cik dan pak cik dah habis berikhtiar untuk menasihati dia, dia degil tak mahu dengar cakap kami. Kami tahu, dia akan dengar cakap kamu saja. Kamu ibarat kakaknya dari kecil lagi dia membesar bersama kamu ketika kami sibuk mencari rezeki, kami harap kamu dapat kembalikan dirinya yang sebenar.”

Hanan tergamam dalam hatinya dia beristighfar panjang. Dia memang tidak menjangka sepeninggalannya ke Mesir telah memberi impak yang cukup berkesan dalam hidup adik angkatnya itu. ‘Kalau kesan yang baik tak pe jugak, ni tak?’

“Mak! malam ni orang balik lewat tau,” laung Hafiz bila kakinya menjejak ke dalam rumah tanpa menoleh pada tetamu yang hadir itu.

“Elok sangatlah tu, malam-malam jumaat nak jadi kutu rayap bukannya nak ke masjid buat solat-solat tahajjud ke lagi bagus,”

“Assalamualaikum adik,”

Hanan memberi salam sebaik saja dia menoleh pada Hafiz, sebuah tersenyum terukir dibibrinya, lembut. Hafiz tercengang seketika, matanya sedikit mengecil cuba mengecam wajah tetamu itu.

Kak Hanan! seru Hafiz teruja, hatinya berdegup kencang bagaikan nak rak bila wajah gadis pujaannya itu menerjah dikornea matanya.

“Sihat dik?” tanya Hanan bila mak angkatnya sudah beredar ke dapur.

“Sihat kak. Hrmm, akak pulak macamana? 5 tahun tinggalkan Malaysia pasti banyak perkara yang hendak dikongsikan dengan Hafiz kan?” suara Hafiz, riang. Dia mengambil tempat di hadapan kakak angkatnya itu. Dalam hatinya satu perasaan getar mula terbit bila mata bertentang mata, tapi cepat-cepat disepak terajang keluar.

Hanan tergelak sopan, wajah adik angkatnya yang kian berubah mengikut usia dipandang lembut. Dalam hatinya dia sangat kecewa dengan sikap Hafiz yang sudah banyak berubah, berambut terpacak tinggi ibarat menara Petronas, berpakaian menampakkan susuk tubuhnya yang sasa itu, tidak seperti dulu lagi. Dia juga tertanya-tanya ke mana hilangnya didikan agama yang diterapkan pada adik angkatnya pada ketika dahulu?

“Adik, akak ada dengar macam-macam cerita yang tak elok tentang adik, betul ke?”

Hafiz tersengih, dalam hatinya dia menyalahkan kakak angkatnya itu, kerana pergi 
meninggalkannya terlalu lama sampaikan dia jadi begini. 

“Ni mesti adik dah lupa nasihat-nasihat yang akak bagi dahulu, kan? Kalau macam ni adik memang tak macholah!” usik Hanan diselangi dengan tawanya.

“Hey, mana ada? Kalau akak nak tau,  ramai aweks tergila-gilakan adik sebab wajah adik yang macho ni, tau,” jawab Hafiz membela dirinya dengan bangga.

“Hmmm, no!no!no!” protes Hanan sambil mengerakkan jari telunjukknya ke kiri dan kanan tanda dia tidak bersetuju.

“Machonya seorang lelaki bukan terletak pada ketampanan raut wajahnya tapi pada solat 5 waktunya yang cukup sempurna, tidak kira di mana dia berada,”

“Itu adik tahulah kak sejak dulu lagi akak asyik cakap benda ni, tapi sejak akak pergi adik rasa malas nak buat, sebab tak de orang nak nasihatkan adik,”adu Hafiz, suara manja.

“Adik…, takkan nak akak ketuk kepala adik selalu, baru adik nak buat perkara-perkara yang wajib adik lakukan,”

“Tapi kalau akak jadi isteri adik nanti, pasti adik akan jadi baik! Tak perlu disuruh adik akan segera lakukan dengan senang hati,” gurau Hafiz namun hatinya berdoa agar kakak angkatnya itu mengerti akan perasaannya ini.

