Tuesday, 13 June 2017

Bab 10
Fayyad menghempas pintu kereta dengan begitu kuat. Seolah ingin menunjuk hatinya sekarang cukup marahkan seseorang kepada dunia. Sebaik kaki menjejak masuk ke dalam rumah, dia merebahkan diri ke sofa. tangan dah naik sebelah ke dahi sambil menghela nafas dengan kasar. sungguh hati fayyad ketika ini hancur dan berkecai bila teringatkan kejadian tiga hari yang lalu. di sebabkan perkara itulah dia hilangkan diri dan langsung tak balik ke rumah. telefon jugak dimatikan dari dihubungi oleh sesiapa.
"Baru nampak bayang abang? Abang ke mana?" sergah Fatin dari dapur sebaik terdengar ada seseorang membuka pintu. Fatin melabuh duduk di sebelah Fayyad.
"Abang kecewa sangat dik...Hati abang dah terluka...Abang sayang dia sepenuh hati abang, tapi dia rela curang dengan abang," luah Fayyad. Keadaan dia masih seperti itu juga. Fatin dah garu kepala.
"Apahal dengan abang ni? Fatin tak fahamlah. Ini abang tahu tak yang Waina dah kahwin dengan bos Fatin malam tadi," terus terang fatin berkata.
" Apa?! Waina dah kahwin. Bila?" terkejut Fayyad. serta merta dia betulkan kedudukan dan terus mengadap Fatin.
"Yang abang nak terkejut sangat ni kenapa? Rilekslah sikit. Pasal Waina sekejap lagi Fatin cerita. tadi abang duk emosional sangat tu dekat siapa sebenarnya? dekat kak erin ke?"
Fayyad mengeluh berat. dia kembali bersandar ke sofa.
"Ya dik, pasal kak ekin. Tiga hari yang lepas abah dia telefon bagitahu abang yang erin tak balik rumah. abah dia ingatkan abang ada dengan erin. Abang jugak terkejut jadi abang pergi ke rumah dia untuk cari erin tengok-tengok erin balik bagitahu yang dia kena tangkap basah. Luluh hati abang dik...abang malu...abang tahu macam mana nak bagitahu pasal dekat mama dengan papa..jadi nak ubat hati abang yang terluka ni abang sewa chalet di melawi..." Fayyad bercerita. setitis air mata jantannya menitis turun. Fatin rasa simpati. Bahu Fayyad disentuh lembut.
"Sabar ya abang. Mungkin kak Erin bukan jodoh abang,"
"Takpelah. Biarkan dia dengan laki yang dia pilih tu. Ni, abang nak tahu kenapa Waina boleh kahwin dengan bos Fatin secara tiba-tiba ni?"
"Dah abang jual mahal dengan dia sangat! Waina pun dah penat nak tunggu abang. daripada tunggu abang bagai pungguk rindukan bulan lebih baik dia kahwin dengan bos Waina yang pantas bertindak," selamba saja Fatin menjawab. Mulut Fayyad sudah luas melopong.
"Ap..apa yang adik cakap ni? Waina tunggu abang?" tergagap Fayyad menutur.
"Ya.Waina memang dah lama sukakan abang. Sejak kami berkawan lagi. Fatin selalu perhatikan dia. Bila berhadapan dengan abang Waina pasti menunduk. bila fatin tanya perasaan dia dekat abang, dia mengaku yang dia sayangkan abang. Dia terpikat dengan abang masa lihat cara abang ambil berat terhadap Fatin. Waina ada bagitahu beruntungnya Fatib sebab ada abang macam abang. Tapi sayang ketulusan cinta dia kepada abang langsung tak disambut oleh abang. Abang, Waina pernah cintakan abang…abang tahu ke?” soal Fatin matanya setia menatap wajah kusam Fayyad.
“Waina cintakan abang…? Tanya Fayyad semula perlahan saja. Sesaat kemudian dia gelak halus. “adik jangan nak bergurau boleh tak? Ia tak lawak langsung,” sanggah Fayyad.
