Sunday, 29 April 2012

~ Kau si Rubah Ku ~

 Si Rubah jadian manusia yang berusia 100 tahun telah diselamatkan oleh
seorang budak perempuan manusia yang berusia 12 tahun ??











Rina @ RinChan seorang budak perempuan yang berusia 10tahun yang meminati anime jepun. Dia sentiasa berangan mahu menjadi heroin anime. Semasa dia pulang dari sekolah Rina terjatuh ke dalam tasik yang berhampiran dengan kawasan rumahnya. Tanpa diduga oleh semua manusia Rina telah berada di alam yang lain. Alam yang penuh dengan fantasi sepertimana yang diimpikan selama ini. Namun malang baginya alam fantasi yang dia masuki bukan seperti yang dia gambarkan. Adakah Rina gembira bila impiannya tercapai? Mahu tahu apa cerita si sebalik Kau si Rubahku? Sila ikuti penceritaannya dalam Blog ~DomiNisa mahu jadikan dunia Fantasia kepada Realiti~

Sunday, 22 April 2012

~SinOP Akhirnya Kau Ku Miliki~

Arissa Farhana seorang gadis yang berusia 18 tahun antara calon repeat semula peperiksaan SPM. Tanpa disangka olehnya perkenalan dengan seorang budak bernama Auni Maisarah yang berusia 6tahun telah membawa dia ke gerbang perkahwinan serta menjadikan dia ibu segera kepada kanak-kanak tersebut. Tetapi yang menghairankan dia dan ayah kanak-kanak sama-sama ada perasaan saling membenci. Disebabkan satu peristiwa yang terjadi . Jantung Arissa berdegup tanpa henti setiap kali bertentang mata dengan lelaki yang bernama Aysar Firas itu. Namun apa kan dayanya hati lelaki itu dipenuhi dengan cinta akan arwah isterinya itu. Perasaan kasih dan sayang untuk lelaki yang bergelar suami dia pendam seorang diri lama-lama bertukar menjadi hambar. Sikap Arissa yang agak degil sering kali mendatang rasa bengang pada Aysar, namun dengan sikap keanakan isterinya yang tak matang itulah berjaya membuka hatinya kembali untuk mencari suri hatinya. Disaat mereka mengecapi bahagia yang sekian lama untuk diperolehi. Perkahwinan mereka tergugat dengan kehadiran si kembar arwah isteri suaminya itu. Adakah Arissa Farhana akan diceraikan dan akan kembali kepada Emir Naufal yang setia menagih cinta darinya? Bagaimana pula dengan perasaan Aysar Firas terhadap Arissa Farhana ? Mungkin akan tergugat dengan kehadiran si kembar isterinya?







 “ Cukup Waiz! Jangan nak perli-perli aku lagi, kau kan tahu aku. Aku kahwin dengan dia
 disebabkan anak aku. Untuk jatuh cinta dengan dia jauh sekali. Cinta aku hanya untuk isteri aku sorang sahaja sahaja
 ~ Aysar Firas~









“Rissa cintakan abang, sepenuh jiwa Rissa yang ada. Abanglah orang pertama yang membuat jantung Rissa berdegup tanpa henti. Sekiranya ada ruang dihati abang walaupun sedikit, izinkanlah cinta Rissa mengisi ruang yang sedikit itu” ~ Arissa Farhana~






Auni tak nak! Auni ak mama yang hidup. Auni tak nak mama yang Qistina yang dalam gambar sahaja. Auni nak mama sentiasa ada disisi Auni. Suapkan Auni, pakaikan baju Auni, selalu bercerita untuk Auni. Auni nak kak Rissa jadi mama Auni tak kira!” ~Auni Maisarah~

Thursday, 19 April 2012

 Sedapnya bait-bait liriknya.. aku mahu jadikan lagu ini untuk si Pemberi Cinta kepada semua makhlukNya 

termasuklah aku <3 .. 

Manusia sering gelisah ,berkeluh kesah bila tak dapat cinta dari pasangannya. Tapi tidak pula berkeluh resah 

apabila cintanya pada Pencipta semakin menjauh..

Itulah yang namakan manusia sering lupa. Aku tak ingin begitu. Aku ingin mendapatkan cinta dariNya sebelum 

dari sipendamping dan juga si pembimbingku nanti..

Ya Allah akulah hambaMu yang sering alpa dengan keduniawi.

Kurniakanlah padaku Seorang yang boleh menunjukkan ku kepada jalan yang diredhai oleh Mu.