“Hmm, adik ni ngada-ngada tau!”

*************************
 2 bulan Hanan dikampung membuatkan Hafiz semakin seronok. Setiap hari dia akan pastikan solatnya dilakukan di masjid, segala hutang solat dan puasanya sedang dia berusaha mengqadakannya. Dia benar-benar bertekad akan berubah demi mendapatkan cinta dari kakak angkatnya itu.

Selesai dari solat zohor di masjid Hafiz sengaja singgah di rumah kak angkatnya kerana ingin berkongsi masalah disamping ingin berjumpa mata dengan buah hatinya itu.

“Kak hanan, kenapa ramai-ramai tadi?” soal Hafiz pelik bila punggungnya mencapai wakaf yang terletak dihadapan rumah Hanan.

“Err..takde apa-apalah Hafiz.” Hanan seolah cuba menyembunyikan sesuatu dari adik angkatnya itu.

“Laa, Hanan kau tak bagitahu Hafiz ke, yang kau dah bertunang?” sampuk ibu Hanan seketika sebelum berlalu naik ke rumah.

“Bertunang?” Suara Hafiz berlahan, hatinya dipagut sedih, kecewa dan terkilan kerana niat untuk memiliki kakak angkatnya itu hancur berkecai.

“Hafiz?” Panggil Hanan bila melihat Hafiz kelihatan tercengang.

“Eh! Tahniah kak,” ujar Hafiz cuba memaniskan wajahnya. Hanan pula tersenyum bahagia.


Sejak balik dari rumah kak angkatnya tempoh hari, Hafiz banyak termenung memikirkan kenapa Hanan  tidak nampak akan perasaan cintanya itu. Dia sangat kecewa, dia sangkakan dia telah berubah, kak angkatnya akan suka padanya tapi ternyata tidak! Sudah pening otaknya berfikir kenapa cintanya tidak berbalas, apakah perlu dia berterus terang saja? 

Asyik dia mengeluh, dia teringat kata-kata Amri tadi tentang tawaran kerja di Melaka. Dia berfikir sejenak sebelum mencari kelibat maknya di dapur. 

“Mak, Fiz rasa nak tukar anginlah, Fiz ingat nak kerja di Melaka pulak,” suara Hafiz pada maknya di dapur yang sibuk mengacau air teh untuk minum petang buat mereka sekeluarga setelah mendapatkan maknya.

“Hah! Yang tiba-tiba ni kenapa? Hmm mak tak kesah asalkan Fiz suka sudah, mak akan restu Fiz, tak kira Fiz di mana,” 

“Nak tambah pengalaman, hujung minggu ni Fiz akan bertolak ke sana ya, mak,”

“Apa-apa jelah.”

Jawapan dari maknya telah memberi satu kebebasan padanya, kebebasan untuk terbang jauh dari orang yang dipujanya, menghilang sementara waktu untuk merawat parut dihati yang entah akan pulih atau pun tidak.

“Maafkan Hafiz, kak. Hafiz terpaksa pergi dari sini tanpa pengetahuan akak,  memandangkan tiada guna Hafiz di sini kalau akak tidak dapat Hafiz miliki,” rintih Hafiz dalam sendu lenanya.
**********

“Ya Allah aku sangat menyintainya, salahkah aku menyintainya? Kenapa Engkau mengujiku sedemikian rupa? Aku sungguh terseksa menanggung rindu pada orang yang tak sudi,” rintih Hafiz dalam doanya. Selepas solat tadi dia masih beri’tikaf di masjid seorang diri memandangkan perutnya masih lagi tidak lapar. Dia mahu mencari ketenangan di rumah Allah. Dia mahu mengadu domba pada yang Esa."

“Assalamualaikum, adik sorang ke?” 

Hafiz yang baru selesai berdoa lantas mendongak pada suara yang menegurnya tadi, sesaat kemudian dia mengangguk perlahan.