“Allah ya rabbi! Kepala otak abang memang dah jamming selepas kak erin tinggalkan abang ke? Seumur hidup adik, adik tak pernah nak buat lawak yang tak lawak pada abang ya? Adik cakap betul. Ini betul-betul bukan cubaan! Waina memang suka dan cinta dekat abang, tapi sebelum dia kahwin dengan bos adiklah. Sekarang adik rasa dia dah tak cintakan abang kot! lagipun dia ada bagitahu, tak guna jadi pungguk rindukan bulan,”
Fayyad terkelu seketika. Sungguh dia terkejut sekarang. “betul ke Waina cintakan abang? Macam tak percaya aje abang rasa. Selama ini dia takde pula tunjuk yang dia sukakan abang. Abang…abang…
“Abang oii! Waina tu perempuan bukannya lelaki yang berterus terang tanpa selindung. Abang tak payah ambil kisah pasal ini sebab waina dah selamat jadi isteri pada encik riyad,” cantas fatin laju.
Fayyad mencari anak mata fatin. “Waina dekat mana sekarang? Dia tak datang ke hari?” soalnya seakan orang sasau saja.
“Dia dah berhenti. Sekarang mereka ada di rumah lama Waina. Kenapa tanya?”
Fayyad dibersuara sebaliknya dia bangkit seraya mencapai gugusan anak kunci kereta. Dia perlu mencari Waina untuk mendapatkan kepastian dari gadis itu. Fatin sudah bingung sendiri.

Waina ralit memasak nasi kerabu untuk Riyad. Pagi ini dia nak masak special untuk suaminya. Semalam dia sudah menjalankan hak dia sebagai isteri buat riyad. Dia rela dan bahagia dengan layanan riyad terhadap dia. riyad seorang lelaki yang baik dan penyayang itulah anggapan waina terhadap lelaki itu.
“Ayang,” sapa Riyad dari belakang. Masuk ke dapur terus dia mendapatkan waina yang membelakangi dia. tubuh Waina dirangkul lembut dan dagu ditongkat ke bahu wanita itu. “masak apa?”
Waina kalih sambil mendongak ke atas sedikit. “Huna nak masak nasi kerabu kuning untuk abang. Hari tu abang makan nasi kerabu warna birukan? Hari ini Huna buat khas untuk abang sorang. Nasi ni ada tumis tahu,” jelas Waina sambil tersenyum manis.
Riyad tersenyum juga dan terus mengucup pipi mulus Waina. “Tak sabarnya nak makan masakan dari isteri abang ni. Masakan yang paling sedap,”
Waina sudah tersipu malu terus kalih ke tempat lain. Bibir bawah digigit perlahan. Hatinya sudah berombak tsunami. Riyad jungkit hujung bibir. Wajah waina yang sedikit menunduk diangkat sedikit. Mata mereka saling berlaga sekarang.
“Huna, jujur abang cakap. Abang bahagia semalam,” ujar Riyad. Lembut dan menggoda. Sudah berapa lama dia dahagakan belaian seorang wanita yang bernama isteri, semalam telah ditunaikan dengan baik dan menyenangkan hatinya oleh Waina.
“Abang duduklah Waina sediakan makanan untuk abang,” Riyad senyum kemudian dia menarik tangan seraya dibawa ke bibir untuk dikucup. Pipi Waina semakin membara. Riyad mendongakkan semula wajahnya. Dia mendekati wajahnya ke wajah Waina. Semakin lama semakin hampir.Satu kucupan singgah di dahi Waina dan diteruskan aktivitinya itu dipundak hidung pula. Akhirnya perhentian bibir tebal itu mahu singgah di bibir nipis Waina bila sahaja mahu memagut tiba-tiba…
“Assalamualaikum!”
Ada seseorang datang berkunjung ke rumah mereka.
“Wa’alaikumussalam,” Waina cepat-cepat menjawab salam dan terus sahaja dia mendapatkan siapa tetamu yang datang berkunjung itu.