~Sekian colotehku Petang-Petang Jumaat~ Domi Nisa ;}

Wednesday, 18 April 2012

~DenDam Cinta~


“Abang Aisy, tak boleh ke belajar kat  sini, je? Kenapa nak pergi jauh-jauh?” Keysha memandang buah hatinya dengan pandangan yang redup.
“ Ke, abang memang dah tak sayangkan Keysha lagi?” ujar  Keysha lagi sambil memuncungkan mulutnya yang sememangnya dah muncung itu.
“Hah! Buatlah lagi, nanti abang cubit mulut tu baru tahu.” usik Aisy bila melihat Kesyha sudah membelakanginya, merujuk .
“Dengar sini sayang, abang ke sana nak sambung belajar, bukan bercuti ke apa. Lagipun abang tak pernah berniat nak berjauhan dengan Keysha, tetapi rezeki abang dapat dekat sana. Janganlah  merajuk lagi, dah tak manis dah.” pujuk Aisy.
  Aisy faham benar dengan sikap Keysha rajuknya tak lama, Keysha bukan seorang yang mudah merajuk dan marah sesuka hati. Biasalah merajuk manja-manja sayang dengannya saja, maklumlah jantung hati katakan.  Itu jugalah sifat yang ada pada Keysha, telah membuka hatinya untuk menyunting Keysha yang muda darinya dua tahun itu  sebagai kekasih hatinya.
Dia  masih  ingat lagi ketika mana dia mengikuti bapa saudaranya menziarahi jenazah ayah Keysha lima tahun yang lalu. Di situ dia terlihat seorang budak perempuan, duduk  seorang diri, berjauhan dengan tetamu. Dia kagum budak itu tidak menangis mahupun  meraung tapi hanya memandang ke arah jenazah ayahnya, tidak seperti budak lain mesti menangis sepuas-puas hati dengan seusia sementah itu. Dia bagaikan terpesona pertama kali melihat budak perempuan itu, tiba-tiba perasaan mahu mengenali  budak itu lebih dekat mula terbit didalam hatinya.
“Lepas ni, tinggallah Keysha sorang-sorang.  Tak bestnya .” Keysha merungut.
  “Kalau  Keysha nak ikut abang boleh?” soal Keysha sambil tersengih menampakkan giginya yang tersusun putih itu.
 Kata-kata Keysha mengejutkan Aisy dari mengenangkan peristiwa silam. Dia membetulkan duduknya sebelum membalas bicara Keysha.
“Hmm.. kalau macam tu, kita kena cepat-cepat  kahwin ni, Keysha.” Aisy berjenaka belum sempat Aisy menghabiskan tawanya satu cubitan hinggap dilengannya, dia mengaduh kesakitan.
“Ok-ok abang gurau je. Tapi Keysha juga yang cakap nak ikut abang kan?”
Keysha mencebikkan mulutnya dan mendengus halus.
 “Kenapalah Keysha tak jumpa abang masa 2 tahun yang lalu kan? Kalau tak, Keysha mintak abang apply  kat Malaysia je.”
 “Abang kenal Keysha dah lama, masa abang Form 3 lagi. Cuma Kesyha sahaja, tak pandang abang langsung .” Aisy berkata perlahan tidak didengari oleh Keysha sambil menatap wajah ayu Keysha. Sebelum dia menyambung bicaranya.
“ Amboi-amboi, belum kahwin dah nak control abang, ek? Tulah, Keysha lambat  sangat muncul dihati abang.” Usik Aisy berpura-pura tarik muka .
“Tapi takpelah, Keysha kan dah dapat tawaran belajar kat Maktab Kuala Lipis. Sekurang-kurangnya,  kita dapat berjihad untuk dapatkan ilmukan?”  suara  Aisy riang lalu tersenyum manis bila melihat wajah  Keysha masam.
“Aisy Syakirin! Keysha serius ni?” rajuk Keysha.
“Oklah sayang.” sahut Aisy sambil mencuit hidung Keysha yang tak berapa nak mancung itu.
“Baiklah cikgu Keysha, bila abang jadi doktor nanti, dan masa tu Keysha dah jadi cikgu kan? Abang nak  kita sama-sama  berbakti kepada pada masyarakat dan juga anak-anak kita nanti, ye sayang.” pujuk Aisy bernada romantik.
“Ee…  sapa cakap nak kahwin dengan abang?  Tak malu bluweek.” usik Keysha sambil menjelir kecil ke arah Aisy dan terus berlari .
“Keyshaa!  Nak pergi mana? Mari sini,  tadi kata tak sanggup nak berpisah dengan abang. Nakal ye..”
***********************
Tiga  hari lagi Aisy akan ke Ireland selama 3 tahun. Bagi memenuhi tempoh pengajiannya dalam bidang kedoktoran. Dan hari juga merupakan date  kali terakhirnya dengan Keysha  sebelum dia ke luar Negara. Dia sengaja keluar awal kerana mahu belikan sesuatu khas buat Keysha sebelum dia berangkat . Sebaik sahaja Aisy melangkah keluar dari Kedai Butik Muslimah yang menjual pakaian dan tudung. Dia terserempak dengan ibu Keysha Puan Ismah yang kebetulan mahu masuk kedalam kedai itu juga, lalu Aisy menyapanya. 
“Assalamuaikum, makcik apa khabar?”
Tanpa menjawab salam Aisy Puan Ismah mendengus kasar.
“Huh! Dengar kata kau nak ke luar Negara? Baguslah. Senang sikit aku nak halang anak aku dari jumpa kau.”
“ Dengar sini Aisy, selagi aku hidup . Aku tak mahu kau jadi menantu aku tau. Sampai bila-bila, faham!”  Sebaik sahaja menghabiskan katanya Puan Ismah melangkah masuk ke dalam kedai itu.
 Terkebil-kebil Aisy memandang Puan Ismah sehingga hilang dari pandangannya. Dia binggung tiba-tiba dimarahi oleh Puan Ismah, salahkan dia menegur tadi. Orang yang lalu lalang di situ hanya menjadi permerhati sahaja hendak membantu takut dikatakan menyibuk hal orang . Aisy dapat rasakan yang dirinya diperhatikan, terus meninggalkan kedai itu dengan rasa kesal dihatinya. Dia tidak faham kenapa Puan Ismah tidak menyenangi dirinya? Rasanya dia tak penah buat apa-apa kesalahan pada Keysha mahupun Puan Ismah selama ini.
Bila difikirkan kembali pertama kali dia menjejak kaki ke rumah Keysha. Dia dilayan baik sekali oleh Puan Ismah malah dia dianggap sebagai anak sendiri oleh mama Keysha.  Selepas mengetahui dia anak kepada Encik Aisy Hidayat dan Puan Bariah,  Puan Ismah menjadi dingin dengannya dan  sering kali bagi amaran kepadanya supaya jangan mendekati Keysha lagi. Aisy tidak  pernah memberitahu hal ini kepada Keysha, dia takut nanti  Keysha akan memutuskan perhubungan mereka.  Aisy tahu Keysha seorang anak yang taat dan sayang akan mamanya itu kerana hanya mamanya sahaja yang ada di dunia ini seperti dirinya. Ayah Keysha mati disebabkan kemalangan dengan sebuah kereta ketika mahu pergi ke surau waktu subuh, 5tahun yang lepas. Ayahnya pula meninggal disebabkan terkena buatan orang menurut ibunya. Aisy sangat sayang akan perhubungannya dengan Keysha apatah lagi akan mengkhianatinya.
******
“Abang akan bertolok malam ni.  Tumpang kat rumah Pak Long di Subang Jaya sebelum berangkat ke sana nanti.” tiba-tiba Aisy bersuara. Dia  memandang  Keysha yang masih menunduk menahan sebak.
“Keysha.. abang ada sesuatu nak bagi ni. Sebagai kenangan dan tanda cinta abang pada Keysha. Nah! bukalah.” pujuk Aisy untuk mengembirakan permaisuri hatinya itu.
Keysha membuka  bungkusan hadiah dan mengeluarkan sepasang jubah dan tudung Ariani  yang berwarna biru air laut warna sama dengan tudungnya.
 “Cantiknya abang, terima kasih, ye”. ucap Keysha sambil tersenyum senang.
“Nanti, pakai masa jemput abang kat Airport 3tahun dari sekarang. ye.” kata Aisy dengan nada romantik.
 Sebelum melangkah keluar dari perkarangan rumah Keysha Aisy sempat berpesan kepada Keysha.