“Abang rasa adik bukan asal sini, kan? Sejak semalam lagi abang tengok adik duduk di masjid ni, kenapa?”

“Aah, saya dari Kedah bang, semalam saya baru mula kerja di sini, rumah sewa pun belum ada lagi jadi saya tumpang tidur di masjid dulu,”jawab Hafiz jujur.

“Ooo, patutlah,”

“Abang, ustaz yang bagi tazkirah tadi, kan?” soal Hafiz

“Aah,tak payah berustaz-ustaz panggil je, abang Asrul, mesra sikit,” balas Asrul dengan senyuman manis dibibir.

“Terima kasih bang,”

“Macam tu lah, sama-sama. Hmm, memandangkan adik tak de tempat tinggal, apa kata adik tumpang rumah abang buat sementara waktu? Lagipun rumah abang ada banyak bilik kosong, semua adik beradik abang tinggal di rumah sendiri,” 

“Boleh ke bang? Takut menyusahkan pulak,”

“Tak pe, kalau takut menyusah sangat, bayar sewa tiap-tiap bulan habis kes.”

Mereka ketawa serentak.

Sebulan menjadi penyewa di rumah Asrul, merapatkan lagi perhubungan Hafiz dengan keluarga Asrul. Hafiz sangat suka bergaul dengan lelaki itu memandang Asrul seorang mudah didamping bersesuaian dengan gelaran ustaz padanya, keluarga Asrul pun sama, sangat baik terhadap dirinya itu.

“Betul ke abang, haram kita meminang seorang perempuan yang sudah dipinang lelaki yang lain?” tanya Hafiz pada Asrul masa mereka berjalan bersama-sama mahu pulang ke rumah.

Asrul memandang Hafiz dengan tenang sebelum menjawab persoalan itu.

“Memang menjadi dasar dalam Islam tidak membenarkan peminangan ke atas wanita yang sudah bertunang kerana boleh mencetus perang dunia ke tiga antara ke dua lelaki, berdasarkan hadis dari Ibn Umar berkata melalui Rasulullah saw ada berbunyi: “Nabi melarang, seorang lelaki meminang wanita yang sudah dipinang hinggalah peminang asal meninggalkannya atau mengizinkannya..” (Riwayat Bukhari hadis no.4848). Bila dilihat pada hadis itu memang haramlah seseorang lelaki masuk line bila ada seorang lelaki lain sudah pinang gadis itu kecuali lelaki itu mengizinkannya, ingatnya Fiz jangan cuba nak gatal-gatal merebut pulak takut nanti gadis itu dahlah tak dapat lepas tu, nyawa pulak yang melayang, tak gitu,” jelas Asrul diselangi gurauan.

“Kenapa tanya, ada terlintas nak berebut tunangan, orang ke? usik Asrul lagi bila tawa mereka reda, mengundang kegugupan dalam hati Hafiz seketika.

“Er.. sebenarnya…”

“Cakaplah Fiz, abang tahu Hafiz ada masalah cuma segan nak bagitahu, abang kan?”
Hafiz  menundukkan pandangannya.

“Ya bang, saya ada minat dekat sesorang yang telah menjaga saya sejak dari kecik lagi. Dia sangat baik dengan saya, bila dia tinggalkan Malaysia, saya sedih dan kecewa. Saya balas kesedihan saya dengan menghanyutkan diri dengan dunia keremajaan, bila dia kembali ke sini saya sangat gembira dan sanggup berubah kerana saya mahu miliki dia bang,” cerita Hafiz bersungguh-sungguh dengan suara sekejap tinggi sekejap perlahan.

“ Hafiz, tak baik kalau kita  berubah kerana seorang perempuan…” nasihat Asrul berhemat dikhuatir Hafiz akan tersinggung.

… tapi kalau Hafiz betulkan niat Hafiz sikit insya-Allah akan dapat pahala. Macam nilah, biar abang terangkan dengan lebih jelas lagi, Hafiz harus beriktikad bahawa wanita yang Hafiz cintai itu diutuskan oleh Allah untuk merubah Hafiz agar lebih dekatkan diri kepada Allah ataupun wanita itu merupakan wasilah untuk Hafiz lebih rapat lagi dengan Allah, hah! itu baru betul,”

“Betul ke bang?”