Riyad mengeluh berat. Hati tiba-tiba panas. Sikit sahaja lagi bibir nipis milik Waina mahu bersatu dengan bibir ada pulak si pengacau siapa tak bengang!
“Abang Ayyad?!” mata Waina serta merta membulat dan mulut pula melopong besar. Waina terkejut besar sebaik sahaja dia membuka pintu sudah terpacak lelaki itu di hadapannya kini. Wajah Fayyad sangat kusut dan jambang sudah mulai menjalar di atasnya.
“Waina…” perlahan sahaja suara Fayyad menyapa. Bibir tebal itu cuba mengukir senyum tapi nampak agak sukar sikit. Jika tidak tahu hukum haram memeluk wanita ini mahu sahaja di memeluk sekejap mungkin dan tidak mungkin melepaskan Waina pergi ke pangkuan orang lain. Kenapa Waina mencintai dia secara diam-diam? Fayyad tak tahu akan perasaan Waina tu.
“Ayang siapa tu?” laung Riyad dari dapur dan dia sudahpun melangkah ke mari untuk mendapatkan Waina. “Eh, Fayyad?” Riyad sendiri terkejut dengan kedatangan lelaki itu tiba-tiba ke mari. Waina di sebelah terus kerling Riyad seketika sebelum memandang Fayyad semula.
“Maafkan saya Encik Riyad kalau kedatangan saya secara mengejut ini. Saya datang nak ucapankan selamat pengantin baru untuk encik dan juga Waina. Kalau encik tak keberatan boleh saya nak minta izin dengan encik nak bercakap sedikit dengan Waina?” lembut tutur kata Fayyad untuk meminta izin daripada Riyad.
Riyad pandang wajah Waina sebelum dia menjatuhkan mukanya tanda setuju.
“Waina siapkan sarapan abang dulu ya?” Riyad geleng.
“Tak payahlah abang boleh senduk sendiri nasi tu. Pergilah Fayyad ada sesuatu nak cakap dengan ayang,” Waina mengangguk terus membontot langkah Fayyad sudah melencong ke wakaf yang di bawah sana.
“Waina gembira?” soal Fayyad sebaik mereka selesa melabuh duduk di wakaf. Dahi Waina berkerut sedikit.
“Alhamduillah Waina gembira. Abang Ayyad pergi mana dalam seminggu ni? Waina tunggu abang datang ke majlis Waina tapi abang tak datang pun?” nada suara Waina kedengaran ada rajuk sedikit. Fayyad hanya senyum nipis.
“Kenapa Waina memilih untuk bernikah dengan Encik Riyad sedangkan hati Waina ada orang lain?” Waina tersentap terus pandang wajah Fayyad.
Abang Ayad dah tahu ke yang aku pernah sukakan dia dulu? Tapi macam mana dia tahu?
“Waina tak rasa dia pergunakan Waina ke? Maksud abang Waina dengan dia baru sahaja kenal tak sampai dua minggu tup-tup dia sanggup bayar hutang Waina dah terus saja Waina terima. Waina tak fikir dia ada muslihat lain atau apa-apa yang Waina tak tahu?” Fayyad dah buat teori sendiri untuk menduga Waina.
“Abang! Jangan tuduh abang Riyad macam tu. Dia betul ikhlas nak bantu Waina. Dia sanggup beli tanah sawah arwah ayah dulu dengan Encik Ibrar nak bagi dekat Waina dan Abang Riyad juga sanggup bayar semua hutang piutang Waina sebab dia taknak Waina bersedih. Dia tak bersalah dan langsung tak tahu itu tanah Waina sehinggalah Waina pergi merayu dekat dia dan minta dia jangan robohkan tanah sawah dan juga rumah pusaka kami…Waina tak dapat nak terima kalau tanah itu dirobohkan untuk dibuat kawasan perumahan…Semua kenangan Waina bersama ayah dan mek bermula di sana. Waina masih perlukan tanah itu sebagai kenangan,” Waina membela suaminya.
“Jadi Waina korbankan diri Waina untuk jadi isteri dia?” tebak Fayyad lagi.