“Keysha ini merupakan kali terakhir pertemuan kita, lepas ni tak tahu bila pulak kita nak jumpa.  Abang ke sana mungkin dalam 3 tahun.  Nak balik ke Malaysia pun, abang tak tahu dapat balik ke tidak sebelum tamat pengajian. Keysha kan tahu, family abang bukan kaya raya, ni pun nasib baik abang dapat tajaan JPA. Kalau tak, tak merasa abang nak pergi negera  orang.” ujar Aisy berjeda dengan suara berjenaka.
Keysha menunduk kepalanya memandang tanah dan cuba menahan tangisannya. Setelah mendengar kata-kata Aisy dia mendongak lalu memandang tepat pada anak mata Aisy yang kuyu itu seraya bersuara.
 “Keysha tahu abang, tapi Keysha nak abang janji satu pada Keysha.” Keysha berhenti sejenak cuba tahan sebak di dadanya.
“Apa sayang?  Insya-Allah kalau abang mampu, abang akan cuba tunaikan.”  Aisy cuba memujuk.
“Nanti sampai disana, setiap bulan abang mesti hantar surat kat Keysha, ye.” pinta Keysha.
“Hah, surat? Kenapa tak minta abang call je atau email?”. Aisy keliru dgn permintaan Keysha.
“Abang kan tahu, mama tak berkenan sangat dengan perhubungan kita. Jadi kalau kita bergayut mahu tak nya mama mengamuk nanti . Hmm kalau email susah, kena pergi cyber cafe. Tak naklah Keysha. Kalau surat boleh simpan dan boleh baca kalau teringatkan abang.” jelas Keysha bersungguh-sungguh.
“Oklah sayang, abang janji.” Tekad Aisy dihatinya.
“Hmm..” Keysha menepuk-nepuk pipi gebunya dengan jari telunjuknya.
“Hah! lagi satu, yang paling penting  jangan cari orang lain ya, Keysha janji akan tunggu abang balik. Keysha nak kahwin dengan abang saje, ni ikrar Keysha pada abang.” Ucap Keysha semangat.
“Lah,  ingatkan apa? Ok! Tapi Keysha pun kena janji sama, jangan cari dengan orang lain. Abang ke sana pun nak buktikan pada mama Keysha  yang abang boleh berjaya.” ujar Aisy sebelum melangkah menuju kearah kereta Proton Saga peninggalan ayahnya itu
Sebaik sahaja Aisy masuk ke dalam perut keretanya Keysha memanggilnya.  Satu flying kiss dari Keysha buat Aisy . Dan satu kuntuman senyum hinggap dibibir Aisy lalu dia membalasnya dengan membuat pergerakan mulut dengan perkataan i love so much. Mereka tersenyum bahagia.
*********************
7 tahun sudah berlalu, Keysha masih tetap menunggu surat dari Aisy. 2 tahun sejak Aisy ke Ireland mereka masih saling berutusan surat. Selepas itu  sepucuk surat dari Aisy  tak pernah dia menerimanya, beratus surat Keysha tulis untuk Aisy dan setiap kali dia mahu poskan surat itu Puan Ismah melarangnya kerana ibu Aisy Puan Bariah tak mahu Keysha menganggu Aisy kerana Aisy mahu tumpukan pelajarannya. Menurut mamanya lagi, ibu Aisy melarang mereka berutusan surat,dia tak mahu Aisy gagal dalam menggapai impiannya menjadi seorang doktor. Sebelum ini Aisy terpaksa  repeat paper dan kemungkinan tempoh pengajian Aisy akan dilanjutkan lagi akibat kegagalan dalam exam, gara-gara teringatkan Keysha. Keysha mengambil keputusan hanya menanti kepulangan kekasih hatinya ke Malaysia.
Tamat belajar dari Maktab Kuala Lipis, Keysha  mendapat tawaran mengajar di sebuah sekolah pedalaman di Johor jauh dari kampungnya di Sri Gombak, selepas 6 bulan dia menjadi penganggur terhormat di rumah. Sejak akhir-akhir ini Keysha ditimpa masalah dengan seorang pemuda yang bernama Mikael merupakan teman sekampus Maktab Keysha dahulu. Pemuda itu selalu mengejar  dan menangih cinta darinya dan sanggup menunggu sampai Keysha menerima lamarannya.
“Keysha tolonglah, aku cintakan kau Keysha.” Luah Mikael yang cuba mengejar Keysha dari belakang.
“Kau memang tak faham bahasa ke Mikaeal? Dah beribu kali aku cakap dekat kau. Cuba korek telinga kau betul-betul. Aku dah ada Aisy kat Ireland sana!” bentak Keysha bengang.
“Dahlah, pergi baliklah tak gunanya kau datang sini lagi!” marah Keysha lagi.
“Tapi Keysha dah 7 tahun berlalu? Dia tetap tak pulang-pulang kat Malaysia, jangan-jangan dia dah kahwin?  Tapi kau je tak tahu. Yang jadi mangsanya kau. Kau kan tahu sejak di Maktab lagi aku sukakan kau.” Mikaeal cuba membatu api dan masih merayu tak mahu mengalah.
“Jaga mulut kau sikit Mikael!” mengigil badan Keysha menahan marah yang berombak didadanya.
“Keysha, tolonglah bukalah pintu hati kau pada aku.  Minggu depan, aku hantar rombongan, ok.” pinta Mikael dengan mata bersinar-sinar tanpa menghiraukan amukan dari Keysha.
“MIKAEL!” laung Keysha bengang dengan sikap Mikael suka mendesaknya.
“Jangan buat kerja gila. Kalau kau buat juga, aku tak teragak-agak untuk memalukan keluarga kau.” ugut Keysha geram.
“Keysha tolonglah! Lagipun mak kau dah setujukan? Kalau kau kahwin dengan aku?” rayu Mikael bersungguh-sungguh. 
Mikael tahu hati dan jiwa Keysha hanya untuk Aisy seorang. Itulah sering kali diucap oleh Keysha ketika dia mahu mencuba memikat Keysha . Mikael masih teringat kenangan kali pertama melihat Keysha di kampus Maktab Kuala Lipis, dia terus jatuh cinta pandang pertama. Tanpa segan silunya, dia terus melamar Keysha untuk menjadi permaisuri penghuni hatinya. Tetapi malang nasibnya, mentah-mentah ditolak oleh Keysha.
“Sudahlah Mikael. Kau carilah perempuan lain, ramai lagi perempuan kat luar sana, menanti cinta kau. Selama ni, aku sabar dengan sikap kau. Aku masih anggap kau sahabat baik aku. Tapi mulai detik ini  kau bukan lagi sahabat aku.  Jangan cuba contact aku faham!” marah Keysha dan terus berlalu meninggalkan Mikael yang terlopong.
*********************
Petang itu Keysha kelihatan resah dan tak tenteram duduknya memikirnya kata-kata Mikael boleh jadi ada benarnya . Hatinya meronta-ronta mahu tahu khabar berita buah hatinya yang jauh nun disana kerana mengikut perkiraannya Aisy sudah tamat belajar, mungkin sudah menjadi seorang doktor sekarang. Dengan penuh persoalan dihatinya Keysha  mengambil keputusan untuk menziarahi Puan Bariah hari itu juga, disamping mahu bertanyakan keadaan Aisy.
“Hah! Keysha nak ke mana tu?” tegur Puan Ismah tiba-tiba muncul dari dapur sambil membawa minuman petang.
“Er.. hajatnya… Keysha nak ke rumah  Aisy, mama. Nak melawat makcik Bar. Bolehkan ma?” Pinta Keysha sedikit gugup.
“Alah, tak perlu susah-susah diri kamu ke sana, bukan dia ade pun.” jawab Puan Ismah acuh tak acuh.
“Hah! makcik Bar ke mana ma?” tanya Keysha sedikit terkejut .
“Hrmm.. dengar kata dia dah pindah Subang Jaya, rumah saudara dia kat sana.”Puan Ismah berbohong.
“Pindah? Patutlah aku tengok semalam sunyi je rumah tu? Jangan-jangan abang Aisy pun duk dekat sana juga? Ahh, tak mungkin dia balik Malaysia tak inform kat aku dulu! Aduss abang Aisy pun satu, kenapalah tak hantar berita langsung? 5 tahun abang menyepi tanpa khabar berita. Keysha betul-betul rindukan abang.” rintih Keysha didalam hatinya.
“Daripada kau tunggu anak dia, baik kau nikah je dengan si Mikael. Baik budaknya. Lagi pun keluarga dia, mama kenal sangat.” tiba-tiba Puan Ismah bersuara.