“Ya dik. Ingatlah bahawa Allah ada bersama kita tidak kira kita suka dan berduka, Dia sangat sayang kita sebab itu Dia terus menguji kita agar kita sentiasa mengadu dan berdoa padaNya, Dia juga sangat cintakan Hafiz sebab itulah Dia tak mahu Hafiz terus tersimpang pada jalan yang salah,”

“Abang, kalau kita tak banyak ilmu agama, tak layakkah kita berkahwin dengan dengan wanita yang solehah,” soal Hafiz lagi.

“Hahaha Hafiz, Hafiz jodoh, ajal maut, rezeki kita semuanya diatur dengan eloknya oleh Allah. Kita sebagai hamba perlu taatiNya selagi kita bernyawa. Kenapa Dia mengurniakan kita akal? Kerana Dia mahu kita belajar mengenalNya, Dia juga mahu kita menilai mana yang buruk dan juga mana yang baik. Hrmm, siapa yang buat Hafiz tergila-gila sampai tahap begitu, boleh tak abang nak kenal dengan wanita itu? Nanti abang nak jumpa dia dan nak bagitahunya yang dia betul-betul wanita hebat sampai Hafiz boleh berubah disebabkan dia,”

“Dia merupakan kakak angkat saya bang, dia 5 tahun tua dari saya dan dia tak pernah tahu yang saya menyintainya secara diam. Saya malu untuk nyatakan saya cinta dia sebab saya tahu saya ni jahil. Kerana dia jugalah saya sampai ke sini,”

“Siapa namanya dan asal usulnya?”

“Kami dari negeri dan kampung yang sama,  namanya Hanan, Hanan Imani,”

“Hanan Imani?” suara Asrul perlahan.

“Ya, Hanan Imani binti Hj Daus. Kenapa abang kenal dia ke?”

“Tak delah, nama pun sedap pasti tuannya pun cantikkan?”

“Cantik bang, bukan setakat cantik, sopan dan lembut setiap bicaranya, dari kecil lagi dialah sentiasa menjaga Hafiz, dia yang ajar Hafiz mengaji, solat puasa dan sebagainya. Itulah membuatkan Hafiz sayang dan terlalu sayang padanya,”

“Hati Hafiz berdengup kencang setiap kali melihatnya, dulu memang Hafiz bodoh tentang perasaan itu, sekarang Hafiz sudah cukup matang untuk mengenali perasaan itu. Bila Hafiz ingin meluahkan perasaan itu, Kak Hanan sudah disunting, alangkah kecewa Hafiz,”
“Owh patutlah tanya tentang wanita yang sudah dipinang, rupanya terkena batang hidung sendiri, Hafiz, Hafiz. Jangan risau ya, dik, Insya Allah kalau dah tertulis jodoh Fiz dengan dia, dia pasti milik Hafiz, percayalah cakap abang.”

*******
Hanan Imani menggeletar seluruh badan dan jantungnya berdegup kencang meniti saat-saat dirinya bakal diijabkalbu dengan kekasih hati yang sama-sama belajar di Mesir, perkenalan yang singkat bakal menyatukan mereka selepas solat isyak nanti. Setengah jam lagi dirinya mahu bertukar status, hatinya diuji dengan merindui sang kekasih tapi ditahan hati yang merindui itu dari menghubungi bakal suaminya. Dia sendiri aneh dengan sikapnya selalunya dia tak bukan begitu, apakah kata-kata dari bakal suaminya tiga hari yang lalu betul-betul membuatkan dia meroyan begini? Berat otaknya berfikir tentang itu.

“Hanan, sekiranya abang tak sempat hadir ke majlis itu, bermakna abang mungkin bukan jodoh Hanan dan abang harap Hanan setuju siapa-siapa yang gantikan abang, mungkin dia yang menyintai Hanan terlalu lama dari abang, maka Allah memakbulkan doanya agar jodoh Hanan dengannya.”