“Abang Ayyad Waina dah tahu bagaimana cara nak balas budi Abang Riyad. Bila abang riyad minta Waina jadi isteri dia walaupun nombor dua Waina sanggup. Bertahun Waina asyik membayar hutang arwah kepada pak long rupanya mereka dah lama menjual tanah itu kepada Encik Ibrar tanpa pengetahuan Waina. Kalau Waina tak jumpa dengan Abang riyad pasti Waina tak tahu yang tanah itu sudah beralih hak milik. Waina nak bayar harga tanah itu mustahil bagi Waina sebab itu Waina bersetuju. Waina ikhlas terima Abang Riyad sebagai suami Waina,”
“Allah…Waina tahu tak Waina dah hancurkan masa depan Waina sendiri tahu? Waina cakap Waina jadi isteri kedua dia. Jadi dia dah ada isterilah sebelum ini?” Waina mengangguk. Fayyad mencengkam bahu Waina.
“Waina waras atau tak ni? Kehidupan Waina nanti adalah bermadu bukannya makan madu. Kenapa Waina tak tunggu abang…Kenapa Waina tak pernah nak bagitahu masalah Waina kepada abang? Abang boleh bantu Waina lari dari membayar hutang tu malah abang juga boleh beli tanah daripada Encik Ibrar dan bagi balik hak Waina kalau Waina mahukan. Tapi Waina langsung tak bagitahu abang hal ini kenapa…? Abang pun bodoh sebab lambat nak sedar yang Waina selama ini cintakan abang…Maafkan abang…” Fayyad mengeluh berat seraya kedua belah tangannya jatuh.
“Abang bukan Waina taknak cerita masalah Waina pada abang, tapi Waina taknak menyusahkan abang. Keluarga abang dah banyak bantu Waina sepanjang Waina kerja dekat rumah abang. Waina taknak lagi menyusahkan keluarga abang…”
“Waina berapa kali nak abang ingatkan Waina. Kami sekeluarga dah anggap Waina macam keluarga kami sendiri. Fatin dan Wainakan dah lama jadi sahabat. Waina selalu menolak bila mama dan papa nak hantar Waina ke sekolah. Waina bantah setiap kali mama ajak Waina tinggal dengan kami kalau tak tentu Waina tak hidup macam ni…”
“Ini yang sudah tertulis buat Waina abang…”
Fayyad memicit kepalanya yang tiba-tiba pening. Darah sudah meninggi nak marahkan Waina yang terlalu banyak berahsia dengannya.
“Betul ke Waina cintakan abang?” terus sahaja di memanah panahan soalan maut ke dalam hati Waina. Waina gigit bibir.
“Kalau bukan Fatin yang bagitahu dah tentu-tentu abang tak akan tahu langsung perasaan Waina terhadap diri abang. Kenapa Waina tak pernah nak cakap?” soal Fayyad tanpa berselindung. Haih Fayyad ni macamlah Waina itu lelaki. Dah suka dekat awak kena berterus terang! Sepatutnya awak yang kena luahkan dulu. Eh, kejap bukan ke Fayyad dah ada Erin?
“Abang Ayyad macam mana Waina nak bagitahu perasaan Waina dekat abang sedangkan abang ayyad langsung tak pandang Waina. Dari dulu sampailah Waina hendak diangkat menjadi isteri orang mata Waina tak pernah beralih dari pandang abang ayyad. Abang ayyad tak nampak pun. Waina sedar siapalah Waina pada abang. Cantik pun tidak apatah lagi kaya bodoh pulak tu. Jelas di situ kita tidak sedarjat,”
“Kita tak sedarjat?” Fayyad menyoal dalam tawa. Waina, Waina tahu tak yang suami Waina tu lebih berharta dari keluarga abang. Atau abang yang tak layak buat waina memandangkan abang tak sekaya Riyad?” tegas pula suara Fayyad.
Waina terkejut. Dah kenapa Fayyad nak marahkan dia pasal ini. Bukan ke Fayyada dah ada kekasih?