“Mama.. jangan sebut pasal ni lagi boleh tak? Kan Keysha dah bagitahu mama, cinta Keysha hanya untuk Abang Aisy sorang! Keysha yakin abang Aisy akan balik Malaysia nanti.” keluh Keysha tak suka cadangan mamanya itu.
“Balik? Bila? 10 tahun? ke 20 tahun lagi? Dahlah Keysha tak guna kau tunggu budak tu lagi, dah 7 tahun kau tunggu dia. Ada dia tanya khabar kau? Tak de kan?  Kau tahu berapa umur kau sekarang ni? 25 tahun! Dah boleh ada anak pun!”marah Puan Ismah kesal dengan sikap degil Keysha itu.
“Keysha yakin,  yang abang Aisy akan balik Malaysia nanti.” jawab Keysha sebak sambil menundukkan pandangannya.
**************
Sedang asyik Keysha memilih sayur tiba-tiba dia disapa oleh seorang gadis sebaya dengannya dari belakang.
“Hey, Keysha kau bila kau balik ni? Lama tak dengar khabar kau, sihat ke? tanya gadis itu
Keysha masih kebingungan memikirkan siapa yang gadis yang menegurnya itu
“Aii.. tak kan dah tak kenal aku dah? Alah, Ain sepupunya  Aisy Syakirin?” Perempuan yang sebaya dengannya meperkenalkan diri.
“Laa Ain ke? ya Ampun maaf-maaf. Dah lain dah kau sekarang. Hampir tak cam aku dibuatnya, kau...” kata Keysha terhenti di situ.
“Dah kuruskan?”  sambung Ain menghabiskan kata Keysha yang tergendala seketika.  
“He!he!he biasalah Keysha, aku kerja akauntan bank, tak de masa nak rest. Penat gila, sampai kurus aku jadinya.” jelas Ain dengan nada jenaka menceritakan keadaan dia sekarang sambil tersenyum bangga.
“Yelah tu, jangan-jangan kau jaga badan kan?.” Keysha cuba korek rahsia kenapa Ain menjadi slim berbanding dahulu.
“Tau takpe, biasalah lelaki nak yang slim-slim, baru nak buat bini kalau kembang situ sini, jangan haraplah. Sebelah mata pun belum tentu mereka pandang.” marah Ain merungut dengan sikap sesetengah lelaki hanya mahukan perempuan yang cantik dan berbadan seperti model sebagai kekasih mereka.
“Hisy..  ada ke macam tu? orang laki ni kan Ain, kalau nak cari isteri mesti hati yang ikhlas biar  tak cantik asalkan hati baik, lagipun cantik ini hanya pinjaman sahaja. Eh! kau cuti ke sekarang ni, Ain?” Keysha mula berceramah
“Aah ,aku ambik cuti sempena majlis  abang Aisy nak bawa balik isteri dia kat sini. Aku ingat kau dengan Aisy. Dulu  korang couple bagai nak rak . Tengok-tengok si Aisy pilih doktor juga jadi isteri dia.  Hmm tak faham aku, tapi kenapa dengan korang sebenarnya, ek?”  bebel Ain namun sempat bertanya  keadaan hubungan Keysha dengan sepupunya itu.
“Hah! Aisy dah kahwin?”
 Keysha terperanjat besar dengan apa yang Ain beritahunya seketika tadi. Ketika itu perasaan Keysha masa itu bagai dihiris sembilu dan hati dirasakan juga dicincang-cincang sampai lunyai. Keysha kembali bersuara setelah diam seketika.
“Ye ke? Aku tak tahu pun.” Keysha cuba mengawal emosinya.
“Aah, kau tahu bila aku dapat berita tentang  Aisy nak kahwin dekat Ireland. Mati-mati aku ingat kau pengantin perempuan. Lepas mak aku cerita, terkejut beruk aku dibuatnya. Haa satu lagi, betul ke mak ngah aku cakap kau dah kahwin? Sampai hati kau tak bagitahu aku, ye.” Tanya Ain lagi, sambil membuat muka sedih.
“Kau mengaruk apa ni?  Mana ade aku kahwin.” Balas  Keysha ternyata terkejut dengan persoalan Ain.
“Ye ke?” duga Ain seakan tidak percaya.
Tiba-tiba telefon bimbit Ain berbunyi nada Hanyut nyanyi Faizal Tahir.
  “Jap ek Keysha” Ain meminta izin mahu menjawab panggil itu.
Keysha mengangguk dengan perasaan berdebar-debar  menantikan  Ain untuk mendengar tentang Aisy dan bagaimana Ain boleh kata dia dah berkahwin. Penantian itu begitu lama baginya. Keysha menjadi memerhati yang setia, dilihatnya Ain mengangguk- angguk. Apa yang dibicarakan dengan si pemanggilnya Keysha sendiri tak tahu. Selepas mematikan talian  Ain segera menuju ke arah Keysha.
“Eh Keysha, maaf aku terpaksa pergi dulu. Mak aku dah bebel ni, tak sempat nak story-story la, sory sangat.” keluh Ain kesal.
“Laa.. Ain kau tak sempat bagitahu aku lagi, mana kau tahu aku dah kawen ni.” ujar Keysha menagih simpati Ain.
“Maaf lah mak aku nak ke hospital ni, lain kali ye? Oh ye,  belum terlupa esok majlis Aisy datanglah ye, buat kejutan pada Aisy  nanti. Ok chow dulu, daa.” ujar Ain panjang sebelum menghilangkan dirinya kedalam keretanya.
“Insya-Allah aku datang, nanti kirim salam dekat mak kau nanti ye?” sempat lagi Keysha melaung kerana Ain sudah menghidupkan enjin kereta Kelisanya yang berwarna biru.
“Tak boleh jadi ni, aku mesti ke rumah Aisy.” gumam Keysha.
Keysha cepat-cepat membuat bayaran dan menuju ke rumah Puan Bariah.
“Assalamuaikum, makcik , oo makcik .”Keysha memberi sebaik sahaja kakinya mencecah di depan pintu rumah Aisy.
“Walaikumusalam, eh! Keysha masuk lah”
Puan Bariah terkejut dengan kedatangan Keysha kerumahnya secara mendadak.  Satu perasaan aneh terbit dihatinya.
 “Duduk dululah Keysha makcik buatkan air.”pelawa Puan Bariah.
“Tak pe mak cik, Keysha datang ni pun nak jenguk makcik. Dengar kata makcik dah pindah betul ke?” tanya Keysha mahukan kepastian.
“Eh, mana ada Keysha makcik duduk sini je. Sekali sekala naik Subangjaya melawat saudara mara.” jawab Puan Bariah dengan debaran dihatinya.
“Ooo, hmm makcik..” Keysha serba salah mahu bertanya namun perasaan ingin tahu terbuak-buak di hatinya  dia mengambil nafas seketika bagi mengumpul tenaganya untuk bertanya tentang Aisy.
“Mak… Makcik. Betul ke abang Aisy dah kahwin?” akhirnya Keysha meluahkan apa yang terbuku dihatinya itu.
“Hah! Err..Keysha mak cik mintak tolong, jangan ganggu Aisy. Makcik tahu Keysha sedih dan kecewa, tapi makcik mahu Keysha berhenti dan jangan jumpa lagi dengan Aisy. Mak cik merayu  Keysha tolonglah.” tiba-tiba Puan Bariah merayu pada Keysha.
Keysha kebingunggan melihat tindakan Puan Bariah secara tiba-tiba. Keysha juga terkejut apa yang dia dengar, dia hanya menundukkan wajahnya dan menahan sebaknya. Didadanya berombak-ombak perasaan sedih yang teramat. Ngilu sekali rasanya.
“Jadi betulah perkara ni?” soal Keysha dengan nada sebak.
“Tolonglah makcik merayu jangan ganggu Aisy lagi, makcik tak nak kehilangan dia lagi.” rayu Puan Bariah sambil melutut dihadapan Keysha.
“Makcik, Keysha mohon pada makcik. Beri peluang sekali sahaja, untuk Keysha berjumpa dengan abang Aisy. Keysha nak tanya kenapa dia sanggup buat Keysha macam ni? Keysha janji lepas ni Keysha  tak kan jumpa dia lagi, cakaplah makcik mana abang Aisy?”
Keysha tetap bekeras mahu jumpa Aisy. Baginya selagi dia tak berjumpa dengan Aisy masalahnya tak kan selesai.
“Keysha tolonglah pulang sekarang, sekejap lagi Aisy akan sampai.  Tolonglah Keysha lupakan Aisy, makcik tak nak rumitkan keadaan.” Puan Bariah masih merayu.
“Keysha tak faham makcik. Keysha kena jumpa dengan abang Aisy.  7 tahun makcik. 7tahun! Keysha tunggu dia, tanpa khabar berita. Tiba-tiba Keysha dengar dia dah kahwin. Apa salah Keysha makcik? Apa salah Keysha?”  herdik Keysha tiba-tiba yang gagal  mengawal  emosinya.