“Ya Allah, minta-minta dia bergurau saja. Tapi siapa yang dimaksud oleh abang?” Hanan berteka-teki sendiri sambil merenung cincin pertunangannya itu. Lama matanya jatuh pada sebentuk cincin emas hantaran masa majlis pertunangannya dulu, kadang-kadang dia mengeluarkan cincin itu dari jari kadang-kadang dia memasukkanya semula. Bila saat dia mahu memasukkan kembali cincin ke jarinya dia tersalah arah cincin di jarinya terluncut dan jatuh tergolek ke bawah.

“Ya Allah abang!” saat itu juga hati Hanan berdebar kuat, hatinya tidak enak, dia bagaikan dapat merasakan sesuatu yang buruk telah berlaku pada tunanganya.


“Mak cik! Mak Cik rombongan pengantin lelaki datang, tapi.."

“Tapi apa?” soal ibu Hanan.

“Pengantin lelaki, kamalangan jalan raya.”

“Ya Allah! Hanan….”

 “Allahuakbar!” Hanan memekup mukanya, menahan air mata dari keluar, majlis perkahwinannya akan bertukar menjadi majlis kematian. Patutlah tunangnya mengusik begitu, rupa-rupanya itulah amanat terakhir darinya.

“Jangan risau, anak angkat saya akan gantikan pengantin lelaki suara bapa kepada pengantin lelaki sebaik saja melangkah masuk ke masjid itu.

“Hafiz!” Jerit ibu Hanan mengejutkan seluruh tetamu. Mak dan ayah Hafiz yang turut berada di majlis itu terus menerpa dan memeluk erat anak bongsunya itu 

Hanan lantas menoleh bila ibunya menyebut nama Hafiz, air mata kesedihan bertukar menjadi kegembiraan kerana adik angkatnya yang lama menghilangkan diri muncul tiba-tiba pada majlis perkahwinannya yang bakal musnah.

“Hafiz, akhirnya Hafiz pulang jugak, dah lama akak menanti kepulangan adik, tapi sayang adik pulang masa majlis… Hanan tidak mampu untuk meneruskan kata-katanya dengan suara tersendu.

“Kak hanan?” Hafiz mengerutkan dahinya. Dia betul terperanjat bila melihat kak angkatnya yang siap berpakaian pengantin ada dalam majlis perkahwinan abang angkatnya itu. Otaknya mula berligat memikirkan sesuatu.

“Tak mungkin bakal isteri abang Asrul adalah….”

“Hanan, Hafiz bakal suamimu nanti,” suara ibu Hanan.

“Hah?” 

Hafiz dan Hanan sama-sama tercengang.

*****

“Abang, termenung apa tu? Nah air kopi kosong pekat yang minta tadi,” tegur Hanan sambil menghulurkan cawan kepada suaminya. Memandangkan keadaannya sudah berbadan dua, dia dengan berhati-hati mengambil tempat di sisi suaminya.
Hafiz tersenyum lalu menyambut cawan yang bawa oleh isterinya itu.

“Tak delah sayang, abang teringatkan abang Asrul. Abang berterima kasih sangat-sangat pada dia yang banyak membantu abang untuk mendekatikan diri abang pada Allah dan sekaligus dia menghadiahkan abang seorang isteri yang solehah dengan izinNya,”
“Abang memang tak pernah duga dia yang selama ini tempat abang mengadu, tempat abang meluah perasaan rindu dan sayang kepada sayang rupa-rupanya bakal suami sayang.” 

“Macamana abang boleh setuju nak kahwin dengan bakal isteri dia sedangkan abang tak kenal dia?” Hanan sengaja menduga suaminya.