“Abang Ayyad Waina langsung tak fikir pasal harta. Waina cuma fikir macam amna nak dapatkan harta waina balik dan waina terlepas daripada bebanan hutang abang ayyad. Huna nak hidup bebas macam mana orang lain. Dulu Waina ada tanam angan-angan dalam hati Waina nak jadi isteri abang tapi semuanya musnah setelah abang bawa balik kak erin ke rumah. Hati Waina hancur sangat…”
“Maafkan abang Waina. Abang sepatutnya lebih peka pada perasaan orang sekeliling. Abang buta untuk menilai ketulusan hati Waina pada abang kerana abang terpikat dengan kecantikan dan kemanjaan yang ada dalam diri Erin. Di sebabkan itu abang dikhianati oleh dia. Kesetiaan abang dia memperjudikan hubungan kami. Waina tahu tak kenapa abang tak balik ke rumah seminggu,” Fayyad kerling Waina. Wajah Waina nampak blur sedikit.
“Abang ke Terengganu untuk tenangkan fikiran abang yang cukup serabut. Erin ditangkap basah dengan bekas kekasih dia dalam chalet dekat melawi seminggu yang lalu. Hancur hati abang Waina. Abang rasa hidup abang dah gelap. Abang malu nak berhadapan dengan keluarga abang…Abang selalu puji Erin depan mereka..Erin gadis yang baik menutup aurat dan pandai menjaga maruah diri tengok-tengok gadis yang bagus itu ditangkap basah oleh bapa dia sendiri. Nak tutup malu ayah dia minta abang kahwin dengan dia lawak betul… Fayyad tiba-tiba ketawa sendiri.
“ sampai mati pun abang tak kahwin dengan perempuan macam tu! Bila sampai ke rumah Fatin bagitahu Waina dah kahwin abang dah terkejut kemudian dia cakap pulak yang Waina ada perasaan dekat abang dah lama lagilah abang terkejut. Tak fikir penat yang melanda abang terus ke mari nak tanya Waina sendiri. Memang abang tak sangka macam mimpi aje semua ini. Waina cintakan abang abang cintakan orang lain bila abang dah sedar yang waina cintakan abang waina dah kahwin dengan orang lain pulak,” Waina senyum lembut. Dia tahu hati Fayyad sedang berapi sekarang. Siapa yang tak marah kalau kena paksa kahwin dengan orang yang dah rosak maruah dirinya.
“Abang mungkin kita tak berjodoh. Waina sekarang dah ada suami yang perlu Waina mencintai dia setulus hati Waina. Waina tak minta dia mencintai Waina sebab Waina tahu dia masih ada sorang lagi seorang isteri dekat sana tapi cukuplah dia menyayangi dan menjaga Waina dengan baik. Waina pun akan selalu mendoakan kebahagiaan abang sekeluarga. Waina yakin abang akan dapat penganti yang lebih baik dari kak erin,” Fayyad senyum nipis.
“ Terima kasih Waina…Abang pun akan doakan semoga Waina bahagia dengan pilihan Waina ini.Lepas kahwin ni janganlah lupa abang sekeluarga dekat sini kalau senang datanglah jenguk kami di Kelantan. Abang nak balik dulu lama-lama dekat sini nanti apa kata suami Waina pulak nanti,” Fayyad dah melompat terjun dari wakaf. Wajah Waina yang masih duduk di wakaf ditatap lama.
“Patutlah mama ada tanya pasal hubungan abang dengan erin rupanya mama dah tahu perasaan Waina terhadap abang…” Fayyad meneruskan langkah sebaik dia menghabiskan kata-kata terakhirnya itu. Pintu kereta BMW yang berwarna hitam bergilap miliknya dibuka dan terus membolos masuk ke dalam sebelum menekan pedal minyak untuk keluar dari perkarangan rumah kayu milik Waina. Waina memerhati kereta itu sehinggalah hilang dari tanah bendangnya. Tangan Waina nak ke dada cuba merasa getaran hati. Ada sedikit berombak di dalam sana. Mungkin Waina masih belum melepaskan kesemuaannya perasaan cinta itu.