“Apa salah Keysha? Keysha nak tahu!” Aisy mengamuk sebaik sahaja dia mahu naik kerumahnya bila dia terdengar suara Keysha yang kuat mengherdik ibunya.
“Aisy sabar dulu nak jangan nak marah, Aisy sampai bila? Kenapa tak bunyi enjin kereta?” Puan Bariah sengaja menukar topik supaya Aisy dapat mengawal marahnya.
Keysha terdiam dan terkejut. Dengan perlahan-lahan dia menoleh ke arah suara itu. Selama tujuh tahun dia menanti-nantikan kehadiran wajah kekasih hatinya dan hari ini akhirnya dia dapat menatap wajah yang dirinduinya selama ini. Aisy yang dia kenali dulu jauh  berbeza  yang berada dihadapannya, kini  wajahnya yang sawo matang  itu kelihatan  matang sesuai dengan usianya 27tahun, kini Aisy  berkaca mata dan ada sedikit kumis hinggap di bahagian bibir bawahnya. Aisy begitu kacak pada pandang Keysha dari dulu sampai sekarang. Dan  hanya Aisy sorang yang berhak bertahta dihatinya.
“Keysha ikut abang.  Kita bincang kat bawah jangan libatkan mak abang dalam hal ni.” Aisy menarik tangan Keysha dengan kasar.
“Abangg! Lepaslah, tangan Keysha sakit.”  marah Keysha yang kesakitan.
“Aisy kau nak buat apa dengan Keysha tu?  Tolong Aisy,” rayu Puan Bariah dengan air mata bercucuran.
“Mak, biar Aisy dan Keysha selesaikan masalah kami berdua. Mak jangan masuk campur!” Aisy meninggikan suaranya sedikit.
Terselit dihati Puan Bariah rasa bersalah, dia tahu Aisy mahupun Keysha tak bersalah dalam hal ini.
“Ya Allah”, kau lindungilah mereka berdua” doa Puan Bariah dalam hati.
“Abang, kenapa abang buat Keysha macam ni? 7 tahun Keysha tunggu abang, kalau abang dah tak sayang Keysha . Sekurang- kurang  abang hantar surat pada Keysha,  tak pun telefon bagitahu abang dah ada perempuan lain. Susah sangat ke?” laung Keysha melepaskan geramnya yang terbuku lama dihatinya.
“Ni tak! Abang seksa jiwa Keysha selama 7tahun!” Keysha menyambung marahnya.
 “Abang tahu sampai sekarang Keysha membujang, sebab apa abang nak tahu? Sebab Keysha tunggu abang tapi abang sedikit pun tak kesahkan?” luah Keysha suaranya menjadi perlahan dek kerana tak tahan sebak. Abang dah ade orang lain kan? Cakap abang! Cakaplah!.  Betul orang kata lelaki memang tak boleh setia. Keysha tak sangka abang macam ni, kalau Keysha tahu abang dah kahwin Keysha tak teragak-agak nak terima lamaran Mikael. Keysha benci abang, benci!” tuduh Keysha yang semakin menggila marahnya.
“Enough Keysha! jangan nak tuduh abang bukan-bukan.”Aisy membela dirinya.
Keysha terkedu Aisy tiba-tiba menengkingnya.
“Sapa yang buat hal dulu? Keysha atau abang?  Keysha ingat abang dekat sana nak main-main ke? Abang ke sana pergi belajar nak buktikan pada mama Keysha, yang abang boleh jadi orang berjaya. Boleh jaga Keysha. Boleh bagi kemewahan pada Keysha.” terang Aisy nada sedikit kasar.
“Keysha  tak mahukan kemewahan! Keysha mahu abang!” Keysha memekik sambil menutup kedua belah telinganya Keysha mahukan abang.” tangisannya semakin menjadi.
“Keysha, sabar Keysha. Dengar dulu apa abang nak cakap?” Aisy mengoncangkan kedua bahu Keysha bagi menenangkan Keysha yang semakin tidak keruan.
“Tak nak, abang tipu. Abang sanggup buat macam ni pada Keysha. Keysha setia dengan abang, setiap bulan Keysha tulis surat untuk abang tapi Keysha tak berani nak poskan. Keysha takut menganggu abang. Makcik Bar  bagitahu  pada mama yang abang kena repeat paper sebab Keysha, abang tipu sebenarnya, abang ada perempuan lain kan? Apa salah Keysha, abang?” rungut Keysha berjeda air matanya mengalir dengan lajunya.
“Ye! memang abang kena repeat paper dan hampir hilang nyawa  gara-gara surat Keysha. Abang  hantar  surat pada Keysha,  tapi Keysha tak pernah nak  balas. Selama setahun abang  menunggu surat  dari Keysha. Keysha tahu tak?” Aisy berhenti sejenak dan memandang Keysha yang  masih tersedu-sedu.
 “Dengan sabar abang  menanti, tanpa disangka-sangka  abang terima surat dari Keysha akhirnya, tak sia-sia penantian abang.  Betapa gembiranya hati abang hari tu. Tapi abang tak menyangka surat kiriman dari Keysha, memberi satu tamparan hebat bagi abang. Abang hampir bunuh diri tapi Allah masih menyayangi abang. Dia utuskan Diana menyelamatkan abang dari membuat perkara terkutuk itu, Diana tak putus-putus nasihatkan abang.”
“ Hampir dua tahun abang berputus asa dalam kehidupan abang tetapi Diana sentiasa bersama abang, dia menjadi peneman setia abang. Membuatkan abang terbuka hati untuk menerima cintanya . Abang ambil keputusan untuk berkahwin dengan Diana, mak pun setuju. Masa tu mungkin Keysha sedang berbahagia kan?” Aisy menyelesaikan katanya dengan nada memerli bekas kekasihnya itu.
“Begitu mudah bagi abang, begitu mudah sangat,” ujar Keysha tersedu-sedu.  Surat apa yang Keysha kirim pada abang. Sampai abang buat keputusan nak berkahwin dengan perempuan lain.” tanya Keysha berbaur sinis.
“Jangan menfitnah abang, Keysha. Berdosa! Keysha tunggu sini sekejap.”
 Aisy masuk ke dalam rumahnya setelah itu dia kembali pada Keysha dan menyerahkan sepucuk surat yang agak  kekuningan dek kerana dimakan masa  itu pada Keysha.
“Nah! Keysha bacalah sendiri.” Aisy menyerahkan surat itu pada Keysha.
Keysha membuka sampul surat dengan tergesa-gesa  tak sabar dia nak tahu apa isi yang telah ditulis olehnya, dia sendiri tak tahu apa kandungan surat tersebut. Keysha menatap surat itu dengan beribu kerut didahinya.
Assalamuaikum…
 Buat Kekasihku Abang Aisy Syakirin.
Keysha doakan abang sihat2 selalu. Keysha minta maaf kerana tak dapat balas surat2 abang kerana Keysha sekarag sangat sibuk dengan tugasan Maktab.
Abang, tujuan Keysha utus surat ni untuk bagitahu abang satu perkara besar dan mungkin akan mengejutkan abang, tapi Keysha harap abang dengan hati terbuka untuk menghadapinya.
Untuk pengetahuan Abang, Keysha dah berkahwin dengan seorang jurutera dari Kuala Lumpur setahun yang lalu, dia merupakan kenalan mama, anak Datuk Zaidi seorang jutawan di Kuala Lumpur, Keysha tengok dia kali pertama, Keysha terus jatuh cinta dekat dia, abang. Dia pandai jaga hati Keysha, Keysha akui memang susah nak lupakan Abang tetapi adanya dia, Keysha terpikir cinta antara kita hanya cinta monyet sahaja, Keysha tahu mesti abang marahkan Keyshakan? Keysha dah minta petunjuk dr Allah, Keysha dapat rasa dia jodoh terbaik untuk Keysha. Keysha juga yakin mesti di sana abang dan jumpa  seseorang yang lebih cantik dan baik dari Keysha. Keysha tak kesah kalau abang nak berkahwin dengan dia.
Akhir sekali, Keysha minta abang jangan ganggu Keysha lagi , sebabnya Keysha dah mengandung 2 bulan dan Keysha juga minta ampun dari hujung rambut ke hujung kaki kerana baru sekarang Keysha beritahu abang perkara ni, maaf juga kerana melukakan hati abang, Keysha doakan abang akan bahagia tidak kira siapa pilihan abang.
Salam Sayang dari,
KEYSHA