“Abang sebenarnya tak ingin tunaikanpermintaan dia, sebab dalam hati abang masih ada saying,  masa mula-mula dia suruh abang gantikan tempat dia sekiranya dia tiada, abang hanya tergelak sangkakan dia bergurau. Bila dia kemalangan abang terus ke hospital dan masa itulah dia bersungguh-sungguh meminta abang pergi ke majlis itu, dia cakap kalau abang tak pergi abang akan menyesal seumur hidup kerana Allah akan memberikan sesuatu yang amat berharga buat abang di majlis itu. Abang cuba rasionalkan balik kata-kata abang Asrul dan abang jugak ada terfikir mungkin jodoh abang dengan sayang tak mungkin bersatu tapi rupa-rupanya kita memang berjodohkan?” jelas Hafiz sambil memicit lembut hidung isterinya itu.

Hanan mengangguk bahagia. “Terima kasih bang, sebab sudi menerima saya,” ucap Hanan lembut.

Hafiz membalas dengan pelukan erat, ubun-ubun kakak angkatnya merangkap isterinya kita dikucup lama.

“Tak sangkakan bang, selama ini saya tak pernah anggap abang lebih dari adik angkat dan tak pernah terfikir nak bersuamikan lelaki yang muda dari saya,” ujar Hanan setelah beberapa minit mereka menyepi tanpa suara.

“Sayang je, yang tak pernah nak perasaan, abang ni dah lama tergila-gilakan sayang. Sejak abang masih kecik lagi, tau,” balas Hafiz seraya mengeratkan lagi pelukkan itu.
“Macamana nak perasan, sebab abang tu budak-budak!”bidas Hanan dengan tawa tersembur keluar.

“Amboi budak-budak? Yang dalam perut tu, kerja siapa? Kerja orang yang sayang anggap budak-budak nilah!” balas Hafiz sambil menggeletek pinggang isterinya itu.

“Haha, nakal tau! Akak pukulkan?” usik Hanan sambil membetulkan kedudukannya. Perut yang memboyot amat tidak selesa kalau duduknya tidak kena.

“Aik? Kakak? Sayang awak tu dah jadi isteri abang dah, selamanya akan jadi isteri abang dengan izinNya. Jangan nak paggil adik-adik, abang tak suka dengar!” Rajuk Hafiz berpura-pura.

“Baiklah abang Hafiz sayang,”balas Hanan lalu menyandarkan kepalanya di dada bidang Hafiz kembali sambil memicit hidung suaminya.

“Abang…, ingat tak, kata-kata sayang dulu, tentang kemacholan seorang lelaki? Sayang terharu sangat sebab, akhirnya abang berjaya menepati ciri-ciri itu, tidak pernah tinggal solat 5 waktu tidak tinggal tidak kira dimana dia berada. Ingat tak bang?”

“Tak akan lah abang lupa! Tapi bagi abang itu untuk lelaki lain, bagi abang solat cukup 5 waktu dengan wudhuknya elok, menunjukkan kemanisan nur yang akan memancarkan wajah abang di akhirat sana.”

Mereka tergelak bersama. Dalam hati, Hafiz berdoa agar rumah tangga yang baru dibina 7 bulan akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

                                                                 tamat sudah cerita ini(*,^)





p/s kak Domi pada adik Hafiz~

maaf lambat untuk siapkan cerpen ni, walaupun bukan cerita sebenar tapi kak Domi harap adik suka jalan cerita versi kak Domi ini.

Tazkirah dari akak Domi! kejarlah cinta Allah sebelum mengejar cinta manusia, bila kita mendapat cintanya maka kita akan kecapi cinta hambaNya. 

Frasa kata
beri’tikaf~ berdiam diri di masjid( berzikir atau beribadat kepada Allah) biasanya dilakukan pada bulan ramadhan perlu diniat i’tikaf dahulu baru dapat pahala i’tikaf.
Iktikad~ pegangan.
Wasilah~ perantaraan.