“Ayang masih ada hati lagi pada Fayyad ke?” soal Riyad sebaik tiba di sebelah Waina. Dia dari tadi lagi duk mencuri memerhatikan Waina dan Fayyad dari atas. Riyad tahu Waina ada simpan rasa cinta buat abang setiausaha dia. Cara Waina pandang Fayyad pun Riyad dah boleh agak.
“Abang! Bila masa abang boleh ada dekat sini?” Waina terkejut. Hampir sahaja dia melompat turun. Riyad senyum manis.
“Abang tahu Waina cintakan Fayyad. Abang boleh nampak melalui air muka Huna semasa Huna bercakap dengan dia. Mata Huna langsung tak pandang dia. Tapi malangnya buat Huna sebab abang tak akan lepaskan Huna pergi kepada dia semula. Dia yang terlambat untuk tahu perasaan Huna terhadap dia. Sekarang orang guna slogan siapa cepat dia dapat. Abang dah dapatkan Huna jadi dia perlu tarik diri,” Waina kerut dahi. OPtak masih belum dapat menangkap apa yang ingin disampaikan oleh Riyad. Riyad bagaikan mengerti tergelak sendiri.
“Maksud abang sekarang ini Waina dah sah jadi milik abang walaupun nombor dua. Abang nak miliki hati Waina sepenuhnya. Bagi abang nombor itu tak penting yang penting keserasian kita bertiga nanti. Abang percaya Huna akan sukakan Hira bila jumpa dia nanti. Abang nak Huna percayakan yang abang mampu mencintai dua orang sekaligus dalam hati abang yang satu ini,” Riyad dah mengeluarkan kata perjanjian hati. Riyad tidak sedar yang dia bakal melukakan hati Waina kerana Riyad dah berjanji palsu. Padahal Riyad hanya nak memujuk Waina agar jangan curang dengan dia sebab Waina sekarang adalah isterinya. Dalam hati Riyad cuma ada Syahira sorang. Kejam sungguh hati Riyad.
“Mungkin ramai yang anggap isteri pertama tak pandai jaga suami sebab tu suami gatal nak cari yang lain, tapi Hira bukan macam tu. Dia seorang isteri yang cukup baik bagi abang. Dia lumpuh dan tak mampu nak jaga abang jadi dia suruh abang carikan seorang lagi isteri untuk membantu abang. Abang tunaikan permintaan dia sebab abang nak ada orang yang dapat jagakan dia ketika abang tiada di rumah. Abang nampak ciri-ciri itu dalam diri Huna. Abang yakin kita bertiga boleh hidup bahagia,” sambung Riyad lagi. Waina pandang saja wajah tenang Riyad tanpa mengetahui niat sebenar lelaki itu.
“Abang jangan risau pasal hati Waina. Abang adalah suami Waina sekarang jadi seleuruh jiwa dan raga Waina milik abang sorang. Abang Ayyad masa lalu Waina biarkan dia berlalu pergi sekarang Waina dah ada abang untuk teruskan hidup yang masih panjang ini. Waina dah bersyukur sangat sebab abang dah bebaskan Waina dari bebanan hutang dan melepaskan Waina bebas mengepakkan sayap sendiri di awanan. Terima kasih untuk semua ini abang waina tak akan melupakan jasa baik abang,” Waina memeluk sisi tubuh Riyad. Waina tak segan nak peluk sebab jasa lelaki itu sangat besar buatnya. Waina rela diri dia jadi hamba untuk suaminya sendiri.
Riyad memeluk hujung bahu Waina. Pandangan masing-masing terhala pada tanah sawah yang menghijau. Kedamaian sebegini dirasa ketika berada di kampung yang jauh dari Bandar. Sedetik kemudian Riyad pandang wajah Waina secara kerlingan sekilas. Maafkan abang terpaksa berbohong soal hati pada Huna. Huna wujud di sebabkan Hira yang paksa abang untuk ada zuriat sendiri. Untuk mencintai lebih dari sorang sukar buat abang.

Post a Comment