Selesai membaca surat itu Keysha menatap wajah Aisy dengan muka yang agak sembat akibat kuat menangis.  Pandangan mereka bertaut.
“Keysha nak cakap apa lagi?  bukti dah adakan ? kenapa nak jumpa dengan abang lagi? Mana pergi suami dan anak Keysha tu?” marah Aisy.
“Ini bukan surat dari Keysha abang, demi Allah Keysha tak pernah dan tak akan tulis surat ni.  Satu perkara lagi...” Keysha berhenti sejenak menarik nafasnya kemudian hembus pelahan.
“Keysha tak kenal pun mana –mana  lelaki dari Kuala Lumpur, Keysha juga tak pernah berkahwin macam mana nak  hamil.” jawab Keysha menahan tangisan yang semakin lebat bercucuran.
“Habis surat tu bukan dari Keysha dari siapa, Keysha? Dah terpapar nama dan alamat rumah Keysha, dan setem pun ada tertulis tarikh dan tahunnya. Jawablah kenapa diam?” Aisy meninggikan suaranya dengan muka merah padam menahan marah.
“Keysha tak tahu abang, Keysha tak buat semuanya.” laung Keysha tangisannya semakin laju dan dia terduduk lemah
“Keysha, Aisy.  Mak minta maaf korang tak salah yang salah mak dan mama kamu Keysha.” tiba-tiba ibu Aisy mencelah. Mak cik Bariah serba salah mahu bagitahu hal sebenar kepada mereka berdua
“Mama? Kenapa dengan mama mak cik?” tanya Keysha inginkan kepastian.
“Keysha, mama kamu pernah datang ke rumah mak cik. Dia maki hamun dan minta makcik jauhkan Aisy dari kamu.”cerita Puan Bariah menbongkarkan semuanya.
“Tapi kenapa mama sanggup buat macam tu?” soal Keysha dengan sedikit terkejut.
“Kamu tanyalah mama kamu sendiri, mak cik tak nak keruhkan lagi keadaan.” ujar Puan Bariah perlahan.
Tanpa berfikir panjang Keysha terus bangkit dari duduknya berlalu ke arah kereta kancilnya lantas menghidupkan keretanya dan terus meluncur ke rumahnya.
“Aisy, jom kita kerumah Keysha, mak takut sesuatu akan terjadi.”ajak Paun Bariah menarik tangan anaknya  yang masih kelihatan bingung.
Sampai di rumah Keysha, Aisy dan maknya terdengar suara Puan Ismah marahkan Keysha. Mereka meluru naik ke rumah kayu yang masih cantik itu.
“Ya, memang mama yang tulis!” sergah Puan Ismah
“Tapi kenapa ma? Kenapa mama buat macam ni. Apa salah Aisy mama buat dia macam tu? Kenapa mama sanggup pisahkan kami mama? Mama kan tahu saya hanya cintakan Aisy saja.” tanya Keysha bertalu-talu. Bahunya tersengguk-sengguk menahan tangisan.
“Aku tak nak kau dengan dia bersatu, aku mahu balas dendam terhadap ayah dan mak dia, apa yang aku mahu tak dapat? Jadi apa yang anak dia nak, aku akan halang. Kau faham tak Keysha, kau tu anak aku. Aku nak kau bahagia!” jerkah Puan Ismah dengan kasar.
“Bahagia? Mama tahu tak orang yang Aisy mahukan itu adalah Keysha ma. Anak mama. Mama tak sayangkan Keysha ke ma?” Keysha masih merayu dengan tangisan yang tersedu-sedu.
“Kak sudah-sudahlah” tiba-tiba Puan Bariah dan Aisy sebaik sahaja tak tahan melihat Keysha terus dipersalahkan.
“Korang buat apa kat sini?  Aku tak nak tengok muka korang. Keluar sekarang!” Kemarahan Puan Ismah bertambah apabila melihat Puan Bariah dan Aisy berdiri di muka pintu rumahnya.
“Sabar mak cik”.  Aisy cuba menghalang Puan Ismah daripada memukul maknya
“Kak sudahlah. Perkara dulu kita lupakan, saya tahu kak masih berdendam dengan arwah. Tapi arwahkan dah tak de.  Tak elok  akak masih simpan dendam, lagipun kita sudah tua, kak.”pujuk Puan Bariah untuk meredakan kemarahan Puan Ismah.
“Kau diam! kau sedaplah cakap sebabnya kau dapat apa yang kau mahukan! Tapi aku? Apa aku dapat? Kau tahu tak,  aku menderita hidup dengan orang yang tak pernah aku cinta, kau tahu tak!” herdik Puan Ismah marahnya semakin menggila.
“Mama! Mama cakap apa ni?” soal Keysha benar-benar keliru .
“Bertenang Keysha.” Aisy memegang bahu Keysah untuk memujuknya yang hampir terduduk. Dia sendiri tak faham masalah yang pernah terjadi antara maknya dan juga makcik Ismah.
“Kak dengar dulu apa yang saya nak cakap? Saya tahu, saya yang memisahkan kakak dengan abang Hidayat. Tapi percayalah abang Hidayat tak penah lupakan akak. Walaupun dia kahwin dengan saya, dia masih sayangkan akak.’ jelas Puan Bariah sambil bercucuran air matanya keluar.
“Jangan kau nak merepeklah Bar! Kalau dia betul-betul sayangkan aku. Kenapa masa majlis perkahwinan kami dia tak datang? malah kena tangkap khlawat dengan kau. Kau tahu betapa malunya family aku masa tu. Malah aku terpaksa kahwin dengan si Khalid si kaki betina!” bentak Puan Ismah tidak puas hati.
“Kalau kakak nak tahu, abang Khalidlah yang perangkap kami malam tu. Dia tak mahu kakak dan Abang Hidayat  berkahwin.” luah Puan Bariah keadaan sebenar.
Dalam keadaan yang tegang sempat Aisy memerhatikan Keysha. Dia begitu terpesona dan jatuh cinta buat kali kedua pada Keysha, dilihatnya Keysha tak berubah ketika mana pertama kali dia terlihat Keysha. Keysha masih dapat bertahan hanya memerhatikan suasana sedih itu dengan mata yang sayu, tangisan cuba ditahannya supaya tidak gugur dari tempatnya. Keysha betul-betul seorang yang tabah tak cepat melatah sentiasa tenang walaupun rebut taufan melanda dirinya. “Kalaulah hal ini tak terjadi, pasti Keysha sudahku miliki.” desis Aisy dihatinya.
“Apa kau cakap ni? Abang khalid? Dia yang rancang semua tu!” tanya Puan Ismah tidak percaya.
“Ye kak, maafkanlah abang Hidayat. Dia betul-betul menyesal pada masa hayat dia. Dia sentiasa pesan pada saya, jangan bagitahu perkara sebenar pada kakak . Dia takut nanti akak akan benci pada abang Khalid.”