Saturday, 13 October 2012

Cinta Terlarang ~ BAB 1




BAB 1
Tengah hari itu Nabila mempelawa Riana dah Ain untuk lunch di restoren yang agak terkenal di sekitar Pantai Dalam. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam restoren itu dengan muka yang cemberut, kerana ramai manusia yang datang berkunjung untuk menikmati makan tengahhari di situ.
“Aku tak tahu pulak, dekat sini ada restoren yang popular kat sini,” suara Riana dengan mata tertinjau-tinjau mencari tempat kosong.
“Wey, kau ni duk zaman batu ke? Orang lain beria-ia sibuk nak datang makan dekat sini tau! Kau yang memang dah tinggal kat kawasan ni boleh tak tahu,” marah Ain, lalu menghadiahkan cubitan di bahu Riana. Riana mengaduh sakit.
“Entah kau ni Riana, kena bendul sangat hah,” tokok Nabila lagi. Riana mencebik.
“ Janganlah marah, sumpah aku tak tahu! Korang carilah tempat aku nak ke lady jap, dah tak tahan sangatlah,” Riana meminta izin untuk ke tandas kerana tak tahan, dari tadi lagi perutnya asyik memulas. Tapi baru sekarang minta untuk di keluarkan.
Riana cepat-cepat berlari untuk ke tandas dengan mata mencari simbol tandas takut tidak sempat,  tapi malangnya lantai yang dipijaknya sekarang terlalu licin mengakibat dia tergelincir jatuh  tercium permukaan lantai tersebut. Sakitnya tiba-tiba hilang kerana seluruh badannya tersungkur.
“Ya Allah, cik tak de apa-apa ke?”soal  Indra, cemas  kebetulan melewati kawasan itu lalu menghulurkan tanganya cuba membantu Riana bangun.
“Adus, sakitnya!”Riana mengaduh tanpa menghiraukan soalan Indra dan membiarkan tangan itu tidak bersambut.
“Cik, tak de apa-apa ke?” soal Indra lagi bila Riana tidak menjawab.Dalam hatinya sudah memarahi pekerjanya kerana tidak menyiapkan kerja dengan sebaik mungkin yang paling parah telah membuatkan pelanggannya tercedera.
“Saya okey,” balas Riana ringkas tapi tangannya masih lagi mengosok buku lalinya yang terasa sangat sakit.
“Kaki awak mungkin dah terseliuh, mahu saya bawak ke hospital?,” tanya Indra masih cuba memujuk gadis yang jatuh terduduk dihadapannya agar menerima perlawaannya.
“Tak!sekejap lagi eloklah,” jawan Riana cuba mengelak dari dibantu.
“Uh! Degil betul!,” rengus Indra, bengang.
Terbeliak mata riana bila lelaki itu mengata dirinya.
“Siapa dia?sedap mulut dia je ,cakap aku degil!Mak aku pun tak pernah cakap macam tu!” gerutu Riana perlahan.
“Saya dengar ni,” suara Indra keras tapi pandangan masih lagi melekat di buku lali Riana.
“Sue!tolong ambil first aid dekat pejabat saya, dan letak dekat meja depan sana, ya,” arah Indra tegas. Dia mencempung  gadis itu tanpa kebenaran lalu membawa gadis itu ke ruangan rehat di Restoren  Cahaya Iman miliknya yang sederhana mewah itu.
“Tak nak pergi hospital, biar saya yang rawat!”Indra memarahi gadis itu setelah meNdudukkan Riana di sofa.
“Tahan sikit!,”ujar Indra cuba memperbetulkan urat sendi Riana yang tersalah itu.
“Aaaa!!!!Sakitlah!”jerit Rianalalu mencengkam kuat pada bahu Indra yang berpakaian kemeja panjang berwarna putih.
Selepas selesai membalut buku lali Riana, Indra bangkit dari duduk bersila lalu menuju ke singki untuk mencuci tangannya kemudian kembali ke tempat tadi dan melabuhkan pungunggnya disisi Riana yang anggun beraju kurung dan bertudung itu.