“Abang Hidayat mati pun, disebabkan berbuatan abang Khalid kak. Saya dah tak sanggup tengok akak terus berdendam dengan saya dan juga Aisy. Saya juga tak nak tengok Keysha dan Aisy meneruskan dendam tu lagi kak, maafkanlah kami kak.” jelas Puan Bariah panjang lebar.
“Ya Allah!! abang Hidayat betul ke semua ni? abang tak bersalah ke? Kenapa abang Khalid buat macam ni? Ya Allah, ampun kan aku. Bar ampunkan akak Bar.”Puan Ismah meraung  sambil memeluk kaki Puan Bariah.
 Puan Ismah tak menyangka  Aisy Hidayat begitu terseksa gara-gara arwah suaminya. Dia menangis sepuas hatinya. Puan Bariah duduk dan memeluk kakak angkatnya itu. Dia tahu pasti Puan Ismah betul-betul menyesal atas berbuatan arwah suaminya Si Khalid.
 Keysha dan Aisy menjadi pemerhati, mereka tak sangka ibu mereka mempunyai sejarah yang amat memilukan. Keysha keluar meninggalkan mamanya dan mak Aisy untuk seketika bagi mendapatkan ketenangan dihatinya langkahnya diekori Aisy.
“Keysha” Aisy menyapa lembut
Keysha berpaling sambil menyapu air matanya yang sudah berguguran.
 “Abang, maafkan mama Keysha. Perbuatan mama memang melampau, hampir buat abang mati.” keluh Keysha sebak.
“Abang maafkan Keysha, abang  menyesal kerana tak siasat perkara ini betul-betul. Keysha tak bersalah, abang juga bodoh kerana percaya bulat-bulat, sampai tak cam itu tulisan Keysha atau tak. Kalaulah abang dapat putar masa abang tak akan terburu-buru kahwin masa tu.”jawab Aisy menyesal.
“Abang jangan cakap macam tu, walaupun kita tak berjodoh tapi kita dapat satukan hubungan mama  Keysha dan mak abang yang lama terpisahkan?”
Esok majlis abangkan?” Keysha sengaja tukar topik dan pura-pura ceria kerana dia tak sanggup untuk terus mendengar kata-kata yang mungkin akan melemahkan hatinya.
“Abang  tak boleh sedih. Kena sentiasa ceria maklumlahkan orang dah jadi pengantin kena seri tu lebih dari yang tak kahwin lagi.”Keysha berjenaka dalam sedih.
Aisy hanya mampu tersenyum dia tahu Keysha cukup terseksa begitu juga dengan dirinya.  Kalau diikutkan hasrat hatinya mahu saja dia menyunting Keysha untuk menjadi isterinya sekarang itu juga. Tapi dia tahu perempuan mana mahukan hidup bermadu. Dia sendiri pun tak tahu tahap keadilan dirinya sekiranya dia berkahwin dua. Sekarang dia sudah menjadi milik Diana yang sah. Isteri yang dikahwinnya ketika di Ireland setahun yang lepas. Jadi batas pergaulan dengan Keysha dia harus jaga takut nanti isterinya terluka.
*************
“Mama! Mama! Sekejap.”  panggil Keysha tatkala melihat ibunya bersiap-siap mahu kerumah Aisy. Dia memeluk mamanya lama.
“Keysha sayang mama tau.” ujar Keysha manja.
“Hisy budak ni macamlah dah tak jumpa dah. Nanti sampai rumah Aisy telefon mama.” pesan Puan Ismah dalam hatinya timbul perasaan hairan dengan sikap Keysha tiba-tiba itu.
Keysha memerhatikan sampai hilang kelibat mamanya. Sejak dari peristiwa semalam hubungan mamanya dengan mak cik Bariah menjadi betul-betul rapat. Sampaikan mamanya sanggup pergi awal pagi gara-gara mahu membantu ibu Aisy. Keysha merasakan dirinya  bahagia  walaupun dia dan Aisy tak dapat bersatu asalkan mamanya bebas dari  berdendam.
“Hmm, majlis tu tinggal 2 jam lagi, hadiah dah siap balut. Bolehlah  buat kali terakhir aku tulis surat cinta untuk abang Aisy. Maafkan Keysha, kak Diana. Walaupun dia suami akak, tapi Aisy Syakirin akan selalu bertahta dihatiku ni, dan akan ku kunci disini.” kata Keysha sendirian sambil tunjuk ke arah dadanya.
“Alamak dah lewatlah adus.. ” Keysha tergesa-gesa gara dia terlelap tadi, sampaikan dia tertinggal hadiah  untuk Aisy.
“ Maaf  makcik! mama! Keysha terlelap tadi. Pengantin dah sampai ke?” tanya Keysha dengan wajah penuh rasa bersalah.
“ Lebih 10 minti tadi baru sampai, pergilah makan dulu .” pelawa mak cik Bariah. Keysha mengangguk dan berlalu dari situ.
Sedang Keysha mahu beratur untuk mengambil makanan tiba-tiba dia terasa bahunya dicuit seseorang. Lantas dia menoleh pandangannya ke belakang.
“Abang! Jahat, ye. Hmm.. pengantin kita gatal ni, isteri tak de depan mata dah nak menggatal.”usik Keysha menghilangkan rasa debaran dihatinya.
“Tak pe. Dengan kekasih lama je kan? cantik Keysha hari ni, tapi abang rasa macam kenal je jubah dan tudung ni. Sapa bagi ek?”Aisy cuba bergurau ingin membuang perasaan sangsinya pada Keysha.
“Eleh kura-kura dalam perahu.” jawab Keysha
Mereka berdua tergelak mengekek. Walaupun masing-masing kelihatan  sangsi untuk bergurau senda seperti dulu, perasaan cinta yang mendalam diri mereka masih kuat telah menolok perasaan keganjalan itu.
“Tapi abang jugak kan suruh Keysha pakai ni nanti nak jumpa abang ?”jawab Keysha lagi sambil tersengih
“Hmm ..  tapi  abang suruh Keysha pakai  ketika mahu jemput Abang kat KLIA dulu kan?” keluh  Aisy perlahan dengan rasa kecewa dihatinya.
“Keysha kata nak bagi hadiah special kat abang mananye?” Aisy cuba tukar suasana  sedih menjadi ceria semula sambil hulurkan kedua belah tanganya.
“Alamak abang, Keysha terlupa nak bawaklah, Keysha pergi ambik sekarang, ya. 20 minit je, nak naik kereta susah nak keluarkan, Keysha jalan je, tunggu tau.” ujar Keysha sambil meletakkan semula makanannya di meja.
“Ok hati –hati .”pesan Aisy tersenyum
“ Abang maafkan Keysha ye. Bye.” kata Keysha tiba-tiba
Aisy hairan dengan sikap Keysha, dia terasa berat nak lepaskan Keysha pergi.
“Ahh, Cuma fikiran aku je kot.” ujar Aisy memujuk hatinya.
Lebih kurang sudah setengah jam Keysha pergi. Kelibatnya masih tak  muncul-muncul. Hati Aisy didatangi kerusingan. Matanya sentiasa terjenguk-jenguk ke arah  jalan mahu masuk ke rumahnya menanti kemunculan Keysha.
“Tolong! Lori balak terbalik lori balak terbalik kat simpang sana.” Terdengar suara seorang budak berteriakkan.
“Apa hal ni adik?” tanya Aisy kehairanan.
“Abang Aisy lori balak terbalik, Kak Keysha kena tindih dengan kayu balak. Abang cepatlah.” jawab budak itu dengan termegah-megah .
“Apa? Keyshaa tak mungkin.” Terkaku Aisy seketika. Dia tidak percaya dengan berita itu.
“Keysha… Ya Allah Keysha anakku.  Keysha bangun nak, bangun!” teriak Puan Ismah sambil memangku kepala Keysah diribanya.
“Sabar kak, sabar. Sekejap lagi ambulans sampai.” Puan Bariah memujuk dengan suara tangisan.
Aisy hanya memerhati tak sanggup dia mahu melihat Keysha terlantar. Seluruh tubuh Keysha dipenuhi dengan darah, dia dapat mengagak Keysha tak dapat menggerakkan badannya walau sedikit pun tulang belulangnya patah akibat ditimpa kayu balak.
 Keysha sendiri tak menyangka perkara ini akan terjadi. Keysha masih teringatkan peristiwa yang menimpanya sebentar tadi sebaik sahaja dia mendapatkan hadiah Aisy. Terus dia ke rumah Aisy tanpa disedarinya datang  sebuah lori balak  yang mahu memasuki lorong sebelah kiri tiba-tiba  terbabas dan masuk ke kedalam parit semua kayu balak dibelakang lari itu terjatuh dah bergolek. Keysha yang tak sempat melarikan diri kena hempas dek balak yang besar itu.
“Keysha jangan tinggalkan mama sayang. Maafkan mama tak dapat tunaikan impian Keysha. Tolonglah jangan pergi Keysha.” rayu ibunya dengan teresak-esak.
Keysha hanya mengelipkan matanya kerana dia tak mampu untuk bercakap, justeru itu dia melarikan anak bola matanya ke arah Aisy, mata mereka bertaut.  Hanya mata sahaja yang menjadi perantaraan  antara mereka.  Aisy menghampiri Keysha mengambil alih tempat mak cik Ismah, dia meriba kepala Keysha lalu membisikkan sesuatu ditelinganya.
“Abang sayangkan Keysha, selagi hayat abang ada. Mengucap Keysha Assyahaduallahillahha Illallah”
“Lailahillallah” hanya bibirnya sahaja yang bergerak.
Akhirnya Keysha menghembus nafasnya dipangkuan orang yang dia kasihi. Air mata Aisy bercucuran. Puan Ismah ditenangkan oleh Puan Bariah dan menantunya Diana.
“Aisy ni hadiah untuk kamu, mungkin dari Keysha.” kata salah seorang penduduk kampung itu.
Aisy meyambutnya dengan berat hati untuk mengambil hadiah itu dia mencabut sepucut surat yang dilekatkan diatas bungkusan itu lalu membukanya. Dengan tangan yang masih mengigil Aisy mahu membacanya.
Assalamuaikum …. selamat pengantin baru abang =)
Walaupun sakit hati Keysha, Keysha tetap tabahkan hati untuk menulis surat ini untuk Abang, anggaplah surat ini yang terakhir dari Keysha.  Keysha minta maaf  sebab Keysha masih tak rela lepaskan abang untuk orang lain. Tapi Keysha akan berdoa agar Keysha tidak menjadi penghalang antara abang dengan kak Diana nanti, tapi abang jangan paksa Keysha untuk tidak terus menyintai abang, OK!. Keysha akan tetap menyintai abang sampai ke akhir hayat Keysha =), insya-Allah sampai syurga dengan izinNya. Kalau Allah memakbulkan doa Keysha, nanti di alam sana Keysha mahu jadi isteri abang, bolehkan abang? Keysha berharap sangat Allah memakbulkannya.
Sekarang abang mesti utama kan kak Diana tau jangan curang padanya. Kalau abang curang padanya bermakna abang memang tak sayang Keysha.
Pesanan untuk abang khas dari yang pernah bertahta dihatimu…
Abang mesti lupakan Keysha, jangan simpan cinta dalam hati abang buat Keysha berikan pada kak Diana. Abang mesti jaga kak Diana baik2 macam abang jaga Keysha. Abang mesti menyayangi kak Diana lebih dari sayang Keysah ya. Abang mesti cintakan kak Diana lebih dan lebih dari Keysha. Sebabnya kak Diana sekarang dah jadi isteri abang. Alangkah bahagianya kak Diana, kerana dapat berkahwin dengan abang. Bertuahkan dia? Kalaulah Keysha yang berada tempat kak Diana sekarang pasti tak tergambar perasan Keysha.
Dalam kotak ni ada dua hadiah satu khas untuk abang dan satu lagi untuk kak Diana abang bukaklah tapi jangan bagi tahu kak Diana tentang hadiah abang tu takut nanti dia dengki huhu… akhir kata Keysha sangat menyintai abang sepenuh hati….
Salam sayang dari yang pernah memiliki hatimu,
Keysha
Sebaik sahaja Aisy selesai membaca dia dapat membayang setiap gelagat Keysha. Dia merenung seketika sebelum membuka kotak yang dipenuhi beratus pucuk surat, kesemuanya sudah memakan usia. Tahulah Aisy semua surat-surat itu dari Keysha untuk dirinya semasa dia berada Ireland lagi.
“Keysha abang tak tahu, apa yang harus abang lakukan untuk Keysha tapi dengan  izin Yang ESA, Keysha mesti  tunggu abang di sana ya, sayang.”  Ujar Aisy perlahan.
 Air matanya bercucuran keluar tak sanggup rasanya dia kehilangan orang amat dia sayang. Diana memeluk suaminya untuk memberi kekuatannya buat suaminya itu. Dia tahu perempuan yang terbaring dihadapanya itu pernah menghuni hati suaminya dahulu dan mungkin sampai bila-bila.
“Keysha  tunggu abang .” kata Aisy dalam hatinya.

p/s cinta tak semestinya berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan, tapi untuk melupakannya perlu memakan masa yang agak lama. Berdoa dan bersabar yang menjadi penawarnya. Buat di luar sana bagi yang tak dapat memiliki cinta yang dikasihi berdoalah agar  si dia sentiasa bahagia. Ingat pertemuan dan perpisahan datang dari yang Maha Esa…
~Domi Nisa~