“Kuat juga tangan awak, ya?Macam nak tercabut bahu saya, awak cengkam,” usik Indra sambil tersengih.
“Nama saya Indra Ryan Shah,” kata Indra lagi, bila Riana membisu dan hanya menundukkan wajahnya yang mulus itu.
“Hah?”Riana memanggung wajahnya dengan laju bila medengar nama lelaki itu.
“Hahahaha..kelakarnya macam nama anak raja pulak,” gelak Riana sambil menekan perutnya.
“Nama awak?” soal Indra keras terus mematikan gelak gadis itu.
“Ina Riana.” Riana terkedu sambil meneguk air liurnya.
So nice, kalau macam tu saya panggil awak Ana sajalah, ya?”
“Tak boleh!Hanya mak saya seorang saja yang boleh panggil macam tu,’ marah Riana.
“Tak pelah awak anggap saya ni speacial untuk awak, jadi bolehlah saya panggil awak macam tu kan?” Indra masih lagi mengusik Riana.
“Gila!”Marah Riana lantas bangkit dari duduk, malangnya kakinya masih lagi lemah untuk menampung beratnya lalu dia terjatuh kembali di sofa itu.
“Ishhh, awak ni betul-betul degillah.Dah tahu kaki masih sakit nak berjalan jugak!” sindir Indra berbaur jenaka.
“Saya dah lewat nak masuk kerja  ni,” adu Riana bersuara cemas.
“Mintaklah mc,”balas Indra tenang sambil menyandarkan tubuh sasanya ke sofa.
“Saya ni cleaner je, makan gaji dengan orang bukan sesenang mintak cuti, lainlah awak dah memang ditakdirkan untuk jadi boss,” sindir Riana.
“Eh! siapa cakap saya bos? saya pun sama dengan awak jugak, tapi saya pelayan bukan cleaner!” jawan Indra sambil sambil keningnya terjungkit sebelah.
“Dasar penipu! Nak tipu tak pandai! Pakaian macam ni pun boleh cakap pelayan? Piraaaah!” bantah Riana.
Indra tergelak halus.
“Boss awak tu, manusia jugak, kan?”soalnya sebaik tawa hilang.
“Hah?”Riana tiba-tiba bingung.
“Mesti manusia kan? Jadi mintaklah mc dengan dia sayang oii.Dia mesti faham masalah awak. Kalau dia marahkan awak, awak berhenti terus jelah, bolehlah saya amik awak kerja, macamana?” jawab Indra tapi dengan wajah dibuat serius, sebenarnya dia cuba menahan tawa .
“Tak nak!”balas Riana laju.
“Kenapa?”soal Indra dengan intonasi suara yang sama dengan Riana.
“Sebab awak miang!,” balas Riana bersahaja sambil memeluk tubuhnya. Indra tergelak  besarkerana lucu.
“Alah, kerjalah  dengan saya. Lagipun gaji awak sebagai cleaner tu ciput je, kalau awak jadi PA saya,saya bayar lebih mahal tau,” usik Indra lagi masih tidak mahu mengalah.
“Awak ni memang dilahirkan miang dari kecik lagi,  ke? Baru kenal dah pandai nak atur hidup orang! Pelik!” bidas Riana, bengang.
Indra tergelak lagi, gadis yang belum sampai satu jam dia kenali telah berjaya mencuit hatinya.Selalu dia amat tegas dalam pergaulan dengan mana-mana perempuan.Tapi bila berjumpa dengan Riana dia seakan berubah personality.Boleh dikatakan dia amat menyenangi gadis ini.
Apakah cinta sudah berputik didalam taman hatinya?

Thursday, 4 October 2012

Alhamduillah, dan akhirnya Allah telah memberikan aku satu hadiah yang paling berharga untuk diri ini dan keluarga..


Dengan segulun ijazah ditangan tak semsetinya ilmuku segunng tinggi...masih banyak lagi ilmu yang perluku tambah dari sehari ke sehari..
Ya Allah Kau permudahkanlah segala urusan dunia dan akhiratku..

segulung ijazah yang ku pegang bermakna segunung tangungjawab dipikulkan ke bahuku untuk mengajak masyaratkat berbakti kepada ISLAM sekaligus menuju kepada YANG ESA..